Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Set Berbuka Puasa Serendah RM25 di Ramada KLCC, Kuala Lumpur.

$
0
0
Hujung minggu lepas Cik Sue dan keluarga kecil kami sempat berbuka bersama di luar,memandangkan Mr D tak keje hari Ahad je,bolehlah luangkan masa dengan keluarga,tambahan waktu-waktu puncak kesibukan dia dengan kerja sekarang,jarang berbuka dan sahur bersama huhuuu.
Di manakah kami berbuka dengan bajet yang rendah tapi makanan yang sedap? Meh Cik Sue share dengan korang,Cik Sue pun pertama kali sampai kawasan ni.




Ya,kami berbuka di Hotel Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre,yang terletak di Bukit Ceylon.Kalau korang waze boleh taip,Ramada Suites Insya Allah  sampai.Walaupun kawasan ni banyak bar dan pub ,jangan risau berbuka di Restoran Hugo's di hotel ni Halal dan di masak oleh chef melayu beragama Islam.Boleh makan tanpa was-was ye.

Suasana Santai dan Selesa.


Suasana kat sini juga tenang dan santai,sesuai untuk habiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan.Cik Sue suka susun atur dan ruang makannya yang selesa,surau pula di tingkat 10 tapi kena mintak pass atau pekerja hantarkan la sebab private sikit hotelnya.






Menu dalam bentuk set yang sedap 



Konsep makan kat sini tiada buffet ye,ada menu set dan korang order je nak set apa.Setiap set air dan kuih boleh pilih mana yang suka.Boleh telefon untuk tempahan tempat dan order terus nak makan apa,nanti datang dekat nak berbuka pun okey,makanan dah terhidang.Cik Sue juga sebab kawasan ni tak jem dan sesak pada waktu berbuka,dan ada parking luar percuma sebelah hotel ni,kalau parking kat dalam selepas jam 6 petang ada flat rate RM5.Jom tengok menunya.


Ada 5 set yang boleh di pilih :

1. Nasi Beriyani Ayam dengan Sup ayam herba,


2. Nasi Tomato Ayam Merah.


3. Nasi dengan Sambal Udang dan Sayur.


4. Nasi Kerabu Ayam Percik.


5. Nasi dengan Ikan Merah Asam Pedas Sayur Bendi.


Setiap set ni korang boleh pilih nak air apa ye antara Sirap Bandung dan Teh Tarik,begitu juga dengan kuih ,boleh pilih antara Samosa dan Murtabak Daging.Kurma dan Buah potong di beri percuma.



Pilihan Cik Sue ? semua sedap-sedap sebab Cik Sue berkesempatan cuba semua,tapi yang paling memikat hati ni dan terlekat rasa kat tekak sampai balik pun teringat adalah sambal udang tu,korang patut cuba ye.Cik Sue sangat-sangat rekemen korang sambal udang,memang terbaik,rasa nak mintak tapau lak hehehhe.

Memang berbaloi dengan harga RM25 satu set/dulang tu,masakan memang tio top.Sesuai untuk korang yang suka makan simple macam ni dan tak suka bersesak di buffet yang ramai orang,kat sini nak dating laki bini pun best tau,romantik pulak rasa.Ataupun penat-penat balik shopping di pusat bandar Kuala Lumpur tu dan dan rileks sikit dari kesibukan manusia bolehlah berbuka kat sini,call dan tempah awal-awal ok.

Set ni di hidangkan bermula 17 Mei hingga 14 June 2018 dari pukul 6 petang hingga 8 malam,untuk tempahan dan maklumat lanjut seperti detail di bawah ye :


Harga 1 set : RM25
Tempahan : 03-23869288 xet 9218
Email : reservations@ramadaklcc.com
Alamat : No 1,Lorong Ceylon,Bukit Ceylon,50200 Kuala Lumpur,
Waze : Ramada Suites


Minum Coklat untuk badan mantap ? Jom cuba Choco Fit.

$
0
0
Sapa suka coklattt? Sayaaaa....hahhaha sendiri tanya sendiri jawab.Cik Sue ni apa je benda berasaskan coklat memang terbuntang terus mata,kalau coklat bar tu dalam peti ais memang sentiasa ada,akhir-akhir ni je dah kurang sikit sebab  kena "kawal selia" dengan Mr D,huhuuu suh kurangkan manis katanya,hishhh gerammm je.


Sempena bulan puasa ni ,ada kawan Cik Sue rekemenkan minuman Choco Fit ni,katanya banyak khasiat walaupun minuman coklat dan boleh buatkan kita rasa kenyang sepanjang hari,woww menarik tu.Ye la setahu Cik Sue minuman coklatkan buh gula,manis dan sedap je,nak sihatkan badan tang mana pulak.Rupanya salah,banyak khasiat lagi-lagi coklat pekat tanpa gula Choco Fit ni.


Jom tengok apa bahan Choco Fit ni sampai boleh membuatkan badan jadi mantap dan sihat bila minumnya :

-GUARANA
-ALOE VERA
-HOODIA
-FRUCTOSE
-COCOA POWDER
-NON DAIRY CREAMER

Ha,bahan pun menyihatkan,rasa pun sedap ,rasa coklat pekat walau tak manis tapi manis coklat tu dah cukup.Dah la pembungkusan pun cantik dalam kotak dan sachet yang mudah korang nak bawa ke mana-mana,kot nak travel kan selit je 3 4 sachet dalam handbag,senang.Cara nak minum pun senang je nak panas boleh ,nak sejuk pun boleh,ikut sukalah.


CARA MINUM CHOCOFIT

✅ Tuang 100ml air panas atau sejuk ke dalam cawan
✅ Tuangkan 1 sachet chocofit.
✅ Jika guna air panas kacau seperti biasa.
✅ Jika guna air sejuk, shake sampai sebati
✅ Sesuai juga diambil bersama ais
✅ Minum 1 sachet sehari selepas breakfast/sahur


Oh ya,jangan risau ini bukan ubat kurus ye,ini minuman yang memberi tenaga,tak de pantang larang,hanya korang kena minum air masak banyak-banyak je bila amalkan Choco Fit ni ye.Eh kalau tak amalkan pun air masak memang kena minum banyak la setiap hari,baru la sihat dan kulit cantik,haaa gituuu.Dan jangan risau untuk ambil serbuk coklat ajaib ni dah di sahkan selamat dan ada pengesahan KKM ni nombornya 020418/03/253 ,haaa sila minum tanpa ragu-ragu.


Kelebihan dan khasiat Choco Fit


Rupanya banyakkkkk lagi kelebihan serbuk coklat ni selain mengenyangkan, ,sukaaaaa :

-Membakar lemak & kalori dgn pantas
-Meningkatkan metabolisma dengan selamat
-Mengurangkan selera makan
-Mencantikkan kulit
-Membuang toksin & mengempiskan perut
-Mengecilkan pinggang ala barbie doll utk wanita
-Lulus kementerian kesihatan
-Cabohydrate Blocker (bila makan nasi Chocofit akan terus bakar)
-100% tiada kesan sampingan
-Sesuai untuk ibu menyusu

Korang baca takkkkk? membakar lemak wehhhh,Ya ampunnn teruja pulak Cik Sue,mahu taknya,dah nak cecah garisan kuning terlebih berat dah ni.Tumit pun dah mula sakit,orang kata maintain je sebab kerangka Cik Sue ni kecik tapi bila timbang,adoiiii nak lebih line overweight dah.Huh minum coklat boleh turun berat memang ok sangat la ni.Tapi kena ingat tau jangan bergantung dengan produk je,senaman dan kontrol makan kena la juga,kalau tak makan la produk apa pun tak de jadinya huhuuu.


SERBUK COKLAT AJAIB TURUN BERAT BADAN


Rupanya dah ramai cuba dan Choco Fit ni terbukti boleh turunkan berat badan 3-7 kg seminggu la,fuh fuh teruja lagi Cik Sue ni.Nak tahu apa kesannya seleoas minum Choco Fit ni dalam masa tertentu,nahhhh di senaraikan,tapi bergantung kepada individu jugak la ye,badan lain-lain kan :

KESAN SELEPAS MINUM

2⃣4⃣ *JAM* (kenyang, bertenaga,badan ringan)
0⃣7⃣ *HARI* (turun 3-7kg)
2⃣1⃣ *HARI* (perut kempis,peha kecil,body fit)



Ya Allah tak sabar pulak rasa nak tengok kesan kat badan sendiri,padahal baru amalkan 3 sachet haaahaaa eh tapi dah rasa kesannya tau antara yang Cik Sue rasa :

-kerap buang air kecil,katanya proses detox badan sedang berjalan.
-memang rasa kenyang sepanjang hari,setakat berpuasa tu memang tambah tenaga la.
-tak exhausted sangat berpuasa walau susukan anak tapi kena minum air banyak la.

Jelesnyaaa tengok testimoni diorang yang dah pernah cuba ni :





Korang kenal tak kak Adza atau Mak Dara ,blogger tersohor tu aka penulis skrip tu,haa dia pun amalkan Choco Fit ni tau,jom tengok testimoni dia :



Harga promosi raya

Sempena nak raya ni,haruslah masing-masing nak cantik,sihat,bertenaga dan turun berat badan kan? Jom kita amalkan Choco Fit ni,ada harga promosi raya ni :

Harga
Rm130 (SM)
Rm140 (SS)

Hrga promo raya 2018
Rm99(SM/SS)

Jom dapatkan segera atau kalau nak detail dan sebarang pertanyaan boleh rujuk talian dan media sosial mereka ye :

Telefon : 011-12923024
Instagram : www.instagram.com/chocofithq

Dashing 2 in 1 Face and Body Wash : Memudahkan Sang Jejaka

$
0
0

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka


Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.



Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.


Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  

p/s : 
Mr D suka koleksi 2 in 1 ni,mudah nak ke mana-mana ,bawa satu je tak yah banyak-bayak benda nak masuk toiletries bag heheheh dan wangiiiiii sangat,tergoda ai hehehhe

Resepi Nekbat Sira : Manisan Tradisional Negeri Kelantan.

$
0
0
Dah lama Cik Sue cari kuih/manisan ni,dari masa mengandungkan Humaira lagi,memang teringin sangat,siap kirim kat sesapa balik atau ada di Kelantan,tapi masa tu bukan bulan puasa dan memang tak de,sedih tul rasa.Bila bulan puasa cuba cari area KL ni pun tak de,padahal tahu memang payah nak dapat area sini huhuuu.Generasi muda-muda dan luar pantai timur tak ramai yang kenal manisan ni,sealu mak-mak nenek-nenek biasa la ngan nekbat ni.


Nak jadi cerita dok borak ngan Cik Nor,geng blogger KBBA masa Cik Sue upload gambar ketupat sotong 3 4 hari lepas,cite kat dia,then dia sanggup nak tolong carikan,Allahuuuu terharu rasa.Kebetulan katanya dia nak cari barang lain jugak kat pasar,fuhhh rasa nak lompat bintang 400 kali je hehehhehe...Pucuk di cita ,ulam mendatang bak kata pepatah.Lepas 2 3 hari muncullah abam posmen menghantarnya di depan pintu rumah,sampai tengahari petangnya tersu buat,tak sabar-sabar hehehehe.

Oh ya,Cik Nor pos kat Cik Sue nekbat yang kering tau,dah siap,cuma nak makan kena sira ngan air gula je,Nekbat ni ala2 bahulu tapi kalau bahulu rendam air lama2 hancurkan,tapi nekbat ni ta,dia kembang je.Kalau nak tau resepi buat nekbat ni boleh klik SINI,buatnya pakai acuan bahulu jugak,


Untuk sira nekbat ni senang je,bahan-bahan pun mudah je :

Nekbat Sira

Bahan : 
10-11 biji nekbat kecil
2 senduk nasi gula pasir
400ml air
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

Cara : 
-Masukkan air,gula,bunga cengkih dan daun pandan dalam periuk,didihkan dengan api kecil.
-Bila gula dah larut,masukkan nekbat,biar air gula meresap dalam 8-10 minit dengan api kecil.
-Tutup api,biarkan sejuk,lagi sedap makan letak dalam peti ais sejukkan.


Kuih-muih Kelantan kebanyakannya memang manis,tapi ni Cik Sue kurangkan kemanisan,kita yang masak,ejas lah sendirikan nak manis setakat mana.Puas hati akhirnya dapat juga,Alhamdulillah Mr D pun makan,sebab tak manis leting hehehhehe....


Terimbau kenangan kecik-kecik dulu,peraih dari Kelantan datang bawa barang dagangan dengan keretapi ke Pahang terutama kawasan Lipis,dan bulan puasa ada la nekbat kering ni,ma selalu beli dan masak kat rumah.Memory of food untuk Cik Sue.



Tips bersahur secara sihat : Quaker Oat pilihan mudah dan cepat,

$
0
0
Sejak-sejak jadi ibu ni agak mencabar lalui bulan puasa sebenarnya,semua ibu-ibu pun macam tu kan.Tambahan ibu yang bekerjaya,mana nak masak makanan sihat untuk anak-anak,balik kerja pun dah pukul berapa,lepas berbuka mesti dah penatkan? Dapat baring dan tidur tanpa gangguan satu nikmat yang sangat-sangat di syukuri tu,tapi tak abis lagi dok fikir nak masak apa pula untuk anak-anak dan suami sahur nanti kan?

Sekarang Cik Sue memang memahami la apa perasaan ibu-ibu lain yang kalut dengan anak kecil waktu berbuka dan bersahur,serta masa nak memasak juadah.Dengan anak merengek la,tantrum la,apa pun tak siap nak berbuka dan bersahur,fuhhhhh boleh stress tau,memang mencabar jiwa raga di buatnya.Kena pula baruuuuu nak suap nasi sahur anak bangun merengek huwaaaa tercekik nak makan.Jadi sebagai ibu kena la bijak uruskan masa dan cara untuk memasak makan sihat,cepat dan mudah untuk keluarga dan diri sendiri.Kena pla yang menyusukan anak macam Cik Sue ni memang wajib bangun sahur dengan makanan berkhasiat supaya cukup nutrisi untuk susu anak nanti.


Tips Bersahur Yang Sihat

Jom Cik Sue kongsikan dengan korang tips-tips untuk bersahur secara sihat serta membekalkan tenaga untuk berpuasa.

1. Kurma-memang wajib ada terutama bulan puasa ni,tapi bulan tak puasa pun Cik Sue memang wajib ada kurma kat rumah.Makanan Sunnah kan,Kalau gastrik atau lapar sangat tak sempat makan apa,amik je kurma,Insya Allah tak sakit perut dan masuk angin. Sekurang-kurangnya makanlah 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari.

2. Air Kosong -Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.Terutama ibu menyusu,memang kena minum air masak banyak untuk penghasilan susu badan.

3. Elakkan kafein-Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Kurangkan Gula-Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5.Makanan Tinggi Protein - Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapat dengan lebih lama, contohnya ESP dari soya yang selamat dan tidak terubah suai genetiknya.

8. Sayur dan Buah- Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.

9. Makanan Tinggi Serat- Amalkan makanan berserat seperti oat dan bijirin.Makanan seperti ini baik untuk pencernaan dan boleh kenyangkan kita lebih lama daripada makan nasi tau.Haaa kalau kita perut orang Asia ni memang la tak lepas dengan nasi kan,tapi cubalah oat sekali mesti suka.Malah oat lebih mudah di sediakan.

Insya Allah bila kita amalkan tips bersahur secara sihat ni ,badan lebih bertenaga dan nutrisi untuk badan pun kekal di bulan puasa ni.

Bersahur Dengan Oat dari Quaker Oat.

Untuk Ramadhan kali ini Cik Sue cuba mendapatkan khasiat terbaik dari oat sebab masih menyusukan Humaira yang sangat-sangat kuat menyusu,jadi perlulah jaga pemakanankan.Kebetulan pula Mr D selalu kerja malam dan Cik Sue bersahur sendirian,memang kelam kabut la.Humaira pulak masa nak bersahur tu la dia nak merengek la,nak susu la,nak di tepuk la tidurnya.Haaa memang jadi mak kau hijau gak la pagi-pagi buta tu hehehe.

Jadi makan la apa je yang sempat dan mengenyangkan tapi kena pastikan juga berkhasiat untuk badan.Dengan oat memang pilihan paling cepat dan mudah la,ada 3 in 1 oat pun dah cukup,bancuh je dalam cawan dengan air panas,makan kurma dengan roti ke dah cukup tuk seharian tau.Sambil pegang anak pun boleh sediakan la,Humaira ni ngengada sikit nak berdukung je,kalau boleh masuk tandas pun nak ikut bila datang tantrum dia.


Cik Sue ni bukanlah peminat oat,tapi kalau campur nestum dan bancuh 3 in 1 tu selalu memang ada stok la kat rumah,untk masa-masa kecemasan.Hari tu masa mengandung,kadar gula agak tinggi dan dapat GDM (kencing manis masa mengandung),nurse nasihatkan amik oat untuk turunkan bacaan dan stabilkan balik,dan memang berkesan.Bila baca-baca banyak rupanya kebaikan oat ni.

Kebaikan mengambil Oat 


1. Boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
2. Membantu proses pencernaan dan mengenyangkan perut lebih lama.
3. Menyihatkan jantung dan organ dalaman.
4. Membantu seimbangkan kandungan gula dalam darah.
5. Kaya dengan Zat Besi.
6. Memberi tenaga berpanjangan.
7. Tinggi sumber protein dan serat.
8. Kaya dengan Magnesium.
9. Membantu menurunkan berat badan.
10. Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral

Memang makanan "super grain" rupanya oat ni,lepas ni nak jadikan makanan wajib ada la kat rumah,banyak khasiatnya.Lagi-lagi bila umur dah bertambah ni kena jaga lebih sikit la bab-bab kesihatan badan ni,nanti nak jaga anak lagi,suami lagi kan.

Mula-mula makan oat dulu alahaiiiii tak sedapnya,memang tak boleh telan.Rupanya-rupanya banyak je cara dan resepi untuk makan oat dengan lebih sedap,Cik Sue suka cari resepi dekat Pinterest,banyak yang sedap-sedap dan mudah di buat.Contohnya macam overnight oat,muffin,bubur,kek dan maam-macam lagi sebenarnya.






Resepi Oat Bar Peanut Butter Mudah.


Selalu Cik Sue buat juga overnight oat tu dan kekadang makan dengan buah dan susu.Pernah juga guna oat buat bubur lambuk,sedap tauuuu malah lebih kenyang.Tapi kali ni Cik Sue cuba buat oat bar yang paling mudah untuk kudapan waktu lewat malam dan sebelum sahur.Jom tengok resepi mudah ni.




Bahan :
3 cup oat
1 cup peanut butter
1/2 cup madu

Cara : 
-Campurkan madu dengan peanut butter dalam periuk,nyalakan api perlahan dan gaul sebati prlahan-lahan.




-Bila dah sebati dan lembut ,masukkan oat gaul rata,sementara masib lembik masukkan dalam loyang dan tekan padatkan.
-Loyang tu lapikkan aluminium foil nanti senang nak keluarkan ye.


-Sejukkan dan keraskan dalam peti ais,agak-agak dah keras,keluarkan dan potong ikut saiz yang korang suka,boleh simpan dalam balang ye.




Oat Bar ni Cik Sue makan time-time lepas terawih sambil-sambil tengk tv,jadi nak tido selesa la sikit perut dan lepas sahur nak tunggu imsak tu amik sekeping dua,memang mengenyangkan,Kekadag kalau anak mengamuk,minum susu dan makan oat bar ni je masa sahur tambah 3 biji kurma,Alhamdulillah,boleh bertahan sampai Maghrib.Cubalah,mudah je 3 bahan sahaja,cara buat pun simple,tak perlu nak bakar atau lama tempohnya.


Lepas ni nak try buat resepi lain la pulak,jom korang makan oat utuk lebih sihat dan pilihan Cik Sue adalah QUAKER OAT semestinya.

Jom Menang RM10,000 dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb.

$
0
0
Korang pernah dengar pasal Jus Hidayah Gold tak? glamer juga kan,selalu menjadi penaja rancangan-rancangan di televisyen.Cik Sue pernah la rasa jus ni sebab abah ma pernah beli dan cuba,sedap dan Alhamdulillah beri kesan positif juga kepada kesihatan ma abah,cuma Cik Sue tak pasti diorang masih amalkan ke tak? tak periksa pula balik hari tu heheheh.


Jus ini mengandungi kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.
Jus ni dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Duta Jus Hidayah Gold 



Haaa korang kenal tak duta jus ni? ni la Imam Muda Asyraf ,Juara muism pertama Program Imam Muda tu.Dia memang terkenal dah sekarang dengan kerja-kerja dakwah dan hos rancangan tv,salah satunya program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.
Dan Imam Muda Asyraf pun mengamalkan jus ni untuk kesihatan yang lebih baik katanya.

Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold


Haaaa ni ada berita baik untuk korang yang nak cuba jus yang penuh dengan khasiat ni atau yang memang pengguna jus ni,ada peluang memenangi hadiah lumayan dengan wefie je,alaaa bergambar ramai-ramai tu ala-ala selfie tapi selfie tu sorang-sorang,ni nak ramai-ramai.




Mana la tahu rezeki bulan-bulan Syawal ni kan,tuah tak nampak tahu-tahu dah dapat eh hehehe.
Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.

Macam mana nak sertainya,mudah je :

-Beli Jus Hidayah Gold

-Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti

-Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold

-Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

-Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

-Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan dan jangan lupa guna hashtag #WefieRayaJusHidayahGold tuk penyertaan ye.

Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam

Jom korang sertai ramai-ramai mana tahu tuah milik anda ,dan korang boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di :

-Toko-toko Jamu berhampiran
-www.seraimas.my
-Facebook Seraimas HQ.






Seraimas Herb


Jus Hidayah Gold ni adalah salah satu produk keluaran Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2005 oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar dan beroperasi dari Labis,Johor. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Pertanyaan boleh hubungi talian: 
+6012-7848364

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs


Radian : Pembersih muka berbentuk kepingan filem

$
0
0

Hai korang, dah habis cuti raya ke? Ramai yang dah balik kerumah kan dan dah mula kerja ,adik-adik pun dah masuk sekolah semula.Balikkamoung raya hari tu mesti banyak barang di bawakan? Termasuk la alatanpencucian diri ,mandian,pencuci muka dan alat mekap kan? Leceh tak dengan bekasyang bermacam bentuk dan tiub yang kalau terlenyek boleh pecah atau bocor?

Ok meh nak kenalkan korang dengan inovasi pencuci muka yangmemudahkan perjalanan korang ke mana-mana,bercuti,balik kampung atau kerja diluar kawasan.Nak bawa aktiviti lasak masuk hutan pun senang tau,konsepnya mudahdi bawa ,guna air yang minimum,dan elok untuk kulit.




Zing +Radian Cleansing Film


Pencuci  muka yang didatangkan dalam bentuk kepingan lembut dalam bekas yang kompek,mudah di bawa kemana sahaja,ringan dan kepingan yang berbau wangi.Ye sangat menyenangkan,keringdan tak risau tumpah atau terlenyek dalam beg ye kawan-kawan.Cik Sue dah bawabalik kampung masa raya hari tu.Sangat la memudahkan,macam bedak kompek yangkorang pakai tu je,bila nak gi beraya seharian pun senang,masuk je dalamhandbag.Bila berhenti mana-mana nak solat,guna je,malah ia juga berfungsisebagai penanggal mekap ye.



Kenapa korang kena ada dan guna Pencuci Muka Radian ini ?

-Mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
- Menggunakan air yang minimum.
- Pembersih muka 3 in 1 –penanggal mekap,pencuci muka,menjaga kulit muka.
- Sesuai untuk semua kulit.
- Boleh di gunakan untuk lelaki dan wanita.
- Menyegarkan dan menenangkan kulit.



Kandungansemulajadi 100%

Satu lagi kenapa Cik Sue suka pencuci muka ni? Sebab iamenggunakan bahan 100% semulajadi dan bahan-bahan ini memang elok untuk kulit.


Royal Jelly tulen yang dihasilkan dari madu lebah asliAustralia. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa royal jelly dapat membantudalam pembaharuan sel-sel kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen.

AloeBarbadensis tidak menyebabkankerengsaan dan alahan kulit dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Iajuga anti-radang, anti-mikroba, antioksidan, dan mampu melindungi kelembapankulit .

MinyakPati Mawar terkenalsebagai pelembab dan pemutih kulit yang dapat mengurangkan kedutan, jeragat,dan pigmentasi disamping memelihara keanjalan kulit .

Asid Sitrik mempunyai kesan luar biasa dalam memperbaikitekstur kulit. Selain itu, ia juga membantu menyingkirkan sel-sel kulit yangtelah mati, mengurangkan pigmentasi dan melembutkan epidermis, agar kulittampak lebih putih dan cerah.

Witch HazelPlum adalah pembersih dantoner muka dari alam yang tidak mengakibatkan kerengsaan kulit. Ia mampumenghasilkan kulit yang lembut, licin dan bersinar. Kandungan astringensemulajadi dalam witch hazel plum dapat mengurangkan bengkak dibahagian bawahmata, mengecilkan dan mengetatkan liang pori-pori, serta membasmi masalahjerawat.

Caramenggunakan pencuci muka Radian.


  1. Keluarkan 1 – 3 keping filem pembersih muka ZING+ Radian dengan perlahan. Pastikan tangan anda kering apabila mengeluarkan filem tersebut.
  2. Cairkan filem pembersih muka secara lembut dengan air selama 3 saat
  3. Sapukan buih yang terhasil ke seluruh wajah dengan gerakan membulat
  4. Bilas seluruh wajah dengan air suam atau bersihkan dengan kapas muka
Mudahkan? Guna air sikit je pun dah cukup sebab kepingan tunipis je,Cik Sue masa raya tu bawa air mineral botol kecik dan tisu basah,dahcukup untuk cuci muka tau,tambahan pulak balik kampung ada krisis air,memangpilihan yang tepat la bawa pencuci muka kepingan radian ni,tak perlu masukbilik air pun,dalam kereta pun dah boleh cuci muka tau.

Apa kata CikSue selepas menggunakan?

Okeh meh nak cite,Cik Sue ni muka mudah naik jerawat kalaupakai produk pelik-pelik atau yang tak pernah guna.Tapi pakai pencuci mukaRadian Alhamdulillah tak de apa-apa berlaku di kulit wajahku,malah rasa lebihlembut dan anjal,kena pula kepingan pencuci muka ni wanginyaaaa rasa nak pakaibanyak-banyak je,padahal tak perlu pun.En suami pun suka,katanya kulit wajahmemang bersih lepas cuci,dia memang suka belek muka bini kot tertinggalbaki-baki mekap bila nak solat atau tidur hehehhe.Apa Cik Sue bolehkatakan,memang berbaloi beli dan guna terutama korang yang suka travel,bercutidan banyak kerja di luar kawasan ,out station jauh-jauh tu,kerja masuk keluarhutan yang payah nak dapat air.Dah wajib dapatkan pecuci muka ni ye,senangmudah,bagus untuk kulit.


Harga dan cara nak dapatkan pencuci muka Radian.


Ada yang nak cuba? Nak bawa travel  oversea? Nah Cik Sue bagi contact number mananak dapatkan dan harganya ye,boleh hubuni nombor telefon di bawah ye :

Contact Person : CJ Winners 019-7503887 / AdrishaAffendi  012-6821248

1 Box Radian – 200films : RM 199 including postage toWest/East Msia (Newly Launched)
3 Box Radian – 600films : RM 471 including postage to WestMsia +RM 25 postage to East Msia

Odyssey " Dari Lembah Ke Puncak" : Menyuntik Inspirasi.

$
0
0
Sejak-sejak ada si kecik ni,bukan mudah Cik Sue nak mengadap membelek buku-buku macam zaman bujang dulu huhuuu,sapa yang kenal Cik Sue tau la berapa banyak koleksi buku-buku yang ada,sekarang tersimpan je semua dalam almari,sayang wooo.Ada anak kecik ni nak habiskan sebiji buku yang nipis pun berhari-hari,tapi kalau best gagah juga baca sambil-sambil susukan anak tu.
Dan sejak-sejak berganjak umur makin bertambah ni,dah tak minat novel-novel fiksyen cinta khayalan berbunga-bunga terawang-awangan tu.Cik Sue banyak memilih buku-buku yang memberi inspirasi, motivasi, keibubapaan, rumahtangga dan kewanitaan.Selari la dengan usia kan,mencari bahan bacaan yang lebih bermanfaat daripada sekadar hiburan , tambah-tambah yang menaikkan semangat bila macam-macam masalah muncul dalam hidup.

Jangan tak tahu,dengan membaca kita boleh menaikkan kembali semangat yang merudum dalam hidup , mencari panduan dalam menyelesaikan masalah seharian, melalui pembacaan kisah hidup mereka-mereka yang berjaya boleh kita jadikan inspirasi dan tauladan.

 Odyssey "Dari Lembah Ke Puncak "

Mula-mula buku ni sampai di tangan,Cik Sue tak terus membacanya,letak je "tersebekkk" atas meja je.Melayan sibuk dengan kerja seharian dan layan anak lepas 2 hari baru tergerak nak belek.Mula-mula sekali pastinya Cik Sue akan baca senarai isi kandungan, kemudian terus terpaku dan melekat buku tu kat tangan.Yeee ini jenis buku yang Cik Sue suka, kisah hidup orang berjaya, penulisan berbentuk  penceritaan kisah dari kecil, pahit maung susah senang kehidupan, kenangan memang membuatkan Cik Sue teruskan pembacaan.



Buku yang mengisahkan perjalan menuju puncak kejayaan dalam hidup dan perniagaan pasangan Zaidi Yusoff dan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly iaitu pemilik ZY PHYTO TECH INDUSTRIES. Empayar perniagaan yan di usahakan bermula dengan hanya RM3000 kini bernilai hampir RM30juta. Dan kejayaan ini tak datang bergolek semudah itu sahaja,ia memerlukan satu keazaman yang tinggi untuk mencapainya.

Banyak pengajaran, tauladan dan panduan yang boleh kita ambil dan gunakan dari pasangan ini ,buku setebal lebih kurang 180 muka surat ini sarat dengan perkongsian kisah hidup mereka membina empayar perniagan yang kini terus berkembang pesat.Bukan mudah ye perjalanan mereka,banyak halangan dan ujian sebelum beroleh apa yang ada hari ini.

 Rezeki Allah bagi bukan semua hak kita

Benarlah sedekah itu pembuka pintu rezeki, apa yang di amalkan oleh pasangan ini seharusnya di jadikan contoh.Mereka tidak melupakan orang lain yang memerlukan lalu berkongsi apa yang mereka ada.Lebih banyak yang di beri,Allah pasti membalas dengan lebih lagi.Ganjaran untuk mereka bila tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik , apa yang mereka perolehi di kongsi dengan tertubuhnya Yayasan Qaseh ZY Phyto yang banyak menjalankan aktiviti amal dan kebajikan.

" Apabila kita di jemput oleh Allah,bukan bisnes yang akan di bawa tetapi amal jariah dan amalan kita.Itu yang sedang kami lakukan dan ia cita-cita akhir kami" -Zaidi Yusoff.


Sememangnya Cik Sue kagum dengan tokoh sebegini yang sesekali tidak lupa tanggungjawab kepada agama dan anak bangsa,malah bila membaca perancangan mereka untuk membantu usahawan-usahawan baru yang tiada modal dan membimbing hingga berjaya,Cik Sue rasa susah nak jumpa orang sebegini hari ini.Malah staf juga di ajak beramal dalam kerja-kerja kebajikan,tak banyak syarikat yang mahu memberi perhatian perkara sebegini,hanya keuntungan yang di fikirkan.Semoga mereka terus istiqamah dalam kerja-kerja amal dan dakwah mereka ini.Bangga juga Cik Sue bila ada anak melayu berjaya sebegini.

 Buku motivasi yang berbaloi untuk miliki

Insya Allah kalau korang baca buku ni,memang banyak benda yang boleh korang ambil untuk jalani hidup,jadikan panduan serta motivasi untuk terus bangkit dan berjaya.Cik Sue sebagai wanita pun jad terinspirasi dengan cerita dan kisah Puan Sharifah Ameelia Akma ni,jadi bersemangat untuk lebh positif dalam hidup walau hanya suri rumah.

" Berjaya atau tidak adalah pilhan kita dan bukan semata-mata ketentuan nasib.Sikap, kepercayaan, komitmen dan keazaman, kita mampu mengubah nasib dan ketentuan kita " 


 Untuk korang yang ingin dapatkan buku ni boleh hubungi :

http://www.wasap.my/601128868898

Berbaloi untuk korang miliki dan bacanya.Hanya RM49.90 sahaja.

korang boleh layari www.zyphyto.com untuk maklumat lanjut syarikat mereka dan apa yang mereka usahakan ye.


Borong Pampers dan Barang Baby di Big Baby Fair Lazada

$
0
0
Hai mak-mak,bapak-bapak,cari barang anak ke tu? pampers? botol susu? mainan? Haaaa sale barang baby datang lagi di Lazada,jom shopping lekas.Cik Sue pun kebetulan pampers Humaira dah tinggal sikit,alang-alang dah sale ni jom la kita borong banyak terus,tak payan tiap bulan nak ulang ke kedai beli kan,buat stok kat rumah senang juga nak berjalan atau balik kampung ngeee,lagipun harga lebih murah,dannnnnn cari la yang free caj delivery kikiki jimat banyak dah tu.Ye la rakyat marhaen macam Cik Sue ni kena la cari yang murah dan berjimat sentiasa,dengan kos sara hidup makin tinggi sekarangkan,tak mampu nak ubah keadaan ekonomi,kita atur la ekonomi keluarga sendiri je kan? 

Big Baby Fair Lazada 


Lazada tengah adakan sale barang baby dan ibu sekarang ni tau,bermula 25-29 Julai 2018.Macam-macam tawaran menarik ada,jenama-jenama yang ambil bahgian pun best-best.Cik Sue dari pagi tadi dok usha ha,adoiii penuh la bakul dok tambah,alaaa sesekali shopping barang anak pulak apa salahnya,asyik shopping barang mak je kan.Masa ni la nak cari susu,pampers,toiletries ,harga tengah murah ni.Antara jenama yang terlibat :

-Drypers
-Dutch Lady
-Fisher-Price
-Huggies
-PediaSure
-Sweet Heart Paris
-PetPet
-Enfagrow A+
-Poney
-Friso Gold
-MamyPoko
-Nankid
-Mamil
-Philips Avent
-Anmum
-S-26
-Nivea Baby
-Lactokid

Bukan sahaja hampir 80% diskaun yang di beri tapi ada jugak jualan secara pukal/borong.Lebih murah tau bila beli banyak,siap ada gift macam-macam lagi.Pandai-pandai la godek ye.Ada jenama-jenama tertentu siap ada gift voucher tambahan tau,bertambahhhhh jimatnya.Dan bagi ibu ayah yang nak beli susu tu jangan risau tau ,ada jaminan susunya adalah original dan 6 bulan ke hadapan tarikh expirednya.Jadi boleh la shopping tanpa was-was.

Untuk ibu-ibu baru pun ada jugak sale barang-barang keperluan tau,jangan runsing,pilih elok-elok ye,macam-macam ada.Dari kelengkapan penyusuan,pakaian menyusu sampailah botol dan aksesori baby macam bouncer,carseat semua tengah sale ni.


Fuhhhh berpinau mata Cik Sue dok skroll barang-barang Humaira ni,nak tahu tak apa yang Cik Sue cari? Jom tengok heheheh

Pampers

Humaira pakai jenama Petpet yang saiz L 76 pcs tu ,kalau beli kat kedai kat area rumah ni dapat la rm32++ jatuh dalam 40sen++ sekeping,ni sale kat Lazada dapat la dalam 36sen sekeping,dah murah tu ,tambahan pula free delivery,jimat sangat dah tak perlu kuar duit minyak,parking lagi nak beli kan.




Banyak juga jualan pukal/borong pampers kali ni,macam-macam jenama ada ha,pilih je mana yang naak-anak korang pakai.Kalau rasa banyak sangatkan,apa kata share-share dengan sedara mara atau adik-beradik yang pakai sama saiz dan jenama,boleh jimat gakkan.

Kelengkapan Mandian Bayi 

Dah nak masuk 2 tahun baru habis segala toiletries Humaira hadiah yang orang bagi masa lahir tu,terima kasih semuaa,jimattttt ibu Humaira.Jadi sekarang nak kena topup baru la dah habis semua,Dah ada sale ni,beli la terus,siap ada yang 1 set lengkap lagi,senang kerja ibu ngeeee.



Haaa Cik Sue pilih yang ni ,nampak menarik boxnya,isi dalam pun lengkap untuk kegunaan Humaira.Ada minyak baby,syampu dan mandia juga,Cik Sue pernah bau yang jenama ni ,memang wangi.

Kolam mandi kanak-kanak


Yang ni dah lama Cik Sue cari sebenarnya,dari tahun lepas lagi,sian Humaira ,sejak-sejak gi PD tahun lepas dia dah suka main air,kat rumah ada besen baby dia yang dalam pantang je,kecik ya amatttt hehhhe,so kali ni dapat harga murah dan ada pam sekali,senang la sikit.Nanti boleh bawa balik kampung mandi dengan kakak-kakak sepupu yang lain.

Banyak lagi produk ibu dan bayi yang korang boleh grab time Big Baby Fair ni tau,bra menyusu pun banyak yang murah-murah tau,botol-botol susu yang berkualiti,mainan dan alat bantu mengajar untuk kanak-kanak pun banyak.

Tips membeli di Lazada 

Cik Sue ni antara pelanggan setia Lazada jugak la,selalu jugak la order macam-macam,kekadang barang-barang elektrik,kelengkapan dapur,mainan anak dan macam-macam lagi la.Selalu juga terbaca orang viral dan komplen pasal salah barang la Lazada hantar,saiz tak seperti di harapkan la,barang rosak la.Bagi Cik Sue nak membeli ni kena baca description betul-betul dan tengok apa yang di beri dalam item in box korang boleh chat dengan seller terus sekarang,dah dapat ukuran barang tu try la ukur dulu kat rumah besar mana ye,baru la tak kecewa,jadi sediakan pita pengukur hahahhaha.Satu lagi Cik Sue selalu beli dengan trusted seller atau official seller,contohnya nak beli barang Philips beli la dengan official seller Philips tu,senang sikit kalau nak berurusan,diorang kan syarikat besar,nak komplen apa-apa pun senang.

Okeh,sekarang jom shopping kat sale baby ni boleh klik sini ye BIG BABY FAIR LAZADA 

Big Baby Fair Contest-Baby Spy

Oh ya, sebelum Cik Sue terlupa,Big Baby Fair Lazada kali ni ada contest untuk baby dan ibu sertai tai,hadiahnya voucher bernilai RM1000 untuk barangan ibu dan baby,wahhhhh lumayan ni,banyak boleh shopping tu hehehehe...Jom korang sertai ramai-ramai : 


Contest bertemakan Baby Spa ni mudah je nak sertai,jom tengok caranya : 

1 ) Pakaikan baby korang dengan pakaian bertemakan baby spy /pengitip atau agen baby.( ala-ala bond gitu )
2) Upload gambar baby korang tadi kat profile picture,kena publickan la fb dan instagram.
3) Nyatakan inspirasi pakaian tersebut dan apa reaksi baby anda.
4) Masukkan hastag #LazadaBabySpy

Contest ni dari sekarang sehingga 26 Julai 2018 ye dan 3 pemenang akan di umumkan pada 28 Julai 2018.
Jom ramai-ramai join mana tahu rezeki korang kan,banyak jugak RM1000 voucher tu.
Untuk maklumat lanjut korang klik sini ye CONTEST BABY SPY LAZADA

p/s :
okey bye,nak sambung penuhkan bakul hehehhe lets shoppinggggg.....

Cendol Power Seri Kembangan : Padu!

$
0
0
Ceritanya Sabtu lepas,Cik Sue jemput adik bongsu di Presint 16 dan terus memandu ke Seri Kembangan dengan hajat nak ke pasar borong beli barang dapur dan lauk pauk sikit,stok dalam peti ais pun dah habis.Tengahari panas-panas,adik pula kata lapar dan dahaga,terus teringat dapat cendol pun sedap gak buat sejuk tekak kan? Kebetulan plak tengok Ben Ashaari ada post cendol sedap kawasan sini,terus Cik Sue waze je,kemudian ikut je jalan yang di beri.

Sekali dah sampai kat seberang jalan besar dekat Pangsapuri Indah di Taman Lestari Perdana,kalau dari simpang 3 Giant Seri Kembangan tu terusss je sampai pangsapuri tengok sebelah kanan,lokasinya bawah pokok sawit depan sikit dari Caltex.So Cik Sue terus je dan buat pusingan u depan sikit terus sampai di lokasi food truck cendol ni.


Mula-mula smapai dah bau durian,haihhhh menggoda betul la.Cik Sue ni memang hantu durian tau,tapi dok kawalll je tak mau makan banyak,sejak-sejak kena GDM (kencing manis waktu pregnant) hari tu terus insaf sikit nak makanberia durian mentah huhuuu,kena kawal la tua dah niii huhuu.Apa lagi terus cari kerusi kosong,cari port yang tenang,tapi memang best la sini,bawah pokok nyaman dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,kalau la ada pangkin ka,makan kenyang-kenyang mau boleh lena hehehe.

Alhamdulillah pemilik dan pekerja ramah melayan pelanggan,tak tunggu lama terus ambil order dan tanya apa yang patut,bagus! Cik Sue terus order Cendol Durian la,tunggu apa lagi ehhehe tak lupa laksa juga,lapar wehhh.Adik bongsu pula order Cendol Jagung dengan Laksa,dia tak boleh makan durian lagi sebab nak makan ubat gusi bengkak,ishh rugiii rugiii hehehhee.


Kata owner selalunya isi durian tu di cerai-ceraikan dalam cendol baru senang nak makan,tak comot,tapi ni Cik Sue mintak biar seulas gitu,cantik skit hahhaha...tapi serius durian,dengan kuah santan dan air gula melaka tu memang padu,kalau nak korang boleh tambah pulut juga dalam cendol tu,fuhhhh terangkat,makan sejuk-sejuk lak,adehhh dok tulis ni pun terliur lagi.


Adik pulak order cendol jagung je,tapi sedap juga.Gabungan santan ngan air gula melaka tu memang ngam la,lemak-lemak manis,kekadang kalau orang jual nak jimat,santannya tak rasa sangat,cair je,tapi yang ni cukup rasa.



Laksa pula,Cik Sue bukanlah penggemar laksa-laksa belah utara dan Penang ni,dan tak pakar juga nak komen menu ni,tapi yang ni kuahnya agak sedap,tak la cair sangat,dan tak terlalu pekat.Rasa pun ngam je dengan bahan lain,tengok adik makan sekali hadap je dia sorang hehehhe licin tuuu.




Tengok la dak kecik ni pun,kemain menikmati cendol panas-panas tengahari tu.Siap nak makan sendiri,tak mau orang suap tu,separuh mangkuk cendol mak su dia ,dia kebas hehhehe.



Jom layan video nya : 


Harga menu-menu kat sini pun berpatutan,sesuai dengan bahan yang di gunakan la ye.

Senarai harga :

Laksa - RM4
Cendol biasa - RM2
Cendol Kacang/jagung/ pulut - RM2. 50
Cendol special (kcg+jagung+pulut) - RM3.50
Cendol Durian - RM6-RM7
Cendol Double Special (special+Durian) RM7.50-RM8.50
Cendol big cup - RM4
Cendol kcg/jagung/ pulut big cup -RM4.50
Cendol special(kcg+jagung+pulut) Big Cup - RM5.50
Cendol Durian Big Cup - RM9.00
Cendol Double special (special+durian) Big Cup - RM10.50

Apa-apa korang boleh follow page fb diaorang untuk info :

Tel : 012-2973964


Ownernya pun mesra je dengan pelanggan,nak apa-apa mintak je ,insya Allah dia layan.Cik Sue siap tapau Cendol Durian dan Laksa untuk Mr D kat rumah dannnnn dia hadap sorang-sorang je tau,licin hehehehe...

Layan Selera Di Asap Steamboat dan Grill Bangi

$
0
0
Lama betul Cik Sue tak layan steamboat,sejak dari Humaira lahir rasanya,tak sempat,malas nak bawa anak makan main masak-masak gitu sebab rasa leceh dan tak jumpa tempat best untuk layan steamboat hehehhe itulah alasannya.

Yeayyy akhirnya,dapat juga bersteamboat lepas balik dari mandi-manda di Bangi Theme Park hari tu,sedang elok la,balik mandi dengan perut lapar,balik rumah salin baju terus keluar makan.Kebetulan pula restoran ni dekat sangat dengan rumah,10 minit pun tak sampai,sukaaa la Cik Sue.Kami dinner malam tu di ASAP STEAMBOAT & GRILL,BANGI.


Parking luas,ruang selesa.

Kami sampai masa tu memang ngam waktu dinner dalam pukul 8 malam.Mula-mula sampai Cik Sue dah suka sebab kawasan parkingnya luasss,walau ramai juga la pelanggan masa tu tai kami masih dapat parking depan-depan kedai.Masuk je dalam ,wahhhh lapang restoran ni,sesuai sangat kalau datang makan dengan keluarga.Susun atur kerusi meja pun selesa untuk anak-anak bergerak,deko kedai juga nyamannn je mata memandang,pendek kata memang sesuai untuk mekan-makan bersama keluarga dan kawan-kawan.





Masuk je kami terus di sapa pelayan dan Cik Sue bagitau ada buat tempahan meja utuk dinner,bagitahu nama terus di bawa ke meja yang di sediakan.Kami dapat meja bulat,senang la sikit nak pantau si kecik ni dan selesa untuk kami.Dah dapatkan meja ,pelayan terus sediakan dapur untuk kuah steamboat dan grill,panggang-panggang lauk-pauk,dan pelayan terus bagitau diorang sediakan 3 jenis kuah iaitu Tomyam,Sup dak Kari.Unikya ada kuah kari ,jarang dengar steamboat guna kuah kari,tapi kami tak cuba,kami ambil kuah tomyam sebab Mr D dan adik nak kuah tomyam,Cik Sue okey je mana-mana pun,semua i layan hehehehe.

Menu yang pelbagai 

Dah pastikan semua persiapan meja okey,tugas Cik Sue la pergi ambil bahan-bahan untuk rebus dan panggang,Mr D selalu memang akan jaga anak,sebab dia seorang yang tak pandai nak pilih nak makan apa,apa bini hidang dia ngap je hehehhe,senang cerita Cik Sue la yang pilih semua,aklau bagi dia pilih,nanti dok pening depan udang sotong bagai kang hahahhaha.

Banyak juga pilihan bahan kat sini,ada buffet makanan berat macam nasi goreng,nasi putih,sup tulang,bubur,kentang goreng,ayam goreng dannnnnn Cik Sue teruja nampak soft crab,memang itu la yang Cik Sue terkam,cicah pulak dengan sos pedas tu ,ranggup tul dan macam keropok pulak.Dua tiga kali juga la ulang pi amik hehehhe.






Bahagian lauk pula ada ayam,filet ikan (jangan risau tak de tulang dah,isi je diorang bagi heheh) daging kambing dan daging lembu.Untuk lauk-lauk ni,di perap dengan pelbagai perisa macam blackpepper,bbq dan garam kunyit. Jadi pilih je nak yang mana,dan yang mana sesuai untuk bakar dan rebus dalam kuah ye.Pilihan utama Cik Sue mestilah kambing bbq tuk panggang-panggang grill tu,memang kegemaran ni.


Bahagian seafood pun banyak pilihan dan segar-segar bahannya.Ada ketam,udang,lala,kerang,kepah,sotong,pepahat dan macam-macam hasil laut la.Pilih je mana berkenan ye.


Bahagian produk frozen pun tak kurang meriah,banyakkkkk sangat pilihan,anak-anak suka la yang ni kan,nak bakar pun sedap nak rebus pun okey,cicah pulak dengan sos,haaaa tersangkut terus kikiki.


Bahan lain ada pilihan mee,telur,sayur dan ada bahagian desert juga seperti aiskrim,air batu campur buah dan dadih.Oh ya,jangan risau ye,bahan ni semua akan sentiasa di tambah oleh pelayan bila habis,kalau tak de masa korang nak ambil tu,minta je dengan pelayan suruh tambahkan.





Sos istimewa Asap memikat selera 


Untuk pengetahuan korang kat sini diorang sediakan macam-macam sos yang di letakkan dalam botol kat kaunter makanan buffet tu,korang boleh ambil untuk makan dan cicah dengan bahan yang di rebus atau di panggang.Cik Sue tertarik dengan sos istimewa restoran Asap ni,kalau dalam gambar kat atas yang bawah belah kiri tu,memang kenaaa sangat dengan selera Cik Sue,tak pasti ini sos yang di buat sendiri atau beli tapi kat botol di tulis sos Asap.Rasa dia masam-masam pedas macam sambal belacan pun ye tapi tak kuat rasa belacannya,haaa lebih kurang gitu la,kalau nak tahu kena datang cuba la.Cik Sue sukaaa sangat sambal ni sebab ngam betul bila cicah dengan kambing panggang tu.Aduhhh teringat-ingat pula huhuu.



Alhamdulillahhhh memang menepati selera Cik Sue la makanan kat sini,makanan sedap,selesa dan layanan mesra,nak makan pun senang hati.Dan seronok juga sebab boleh luangkan masa dengan keluarga makan dan borak-borak,si kecik tu pun bukan main seronok lagi dia.Siap habiskan 2 bekas dadih,buah dan makan mee tomyam tau,okey pulak dia walau tomyam tu agak pedas hehehehe tak bagi banyak la kuahnya,Cik Sue suapkan mee yang dah lembut tu je ngan sayur-sayur.







Memang sesuai sangat kalau korang nak buat gathering kawan-kawan ke,reunion ke atau makan-makan dengan family ramai-ramai,call je dan buat tempahan meja,kawasan parking luas,persekitaran pun tak sibuk,tenanggggg je nak makan.Alhamdulillah Cik Sue puas hati sangat,next time nak ajak kawan-kawan pula,dah la dekat sangat dengan rumah,kalau family datang boleh la bawa datang sini.



Jom layan video,jangan lupa subscribe youtube Cik Sue ye ;


Jom cepat call buat tempahan meja,dan kalau nak datang korang waze je LANGAT KATERING Insya Allah sampai,dari jauh dah nampak signboard kedainya.


Facebook: Asap Steamboat & Grill
Instagram: AsapSteamboatGrill


Alamat
Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 013-7668944

Waktu Operasi: 6 petang hingga 12 malam


Harga
Dewasa: RM42 seorang
Kanak²: RM21 seorang

Resepi Udang Mentega Dengan Telur Masin Yang Mudah.

$
0
0
Mesti ramai yang sukakan seafood macam ketam,udang masak butter,tambah pulak dengan telur masin wahhhh mau bertambah nasi,hari ni Cik Sue sempat masak Udang mentega dengan telur masin atau omputihnya Butter Prawn with Salt Egg.
Kebetulan ada beli udang besar separuh tapak tangan kat Hero,10 ekor je pun,cukup la makan berdua je hehhehe,beli banyak kang lama beku dalam peti ais dah tak sedap nak masak,hilang manisnya.
Jom tengok resepi cara mudah yang masak udang ni,resepi ni Cik Sue dapat dari buku apa tah,lupa dah,dok tulis dalam buku catatan je,meh la buat pulak.

Bahan : 
10 ekor udang saiz besar
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu tepung jagung
1/2 gelas susu cair
4 ulas bawang putih cincang
3 sudu mentega
2 biji telur masin,rebus dan hancurkan
Setangkai daun kari
Sedikit cili padi hijau di hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara : 
-Gaul udang dengan garam,serbuk kunyit dan tepung jagung,goreng sekejap dlm minyak banyak,cukup sampai udang bertukar warna tak perlu garing.
-Panaskan kuali,tak perlu letak minyak,api sederhana, masukkan mentega,bawang putih,daun kari dan cili api dan telur masin,agak layu,masukkan susu cair,biar kuah agak pekat.
-Masukkan udang,gaul rata,perasakan garam dan gula,Cik Sue tak letak garam dah sebab telur masin tu dah masinkan kuah.
Mudahkan? Sekejap je pun masak,sediakan dulu bahan-bahannya.Kalau Cik Sue boleh masak dengan anak dok kacau,korang tak de gangguan mesti lagi boleh hehehhehe....

Selamat mencuba.

TRAVELOKA SALE-ABRATION SEMPENA MATTA FAIR 2018 KEMBALI : JOM KE BANDUNG

$
0
0

Sapa je yang tak suka melancong,cer angkat tangan sikit? Tipu la kalau tak suka kan,dapat berjalan-jalan lihat tempat orang,mencuba makanan tempatan,melihat keindahan alam dan membeli-belah dengan harga murah pastinya.Cik Sue memang kalau nak di ikutkan dari zaman bujang dulu memang tak reti dok diam,asal ada cuti atau kesempatan memang adaaaa je perancangan tak kisah la dalam negara atau luar,mesti  nak habiskan masa menjelajah tempat orang.Bila dah bekeluarga ni Cik Sue kena buat perancangan teliti kalau nak melancong sebab dah ada anak dan suami,kena la fikirkan mereka juga seperti ibu bapa yang lain.Tambahan pula hujung-hujung tahun ni kan,mak ayah yang ada anak sekolah pasti teringin nak bawa anak-anak berjalan,sebagai ganjaran dah berhempas-pulas bekerja dan belajar sepanjang tahun,dan pasti mencari diskaun serta potongan harga untuk tiket penerbangan dan hotel.


TRAVELOKA SALE-ABRATION 2018


Selalunya bila berlangsung Matta Fair masing-masing akan berebut nak dapatkan pakej-pakej menarik untuk melancong tapi kalau tak berkesempatan nak bersesak-sesak sewaktu acara tu ,korang jangan bimbang dan kecewa ye. Traveloka Sale-abration punsedang berlangsung sempena Matta Fair ni ,semuanya di hujung jari je.Tak payah susah-susah nak memandu ke acara Matta Fair tu ,duduk je depan laptop,gunakan jari anda hehehe.Apa yang menarik dengan sale traveloka kali ini ? Banyakkkkkk sangat yang best tau,baca sampai habis ye kalau tak korang rugiiiiii sangat :

  1.  Diskaun hebat untuk pembelian segera dalam talian,harga yang berbaloi untuk di miliki.Rugi kalau korang tak dapatkan sekarang sebab harga yang di tawarkan kali ni memang sangat menarik.
  2. Tiada Booking Fee,korang boleh tempeh promosi tiket penerbangan dari syarikat yang terlibat dan adaaaa diskaun ye,sangatttt la menarik dan destinasinya kemana saja serta boleh terbang bila-bila masa sahaja.Haaaa apalagi rancang sekarang,nak pergi tahun ni ke tahun depan,boleh dah buat perbincangan meja bulat dengan ahli keluarga serta kawan-kawan.
  3.  Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan, tertakluk pada terma dan syarat,yang selalu nak ke mana-mana ini la yang Cik Sue dok fikirkan,tiket penerbangan pastinya mahal kalau main beliiii je sendiri kan,jadi guna traveloka ni ,banyakkkk sangat penjimatannya,rugi la kalau tak dapatkan sekarang.
  4. Satu lagi yang Cik Sue sukaaa sangat-sangat promosi traveloka kali ni kita boleh terbang dan melancong bila-bila masa sahaja,orang kata cop je dulu tiket penerbangan,hotel ke mana-mana destinasi,bila nak pergi tu kita cerita kemudian,sempoikan heheheh.
  5. Promosi ini hanya sah dari 4 September 2018 hingga 10 September 2018 tau, jaditak payah nak lenggang mak minah lagi la,cepat sikit je pergi tempah apa yang patut sekarang,kalau melepas tak payah nak menangis di bucu katil pulak.



JOM KE BANDUNG DENGAN TRAVELOKA.


Psttttt nak tahu tak Cik Sue nak ke mana kali ni,haaa dah bincang-bincang dengan suami,kami rancang nak ke Bandung,Insya Allah semoga di izinkan,sebagai trip release tension kami terutama encik suami yang sangat bekerja keras tahun ni,dia hadapi bebanan kerja yang banyak dan sangat meletihkan,harap-harap dapat segarkan fikiran dia.


Jadinya Cik Sue teruskan gunakan web Traveloka untuk survey harga hotel   dannn memang berbaloi sangat ye.tiada caj tersembunyi dan caj transaksi,fuhhh memang jimat ni.Tengok hotel-hotel yang di tawarkan pun,cantik-cantik dan selesa.Itu harga yang di paparkan itulah yang korang akan bayar,jangan risau ye.Lepas dah lihat hotel serta harga Cik Sue cari tiket penerbangan pula,haaa berderet keluar dari hampir lebih 10 pilihan dari pelbagai syarikat penerbangan,pilih je yang mana berkenan dan sesuai dengan poket korang ye.

Kenapa Cik Sue pilih Bandung ? Sebab Cik Sue rasa ia destinasi yang lebih sesuai untuk keluarga,ada tempat tinggi yang sejuk boleh rehatkan minda,ada tempat membeli-belah untuk golongan mak-mak yang nak shopping,ada juga tempat hiburan serta taman tema untuk anak-anak bergembira.Malah pilihan restoran halal pun banyak dan mudah untuk di dapati di sana.


Dan pastinya Cik Sue sukakan pemandangan serta dekat dengan alam semulajadi,gunung-ganang yang cantic,Cik Sue memang suka tempat yang sejuk dan tenang boleh berehat,teringin nak pergi ke kawasan Tebing Keraton,Lembang dan Dusun Bambu selain banyak lagi tempat menarik seperti Trans Studio Bandung,Stone Garden,Lactasari Mini Farm,Pasar Baru dan Rumah Mode.



PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN TRAVELOKA


Pastinya traveloka menjadi pilihan Cik Sue untuk perjalanan kali ini,jom muat turun aplikasi Traveloka di telefon kita supaya mudah nanti nak tempeh tiket penerbangan dan bilik hotel yang ebih berbaloi daripada kita cari sendiri dan mahal pula nanti.Cik Sue dan rancang korang bila lagi? Jom cuti-cuti dengan keluarga ,eratkan hubungan dan segarkan minda untuk kembali bekerja serta belajar nanti.Dengan Traveloka pastinya poket tak koyak rabak sangat hehehe.
Jom terjah  https://www.traveloka.com/en-my/    untuk penjimatan hebat.




Yakin,Cerah dan Ceria dengan Set Safi Fair Beauty.

$
0
0

Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?

Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di media sosial?

Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(

Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!


Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru. 

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.

Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.


Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

· Mencerahkan kulit
· Menyamaratakan tona kulit
· Kulit berseri merah jambu
· Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
· Memberi perlindungan UV
· Melembutkan dan menghaluskan kulit
· Melicinkan kulit
· Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

Dia si ayu penuh keyakinan


Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.


Dia si cantik penuh kemanisan


Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.


Dia si comel penuh keceriaan


Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).


SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY, Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!


Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)
2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)


3. SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0% GST)


4. SAFI Fair Beauty Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0% GST)






Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram SAFI@safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Produk KIRA KIRA BABY Inovasi Teknologi Jepun.

$
0
0
Bila dah ada anak kecil ni ,benda utama yang nak kena fikirkan adalah penjagaan merekakan? Macam pampers atau lampin pakai buang,susu dan produk penjagaan diri serta kebersihan.Bagi Cik Sue apa yang penting dalam pemilihan semua ni untuk Humaira tak kisah mahal atau berjenama yang penting sesuai dengan Humaira,selesa di pakai,tanpa bahan kimia yang memudaratkan ok je.


Pernah dengar produk bayi KIRA KIRA BABY tak? haa Cik Sue pun baru kali pertama ni tengok dan dengar,produk ni dari Jepun dan dah ada kat Malaysia ye.Mula-mula produk ni sampai,alahaiiii comelnya,Humaira pun seronok,siap dok tarik ke sana-sini bunjutnya.Jom kita tengok apa ada dalam bunjut comel tuk Humaira ni.


Bila buka je ada lampin pakai buang dan produk penjagaan bayi untuk Humaira dan Alhamdulillah dah gunakan,produk penjagaan tu wangiiii sangat,seronok Humaira waktu mandi.Lepas mandi ibu lak jadi geram asyik nak gomol je hehehhe.Ada Baby Lotion,Baby Top To Toe Wash dan Baby Nappy Cream serta 2 jenis lampin pakai buang ,satu jenis tape dan satu lagi jenis pants atau seluar.


Airy Soft Premium Tape Diapers

Jenis yang ini di reka mengikut garis pinggang dan menggunakan tape atau pelekat ye,ramai yang berkongsi di Facebook produk ni ,diapers ni memang selesa ,datang dalam pelbagai saiz dari Newborn hingga saiz yang agak besar,boleh rujuk Facebook mereka ye.Dannnnn Humaira dah cuba,Alhamdulillah sesuai,dan dia pun selesa.Corak pada diapers ni pun comel,geram tengoknya hehehhe.Malah siap ada penunjuk kelembapan,jadi tak de la kulit bayi naik ruam akibat lambat tukar diapers kan,tapenya pun berkualiti,kemas dan kuat gamnya.




Ultra Soft & Dry Premium Pants

Setakat ni Humaira tak pernah lagi pakai jenis pants macam ni sebab dia bersaiz kecil sikit aka kurus,jadi mudah terlondeh bila diapers dah berat hehehhehe.Jenis ini pun terdapat dalam pelbagai saiz ye,ikut kesesuaian anak anda.Nanti Cik Sue akan bagi juga Humaira cuba ,tunggu dia besar sikit lagi.Sebenarnya lebih mudah yang pants macam ni,senang nak pakaikan,tak de lasibuk nak tarik dak kecik ni suruh baring,pastu siap geliat bagai nak main je hehhehe.Bahan yang di gunakan pula lembut dan ada penyerapan 2 lapisan jadi lebih kering dan selesa kepada bayi.



Produk Penjagaan Bayi KIRA KIRA BABY 

Comel je packagingnya,produk penjagaan bayi mereka ni di buat dari bahan organik dan selamat dari bahan kimia,sesuai untuk semua bayi,penghasilan dari inovasi teknologi Jepun : 

1. Kira Kira Top to Toe Wash (400ml) berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Menggunakan ekstrak camelia japonica ia menjadikan kulit bayi lembut bila disentuh. Ia jugak mudah dibilas, jadi memang tak akan ada sisa sabun tertinggal pada kulit bayi.  

2. Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusannya berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekit, ia jugak dapat melembap dan menyerap cepat ke dalam kulit.

3. Kira Kira Nappy Cream (50ml) jugak diperkaya dengan kebaikan ekstrak chamomiledan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit bayi. Ia jugak dapat melindungi kulit bayi daripada ruam lampin. 



Suka Top To Toe dia,wangi je,kalau korang nak cuba bolehlah dapatkan,kat Shopee pun ada jual,search je Kira Kira Baby ye,atau untuk maklumat lanjut korang boleh buka Facebook mereka di www.facebook.com/kirakiramalaysia.

suka sangat diaaaa teruja tengok bungkusan kawaiii ni 


Farm In The City : Kenalkan Anak Dengan Haiwan.

$
0
0
Aktiviti pilihan yang biasa bagi  ibubapa bersama anak-anak waktu cuti adalah ke zoo,memang pilihan bijak sebab kebanyakan kanak-kanak memang teruja melihat binatang depan mata kan? Tapi kalau zoo biasa hanya dapat lihat binatang dalam sangkar je,melalui jaring dan cermin.Tapi berbeza dengan Farm In The City di Seri Kembangan,yang berkonsepkan petting zoo,anak-anak dan pengunjung boleh bagi makan,boleh pegang buat main,binatang-binatang ni,menarikkan.Pasti jadi pengalaman baru buat anak-anak.


Cuti Hari Malaysia yang lepas Cik Sue sempat bawa Humaira ikut geng KBBA ke sini,dulu 2015 pernah datang tapi masa tu bujang lagi dan tak de anak,boleh bacaSINI ye.Tempat sama pengalaman berbeza,dulu jalan laju sebab badan tengah kurus stamina banyak,sekarang tak sampai separuh pusing dah pancit,sapa suruh gemuk hahahahah,bawa anak pulak haaaa semput nak kejar.Dan meriah kali ni sebab pergi ramai-ramai,seronok tengok gelagat anak-anak dan mereka boleh berkawan,Ni belum sampai separuh ahli lagi ni.


Tapiiiiii tips paling penting pastikan anak cukup tidur dan mood tengah baik,bagi makan kenyang-kenyang,kalau tak jadilah macam Humaira,dah nak balik baru aktif.Masa jalan-jalan dalam tu dia lemau,tak tantrum dan nangis tapi dia mengantuk,malamnya dia tidur lewat jugak dari biasa,bangun pula awal pagi,dalam kul 9 10 pagi pulak waktu tidur dia,haaa jadinya tak de perasaan de layan binatang-binatang kat situ.Dia boleh jalan ,jeling sekali lalu je hahahha adoiiii la anak.DEkat nak habis dan balik baru dia macam teruja dan aktif sikit.Cuma bila sampai kat haiwan yang dia suka baru dia ceria sikit.

Tips penting bawa anak ke Farm In The City 

1. Pastikan pakai pakaian yang sesuai,lebih baik pakai kasut gelap dan jangan pakaian berwarna putih ye,sebab ada sesi beri makan kat binatang,keberangkalian binatang pijak kasut dan kena pakaian korang tu tinggi.Dalam ni juga anak-anak boleh pegang binatang serta bermain dengan mereka memang akan kotor.

2. Datang awal,boleh parking dekat dengan pintu masuk,sebab tengahari kang panas nak berjalan dari parking luar tepi jalan sana,dengan anak-anak lagi.Tapi bila masuk dalam tu redup je.

3. Awasi anak-anak,ada haiwan yang boleh di beri makan tapi tak kenal mana makanan mana jari anak anda,jari jangan leka ye mak-mak bapak-bapak.

4. Sapu apa-apa krim tuk anak-anak yang sensitif kulitnya kang kena serangga la,nyamuk la berbirat pulak,macam Humaira tak pe,kulit kebal hahahaha paling-paling dia garu kejap je,dua tga hari hilang la.

5. Bagi anak tidur secukupnya sebelum pergi,dan bagi makan kenyang-kenyang supaya moodnya elok ye.Baru seronok tengok binatang,kalau tak rugi je masuk.

6. Masuk tak boleh bawa makanan ,jadi bawa duit siap-siap kot-kot dahaga dan lapar nanti,tapi setakat air masak tuk anak tu boleh la bawa.

7. Bawa stroller tuk anak kecil,sian nanti meragam nak tidur kang susah pulak berdukung bagai.


Di depan pintu masuk ada di jual makanan binatang untuk pengunjung beri makan kat dalam dengan harga RM10 sebakul,tapi bila masuk dan jalan-jalan kat dalam ada je lagi jual macam ni ye kat kiosk-kiosknya.Bolehlah beli dan bagi anak-anak suap binatang-binatang tu.

Aktiviti Dan Tarikan Menarik 

Beri makan haiwan,haaa anak-anak memang suka la ni.Boleh sentuh dan berinteraksi dengan haiwan hidup,live depan mata.Macam-macam spesis ada,yang tak pernah jumpa dan tak ada kat Malaysia pun ada kat sini ye anak-anak.Makanan boleh beli atau ambil dari petugas yang menjaga untuk di beri makan kepada haiwan ini,tapi tak boleh bawa sendiri dari luar ye.Dan mak ayah jangan main lepas je anak-anak ,kena pantau juga la,kang terpijak la,tergigit hari la,haru jadinya.


Yang ni tak silap namanya raccon,dia bukan nampak orang pun,main gagau je amik makanan hehehhe

Tortoise gergasi yang dah berumur 35++,Humaira nak naik atas belaang dia weh hahahah suh bagi makan takut apa laaa..

Yang ni memang dia suka la,spesis beburung,itik ayam burung-burung terbang,itu feveret dia

spesis kambing boleh masuk bagi makan,kami tak masuk sebab agresif nau diorg ni pantang nampak
bekas makanan,risau Humaira terlenyek dah la cenonet je dia hehehe...

ralit dia dok tengok ikan siap jerit-jerit bila ikan makan makanan dia tabur heheh tak pernah tengok ikan begini

bagi makan rusa

Antara aktiviti lain,korang boleh bawa anak naik kuda atau pony ride yang di sediakan,tapi ada waktu-waktu dia la.Selain tu ada Longkang Fishing di mana anak-anak boleh sauk ikan sendiri dalam longkang macam  kita kecil-kecil kat kampung.Ada juga persembahan burung kakak tua,siap ada show dan lakonan lagi tau,jangan terlepas memang menghiburkan.









Ada juga Alpaca yang di datangkan khas dari Eropah,haaa foreigner ni hehehee...Bulu dia cantik weh,hensem juga,boleh sentuh secara live ye dan haiwan ni dok dalam aircond tau maklumlah tempat asalnya sejuk tak macam Malaysia yang panas sejuk panas sejuk ni kikiki.



Harga Tiket dan Waktu Operasi 

Harga Biasa
Dewasa - RM55
Kanak-kanak - RM45
Warga Emas - RM45


Pemegang MyKad
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM30
Warga Emas - RM30

Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 90cm adalah percuma.

Waktu Operasi

Isnin - 10.00am hingga 6.00pm
Selasa - TUTUP kecuali cuti sekolah dan cuti am
Rabu - Jumaat - 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu & Ahad - 9.30am hingga 6.00pm
Cuti Sekolah & Cuti Am - 9.30am hingga 6.00pm

Untuk maklumat lanjut boleh ke :

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Instagram : @FarmInTheCityMalaysia

Jom layan gambar-gambar kami  ye,Humaira yang teruja dalam mamai mengantuk heheheh.





















Nanti nak bawa lagi sekali la minah dia time dia besar sikit dan boleh enjoy dengan aktviti kat sini,tuk anak- anak sekilah rendah memang berbaloi bawa sini sebagai sesi pembelajaran secara langsung selain tengok dalam buku,

Fernleaf UHT Kegemaran Baru Humaira

$
0
0
Humaira mula minum susu formula sejak 1 tahun 6 bulan,dah mula campur selang seli susu ibu dan formula memandangkan susu ibu mula berkurang dan Humaira pun perlukan nutrisi tambahan untuk membesar.Cik Sue ada cuba beri dia rasa beerapa jenama dan memang Fernleaf adalah pilihan dia,tapi masa tu bagi susu tepung la,bancuhkan dan bagi dia minum,bagusnya Humaira ni dia tak mahu dalam botol susu,dia nak minum dari cawan je.Jadi setiap kali sarapan dia minum secawan sambil ambil sarapannya,waktu hari siang bergantung juga la ikut mood dia,sebelum tidur juga dia akan minum secawan.

Tapi bila keluar jalan-jalan dia susah la nak minum,takkan nak bawa cawan pula dalam keretakan? hehehe...Jadi bila dapat susu Fernleaf pek UHT dalam kotak macam ni memang senang la bekalkan dia susu.Masuk je dalam beg bawa je ke mana-mana,dalam kereta pun boleh bagi,haa itu la umpan kalau Cik Sue nak memandu berdua dengan dia,bagi biskut bagi air hehehhe.Lagi satu susu Fernleaf ni memang tradisi dalam keluarga,adik-adik masa kecil dan anak saudara pun kebanyakan memang minum susu Fernleaf dari dulu lagi.Terpengaruh juga la dengan diorang,Cik Sue je tak minum susu formula masa kecil hehehhe fully breastfeed sampai umur 2 tahun.

dia yang buka parcel ibu,awal2 dah cukai 1 kotak huhuuu

Kenapa Fernleaf jenama susu terbaik ?

1.Penternakan semulajadi
Susu dari jenama Fernleaf ni berasal 100% dari New Zealand yang mana penghasilannya dari penternakan lembu susu secara semulajadi.Dimana lembu di lepaskan bebas meragut rumput di padang ragut dengan rumput terbaik serta udara segar.Rumput yang berkualiti tinggi menjamin kualiti susu lembu-lembu ini,dan juga menghasilkan susu secara semulajadi.

2.New Zealand Pakar Tenusu.
Negara ini memang di kenali sebagai pakar dalam perladangan dan penternakan lembu tenusu,kemahiran dan kepakaran mereka ini menghasilkan produk susu yang berkualiti dan di bekalkan ke seluruh dunia.Pengalaman hampir 140 tahun telah terbukti dari pembekalan air bersih ,pengurusan ternakan hinggalah produk sedia untuk di edar kepada pengguna. ( ni yang rasa nak gi New Zealand ni hehehheh) 

3. Persekitaran dan sumber alam dan makanan terbaik.
Le,bu-lembu yang menghasilkan susu di New Zealand ni bertuah sebab mendapat rumput yang berkualiti tinggi sebagai makanan harian,udara bersih serta tanah yang subur,malah bekalan air bersih juga untuk mereka menghasilkan susu terbaik.



Alhamdulillah ,maknanya tepat la pemilihan susu yang Cik Sue buat untuk Humaira,moga dapat membekalkan nutrisi secukupnya untuk dak comel ni membesar dengan sihat ye.Tapi susu UHT dalam kotak yang coklat tu bukan Humaira je yang susu,ibu pun sukaaaaa,sedappppp,tak muak,ye la ibu Humaira ni ngada-ngada sikit kalau pasal susu heheheh dah tua baru belajar minum susu balik,tu pun sebab sedar kalsium tak cukup hehehhehe.Kalau bagi Cik Sue memang berebut juga la ngan Humaira susu UHT kotak tu ,100% mmmmm memang lazat.


Selain susu terbaik dari alam semulajadi,susu Fernleaf ni aya dengan kalsium yang mudah di serap oleh tubuh badan,dan nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,Vitamin A dan Vitamin D.Tengok la budak kecik tu,1 kotak tu 2 3 kali dia sedut je haihhhh,sekarang dah habis,nak kena pergi kedai tambah stok la ni,tambahan dia dah pandai buka peti ais cari susu kegemaran dia ni.





Terima kasih Fernleaf memudahkan ibu Humaira ni,kalau tak sempat bancuh susu tepung dan nak cepat boleh la bagi je yang kotak ni,dan jadi bekal bawa jalan-jalan nanti.Jom korang dapatkan susu terbaik 100% dari New Zealand ni.

Dapatkan maklumat lanjut di :



Resepi Nasi Dagang Terengganu dari Adik Iparku

$
0
0
Masaknya dah lama tapi baru ada masa nak simpan resepi kat sini tuk senang nak cari nanti,kalau tulis kat buku kang tah mana-mana pulak hilang,tambah-tambah sekarang Humaira suka conteng buku ibu,pantang nampak buku nota ibu huuuhuu.Ini kali pertama Cik Sue masak sendiri nasi dagang versi Terengganu original resepi dari mak adik ipar orang Bukit Payung ,Terengganu.Semua gara-gara masa trip family awal tahun hari tu singgah rumah dia ,mak dia hidangkan Nsi Dagang sedak yang amat ni,bertambah-tambah kami makan.

Jadinya sebab teringat-ingat,masa raya haji kat rumah mertua hari tu Cik Sue masakkan untuk makanpagi raya.dok wasap la adik ipar mintak resepi,gigih gi pasar borong cari bahan yang original dari Pantai Timur ,terutama rempah gulai ikan tongkol tu kena guna rempah khas dari Terengganu baru la rasa sama dengan mak dia buat,gigih laaaa Cik Sue cari kat kedai-kedai orang pantai timur.Guna rempah macam gambar kat bawah ni ye,ni packaging baru,dulu transparent paketnya.



Jom kita tengok resepinya ye : 

Resepi Nasi 

Bahan :
1 kilo beras wangi
200 gm kilo beras biasa atau beras perang
500 ml santan
5 biji bawang merah -di hiris
5 cm halia -di hiris
1 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam

Cara :
1. Basuh beras wangi dan beras perang rendam 15 minit dan toskan.
2. Campurkan dua-dua dan kukus 30 minit 9tutup kukusan rapat-rapat eh.
3. Masukkan halba bawang merah dan haia,kacau rata.
4. Tuang santan yang di campurkan garam sikit atas nasi dan gaul sebati ,kukus semula 10 minit.

Atau pun korang boleh je masak guna rice cooker

Masukkan semua dalam rice cooker,gaul biar sebati masak macam biasa,pasti kan sukatan air sesuai ye.



Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan : 
Ikan Tongkol -potong seinci,rebus dengan asam keping,garam dan gula melaka,dah masak,toskan /tapikan amik ikan sahaja
Bawang putih
Bawang besar
Lengkuas
Halia
Cili kisar
Kerisik
Jintan manis ( serbuk atau blend jadi serbuk)
Cili Padi
Belimbing buluh
Santan
Rempak Gulai Cap Rose
Rempah Masak Cap Rose
Gula melaka / Nise
Garam dan gula

Cara : 
1. Kisar halus semua bawang dan halia,tumis bahan blend,masukkan cili kisar,rempah cap rose dan jintan manis,tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan,masukkan gula melaka /nise dan kerisik,biar mendidih,baru masukkan cili padi dan belimbing.
3. Akhir sekali baru masukkan ikan tongkol tadi,jangan kacau kuah kuat-kuat sangat kang hancur ikan,oh ya kalau nak tambah udang pun ok jugak,beli yangbesar-besar baru puas makan hehehhe.Biar mendidih jangan sampai santan nya berketul ye,kacau perlahan-lahan.Perasakan dengan gara dan gula biar seimbang masin dan manisnya ye.
4. Kuah nasi dagang ni sedap makan pekat-pekat baru nyakut org pantai timur kata hhehehe...biar je mendidih dengan api perlahan,agak dah pekat dan sebati,tutup api.

Resepi Acar Jelatah 

Bahan : 
Mentimun-buang biji potong petak panjang 2 inci
Lobak Merah-buang kulit-potong 2 inci
Bawang merah-hiris
Halia -hiris nipis
Cili Merah -hiris nipis
Cuka Putih ( Cik Sue guna cuka epal)
Garam dan gula
Air suam separuh gelas

Cara : 
1. Gaulkan semua perasakan dengan garam dan gula.
2. Ciksue suka sejukkan dalam peti ais sebelum makan.

Ok lah,selamat mencuba untuk yang ingin mencuba ye,moga bermanfaat untuk semua.


Uppercase Bistro,Amerin Mall : Lepak Santai Menu Sedap

$
0
0
Beberapa minggu lepas Cik Sue sempat habiskan hari minggu bersama keluarga sambil cari barang di mall baru berdekatan Balakong,Seri Kembangan.Cik Sue pun baru tahu wujudnya mall ni,jadi meh la terjah tengok apa yang menarik,masih banyak kedai belum buka,Jadi dah jalan-jalan haruslah lapar,kami singgah makan lepak santai di Restoran Western Uppercase ni,terletak di Ground Floor Amerin Mall,memang strategik dan senang cari. 

lapang

Ruang makan yang kemas dan bersih,juga sesuai untuk majlis hari jadi atau reunion atau perjumpaan untuk apa-apa perbincangan santai.Hiasan dan dekorasi pun gaya terkini dan ala-ala hipster gitu.Siap ada tempat makan di bahagian atas,naik tangga jadi privacy la sikit kot nak dating ke,nak bincang planning kawin ke ehhhh hahahhaa.

sibuk usung beg kamera ibu




Kami naik lepak kat atas,suka la dak kecik tu,dengan lampu lip lap lip lap pastu sibuk dok tengok orang lalu-lalang kat bawah,sib baik tak main turun naik tangga.



Jom tengok apa yang kami makan,oh ya bukan family Cik Sue je,ada kawan-kawan juga,sambil lepak dan  borak-borak kenyangkan perut.

Margarita Vegetarian Pizza RM15
Seafood Aglio Olio RM18


Pan Seared Salmon with Mediterranean Sauce RM35
Australian Sirlion Steak RM48 


Overall makanan semua sedap,steak pun lembut sangat,cuma pizza tu crunchy ye,Cik Sue suka pizza gebu-gebu heheheh,yang lain sauce semua sedap,korang kena cuba,yang salmon dan steak tu memang sedap.Jom tengok minuman yang kami order pulak.

Orea Milkshake RM11

Ice Mocha RM8.90

Hot Milk Tea RM4

Coffee Latte RM7.90


Lemongrass Mojito RM11

Lemongrass tu sedap,menyegarkan tekak lepas makan macam-macam rasa makanan tu,macam detox pun ye,tapi memang ngam la air tu.Coffee Latte nya pun sedap,kena dengan tekak ketagih kopi CikSue ni,Dan sebelum balik kami di hidangkan dengan pencuci mulut ala-ala banana split gitu,okeh yang ni sedap,cukup rasa.

Banana Fritters with Vanilla Ice Cream RM10.50

Jadi kalau korang nak lepak,bersembang atau buat kerja yang perlukan take time lepak lama-lama boleh datang sini,agak tenang dan privacy,boleh bawa laptop korang order makanan sedap-sedap i

Info lebih tentang Uppercase , boleh diketahui melalui : 


G5,AMERIN MALL,JALAN IMPIAN INDAH,
43200 Seri Kembangan,Selangor
Tel : +60 18-369 6528

Organic Ashitaba penuh khasiat

$
0
0
Hai semua,korang pernah dengar pasal Ashitaba tak? Cik Sue pun kali pertama dengar dan cuba,katanya bahan dan makanan kesihatan organik baik untuk tubuh bahan.Malah khasiatnya sangat tinggi dari sayuran dan tumbuhan lain,popular di Jepun untuk pelbagai penyakit.Sekarang Cik Sue tengah cuba Organic Ashitaba dari Dynamic Nutrition.


Apa itu Ashitaba? 

Ashitaba (juga dikenali sebagai Angelica Keiskei) adalah tumbuhan  Jepun asli yang berasal dari Pulau Hachijo, Jepun. Ashitaba adalah makanan yang kaya dengan khasiat dan tenaga.

Ashitaba bermaksud "Daun Esok" dalam bahasa Jepun. Daya hayat pentingnya begitu kuat sehingga ia dipercayai tumbuh daun baru esok jika korang petik salah satu daunnya hari ini

Ashitaba organik ditanam di ladang bersertifikat organik Pertanian Jepun (JAS) di dataran tinggi subur di Indonesia oleh Japan Bio Science Laboratory Co., Ltd.

Tiada bahan kimia pertanian digunakan dan setiap proses membuat tanah, menanam dan menuai dilakukan dengan tangan yang sangat berhati-hati.


Nutrisi di dalam Ashitaba


Ashitaba adalah makanan yang ideal untuk vegan dan vegetarian, memandangkan Ashitaba mempunyai pelbagai nutrien yang luas. Ia mengandungi 11 jenis vitamin dan 13 mineral, fitokimia, klorofil, serat, beta-karoten, enzim & sebagainya


 Khasiat Ashitaba

Banyak rupanya khasiat dan kelebihan bahan organik ni :

1. Menguatkan sistem imun badan
2. Membersihkan darah dan melancarkan peredaran darah
3. Menaikkan metabolisma badan
4. Menyingkirkan toksid dalam badan
5. Menjadikan tidur lebih lena
6. melegakan sakit badan dan sendi
7. Antioksida,antibakteria dan melegakan keletihan
8. Menurunkan adar "water rentation"
9. Meningkatkan fungsi hati dan buah pinggang
10. Membantu proses penghadaman
11. Mengawal kolesterol,darah tinggi dan gula dalam darah.
12. Detox heavy metal dalam badan
13. Meningkatan pengeluaran NFG (Nerve Growth Factor) yang mana efektif dalam mengawal dan merawat penyakit Azlheimer.

Banyak lagi khasiat Ashitaba ni sebenarnya,kiranya ia adalah makanan vegetarian yang sangat bagus untuk tubuh bahan,malah organik pula,tiada campuran bahan-bahan kimia.

Cara Pengambilan

Produk dari Dynamic Nurition ni dalam bentuk serbuk,ye la takkan nak kunyah daun Ashitaba tu cam kambing lakkan hehehhe,oh ya dari mata Cik Sue daunnya macam daun saderi pun ada,lebih kurang la.Jom tengok cari minumnya :




Ambil 1 sudu besar serbuk Ashitaba dan campurkan dengan segelas air (bawah suhu 40 darjah,agak-agak je la ye,maksudnya air masak suam) amalkan 2-3 kali sehari sebelum makan.


Bagaimana mendapatkannya? 


Oh ya mana nak dapatkan produk ni kan,korangboleh dapatkan di web mereka : 


Atau pun korang bukak lazada atau shopee taip je Ashitaba Organic ye,haaa boleh beli kat situ.


Cik Sue dah amalkan hampir 2 minggu Alhamdulillah rasa ringan badan ,lawas sangat pagi-pagi,cramp kaki malam-malam pun dah kurang.Insya Allah nak cuba habiskan satu botol ni dulu,ingatnak beli juga tuk abah ngan ma,sebab khasiatnya memang bagus ni.

Viewing all 217 articles
Browse latest View live