Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Menu Ayam Kampung Sedap Di Dapur Penyet,IOI Mall City Putrajaya.

$
0
0
Sabtu lepas kebetulan Mr D tak kerja siang,jadi Cik Sue tutup dapur la,suka hati je kan hehhe,ala surirumah pun nak rest dan cuti juga,tepu dah asyik ngadap dapur je dan fikir nak masak apa hari-hari,sesekali kena la dapatkan menu luar,keluar tengok orang juga, dok gitu? 

Tapiiiii masalah juga nak pilih tempat makan ni,tau la Mr D ni cerewet sikit (ke banyak hahhaha) tak mau sesak-sesak ramai orang ,nak tempat selesa,nak makanan sedap...haaaa demand hokehhh lakiku.Dok fikir-fikir mana nak makan ,kebetulan Qaseh ajak jumpa di IOI Mall City,Putrajaya memang cantiklahhh boleh makan terus,Cik Sue pun dah lama tak datang sini jalan-jalan,malas sikit kalau sensorang luas sangat nak ukur mall dia hhahaha sakit kakiku.


Pusing punya pusing akhirnya Dapur Penyet jadi pilihan kami,kebetulan masih belum waktu sesak untuk makan tengahari,tak ramai sangat orang,sedang elok la kami masuk,banyak lagi meja kosong.Seronok Humaira jumpa abang Rayyan,dia dah cam muka sebab yang ni je la selalu jumpa hahahha.



Kedai bersih dan kemas.

Masuk je ruang makan ni Cik Sue suka,kemas dan bersih,laluan antara setiap meja pun tak sempit sangat haaaa Cik Sue cukup nyampah kalau susunan meja rapat-rapat tau dalam kedai makan,ai ni dah la lebar hahahha,anak plak tak diam susah nak jalan kalau sempit-sempit tau,kang kena orang jenuh kena jeling huhuuu...

Baby chair ada di sediakan dan lantai serta perabot semua bersih,satu lagi Cik Sue puji pekerja dan pelayannya cepat je bersihkan meja mana yang dah siap makan,dan pelayannya rajin layan pertanyaan Cik Sue walau tak berapa tahu tapi cuba juga jawab heheheh good try kikiki.Makanan di pesan pun tak ambil masa yang lama tuk dapat,kurang 15 minit lebih kurang.





Menu menarik dan sedap  : Ayam Kampung 

Jom tengok apa yang kami makan hari tu,meriah pula bila tengok gambar hehehe berbaloi la makan ala carte tuk 6 orang,sedang elok la.Kami order nasi dan masakan lauk panas,memang naik selera tambah-tambah ada sambalnya walawehhhh,tak angkat kepala makan,menambah nasi.Mana yang menu ayam tu semua ayam kampung tau,nama dan masakan je berbeza.


haa kauuu penuh meja,bukan makan sorang tau...

Empal Bakar 

Sedap,eh empal tu daging la,Cik Sue tak tahu la diaorang perap ke tak tapi rasa macam manis-manis berempah sikit ala-ala sate,bila makan cicah sambal tu,alahaiiiii masuk mulut sedapnyaaa,daging pun lembut tak liat,so Mr D suka sebab dia sangat pantang daging liat hahahha.


Ayam Kampung Penyet

Ayam kampung yang lembut dan sedap,kena dengan sambalnya,kriuk-kriuk gorengan (feveret Mr D,mesti berebut hahahah)  tu alahaiii sedapnya makan dengan nasi panas,uihhh terliur pula sambil menaip huhuu,korang kena cuba yang ini.Oh ya sambalnya tak pedas sangat budak-budak boleh makan kalau yang ok la,cuba dulu.


Tauhu Goreng Bersalut Telur Kuah Kacang

Haaa yang ni Cik Sue dan Mr D suka,ala-ala pecal dan menu ni ada di cawangan Putrajaya sahaja ye dan di Singapura,harap maklum.Kuah kacang dia sedap wehhh nice sangat,tak de la ras kacang hangit atau terlebih rasa,ngam-ngam je,Cik Sue suka telur yang di goreng sarak ( macam sarang burung tu hehhehe). Ni Cik Sue rekemen korang cuba ,wajibbbb.Tetiba rasa nak try buat kat rumah bhahahah sejenis mek sue semua nak tiru kikiki.


Bawal Penyet

Selalu kalau penyet-penyet ni orang order pecal lele aka ikan keli penyet kan,memandangkan Cik Sue kurang gemar ikan keli,kita order bawal je la,eh sedap gak tau,manis je rasa isi ikan,garing di luar lembut isinya di dalam.Tapi Cik Sue je la makan,Mr D tak kawan ngan ikan hahahha,garing gorengannya.


Kangkung Goreng Sambal

Seperti biasa la gorengan sayur kan,tapi nama je sambal tak pedas pun,Humaira pun boleh makan hehehe,sedap juga kuahnya cukup rasa.Kangkung pun tak keras,sedap di padankan dengan ayam penyet tadi.


Ayam Kampung Berlado

Ni ayam kampung versi berlado pula,salah satu feveret Cik Sue la berlado tumbuk kasar gini,puas makan,sebab sambalnya tu terasa cili,tak de la tahap pedas giler,sedang-sedang je,ikut Cik Sue kalau boleh nak gigit cili sebiji-sebiji pastu sakit perut hahahha.Korang kena order juga yang ni tau jangan tinggal,wajib,tak lengkap kalau tak order,gitu hahaha.


Pilihan Minuman 

Kitaorang order dua set minuman yang sama,ni minuman yang di rekemen kat sini ye :

Jus Alpukat
Teh  3 Layer
Milo Tabur atau Milo Dinosour

Cik Sue suka teh 3 layer tu sedang-sedang je manisnya ,setengah kedai kan buat manis meleting,walaupun i ni orang pantai timur dan manis orangnya tapi sekarang dah kurangkanmanis dalam minuman,lebihkan dalam senyuman hahahha.Jus Alpukat tu pun sedap tapi Cik Sue kurang gemar hihihi,haa yang milo tu memang alltime feveret la,tambah-tambah ada anak ni,itu je la Cik Sue orderan tuk dia tapi biasanya campurkan air masak,tapi kali i tak sempat dia dh sedut dulu aduiii.Dah pandai amik gelas tu rapatkan kat dia,dah besarkan huhuu.


sekali dia sedut dah separuh cawan aduiiii ibu yang kena marah ngan ayah tau grrrr

Promosi Set Ayam Kampung

Oh ya ,berita baik untuk korang sekarang ada promosi set ayam kampung lengkap dengan air dan nasi tau,menu masakan ayam kampung tu korang boleh pilih nak yang mana.Hnaya RM17.60 sahaja untuk 1 set ,sorang makan dah kenyang ni.Senang nak bajet kan,kot malas nak fikir lauk-lauk pilihan lain yang bersusun tu,pilih je set ni,senang.


Alhamdulillahhh kekenyangan kami hari tu,Cik Sue puas hati dengn layanan dan kesedapan menunya,keseluruhannya memang memenuhi selera Cik Sue sefamily dan kawan-kawan.Bolehlah bawa keluarga korang atau nak lepak dengan kawan-kawan datang makan kat sini ye,sesuai untuk seisi keluarga.



Lokasi : Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A,
IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Tel :  03 -89539600
Facebook : https://www.facebook.com/dapurpenyet
Insta : https://www.instagram.com/dapurpenyet/

Jom sertai Dutch Lady Breakfast Challenge

$
0
0
Sapa yang selalu skip sarapan? sila angkat tangan,errr Cik Sue la tu huhuuuu,sejak dok rumah ni tak kerja ,waktu makan memang ikut suka hati je,tnggu perut berbunyi baru cari makanan huhuuu.Tak elok ye perangai gitu,patut la susah nak kurus,makan ikut suka,tak ikut waktu dan tak jaga nutrisi dan pengambilan makanan,padan muka.Bukan apa,banyak benda nak fikir dan selalu rasa alaa dok rumah bila-bila pi je la dapur makan atau minum apa-apa dan bila-bila masa lapar huhuuu,no nooooo salah ye adik kakok,jangan amalkan.Cik Sue selalu bangun tidur ,buat air panas je atau kopi panas,pastu lunch baru makan.So kira sarapan la tu kan kikiki



Tapiiiiiii tahu tak sarapan tu lah salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Haaaa dah ada penyelesaian kan,jadi marilah kita minum susu setiap kali sarapan ye.
Susu bukan saja kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.


Cik Sue ni asalnya dari remaja memang payah nak minum susu huhuuu kecuali campur coklat,kopi atau teh atau minuman lain,kira yang berperisa la,tapi sejak mengandung hari tu,kena paksa dengan en suami dan doktor dan demi kesihatan terpaksa telan,dannnnn yeayyy sekarang dah boleh minum susu setiap hari,jadi pilihan Cik Sue susu Dutch Lady ni la tapi bukan yang bancuh yang tepung tu ye,tak mauuuu tak suka,yang dalam kotak dan sejuk saya sukaaaa heheh..

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya.


Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;

• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;

• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;

• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;

• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.

Jom sertai #Dutchladybreakfastchallenge ,hadiah lumayan menanti.



Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018! sempat lagi ni,jom korang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

Surya Chlorophyll untuk kulit yang lebih cantik dan sihat.

$
0
0
Ada tak kat sini yang tak suka makan sayur? Cik Sue bukan orangnya la sebab ai fanatik sayur,tak boleh makan nasi kalau tak de sayur atau ulam,dah jadi wajib dah kalau tiap kali makan,kekadang tak de lauk pun tak pe asalkan ada sayur ngan sambal je.Tuk korang yang tak makan sayur dan mahukan khasiat dari sayur ,Cik Sue ada penyelesaian untuk korang,apa dia? haaaa nah produk dari Surya Malaysia ,Minuman Surya Choropyhll dengan perisa Laici dan Peach.Dah la tak rasa sayur sedap pulak dengan perisa buahnya,budak-budak pun suka minum tau.Psttttt nak tahu tak,untuk dapatkan kulit cantik salah satu tipsnya banyakkan makan sayur tau,haaaaa tak nak ke kulit cantik? tak payah makan produk ratus-ratus ,minum klorofil pun boleh cantik tau,tanpa bahan kimia lagi hehehe.

Surya Chlorophyll dengan perisa Peach dan Laici




Apa sebenarnya minuman Surya Klorofil ni? Ha minuman ni di ekstrak dari daun mulberi tuk dapatkan klorofil ,daun ni memang di kenali bebas dari racun perosak dan mempunyai alkali semulajadi.Sesuai untuk pembersihan dalaman yang akan membantu kulit jadi lebih cerah dan bebas jerawat. Eh jap,korang tau tak klorofil tu apa? 
Klorofil merupakan zat hijau pada daun yang berperanan dalam prosese fotosintesis. Atau bisa juga diartikan sebagai molekul yang dapat menyerap sinar matahari dan menggunakan energi untuk mensintesis karbohidrat dari CO2 dan air yang dikenal dengan proses fotosintesis.
Haaaa kalau ingat benda ni belajar je masa sekolah dulu,cepat-cepat ingat balik hehhe.Banyak tau khasiat klorofil ni,sebab tu doktor dan pakar pemakanan suruh ajar anak makan sayur dari kecil lagi.
Antara khasiat klorofil yang mana terkandung dalam minuman Surya ni adalah : 



Khasiat Klorofil


1. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia
Sesuai untuk mereka yang alami anemia atau tekanan darah rendah.

2. Membantu mengawal rasa lapar.
Sesuai sangat la untuk yang nak diet dan kawal pemakanan tapi tak gemar makan sayur tu,bab kawal rasa lapar tu haaa Cik Sue sesuai sangat,memanjang lapor heheh.

3. Pembersihan dalaman juga bagus untuk mengurangkan bau badan & bau nafas.
Haaa sesapa ada masalah bau badan yang kurang enak tu elokkkkkk sangat amalkan minuman ni,membantu merawat dan menyelesaikan masalah bau anda tu ye,hanya minum je ikut aturannya.

4. Mempercepat proses penyembuhan luka.
Ni Cik Sue perasan kat diri sendiri,setelah dekat 2 minggu amalkan,tangan melecur kena kuali panas cepat sangat sembuh,parut pun cepat hilang.

5. Menghilangkan racun dalam tubuh (proses detoksifikasi).
Biasa orang buat selalu blend sayur dengan buah kan nak buat air detox la,potong buah buh dalam air kan,dahhhhh tak payah,minu je minuman klorofil ni,senang,tak yah potong-potong buah bagai hehehe.

6. Dapat mengubati bengkak dan kemerahan pada kulit.
Yang ni pulak Cik Sue perasan bila bagi Humaira minum,gatal-gatal cepat je hilang,biasa kalau kena gigit nyamuk atau main kat rumput dan dia garu dua tiga minggu baru hilang tapi sekarang dua tiga hari dah elok terutama betis dia tu.

7. Menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh
Kandungan vitamin E yang terdapat dalam klorofil sangat bermanfaat untuk menjaga keseimbangan hormon seksual, baik pada pria maupun wanita. Yaitu dengan merangsang produksi hormon testosteron pada laki-laki dan hormon estrogen pada wanita.

8. Menjaga kesehatan sistem pencernakan
Klorofil dapat membantu menciptakan sistem pencernaan yang sehat  dengan menjaga flora usus dan menstimulasi gerakan usus.Dari hasil penelitian menunjukkan bahwa klorofil dapat bertindak sebagai pembersih usus dengan menghambat sitotoksisitas yang diinduksi oleh heme diet serta mencegah proliferasi colonocytes yang efektif dalam meredakan sembelit dan ketidaknyamanan yang disebabkan oleh gas yang menumpuk dalam perut.

Banyak lagi sebenarnya khasiat minuman Klorofil Surya ni malah ia antara superfood yang kaya dengan multivitamin dan mineral semulajadi,sangat bagus untuk tubuh bahan manusia.




Minuman Surya Klorofil mencantikkan kulit ? 

Cik Sue tak de la kata minuman ni 100% berjaya mencantikkan kulit tapi hujung tahun lepas ada bagi adik bongsu minuman ni dan suruh dia amalkan,kebetulan dia ada masalah kulit wajah yang banyak jerawat dan masalah gastrik.Alhamdulillahhh,berkesan dan bermanfaat untuk dia,kesannya mungkin bergantung kepada orang yang menggunakannya tapi bagi adik Cik Sue memang serasi,kulit wajah dia dah kurang jerawat halus-halus tu ,gastrik pun dah kurang kena,maklumlah dia kerja yang tak tentu waktu rehat dan selalu skip makan,

sebelum-akhir 2017

selepas- Mei 2018
 Memang nampak kesannya kan,syukur sangat dengan perubahan kulit dia,eh masalah kulit pun boleh menyebabkan kemurungan tau huhuuu kini nampak dia lebih ceria dan yakin.

Okey,siapa sebenarnya yang kena ambil minuman Surya Klorofil ni?

· Pengemar kecantikan

· Orang yang mencari penyelesaian masalah kulit semulajadi

· Individu yang ada masalah jerawat

· Individu yang kurang makan sayur

· Individu yang ada masalh bau badan & bau nafas

· Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun keatas (2 tahun pun dah boleh ambil,cuma cuba sikit dulu la,macam Humaira ok je)




Bagusnya produk ni mudah di minum,bancuh je dengan air biasa pun boleh,tambahan pula ada perisa Laici dan Peach jadi takkan rasa pahit sayur atau rasa macam amkan daun ye.Malah produk ni tiada bahan pengawet,original di ektrak dari daun.Dan jangan risau,di jamin HALAL (GMP/HACCP/BioNexus Certified)


Cara minumnya senang sahaja,campurkan 25 ml minuman ini dengan 125ml air suam atau air masak biasa,kacau dan minum sahaja.Boleh tengok video cara minum di bawah ye :



Product juga boleh didapati secara online diwww.mynaturaloption.com
Atau di Watsons terdekat dengan anda serta farmasi-farmasi terpilih seperti Himalaya dan Constant.

Sebarang maklumat lanjut klik link di bawah ye :

https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
https://www.instagram.com/surya.malaysia/


Promosi Cuti Sekolah Di Best Western I-City,Shah Alam.

$
0
0
Hai semua, hai mak-mak ayah-ayah yang busy tak dapat cuti panjang sekali cuti sekolah tu,tengah serabut ke fikir mana nak bawa anak bercuti nanti? Haaa meh Cik Sue cadangkan ke mana sesuai korang bawa anak-anak bercuti yang tak perlukan cuti panjang,kurang kos dan dekat jer.

Pakej Stay And Splash di Best Western I-City Shah Alam


Sempena cuti sekolah yang akan tiba ni ,Hotel Best Western I-City ada menyediakan pakej menarik tau bermula 24 November hingga 31 December 2018.Korang boleh bawa anak-anak bersuka ria di sini,pakej penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang termasuk sarapan serta tiket masuk ke I-City Waterworld yang hanya 4-5 minit je jalan kaki dari hotel ni,bestkan,tak yah pening nak fikir mana nak parking,jauh nak jalan,dah penat main air tu tak larat nak drive balik (Mr D la tu hahahha) terus je naik hotel rehat,best wooooo....kereta korang pun tak payah nak alih-alih,biar je kat parking hotel tu,nak makan restoran semua jalan kaki je dalam I-City tu,siap ada KK Mart lagi kalau nak beli apa-apa keperluan.Semua dalam satu kawasan,tak perlu dah drive ke sana sini ye.

Minggu lepas Cik Sue sempat melapangkan fikiran dan bersukaria di sini,memang sangat puas hati dengan penginapan dan kemudahan yang di sediakan.Anak dan suami seronok sangat dapat luangkan masa di sini,lagipun dekat je dalam 40 minit je dari rumah kami.



Melangkah masuk je kami dah di sambut mesra oleh staf hotel ni,urusan checkin pun mudah dan Cik Sue di ambil bilik Deluxe dengan katil tambahan untuk Humaira (ada caj ye) kalau korang tambah babycot untuk bayi free je,tapi sebab Humaira dah besar dan tak nak tidur dalam babycot dah,Cik Sue mintak je tambahan katil bujang.

Bilik Deluxe





Bilik sangat selesa untuk kami 3 beranak ni,kalau ada anak yag besar-besar korang boleh la request connection room dengan caj tambahan nanti,tapi masih lagi menjimatkan tau.Bilik-bilik lain pun best dan selesa,harga pun berpatutan sangat.

Bilik Superior





Bilik I-Suite 






Kemudahan lain di hotel 

Selain bilik yang selesa,kemudahan gym juga di sediakan di hotel ini,oh ya tak de swimming pool ye,nak berenang turun je ke Waterworld hehehe.Kalau korang ambil pakej #stayandsplash ni,dah ada 2 tiket masuk dewasa ke Waterworld I-City ye,kalau aak ramai bayar tiket anak-anak je.Sarapan pun best tau kat sini,menghidangkan menu-menu yang semuanya sedap-sedap,puas hati.

Gym 



The View Cafe @ Level 5

Cafe untuk bersarapan pula Cik Sue suka sangat konsepnya,open view dan luas,ada ruang terbuka,seronok anak-anak bermain sementara mak ayah makan,lebih bebas tak de la asyik terlanggar meja dan sempit nak bergerak,tapi ada juga meja di dalam berhawa dingin.



Hi Tea on Sunday 

Alang-alang dah menginap kat sini apa kata korang booking terus Sunday Hi Tea,sangat berbaloi,hidangan menu-menu yang pasti memikat selera.Cik Sue paling suka Char Kuey Tiaw yang di hidangkan,rasa kalau di layankan tekak ni mahunya menambah 4 5 6 kali hehehhe,nasib la segan orang dok tengok.











Untuk Hi Tea ni juga di sediakan ruangan untuk anak-anak beraktiviti seperti mewarna dan melukis,malah ada permainan dengan hadiah menarik dari pihak hotel.Memang tak rugi bawa keluarga menikmati Hi Tea ni bila korang menginap di sini ye.

Pelbagai Tarikan di I-City untuk seisi keluarga.

Masa Cik Sue menginap di Best Western I-City ni sempat luangkan masa menjelajah I-City,antaranya menikmati lampu-lampu dan permainan di City of Digital Light,Waterworld dan Snowwalk.Banyak lagi permainan dan tarikan menarik yang tak sempat Cik Sue dan keluarga jelajah,Insya Allah dh plan nak datang lagi bila-bila nanti.

Waterworld 



Snow Walk 



City of Digital Light 





Dah makin cantik dan banyak perubahan kat I-City ni,dulu zaman tahun 2006-2008 at de apa lagi dan tak secantik ini zaman-zaman Cik Sue bujang dan bekerjaya di Shah Alam ni,sekarang happening sangat seronok bawa anak-anak.

Jom jangan lepaskan peluang sempena cuti sekolah ni ,cuti dekat-dekat pun ok dah sebenarnya kan,ye la nak apply cuti lama-lama tak lepas pulak,bawa je anak kesini pasti diorang seronok.Promoso #stayandsplash ni sampai 31 Dec 2018 je tau,cepat-cepat grab promosi ni.

Apa-apa pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut boleh dapatkan di link berikut ye :


Web : http://www.bestwestern-icity.my/

Facebook : https://www.facebook.com/bwicity/

Instagram : https://www.instagram.com/bwicity/

Telefon : 03 5521 9000

Email : enquiry@bestwestern-icity.my

Bila Mental dan Fizikal Sakit

$
0
0
Izinkan aku lena,bersama mimpi-mimpi indah seketika,agar mampu melegakan rawan di hati....

Salam Jumaat penghulu segala hari,semoga hari kawan-kawan di limpahi rahmat Allah dan di mudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Dah lama tak menulis entry personal,maklumlah sibuknya seorang Cik Sue,sibuk dengan apa pun tak tahu la,sibuk melayan hati lara agaknya,lara kenapa? entah lah sendiri tak de jawapan.Sebab banyak sangat perkara bermain dalam kepala,hurmmmm...


Banyak sangat berfikir pun kadangkala menyakitkan juga kan? Sampai tak ketahuan hala apa yang di cari sehari-hari.Mood yang naik turun,emosi yang tak stabil,di tambah pula kesakitan fizikal yang kadangkala menambah baran yang sedia ada terus menjadikan diri malas nak melayan sesiapa jua.Sampai tahap suami dan anak jadi mangsa melepaskan kemarahan,Allahuakbarrr,syukur Allah masih memberi hidayah supaya tidak lupa diri.


Dengan ragam anak yang makin membesar penuh peel perangai bijaknya,naik hantu juga la,tambah-tambah buat perangai waktu ibunya menahan kesakitan tu yang jadi lupa diri kejap tu,pastu lepas marah anak,sendiri yang nangis hahahhah sapa geng macam ni? Itulah ibu kan....Marah untuk kebaikan dan inginkan yang terbaik.Si kecil ni pula dalam fasa belajar dan explore dunia sekeliling lagiiiiii la banyak peel dia,kadangkala tergelak sendiri,sampai masa penat,ibu yang makan hati,gerammmm je.Di sini lah perlunya kesabaran,penawar Cik Sue ni pastinya la ma dan mak mertua jadi tempat mengadu dan dapatkan nasihat mendidik anak,Alhamdulillahhh syukur sangat mereka banyak membantu dari segi nasihat dan tips,syukur juga punya suami yang memahami dan tak pernah jemu beri semangat.



Betullah orang kata jangan biar stress dan tertekan sendiri,luahkan.Bahayanya kemurungan ni boleh membawa kematian tau,tambahan surirumah.Eh ingat surirumah tak tension ke,kami bukan ada banyak masa boleh lepak-lepak waktu lunch sama kawan-kawan pejabat.Kekadang Cik Sue jeles pulak tengok mak-mak bekerja boleh lunch date dengan kawan-kawan ,bercerita dan bersosial.Surirumah ni dunianya rumah,anak-anak,dapur dan apa-apa kat rumah je la.Sebab tu perlu keluar jugak,macam Cik Sue suami memang izinkan kalau boring,stress ,drive la keluar bawa anak jalan-jalan tengok orang,,kalau ada kawan yang available .ajak la.selalunya adik bongsu yang tinggal berdekatan selalu teman,bila dia cuti la.

Tapiiiiii sebenarnya sama je ibu bekerja atau surirumah,masing-masing ada tekanan dan stress tersendiri,hanya yang mengalami je yang tahukan.Bahagian masing-masing sebenarnya dan terpulang macam mana kita uruskan.Macm Cik Sue Alhamdulillah di kelilingi orang-orang yang sangat menyokong dan selalu menasihati,ada mak mertua yang baik (Alhamdulillah rezeki) ma yang selalu spotcheck hehehhe,Bibik (mak angkat aka mak saudara suami) yang selalu bebel dan bagi ayat-ayat pedas dalam lembutnya.

Tips tenangkan diri dari kemarahan dan tekanan.

Ni apa yang Cik Sue amalkan la ye,orang lain mesti la ada cara masing-masingkan.

1. Istighfar
Bila rasa kepala dah panas berasap,cepat-cepat istighfar,bagi Cik Sue ia seolah-olah penukul yang ketuk kepala supaya cepat-cepat sedar syaitan tengah cucuk tu supaya kita hilang kawalan.Istighfar banyak-banyak kali sampai berjaya tenangkan diri.

2. Mind Set 
Tekankan pada diri sendiri kita takkan mampu puaskan hati semua orang.Buat apapun pilih apapun,buat setakat kemampuan kita,jangan buat sebab nak puaskan hati orang sampai benda yang kita tak nak tak mampu tak suka pun kita paksa tu yang jadi tertekan la stress la.

3. Jaga hidup sendiri.
Kekadang kita ni sibuk ambil tahu hal orang pastu sakit hati sendiri kan,haaa tu sebab syaitan dok cucuk la tu,jeles orang ada macam-macam,jeles orang dapat macam-macam.Cik Sue dah mula belajar dan didik diri fokus dengan hidup sendiri sahaja dan didik diri mencari redha Allah,sibukkan dir dengan perbaiki kehidupan dan kualiti ibadat serta hubungan dengan tuhan,bukan la kata berlagak alim,tapi sebab jahil la nak baiki ni.Dengan itu kita takkan sibuk dengan kehidupan orang lain.

4. Lepaskan kemarahan dengan cara positif.
Banyak benda boleh buat untuk alirkan tenaga negatif hasil kemarahan tu,salah satu Cik Sue selalu buat adalah KEMAS RUMAH,haaaaa sangatlah berbaloi dan berfaedah.Bersih berkilat bila di sental dengan kuat hasil rasa nak marah tu kan hehehhe,lepas setel semua mesti senyum dan hilang marah sebab rumah bersinar-sinar hehhhee.Ataupun bla tengah marah dan serba tak kena,ambil tuala pergi mandi,sejukkan badan,duduk lama-lama bawah shower tu sampai gigil pun ok.Tapi Cik Sue jarang buat ,budak kecik tu masalah betul kalau ibu lama dalam bilik air hahhahah.

5. Solat.
Mesti ada kata clichenya tips ni,tapi percayalah dan buatlah.Insya Allah korang tenang.Cik Sue selalu buat malam-malam je bila semua dah tidur,masa ni la nak mengadu nak lepaskan,anggap je kita sedang luahkan pada Allah secara berdepan,luahkan je macam kita luahkan kat orang tersayang ke,lepas tu mesti lega,nak nangis ke teresak ke lepaskan je semua,Insya Allah lega.

Itu je la antara yang Cik Sue buat,kena ingat tau,didik diri dan hati jangan lepaskan kemarahan sembarangan,tak terkawal,kelak jadi apa-apa lepas tu baru la kita menyesal.Kalau rasa depress,tension ,tertekan cepat-cepat cari jalan keluar,cari orang yang boleh di percayai tuk bercerita dan meluahkan.

Ehhhh panjang pulak membebel,ok lah nak sambung tugas surirumah yang berjaya dan berdedikasi ni hahahha,moga baik-baik aje tuk semua ye.

-Seiring bertambah usia,semakin ku mengerti apa yang harus " diambil " dan harus ku " tinggalkan " pergi-




Resepi Chinese Chili Oil

$
0
0

Dah 2 kali buat Chili Oil ni,semuanya sebab tengok kak Bebe Sunita kat Insta buat,terliur tengok dia makan dengan macam-macam menu,Cik Sue pula memang penggemar sambal dan makanan pedas,apa lagi terus cuba la.

Kena pula resepinya tak susah pun tapi Cik Sue tak jumpa cari minyak bijan so pakai minyak biasa je,yang masa mula-mula buat campur minyak zaitun sikit so rasa tak 100% sama la macam chinese chili oil yang jual kat pasaraya tu ye.

Chili oil ni memang sedap makan dengan sup,wantan stim,maggi,pasta,bubur nasi dam macam-macam lah,ikut selera masing-masing ye.

First time buat Mr D terus tanya beli kat mana? Ehhh mesti la isteri awak buat,bab mencuba haaa ni la orangnya kalau tengah rajin la kalau malas hurmmmm hahahhha..

Cara buatnya senang je boleh pegi ke link insta kak Bebe ni www.instagram.com/bebesunita korang cari #chinesechili #chilioil 

Atau bawah ni Cik Sue pastekan screenshotnya ye (malas nak salin balik heheheh) 


Boleh la kalau korang nak cuba,mesti akan buat stok cam Cik Sue,sapa yang suka pedas la hehheheh...sekarang kat rumah memang ada la stok ni,Mr D pun suka siap request suh buat lagi.


Huggies Dry Pants : Serapan Basahan Terpantas untuk Keselesaan Anak Anda

$
0
0
Menjadi  seorang ibu pastinya kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? ,Kalau yang masih kecil tu banyak yang ibu-ibu nak fikirkan. Makan,minum ,pakai,kesihatan,keselesaan dan semualah,penting ye semua ni supaya anak-anak kecil tak meragam dan ibu-ibu tak stress,bila mereka selesa dan dalam mood yang baik,ibu-ibu akan lebih tenang dan ceria.


Sama la macam Cik Sue ni,tambah-tambah Humaira dah makin besar,dah tahu mengamuk dan merajuk,dah tahu bebel walau dalam bahasa asingnya tu hehehe.Pantang ada yang tak kena atau rasa tak selesa,siap la dia merengek sepanjang hari ataupun suka sekarang baling-baling barang kalau tak di endahkan apa yang di bebel atau minta. Keletahnya sangat bijak dan tak terjangkau ibunya ni. Perkembangan barunya pula dah pandai kalau lampin pakai buangnya penuh,cepat-cepat dia sendiri amik tuala dan tarik tangan  ibu ke bilik air,haaaa tu maknanya dah tak selesa sangat la tu,dah berat dan muatan penuh hehhehe.Tambahan sekarang dia dah makan macam-macam dan minum banyak cecair selain susu ibu, air masak memang cecah la 1 liter sehari kalau mood dia baik,susu kotak lagi kan, memang cepat la lampin pakai buang dia penuh. Penting untuk Cik Sue menggunakan lampin pakai buang yang terbaik untuk dia.

Huggies Dry Pants Pilihan terbaik

Cerita tentang pilihan lampin pakai buang yang terbaik ni, sekarang Cik Sue tengah mencuba Huggies Dry Pants untuk Humaira.Setakat ni Alhamdulillah,Cik Sue puas hati dan suka dengan produk ni dan Humaira pun nampak selesa dan suka bila menggunakannya.Apa ciri yang membuatkan Cik Sue suka? 



1. Malaysia Fastest Absorbing Diapers Pant atau Lampin Pakai buang dengan serapan terpantas di Malaysia.

Memang di akui,cepat menyerap bila si kecil buang air,dan tak mudah bocor.Terutama waktu-waktu dia minum banyak air,atau ketika di luar rumah,bila penyerapan lebih cepat,kulit terhindar dari luam ruam lampin atau melecet dengan tindakbalas air kencing basah mereka.



2. 1000 Fast Absorbing Micro Holes1000 Lubang Mikro Pantas Serap

Lampin pakai buang Huggies Dry Pants mengandungi 1000 lubang Mikro pantas serap untuk penyerapan terpantas dan menjamin keselesaan anak kecil,  serta mengekalkan rasa kering pada kulit mereka serta menjaga kulit. Yang ni Cik Sue suka sebab Humaira ni memang tak boleh basah lama-lama,kulit punggungnya mudah kena ruam lampin atau melecet kemerahan dan gatal-gatal,tapi sejak guna Huggies Dry Pants ni,dah tak de semua tu,dia lebih ceria bila kulitnya lebih terjaga,ibu pun haruslah lebih happy anak tak meragam,kan?

Lihat paparan video ujian kepantasan serapan Huggies Dry Pants berbanding lampin pakai buang jenama lain di pasaran: 



Pantas kan? 



3. 5 Ciri Keselesaan terbaik -5 Way Comfort Fit 

Huggies Dry Pants ni juga ada mempunyai  5 ciri untuk kekalkan keselesaan iaitu kadar regangan dan kadar keanjalan lampin pakai buang yang sesuai dengan bentuk punggung bayi dan anak-anak kita.Ciri ini memang di reka untuk menjamin lampin tidak bocor dan kekalkan keselesaan bila memakai.

4. Bentuk Pants

Sejak guna Huggies Dry Pants ni Cik Sue seronok dan suka sebab memudahkan Cik Sue,maklumlah anak dah besar nak suruh duduk diam nak pakaikan lampin jenis strap atau tampal tu bukan mudah ye,dengan tarikan sana-sini,dia nak main macam-macam,tak sempat pakai dah terkencing haaaa haru jugak tu.Jenis pants ni senang,sambal berdiri pun boleh sarung je terus terletak elak dan tak bocor.Memang memudahkan.

Memudahkan bila malam hari 

Sebelum guna Huggies Dry Pants ni,malam-malam Cik Sue akan bangun tukar lampin pakai buang Humaira sekurangnya sekali di tengah-tengah malam,risau basah dan dia tak selesa lalu terganggu tidur dan bangun pagi nanti kulit dia melecet pula,kena pula dia makan dan minum banyak sebelum tidur,memang wajib la Cik Sue bangun tukar.Kalau takkkk,belum subuh lagi asyik merengek je la,tidur ibu pun terganggu,lepas tu stress haaaa yang tu tak mau.

Dengan Huggies ni bukan anak je tidur lena,ibu pun boleh tidur lena dan berkualiti,bangun pagi pun masing-masing mood dah ceria,baguskan? Lagi satu Cik Sue suka sebab bila keluar outdoor atau berjalan ke mana-mana,lampin pakai buang ni buatkan mood Humaira lebh stabil dengan rasa kering tu,jadi perjalanan atau aktiviti di luar lebih lancer tanpa anak meragam sepanjang masa.

Huggies Dry Pants ni dah ada di pasaran ye ,korang boleh bila di pasaraya terdekat atau boleh klik link ni http://bit.ly/2LgcBwt untuk  pembelian online.

Kalau nak tengok demo produk ni pula korang boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=KDkoHsx9ZJs


Untuk maklumat lanjut ibu-ibu boleh klik link di bawah ni ye :


Jom jadikan kehidupan ibu dan anak lebih ceria dengan memberi keselesaan dan yang terbaik untuk anak-anak.Anak ceria ibu gembira dan bebas stress,haaaa gitu la motto hidup Cik Sue .

Nak spek murah? Cari William di Eye Pro Vision,Sungei Wang Plaza.

$
0
0
Siapa kawan-kawan Cik Sue sini pakai spek atau kacamata? Yang mana rabun tu memang wajib pakai kan? Susah la nak buat kerja atau aktiviti seharian bila mata dah kurang kualiti ni.Macam Cik Sue ni dulu tak de pun silau atau rabun,atapi sekarang bila check haaaa tingginya silau dan ada rabun dekat dah tapi tak tinggi lagi powernya.Kenapa jadi cam tu? sebab utama mengadap handphone dalam gelap terutama masa nak tidur dan mengadap laptop atau skrin komputer dalam tempoh masa yang lama.Kesihatan mata ni bukan melalui pemakanan je nak kena jadi, rutin kita pun kena jaga,jangan bebankan mata sangat.Berharga woooo penglihatan ni.

Bila dah wajib pakai spek ni mesti la ada kosnya kan nak kena keluar dari poket,dan selalunya tak murah,ada yang murah pulak kualiti ntah apa-apa lak,haihhhh.Kena pulak surirumah macam Cik Sue ni tak nak la bebankan Mr D tu,jaga dok tangguh-tangguh ,berbulan dok survey je lebih,belinya tak juga.


Orang kata kalau dah rezeki tak kemana kan? Kebetulan pula baru-baru ni tengok Mr Ben buat spek ,murah tapi berkualiti katanya,jadi marilah kita terjah,kot betul murah boleh la bodek Mr D hehehehe...Ambil kesempatan hari cuti Mr D Isnin lepas dari rumah mak di Sungai Buloh nak balik ke rumah,terus ajak dia singgah Sungei Wang Plaza,haaaa sini la letaknya kedai spek murah yang tengah viral tu,khabarnya pulak kualiti memang terbaik.Sekali Mr D kata bajet RM150 ke bawah je ada ni,haaa mari la kita cari kalau dapat.







Harga Murah,Kualiti Bagus

Dari jauh dah nampak banner harga RM65 untuk bingkai dan cermin,fuhhh berbunga-bunga rasa hati.Terus masuk dan tanya stafnya,Cik Sue di layan tuan kedai sendiri iaitu William,baik orangnya,peramah dan beri penerangan jelas sangat,sampai tak de soalan nak tanya hehheeh...


Apa yang William terangkan pada Cik Sue,kedai diorang ni bagi harga RM65 untuk bingkai dan lens atau cermin multicoated biasa,tu harga total tau.Bayar sebanyak tu dah dapat spek seketul.Murahkan? tapi Cik Sue ni nak cari yang sesuai dengan diri la,silau tinggi sangat dah ni,memandu malam-malam pernah la tersalah jalan sebab salah baca papantanda dan salah masuk susur,haaaa parahkan.Kekadang kereta depan dah dekat tapi tak nampak nak baca no plate kereta,memang mengganggu juga,tak berani dah drive malam-malam kalau suami takde.Satu lagi Cik Sue nak cari bingkai yang tahan lasak,fleksibel dan tak mudah patah kalau sekadar terduduk atasnya atau terpenyek.Maklumlah Humaira ni boleh tahan gak dia punya angin kuskus bila ngamuk,habis di tampar spek ibu dia ni.


Jadinya William terus tunjukkan cermin Alpha Blue 420 yang memang berkualiti dan terbaik untuk masalah mata Cik Sue ni,antara ciri lens/cermin jenis ini adalah :

-Khas untuk yang silau malam ketika memandu,silau dari lampu kereta.
-Sesuai untuk pelajar atau orang yang selalu menghadap skrin komputer,laptop dan handphone.
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu (uv420)
-Tahan lasak dan tak mudah calar ( siap William demo ketuk segala tau,kalau korang pergi suruh je dia buat demo hehehe memang terbaik)
-Mudah di bersihkan,guna permanent marker boleh sapu je dengan tisu terus bersih.

testing guna permanent marker yang ada bingkai tu cermin biasa yang seketul tu Alpha Blue 420

Bila di lap dengan tisu yang Alpha Blue 420 terus bersih.

Dah tertarik ni dengan cermin atau lens Alpha ni,terus la tanya harga samada sama ke tak dengan RM65 tu,Cik Sue siap doa dalam hati harap-harap tak ebih bajet Mr D bagi tu.Ternganga sekejap bila William bagitau tambah RM60 je untuk cermin yang ini,terus rasa nak lompat bintang,mana nak dapat wei sepek murah tapi berkualiti macam ni,jadi total semua RM65 + RM60 =RM125 je untuk cermin Alpha Blue 420 ,ni harga sekali dengan bingkai tau.....gilerrrrr la.Terus rasa nak panggil kakak,ma,abah,atuk,nenek,adik abang datang buat spek kat sini kikiki.Haaaa senyum lebar suamiku,tak koyak poket dia hehhe.

Hampir 2000 Pilihan Bingkai yang menarik

 Ok dah buat keputusan nak ambil lens Alpha Blue 420 tu,sekarang nak pilih bingkai pula,fuhhhh rambang mata ada hampir 2000 jenis pilihan bingkai yang korang boleh pilih ye.Macam-macam design dan paten ada,nak yang ala-ala nerd budak skema,jenis yang hipster pelik-pelik,ala-ala kpop pun ada,eh macam-macam la.Lama juga la Cik Sue dok cuba bingkai yang sesuai,yang penting kena selesa la bila pakai,dannnnn yang tahan lasak serta fleksibel tak mudah patah.Terus William tunjukkan mana bingkai yang boleh lentur dan tahan lasak.Bagus layanan William ni memang terbaik,tanya je apa saja semua dia jawabkan.




Pening aihhhh hampir sejam juga la Cik Sue dok membelek.Alang-alang beli biar la yang elok dan selesa,Cik Sue ni pentingkan keselesaan kalau tak sedap pakai memang dok dalam bekas je la jawabnya.Dah jumpa design cantik cari pula yang tahan lasak,tapi memang boleh mabuk tengok design bingkai kat sini,up to date kata orang muda ngeee..



Lepas dah jumpa mana yang berkenan kita buat pemeriksaan mata pula untuk dapatkan bacaan silau kemudian baru pihak kedai siapkan spek yang Cik Sue pilih.Pemeriksaan pun teliti sangat supaya kita dapat yang terbaik untuk mata.



Dah siap pemeriksaan,William kata datang semula selepas sejam untuk ambil cermin mata,dalam hati Cik Sue ye ye je la boleh siap dalam sejam,tak pe kita tengok ye.Cik Sue terus tinggal pergi tandas dan solat Asar,ngam-ngam sejam William dah wasap bagitau dah siap, Wowwwwwww....memang pantas,baru ingat nak lepak kopi-kopi dulu dengan Mr D kat area situ.Terus la kami ke kedai ambil cermin mata,cuba pakai dan bayar semua.Memang terbaik la servis kedai ni,tip top,tapi mungkin kalau ramai sangat pelanggan lewat la sikit kan,biasa la tu,Cik Sue ni datang hari kerja tu pun masih penuh kedai cuma tak sampai tahap sesak la.Kalau hari minggu atau cuti umum boleh berlaga bontot kata staf kat situ hahahhah.


Pengalaman Cik Sue memang puas hati sangat-sangat dengan cermin mata ni,balik tu kebetulan dah malam lepas maghrib terus la pakai.Yesssss tak de lagi migrain dan sakit kepala bila sampai rumah akibat silau lampu kereta dalam perjalanan.Kekadang walau tak memandu pun Cik Sue malam tetap sakit kepala bila dok tengok lampu kereta,sensitif betul kan.


Haaaaa ni la cermin matanya,cam makcik-makcik sikit kan? hahahha tak pe lah,yang ni bukan untuk melawa,tuk pakai masa buat kerja dan memandu je,seharian tak pakai sangat pun tambah-tambah siang,rimas hehehee...Dah hampir seminggu pakai ni,Alhamdulillah sangat membantu kehidupan seketul Cik Sue ni.

Korang mana yang ada anak-anak sekolah yang perlukan cermin mata untuk belajar dan aktiviti seharian,mai la buat kat kedai ni,Insya Allah jimat kos dan dapat kualiti yang baik.Ye lah masa nak masuk sesi persekolahan baru ni mak ayah masing-masing dah koyak poket buat persediaan sekali lupa pula cermin mata anak kena ganti,datang je sini.Ye la kalau tak ganti susah pula anak-anak dah belajar kan,penting juga tu.

So korang boleh pergi ke kedai di alamat ini ye,atau ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan korang wasap je William tu Insya Allah dia akan layan,cuma lambat dengan cepat je la,bergantung kepada kesibukan dia,kot tak sabar call je la,senang hehehhe.

Alamat kedai :

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111
SUNGEI WANG PLAZA ,JALAN BUKIT BINTANG,
55100 KUALA LUMPUR

atau boleh call William di talian : 016-3771304

p/s :
Dah dapat spek mata baru,Mr D yang senyum lebih lak,jimat ongkos,pas ni boleh la buat spek melawa plak ye bang kikikiki.


Selamat Datang 2019

$
0
0
Image result for new year 2019



Huhhh dah seminggu masuk tahun 2019 baru ada mood nak up entry pertama,apoooo la Cik Sue ni.Apa nak buat,kesibukan melanda,apaaaa la yang sibuk sangat tah kikiki.
Apapun selamat tahun baru semua,semoga apa yang korang rancang dan azamkan awal-awal tahun ni akan tercapai ye.Pstttt apa azam tahun baru korang tu? ke teruskan yang belum trcapai tahun lepas? Cik Sue? alaaa macam biasa la "AZAM NAK KURUS" tu memang lekat kat dahi selagi belum kurus walau 5 tahun akan datang wakakakakkaa.Elehhhhh korang pun cam tu kannnnn terutama perempuan,akui je la,kita ni impiannya nak kurus,hobinya makan,dak gitu? hahahha

Gambar pertama 2019,dinner kat Kenny sambil setelkan isu simcard
Tak banyak yang Cik Sue inginkan untuk 2019 ni,hanya ingin hidup lebih happy dan positif,aik sebelum ni tak happy ke.Tak de la gitu,cuma nak lebihhhhhhhh happy hahhaha.Dan nak belajar hindarkan benda-benda negatif dan apa yang Allah tak suka,sikit-sikit baiki diri dah hampir nak ke 40an dah ni,bawa-bawa la sedar diri Cik Sue oii...huhuu.Dah kena kejar akhirat pulak,sudah-sudah la mengejar dunia,cewahhhhh kemainkan,tapi ni la orang kata azam.Kita tetapkan dan usaha,dengan izin Allah ,pasti tercapai,tapi kalau tak usaha tak yah dok bebel la lepas tu hahahha.

Satu lagi,nak didikhati fokus pada diri sendiri,keluarga sendiri dan adik beradik sendiri,jangan sibuk dengan hal orang hidup orang,fokus untuk repair diri dulu.Insya Allah semoga menjadi kenyataan apa yang Cik Sue azamkan ni.Bak kata FynnJamal,fokus diri baru la kita tak judge orang sesuka hati,kan?

Apapun 2018 yang berlalu,bukan sahaja membawa pergi kepahitan yang tak terluah biar tersimpan terperam menjadi pengajaran dan ubat yang menyembuhkan nanti,tapi menyimpan banyakkkkk juga kenangan manis untuk Cik Sue dan keluarga kecil kami.Semoga kehidupan kami lebih baik di tahun 2019 ini,dari segi kewangan dan ibadat kepada Yang Maha Esa.

Eh,panjang pulak bebel,nak wish Selamat Tahun Baru 2019 je kat semua kawan-kawan dan yang mana membaca coretan kenangan ni.wishh u olls happy dan sukses dunia akhirat.






Blouse Plus Size yang cantik di Zucca Blouse

$
0
0

Dilema berbadan plus size aka berisi,payah nak cari saiz baju yang  cantik-cantik kan? Itu la masalah Cik Sue,waktu memilih baju, dah berkenan design dan corak,saiz pula tak de huwaaaa…sadis sangat rasanya.Nak tunggu kurus baru nak shopping baju lawa-lawa jenuh juga hahhaa maklumlah motto hidupnya “ impian nak kurus,hobinya makan”  apo nak di kato kikiki.

Zucca Blouse





Tapi sekaranggggg tak de masalah dah,bila kawan bagi link web Zucca Blouse  ,try klik www.zucca.com.my ni mesti korang yang ada masalah macam Cik Sue suka tau,dah la harga memang mampu milik bukan cekik darah ye,berbaloi dengan design terbaru dan corak cantic-cantik ye puan-puan sekalian.Zucca Blouse ni menyediakan blouse design terkini untuk wanita bersaiz L ke atas ye,ada yang sampai 3XL juga.Tapi sebelum pilih baca detail dulu ye,diorang dah bagi range saiz yang muat kat situ.


Banyak pilihan,Rambang mata.

Lalu Cik Sue pun rambang matalah memilih pilihan blouse terbaru sempena tahun baru ni kan (apa kaitan tah tahun baru ngan baju baru hehehhe…perangaiiiii)  dannnnn stress pula semua cantic dan semua berkenan opppssss en suami bagi  beli 3 helai je ye huhuu.Lalu leburlah RM ku di web ini,dannnn tak sampai seminggu,sampai la bungkusan di pintu rumah,terujanya terus Cik Sue buka di temani anak dara yang excited macam la baju dia hahha.

Teruja nak tengok baju-baju yang di order.

Siap dapat free gift  lagi,yeayyyy saya sukaaa…

Yesss,tiga-tiga dalam keadaan elok dan cantik

Alhamdulillahhhh semua sampai dengan elok dan cantic,kualiti kain pun bagus,tak panas.Memang puas hati.Bila pakai saiz pun elok terletak di badan,selesa.Jom tengok baju Cik Sue beli.

Nah kalau nak tengok video Cik Sue unboxing parcel blouse Zucca ni : 



 MQ173 (4553)-MAROON RM39


Suka design ni sebab corak kat lengan dan bawah baju tu,macam corak sari sikit-sikit ngeee dan jenis straight je ke bawah macam blouse basic ala-ala baju kurung kedah pun ye.Boleh juga pakai dengan skirt atau kain silang ni.Kain jenis Moss Crepe tak panas dan tak jarang ye.Untuk detail  size korang klik sini https://zucca.com.my/products/MQ173-(4553)/1838 Sesuai untuk acara kasual dan majlis-majlis formal,kalau formal pakai la dengan kain atau skirt,nak kasual kita pakai dengan jeans je heheh



MQ036(1014)-DARK BLUE RM29


Blouse yang ni Cik Sue pilih sebab nak padankan dengan skirt yang ada,konon nak sepasang la hehhe.Lebih feminism dan nampak ayu sikit (ayu keeeee?) .Siap ada riben kat leher tu,padahal pakai tudung bukan nampak pun Kikiki,suka sebab ada shape sikit blouse ni,konon-konon pakai loose kebaya la.Pastu sesuai juga pakai ke majlis atau kuar ke mana-mana,kain tak pasti jenis apa tapi tak panas dan tak jarang juga.


Blouse yang ni kosong tak de corak,cantk jugakan kalau pasangkan dengan skirt bunga-bunga atau tudung bunga-bunga.Macam nak gi cari skirt la pula hehehhe.Ci k Sue juga suka stail lengan baju ni ada butang dan tak ketat,ngam-ngam je,bila nak ambil wuduk lipat je la ke atas.Oh ya detail untuk yang ini korang boleh klik sini https://zucca.com.my/products/MQ036(1014)/1496



MQ142 (4534)-GREEN RM39


Haaaaa yang ni kelakar,Cik Sue tersalah pilih,baju ni tuk saiz XL sedangkan Cik Sue pakai L je.Lepas dah order baru perasan,jadi dok doa la moga-moga tak gedoboh sangat.Sekali sampai besar juga,bahu 18 inci Kikiki,tapi Mr D kata ok je,boleh sorok lemak-lemak berlebihan,eeeeeee  kurang asam punya laki hahhaa.Ambil warna hijau sebab Cik Sue tak banyak warna ni baju dalam almari,tapiiii baju ni kainnya best,sejukkkk je dan agak flowy macam ala-ala lembut gitu.Depannya ada  lapisan ala-ala jaket,ada butang cantik kat leher seketul.




Dan yang paling suka kat baju ni,kat lengannya ada zip,memang menudahkan nak ambil wuduk atau nak basuh berak adik,buka zip lipat je ke atas hehehhe.Detailnya kat sini ye https://zucca.com.my/products/MQ142-(4534)/1764  . Tak pe la,nanti kalau rasa besar sangat kita oter je la,apa susah.Cik Sue kan suka buat kerja diy ni hahahhaha.


So,cantik tak pilihan Cik Sue tuk bergaya di 2019 ni? Kalau korang nak shopping blouse plussize murah dan cantic,Zucca Blouse la tempatnya.Rekaan terkini ,senang di suai padankan untuk sebarang aktiviti,kualiti kain pun bagus dannnnnnn yang paling Cik Sue suka harga murah-murah jerrrrr.Kebanyakannya bawah RM50 ye,murahla kan,beli dua tiga helai sekali pos.

Cik Sue ni pun rasanya diam-diam ada lagi parcel sampaikan,ayyoooo pening Mr D hahaahha
Kalau korang nak shopping cari diorang kat link di bawah ni ye,cepat-cepat ada yang tengah sale tu,iyeee dah la murah,ada sale lagi.



Alam Natura : Bantu kawal kolesterol secara semulajadi

$
0
0
Korang pernah tak buat checkup dan buat pemeriksaan kadar kolesterol kat klinik kesihatan atau mana-mana klinik? haaaaa baikla pergi check,dengan gaya hidup dan acara kita makan hari ni memang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan kecuali la korang memang betul-betul jaga cara pemakanan.Kalau nak tahu kadar kolesterol tinggi dalam badan ni boleh menjadi punca macam-macam peyakit antaranya sakit jantung,stroke dan darah tinggi ye.Kolesterol ni memang di perlukan oleh badan tapi bila berlebihan akan membuatkan organ badan tidak berfungsi dengan baik.


Memandangkan Cik Sue lah salah seorang yang jenis pemakan tak ingat dunia tu,jenis sental je apa depan mata,Cik Sue ambil inisiatif menjaga kadar kolesterol ni dengan Jus Alam Natura yang di hasilkan secara homemade dan bahan semulajadi terbaik.Jus ini di hasilkan oleh pengasasnya Encik Zahrul Alam yang juga mengamalkan sendiri sejak 2 tahun lepas lagi.Jus ini adalah ikhtiar dia untuk mencegah penyakit yang sama di hadapi oleh 5 daripada 6 orang abangnya yang mengahadapi masalah jantung.Selepas merasai kesan positif jus ini beliau terus memasarkan untuk berkongsi khasiat dengan lebih ramai orang yang menghadapi masalah yang sama.


Ramuan yang di guna adalah bahan terbaik dari alam semulajadi tanpa sebarang pengawet.Bahan-bahan yang di guna juga segar dan bersih.Gabungan bahan yang kaya dengan khasiat untuk menjaga kadar kolesterol erta mencegah penyakit jantung,mencegah ye bukan menyembuh,kena faham tu.




Bahan terbaik dari alam

Jus Alam Natura adalah hasil gabungan enam bahan semulajadi yang terbukti banyak khasiat untuk kesihatan iaitu kurma, lemon, halia, madu, cuka epal dan bawang putih.Selain banyak khasiat dan adalah makanan sunnah,ia mudah di dapati ,jadi ia lebih segar.





Selama ni Cik Sue amalkan lemon dan cuka epal je,boleh baca khasiat cuka epal kat SINI tapi bila amalkan jus ni dapat lagi khasiat dari bahan lain sepertibawang putih dan kurma tu.Memang sangat baik untuk tubuh bahan kita seharian bahan makanan superfood ni.

Cara Amalkan Jus Alam Natura

Di datangkan dengan botol kaca yang cantik tu,tapi kena simpan dalam peti ais ye supaya dapat bertahan lama risau suhu di luar akan merosakkan jus ni.Cara mengamalkannya pun senang je,ada cara ye bukan togok satu botol hehehehe.

Pagi : satu sudu besar setiap awal pagi
Malam : satu sudu besar pada waktu malam semasa perut kosong

Tapi kalau korang ada gastrik ,pagi tu minum la lepas sarapan ye.Dan biasanya jus seperti ini kena cuba dulu tengok keadaan serasi atau tidak dengan tubuh badan kita.Setengah orang tak sesuai herba panas dalam badan.





Testimoni Cik Sue 

Rasa jus ni memang pekat,kalau rasa tak tahan teguk la air lepas ambil jus ni.Selepas Seminggu amalkan,Cik Sue dah kurang rasa pedih ulu hati dan badan lebih rasa ringan walau berat masih tak berganjak turun ehhhhhh ahhahaha,maknanya jus ni bukan untuk kurus ye tuan puan,tapi badan akan rasa lebih segar dan bertenaga,apa yang Cik Sue alami la,terpulang badan masing-masing.




Kalau korang nak cuba jus ni boleh dapatkan di link dan no tel di bawah ye :

IG : uncle.alam

FB : Alam Natura

Tel : 013 329 3707

Cosmoderm Manjakani Hygiene : Terbaik untuk keintiman wanita

$
0
0
Bagi seorang wanita,penjagaan bahagian intim sangatlah penting ye,adik, kakak, cik dan puan-puan sekalian.Rasanya majoriti wanita tahu tentang ini,kurangnya penjagaan bahagian ini,boleh mengakibatkan berbagai masalah ye,bukan saja fizikal tapi emosi juga.Iritasi,kegatalan,ruam dan macam-macam lagi masalah yang akan timbul jika tidak di jaga dengan betul.

Dan selalunya bila timbul masalah kita para wanita akan malu nak mencari solusi atau menceritakan masalah waima dengan doktor pun,rasa malu yang menebal tu juga memburukkan keadaan dan akhirnya murung sendiri.Haaaaa nampak tak? betapa pentingnya penjagaan dan kesihatan bahagian intim dan sensitif wanita ni,jangan main-main ye.Tu belum lagi yang ada keputihan la,jerawat di bahagian tu la (ada okeyyyyy sila google) dan macam-macam lagi la.

Malah bagi wanita Islam,penjagaan kebersihan bahagian intim ni sangat-sangat penting ye,jika tak di bersihkan secara betul sehingga tida najis dan suci ,solat dan ibadat tidak sempurna ye,lagi-lagi yang ada keputihan,sangat perlukan penjagaan rapi dan tatacaranya.Macam-macam tips ada untuk di amalkan,boleh klik SINI  ,selain dari tips itu semua,Cik Sue nak kongsikan cara Cik Sue pula dengan menggunakan Cosmoderm Manjakani Hygiene Feminim Wash.



Cik Sue dah lama guna produk ni dari awal kahwin lagi sebab ada masalah ruam dan kuat berpeluh,maklumlah masa tu kerja di site seharian dan cuaca panas,berpeluh bagai,mudah la naik ruam dan tak selesa.Sejak guna produk ni sampailah sekarang Alhamdulilah tak de masalah,dan terasa sangat bersih,kekadang siap bawa botol kecik untuk ke mana-mana atau travel.


Bahan Semulajadi Terbaik 

Cosmoderm Feminime Wash ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang baik untuk bahagian intim wanita malah nenek moyang kita dulu pun menggunakan bahan ini cuma tak de la di proses dan masuk dalam botol gini hehehehe.Antaranya adalah Manjakani,Kacip Fatimah dan Sirih.Teringat Cik Sue masa awal-awal datang haid zaman remaja,arwah nenek pernah ajarkan ,ramas daun sirih dalam air suam dan guna untuk basuh bahagian intim supaya kuman dan bakteria jahat akan mati,serta lebih bersih tiada gatal-gatal tambah-tambah lepas bersukan atau aktiviti luar.Rupanya memang banyak khasiat Daun Sirih ni.

Manjakani pula sebenarnya Cik Sue tak pernah tahu macam mana rupa benda alah tu hahahha,masa pantang bersalin baru la kenal hehehe ma yang tolong rebuskan dan minum airnya,huhuuu tak sedapppp,tapi untuk cepat sihat telan je la.Rupanya manjakani ni orang dulu-dulu kata kawan karib para wanita,macam wajib la wanita yang berumahtangga dan dah bersalin tuk ambil,memang hebat khasiatnya.

Kacip Fatimah pula memang semua tahu la,herba wajib dan sinonim untuk wanita,bukan saja untuk bahagian inim malah dalaman dan tenaga bagi para ibu dan isteri,boleh lihat khasiatnya di SINI  


Untuk yang dah berkahwin dan baru bersalin tu  memang Cik Sue syorkan sangat la pencuci intim Cosmoderm ni,bukan sahaja untuk kesejahteraan rumahtangga je ye,untuk kesihatan dan kebersihan diri juga.Kena jaga dan penting supaya tak de masalah lain timbul.Cosmoderm Feminim Wash ni menyegarkan dan wangi tau,lepas guna rasa best sangat hehehhe.Antara kelebihan lain produk ni : 

Kelebihan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
- Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim
- Haruman yang lembut dan eksotik
- Membantu meredakan iritasi kulit
- Membantu mencerahkan celahan peha dengan penggunaan yang kerap
- Membantu mengimbangi PH di kawasan vagina
- Sesuai digunakan untuk semua golongan wanita


Cara penggunaan pun mudah je,dah la botol cantikkan,dah ada pump,senang sangat nak bawa ke mana-mana :

Pamkan sedikit di tapak tangan yang lembap,bersihkan bahagian intim dengan lembut dan bilas dengan air bersih.Korang akan terasa kesegarannya.

Produk ni di datangkan dalam botol cantik warna pink bersaiz 375ml dengan harga RM18.90 dan yang bersaiz  150ml hanya RM12.90 sahaja,sangat la mampu milik ye puan-puan.Boleh check di laman web cosmoderm dan terus beli.

Oh ya kalau Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ni tuk para isteri dan ibu-ibu ,untuk anak dara dan remaja pula lebih sesuai ambil Cosmoderm Soothing Hygiene Wash yang botol kuning,boleh check kat SINI ye.



Jom dapatkan botol anda sendiri dan sama-sama menjaga untuk kesejahteraan diri,ecehhhh heheheh boleh klik link kat bawah ni ye tuk maklumat lanjut dan mana nak beli,Cik Sue tak jual,Cik Sue tau beli je ngeeee.


Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Terjah Cosmoderm juga di :

Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/

Jom ramai-ramai ke Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre

$
0
0

Semalam sambil-sambil bawa adik jalan-jalan ke Kuala Lumpur sempat Cik Sue ke Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre berdekatan Suria KLCC tu.Alang-alang suami kerja kat kawasan berdekatan,senang la Cik Sue parking kat pejabat dia je.Kalau korang nak datang boleh je parking di Suria KLCC atau naik pengangkutan awam.




Pameran ini berlangsung dari 24 Januari-26 Januari 2019 ,di Hall 1 hingga 4 ye,bermula jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari ,haaa cepat-cepat serbu macam-macam ada.Bawa je duit lebih-lebih dan beg nak masukkan hasil shopping anda hehehe.Bukan makanan je ada,pelbagai produk halal untuk di pasarkan dalam dan luar negara.Pameran ini juga berlangsung sempena Malaysia 2 Japan for 2020 Olympics dalam usaha membawa produk halal dari Malaysia ke Jepun sempena Olimpik 2020 nanti.Produk dari usahawan tempatan di beri platform untuk di pasarkan dan di perkenalkan ke negara luar,termasuk makanan yang mudah di bawa dalam perjalanan,produk kesihatan,penjagaan diri,kosmetik halal dan produk seharian.Perasmian Expo di rasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan,Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan di hadiri Duta Jepun ke Malaysia serta para pembeli dari luar negara.



Pengalaman baru datang pameran sebegini kena register guna telefon je,pastikan ada data ye,nanti dah daftar dalam talian kat depan pint utu,akan dapat QR Code,Scan kat mesin depan pintu masuk,dapat stiker.tampal dan boleh terus masuk.Bagus juga sebenarnya,tak perlu berbaris panjang-panjang.Oh ya pintu masuk pameran di Hall 4 ye dan kena keluar pintu Hall 1 sahaja.
Mak-mak yang datang silalah bawa duit lebih ye,yang datang dengan anak-anak tu pun sila bersedia,macam-macam nanti yang di capai di minta terutama makanan,siap ada aiskrim durian yang sedappppp sangat tau,Cik Sue beli yang bekas kecil je,nak beli yang besar jauh nak balik maunya cair dulu.Jualan rempah-rempah ,pes masakan,dan inovasi produk makanan Malaysia memang akan buat korang rambang mata tau.Jadi sila bersedia.Haaa macam Cik Sue penuh gak la stroller Humaira tu hahaha.





Dah la best jalan-jalan dalam tu,selesa dengan susunan booth yang teratur,toilet dekat,tongsampah banyak.Siap ada tempat duduk untuk rehat lepas penat pusing-pusing lagi,cantik je.Info tentang pameran pun banyak di papan-papan iklan yang di pasang sepanjang laluan.
Selain makanan,Cik Sue pun sempat dapatkan produk penjagaan diri dan kosmetik Cosmoderm yang memang Cik Sue dan adik pakai dari dulu lagi.Ada diskaun tau,cepat la serbu.Produk-produk kesihatan halal hasil kajian usahawan Malaysia pun ada,korang boleh dapatkan pelbagai info kat sini.








Peluang berniaga

Bagi korang yang suka berniaga online atau offline,mak-mak surirumah macam Cik Sue ni datang sini jangan lepaskan peluang ye tuk dapatkan kontek atau cari produk yang boleh korang niagakan haaaa sambal menyelam minum air gitu.Ramai juga yang tengah mencari agen dan dropship tu,tanya je mana produk yang korang berkenan atau suka,atau agak-agak laku kalau jual hehehe.Cik Sue dah aim dah 2 3 produk hehehhe.Ambil peluang orang kata kan,apasalahnya sekarang semuakan di hujung jari,buat tambah-tambah duit dapur juga.
Bijak tak? Hehehhe





Verify Halal untuk Kaki Travel

Bagi korang yang suka travel mesti benda pertama fikir makanan yang nak bawa gi melancongkan,terutama negara yang susah nak dapat makanan halal tu.Haaaa kat pameran ni bukan sejadar makanan,produk kegunaan seharian,produk kosmetik dan macam0macam lagi ada tuk korang guna bila melancong ye,info-info halal di negara luar pun ada tau ,korang boleh download apps Verify Halal di Apps Store ,ada macam-macam info kat situ tau,status halal restoran-restoran,produk dan makanan dalam dan luar negara.



Jom datang ramai-ramai,sempat lagi ni,hari ni dan esok,memang tak nyesal lah datang.Info lanjut korang boleh baca di MalaysiaHalal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun



Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana tarik perhatian anak

$
0
0

Semenjak dalam proses bercerai susu badan dengan Humaira ni,macam-macam cara dan tips Cik Sue buat,tapi masih belum berjaya sepenuhnya mungkin tak cukup bekalan susu alternatif yang dia ambil agaknya.Humaira ni tak minum susu tepung biasa kat kedai yang bancuh kosong,kena campur dengan  serbuk coklat,dah la tak mahu minum dengan botol jenuh la pujuk suruh minum kat cawan tu ha sambil bermain.Tapi jadi masalah pulak bila campur minuman coklat lain dia jadi susah nak membuang,tak pasti la,tak lawas ke sembelit ke,kekadang 2 3 hari baru membuang padahal dari kecil dia jenis membuang paling kurang sekali sehari,risau pula Cik Sue.



Tapiiii kali ni syukur sangat dah jumpa susu yang menjadi kegemaran Humaira,dan memudahkan ibu nak suruh dia minum susu.Mana taknya peminat fanatik Omar Hana ni,pantang dengar lagu atau suara Hana,menag tak bergerak la dia.Ye Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana la,masa order tu sampai je dia dulu yang ambil dan peluk kotak susu,dok "ibu,hana la" ulang-ulang selagi ibu tak layan dia huhuuu....



Sebelum ni dia minum juga susu Lazz tapi kena paksa la,puas bergaduh dulu,tapi yang edisi Omar Hana ni siap kena sorok kotak kalau tak 10 kali sehari dia suruh bancuh,terutama yang perisa coklat tu huhu.Bagusnya bila ada edisi kartun Omar Hana ni,tiap kali nak minum susu mesti dok suruh ibu tadah tangan baca doa,bagus pengaruh Omar Hana ni.Selalu pun memang suka bagi dia tengok kat tv dan youtube dan ikutan doa-doa yang Omar dan Hana nyanyi tu.Tengok la gelagat dia dalam video kat bawah ni : 



minum susu ,mata tgk omar hana hehehe

Alhamdulillah ,sejak minum susu ni,penghadaman Humaira memang lawas,sekali sehari tu memang wajib hahahaha,senang hati ibu ni ha,kalau tak asyik tantrummmm je rupanya payah berak opsss.Satu lagi susu ni kurang gula dan laktose,jadi bila minum malam sebelum tidur takde la dia makin aktif kena "sugar rush" gitu,tidur pun tenang je,dan lama sikit la dari biasa dia bangun nak susu malam-malam.Susu ni tak berbau hamis ye mungkin sebab tu Humaira suka,minah ni cerewet sikit dengan makanan yang berbau.



Kebaikan Susu Lazz untuk anak-anak : 

Masa checkup bulanan Humaira ,doktor dan jururawat pun mencadangkan susu kambing sebagai susu ganti kepada susu ibu kalau nak berhenti susukan anak,sebab ia yang terbaik selepas susu ibu berbandung susu lembu.Jadi Cik Sue memang akan cari susu kambing untuk Humaira,kebetulan pula susu lembu yang pernah cuba dia jadi tak lawas.Lagi pula Lazz Susu Kambing ni orgamilk iaitu 100% oranik , susu premium tanpa GMO , tanpa gula dan mendapat kelulusan nutrisi dari makmal Unipeq UKM



1. Susu Lazz susu dalam bentuk serbuk,tubuh anak-anak mudah menyerap khasiat,mudah di hadam dan mengelakkan sembelit.

2. Susu Lazz  meningkatkan Imunisasi Anak

3. Susu Lazz mempunyai rasa yang sedap dan digemari ramai kanak-kanak ada rasa Asli, Coklat dan Kurma.

4. Naturalnya susu kambing rendah laktose dan gula dari susu lain dan Susu kambing sangat bagus untuk kanak-kanak.

5. Susu Lazz mengandungi tinggi khasiat terutama Vitamin B Kompleks & Zinc yang membantu tingkatkan selera anak anda.

6. Susu kambing Lazz juga  sesuai untuk anak yang punya masalah ekzema.

7. Untuk anak berusia 2 tahun ke atas,sesuai untuk seisi keluarga juga.

Nampaknya awal nak kena restock ni,bukan Humaira je minum,ibu ayah pun sama,terutama ibu la,malam-malam peneman buat kerja,mengurangkan gastrik dan pssssttt lebih mengenyangkan sementara tunggu pagi.

Cara order dan beli 


Pujian untuk pengurusan Lazz ni,Cik Sue suka betul delivery diorang ni,tak payah susah nak cari kat kedai,call je,terus samai depan pintu ye,sediakan duit je.Macam mana nak order? boleh hubungi nombor di bawah atau klik link tu ye.

Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290
Web : http://lazz.lazzdelivery.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LazzSusuKambingHQ

suka sangat dok belek gambar omar hana kat kotak tuheheheh

Pengalaman pertama buat rawatan kulit muka di Skin Valet,Bangi

$
0
0
Dah berumur gini baru la ada kesedaran nak menjaga kulit muka Cik Sue ni.Terbalik pula kan,orang muda sekarang kemain lagi jaga kulit wajah ,nak flawless la,nak putih la,tambahan dengan macam-macam produk ada kan,eh tak salah pun bagus la tu.Cuma nak ceritanya Cik Sue zaman muda remaja kurang sikit nak layan skincare ikut peraturan bagai penjagaan muka tu,asal cuci muka pakai krim malam tu pun kalau rajin la,pastu kalau ada jerawat buh krim jerawat je,haaaaa betapa malasnya huhuuu.Sebab tu dulu muka kusam je,tambahan pulak masa sekolah dan belajar mana ada duit banyak nak beli-beli produk,pakai yang biasa-biasa je la.Dah kerja pulak ,ada duit,sibuk dok perabih berjalan dan makan hahhaa dasar ciksuesukamakan apa  nak buat,alasannnnnn je kan hahaha.


Skin Valet,Bangi

Baru-baru ni di sebabkan pengaruh rakan sebaya dan sekeliling yang semua cantik-cantik,lawa-lawa Cik Sue pun rasa nak juga merawat kulit wajah yang macam apa je ni supaya tidaklah rasa rendah diri duduk dengan mereka-mereka itu hahahah.Sempat ajak adik temankan dan jagakan si kecik tu sementara Cik Sue buat rawatan di Skin Valet,Bangi.Dekat je rupanya dengan rumah,tak sampai 15 minit pun memandu,Alhamdulillah mood si kecik tu baik je,tenang jap ibu.


Masuk je Cik Sue di sambut dengan mesra oleh penyambut tetamu dan di minta isi borang maklumat peribadi dulu,mana la tahu ada alergik apa-apa kan,kena la bagi maklumat sebab ni bukan buat facial biasa,ni nak buat rawatan ye.Lepas tu Cik Sue di panggil masuk ke bilik konsultan iaitu Dr Isma untuk analisa kulit.Fuhhh teruja pula nak tahu apa la rupa dan masalah kulit Cik Sue ni,dah nak cecah 40 ni ye,tak pernah buat pemeriksaan teliti kulit wajah huhuuu.Kita orang kampung dok pandai menda-menda gini #eh hehehehe.


Analisis dan konsultasi kulit wajah.


Sebelum buat rawtaan kenalah buat pemeriksaan dan analisi dulu ye kulit kita ni jenis apa,apa masalah dan apa rawatan yang sesuai untuk di ambil nanti.Sambil tu konsultan tu akan temuramah la kita ,apa yang kita makan,rutin harian penjagaan kulit wajah macammana,air berapa banyak minum air masak setiap hari dan macam-macam la berkaitan penjagaan kulit dan gaya hidup.Konsultan akan scan kulit wajah dengan mesin scan khas,haaaa walau muka nampak bersih dengan mesin ni akan nampak semua ye,segala parut baru lama,whitehead,blackhead semua akan nampak jelas nanti.

Untuk Cik Sue,memang dah jangka kulit berminyak dan berparut,tapi yang kuat berminyak adalah T-Zone iaitu dahi dan batang hidung tu.Memang nampak jelas sebenarnya kuat berminyak bahagian tu,dua belah pipi pula normal dan dagu pun agak berminyak (boleh la wat minyak dagu ni hahhaha).Cik Sue juga ada masalah liang pori agak besar itu yang menyebabkan kulit wajah mudah berminyak,whitehead dan blackhead pula kurang,ada tapi tak banyak,yeayyy.Parut pula memang banyak,ye la muda remaja dulu pernah naik jerawat batu tu,agak parah,bila dah baik memang tinggal parut la.Kata konsultan tu ,tina kulit Cik Sue tak sekata sebab parut tu juga,nampak bercapuk bila pakai foundation atau bedak.Jadi dia cadangkan Cik Sue buat rawatan SV Carbon Peel.


Rawatan SV Carbon Peel 

Rawatan ni sesuai untuk masalah kulit Cik Sue sebab ia berfungsi untuk sekatakan tona kulit,kecilkan liang pori,kecutkan jerawat dan menarik minyak berlebihan di wajah.Cik Sue di bawa masuk dalam 1 bilik,oh ye untuk keselesaan pelanggan ,1 bilik hanya untuk 1 pelanggan sahaja ye,jadi Cik Sue bawa je dak kecik tu masuk,elok je dia dok lepak dalam tu,dan last-last tertido sambil tunggu ibu siap,selesa sangat hehehe.Proses rawatan ni di jalankan oleh beautician pula,peramah orangnya,banyak tips dia bagi macam mana nak jaga kulit wajah dan penjagaan  yang boleh buat sendiri kat rumah.

1. Deep Cleansing.
Langkah pertama wajah di cuci secara deep cleansing atau cucian mendalam untuk bersihkan minyak dan lubang-lubang liang pori dari kotoran ,supaya rawatan lebih berkesan.Mula-mula cuci macam biasa lepas tu guna scrub dan alat pembersihan macam berus tu ye.



2. Steam Face.
Kulit wajah di wapkan untuk buka liang pori supaya senang nak letak bahan untuk merawat.Agak panas juga la tapi kalau panas sangat boleh bagitau beautician tu tuk laraskan suhu ye,jangan diam je pulak.Mula-mula agak perit gak dan panas tapi bila lepas buat tu Allahuuuu leganya mukaaaaa,rasa segar sangat.



3. Carbon Mask.
Yang ni pulak masker,untuk bersihkan liang-liang pori secara mendalam.Rasa tegang je muka pakai masker ni.



4. Laser Treatment.
Yang ni perit sikit muka,agak pedih tapi tak de la sakit sangat pun,macam kena titik-titik gitu.Rawatan ni tuk tarik keluar minyak dari liang pori yang terbuka tu ye.Lepas sapu masker yang hitam tadi,biar kering dan terus buat laser ni.Siap semua best gilerrrrrr rasa muka,rasa ringan dan bersihhhhh sangat.Lepas siap semua muka di bersihkan untuk di rawatan seterusnya.



5. Hydrating Mask 
Hydrating mask ni untuk lembapkan kulit wajah selepas semua rawatan di jalankan.Dan untuk tutup semula liang pori yang di rawat tadi.Bestttt sejukkkkkk je kat muka,lepas pakai,biarkan sekejap sampai kering,hampir-hampir terlena hehehehe...siap semua dan kulit wajah di bersihkan,sebelum selesai,beautician sapukan sunscreen sebagai perlindungan kulit wajah.




Akhirnya,dekat sejam setengah juga rawatan ni,Ya Allahhhh kali pertama rasa kulit muka ringan,bersih dan segar.Memang tak rugi datang buat rawatan kat sini,harga pun masih berbaloi bagi Cik Sue la.Siap semua terus rasa teruja dok belek dok usap kulit muka sendiri hahhahaha.Sampai balik rumah nak tidur pun dok belek kulit muka kikiki.


Memang Cik Sue rekemen sangat korang buat rawatan dan facial muka kat sini tau,layanan terbaik,rawawtan dan khidmat nasihat pun memang tiptop.Memang puas hati sangat,balik rumah puan encik suami perasan ,katanya makin glowing walau tak pakai apa-apa kat muka fuhhhhhh bangga jap rasa hehhhee



Korang boleh terjah Skin Valet ni ye,detail seperti di bawah.Abang-abang tu belanja la wife masing-masing konpem puas hati,di jamin.

Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm


Cuti Chinese New Year di rumah...

$
0
0
Hujung minggu yang panjang,dari Sabtu sampai Rabu bercuti,tapi di rumah je la Cik Sue dan family,memang tak plan ke mana-mana pun,malas nak bersesak jem dan di tempat-tempat perlancongan dengan orang ramai dan anak kecil.Memang niat nak rehat dan setelkan kerja-kerja tergangguh di rumah.

Paling-paling pun keluar ke mall berdekatan je la,kebetulan dah plan dengan adik nak balik hujung bulan ni Insya Allah,jadi cuti ni lepak rumah je.





Sabtu petang sempat ke Aeon Mall Nilai kejap semata-mata Cik Sue teringin makan sizling hahahhaha gigih kan,sempat singgah Kaison,tengok orang makin ramai dan mula sesak,cepat-cepat ajak Mr D balik,sebelum masing-masing jadi stress heheheh...
Dok rumah time-time cuti ni memang membuntal je jawabnya kejap-kejap ke dapur,lapar saja hehehhe...


Malas masak kita tapau,sempat merasa KFC Parmesan baru tu,bolehlah tapi bagi Cik Sue pedas sikit,dan keju parmesan tu sikit nau huhuuu dasar hantu keju huhuu...tak puas...ada tambah keju sendiri kang.Boleh la not bad sangat.


Petang Isnin sempat keluar late lunch ngan si Zura Momot jap,dok je dekat tapi berzaman tak jumpa,lunch lite2 je kat Aroi Thai Ayer@8 Putrajaya,ada sebab lunch kat situ,sebabbbbbb Cik Sue nak beli tudung kat Butik Nurhannah hahhahah ala tudung rm10 je punnnn...kebetulan tak masak dan Mr D keje.



Antara menu masakan lepak di rumah cuti ini hehehhe rehat-rehat kat rumah konon malam Selasa tu nak gi jogging atau jalan-jalan Putrajaya,eh eh tetiba lak Humaira panas membahang badan tengahari tu.Mula-mula ok je ,bangun tido badan macam di panggang,check suhu Allahu dah 39 ,terus Cik Sue mandikan,jelum kepala dan lap badan tak henti,bagi ubat demam yang beli kat farmasi.Turun sekejap suhunya,pastu naik lagi.Cik Sue mula la risau dan cuak sebab Humaira tak penah demam sampai tinggi macam ni,stail dia demam selsema,suhu 37 paling tinggi tak sampai sehari terus kebah huhuuu.


Lepas 24 jam,tak turun juga suhunya dok main sekitar 38-40 ,terus ajak Mr D pergi klinik,doktor kata demam virus tengok sampai Jumaat kalau tak sihat juga,kena ambil darah.Dapat la ubat bontot klinik bagi,first time ni,blur lak cam mana nak guna,tapi memandangkan doktor suruh guna bila terlalu panas macam 40 tak turun-turun jadi kita simpan dulu,bagi ubat minum je dulu.


Alhamdulillah la walau pun demam Humaira masih nak makan dan minum walau ada masa-masa kena paksa,tapi dia tetap telan,good girl.Tak de la melepek sangat tak de tenaga.Malamnya tak tido Cik Sue dok pantau suhu ,risau lebih 40 dan takut kena "tarik" atau kejang.
Paginya Cik Sue yang tintong nak rebah,pening tak cukup tido,akhirnya Mr D terpaksa EL uruskan kami,beli makan,tolong mana yang patut,risau gak Cik Sue sorang kang rebah migrain situ,anak ke mana ibu ke mana kang.


Alhamdulillah sekarang Khamis malam,dah kebah sikit demamnya,nampak dah berpeluh dan selera makan.Cik Sue pulak yang rasa tak sedap badan huhuuu tapi sempat lagi buat puding roti malam-malam buta sambil layan Kuch Kuch Hota Hai kat Astro,kisahnya kuah kastard ada lebih yang sebelum ni dok dalam peti ais,ni ada roti apa lagi buat la,kejap je pun hehehhe.

Begitu la kisah percutian Raya Cina kami di rumah,seronok tengok kawan-kawan share gambar bercuti dengan keluarga ke destinasi menarik Malaysia dan luar negara,yang balik kampung nya,best kan.Cik Sue ok je dok rumah pun,sebab nak cuti time orang semua keje,baru lapang hahahahhaha....

Korang ke mana cuti baru ni? 

Mencabar diri di Rocky Basecamp ,Aeon Mall Shah Alam

$
0
0
Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim,maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang.Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira,ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan "botol susu" bergerak dia ni hahhahah.Tambahan pula cuaca panas sekarang,agak malas nak dok luar bangunan kan,kang demam la selsema la.

Tapiiiiiiii,Isnin lepas Cik Sue dating ngan kawan-kawan kat Aeon Mall Shah Alam dan cuba "indoor extrem game" dalam bangunan je,ada penyaman udara dan selesa bawa anak,besttttt sangat tau.Korang pun patut bawa anak-anak,berbaloi bagi Cik Sue sebab harga tak cekik darah,masih mampu bayar tuk habiskan masa dengan anak-anak dengan lebih berkualiti.

Memandangkan kami pergi hari Isnin waktu orang kerja,jadi agak lapang dan tak ramai orang,memang puas hati la anak-anak main dan melasak,on the way balik semua tertidur dalam kereta keletihan,siap kena kejutkan bila sampai rumah hehehehhe.

Eh! Lupa lak nak bagitahu kat mana,kami bermain dan berseronok di Rocky Basecamp ,Tingkat 3 ,Aeon Mall Shah Alam. Ada  dua tau,yang Rocky Basecamp tu ada playground biasa untuk anak-anak dan wall cimbing tuk dewasa dan kanak-kanak.Yang Air On Park (nanti Cik Sue cerita entry satu lagi ye )  tu pulak lebih kepada Edugames untuk kanak-kanak dan permainan interaktif VR untuk dewasa,jom tengok apa yang menarik.

Jom Memanjat di Rocky Basecamp 



Harga masuk.


Mula-mula sampai,kami masuk sini dulu untuk sesi pagi.Tengok harga agak berbaloi untuk satu sesi selama 2 jam,puas dah tu main dan memanjat tuk orang tak professional macam Cik Sue ni hehehhe.
Harga ikut umur ye,pastu boleh pilih kalau tak bawa anak boleh bayar untuk climbing sahaja,atau kalau tak nak climbing boleh bayar playground tuk anak-anak je main kat dalam tu.Ada juga harga pakej untuk 10 kali masuk dan sebagai explorer lebih kurang macam kursus climbing la.Boleh tengok harga dalam gambar bawah ni ye.


10 Jenis dinding untuk memanjat.


Bagi aktiviti wall climbing ni di sediakan 10 dinding yang berbeza tahap kesukaran dan cabarannya,boleh cuba semua ye,dengan pengawasan staf bertugas.Oh ya,korang di sarankan bawa stokin ye kalau tak mahu beli kat sini,macam main boling la,kena pakai kasut khas dan stokin ye.Tapi ada je di sediakan kasut tuk sewa dan stokin tuk di beli kat sini. Dah siap pakai kasut semua,staf akan beri penerangan tentang cara memanjat dan tips keselamatan di sini,kena dengar baik-baik ye.Termasuk penerangan bagaimana nak pakai tali kabel untuk memanjat tu,kena tengok betul-betul ,susah nanti apa-apa jadi.Keselamatan di utamankan okeh.



Ada 2 wall cimbing untuk beginner atau yang baru-baru nak cuba.Bolehlah berlatih dulu kat sini,yang ni tak de tali sebab rendah je,bawahnya ada lapik kusyen ,kalau jatuh pun tak sakit sangat.Cik Sue dah cuba dan ok la,tuk panaskan badan heheheh ambil mood kata orang.




Dinding kedua pulak agak esktrim setinggi 15 meter dan perlukan staf tuk tarik tali naik ke atas,sebagai beban,kena pakai harnest atau tali ye,memang Cik Sue tak lepas la yang ni,gigil nengoknya hahahhah,Cik Sue setakat ketinggian biasa-biasa pokok atau rumah tu ok la,ni tinggi sangat memang tak la hehehe dengan tangan tak berapa kuat ni.




Fuhhhh gayat oiiii,memang tak mampu la,Qaseh pun naik sampai separuh je huhuuu.7 dinding seterusnya ok la,ada macam-macam gambar dan tahap,siap ada yang tangga terbuai-buai lagi,ada adventour gorilla dan macam-macam gambar.Cik Sue lepas yang menara dan padang bola hijau tu,yang lain tak larat dah hahahhaha,lenguh weh tangan tapi best sangat,nanti nak ajak Mr D la pegi sini lagi,hilangkan stress hehehehe




Tak sangka pulak Cik Sue masih mampu memanjat,sejak-sejak dapat anak ni,mana pernah bersukan ekstrim gini,setakat jogging panaskan badan tu je la.Kepuasan sangat tau bila sampai atas dan sentuh loceng tu hehehehe.Dan bila gelungsur ke bawah tu wahhhhh,seronoknya.Anak pun ternganga nengok ibunya hahahhaa.Oh ya,sambil korang memanjat tu anak-anak boleh main kat dalam playground dan ada staf tengokkan,dan tak boleh keluar dari situ suka-suka,jadi selamat ye,nak golek ke nak baring ke haaa dok dalam tu.

Oh ya,untuk anak-anak yang dah pandai memanjat pun boleh ye wall climbing ni,dari umur 4-14 tahun di kira junior atau kanak-kanak la,staf akan jaga dan guide diorang,Bagus tuk mereka,merangsang skill dan keyakinan diri.

ternganga Humaira hahahhaha
bersama staf bertugas.


 


Sementara mak pak memanjat ,anak-anak yang tak boleh memanjat tu bolehlah layan playground dalam tu,ada gelungsur dan mainan tuk mereka,ada mainan panjat-panjat juga.Memang leka la kat situ,Humaira sampai tak kacau ibu dah,ralit dok main.




Bagi Cik Sue memang berbaloi datang sini,tempat selesa,harga berpatutan dan mesra keluarga.Boleh jadikan aktiviti sekeluarga bila nak habiskan masa dengan anak-anak.Eh tapi ada satu lagi tempat best kat Aeon Shah Alam ni,ni lebih kepada anak-anak la.


Apapun kena patuhi peraturan keselamatan dulu ye,dengar taklimat dari staf elok-elok sampai faham,kalau tak faham tanya terus.Bawalah keluarga korang ke sini atau yang bujang-bujang pun kalau rasa nak main indoor ektrim game wall climbing ni,boleh la mai sini,tak kena hujan dan panas hehehehe.....kalau nak buat gathering pun ok gak ni,ajak kawan-kawan,dah penat main boleh turun makan kat food court level 2 ye.


Berseronok dengan anak di Air On Park,Aeon Mall Shah Alam.

$
0
0
Kalau di Rocky Basecamp tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam ada wall climbing yang lebih kepada penglibatan aktiviti ibu bapa dan anak-anak yang besar,di Air On Park pula lebih kepada aktiviti anak-anak untuk semua peringkat,dan permainan interaktif untuk dewasa yang lebih santai.



Anak-anak seronok di Air On Park 

Aktiviti kat sini lebih banyak untuk anak-anak dan pelbagai permainan yang dapat mengasah minda serta skill mereka.Sesuai untuk sekecil 1 atau 2 tahun hinggalah remaja belasan tahun serta golongan dewasa.Masa sampai masing-masing dah tak sabar-sabar nak masuk,dengan yang menangis tak sabarnya,dengan main masuk je haaa haru -biru di buatnya.

Sebelum masuk kenalah bayar dulu ye dan harga tiketnya memang berbaloi dengan aktiviti yang ada,lepas tu akan dapat gelang atau strip kertas untuk di pakai.Baru lah boleh masuk,oh ya jangan lupa pakai stokin dan anak-anak pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang,sebab aircond agak sejuk dan untuk keselamatan bila bermain.Kalau bawa beg jangan risau ada loker di sediakan,sediakan duit je untuk bayar hehehhehe.Kat sini kena buka kasut ye,sebab tu suruh pakai stokin.




Air On Park ni terbahagi kepada 3 zon iaitu Edutainment Zone,Fun Zone dan VR/AR Zone.Setiap zon ni memang berbeza dan seronok sangat aktivitinya,memang ouas hati bawa anak-anak.Kalau korang datang nanti dah abis masa konem anak-anakmintak datang lagi hehehhe.


Edutainment Zone 

Zon ini ada banyak mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak pelbagai umur.Ada permainan interaktif anak-anak boleh mereka hidupan laut sendiri dan namakan dengan nama sendiri,lepas tu boleh cari makan dan dapatkan markah di skrin yang di sediakan.Di sini anak-anak boleh berkreativiti dan belajar mencipta.



Dapat mainan semua khusyuk,tak layan dah mak ayah masing-masing,dan pasti tak payah panggil balik la,memang tak bergerak hahahhaha.



Ruang dalam yang selesa dan luas sangat selamat untuk anak-anak,susun atur permainan pun menarik dan kemas.Anak-anak selesa berlari dan bermain bersama.


Tapi ibu bapa perlu juga mengawasi risau anak-anak berebut atau tercedera waktu bermain.Staf-staf kat situ pun mesra dan cekap mengawasi anak-anak,terbaik perhatian diorang.


Humaira masuk je dah teruja tengok rel keretapi kat tengah-tengah,sememangnya dia sangat suka mainan-mainan macam ni.Kereta,keretapi dan kenderaan ,tambahan lego,haaaa memang dia mengadap la.Seronok betul dia dok mengadap,kena pulak ada yang melayan,lagi la dia suka.






Apa yang Cik Sue perhati di Zon Edutainment ni banyak mainan yang mengasah minda dan motor skill kanak-kanak,memang bagus.Dapat tengok minat anak-anak pada warna,bentuk dan pelbagai mainan menguji minda mereka.




Selain bermain,diroang juga boleh bergaul,tambahan macam Humaira yang jarang jumpa kawan-kawan dan bergaul dengan orang lain selain ibu dan ayah kat rumah.Memang masa yang bagus tuk dia belajar berkawan,berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

Harga Edutainment Zone
1 jam pas: RM 35.00
2 Jam Pas :RM 45.00
2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00

Fun Zone 

Haaaa yang ini memang tempat feveret,selagi tak habis masa,selagi tu dok melangut kat dalam tu,nama pun fun,memang seronok tak mahu keluar la budak-budak ni.Bukan anak-anak je,mak pak pun boleh bermain sama-sama.Jangan risau,peralatan semua kukuh.


Dalam zon ni ada pelbagai permainan yang meyeronokkan untuk main bersama anak ibu ayah,ada blok-blok lego besar,buaian,mainan panjat,mainan gelungsur yang mak ayah pun boleh main sekali,haaaa Cik Sue lak teruja lebih part gelungsur tu heheheh.

tengok la budak cebik ni tenggelam dalam lego,gerammmm je hehehhee
permainan yang melekakan Humaira.
gelungsur curam yang kena ada mak ayah teman untuk anak-anak kecil


Part gelungsur curam ni kalau nak tengok video boeh ke ig dan fb Cik Sue ye ,boleh gugur jantung tau hahahhaha,tapi seronokkkkk...anak-anak kecil kena mak ayah pegang kalau yang dah besar boleh je naik sendiri,tak bahaya pun.Cuma agak seram jugak bila turun tu hehehhe.






Seronok tengok anak-anak berimaginasi kat lego besar ni,macam-macam ni buatya.Belajar reka macam-macam ikut apa yang diorang imaginasi sendiri.





Memang seronok anak-anak,sebelum balik sempat kami masuk lagi sekali sebelum masa habis,haaaa memang meraung la msing-masing bila nak balik,pakat tak mau keluar hihiii.

Harga Fun Zone

2 Jam Pas : RM 35.00
2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00

VR/AR Zone


Part Zon VR/AR ni memang tumpuan utama kat Air On Park ni,anak-anak ke,mak bapak ke boleh main tapi kalau anak yang kecil sangat tak sesuai la,peralatannya tak muat terutama eye mask tu.Cik Sue pun pertama kali mencuba permainan interaktif Virtual Reality macam ni.Bil akorang pakai eye mask tu dan duduk atau berdiri atas peralatan tu korang akan rasa seperti bermain permainan yang sebenar,contohnya permainan roller coaster,korang akan rasa tunggang terbalik betul-betul macam main kat luar tau,tapi ni indoor la,pastu bila jerit-jerit org keliling dok gelakkan korang sebab sebenarnya korang dok atas kerusi je pun hahahhahaah.



Ada juga VR untuk kanak-kanak main macam game dalam video game tu,lebih guna pergerakan si pemain,kena lompat,angkat tangan,gerak kiri kanan depan belakang.Bagus juga untuk anak-anak lebih aktif fizikal dan mental tuk berfikir strategi.



Yang ni la Cik Sue terus menyesal naik,permainan ni macam naik yang lastik kat funfair tu,siap pusing 360 darjah tau,betul-betul rasa terbalik,padahal elok je dok atas tempat duduk tu hahahaha,hamoeh je yang lain dok gelakkan kat depan.Elok habis turun terus mengucap panjang taubat tak mau dah hahahah.


Serius memang best sangat masuk sini,memang berbaloi korang bawa anak-anak,berbaloi dengan harga masuk yang di kenakan.Bawa la keluarga datang,habiskan masa bersama,badan sihat otak pun cergas dengan aktiviti berfaedah gini.Anak-anak mesti teruja,lagipun Cik Sue suka sebab indoor ,dalam bangunan tak payah risau hujan ke panas ke,selamat pun ye,staf-staf semua bagus.



Harga Untuk VR/AR Zone
Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00

Kat sini boleh juga kalau nak buat gathering atau family day bawa geng dan anak-anak main sini,memang anak-anak akan teruja giler la,dan pasti payah nak balik heheheh.Untuk maklumat anjut korang boleh hubungi atau klik link di bawah ye,nak tempah wal pun boleh untuk sebarang event di sini.


Pakej Rawatan Kulit Menarik di Skin Valet,Bangi

$
0
0


Ramai yang tanya Cik Sue pakej apa lagi yang ada kat Skin Valet,Bangi bila Cik Sue kongsi pengalaman buat rawatan kat situ.Banyak pakej menarik sebenarnya,tapi yang penting kena ikut kesesuaian kulit wajah korang ye,benda utama sila periksa keadaan kulit dan masalah dulu baru boleh buat keputusan rawatan apa yang kena ambil.


Lokasi strategik,spa bersih,kemas dan menarik.

Spa Skinvalet ni juga mudah di cari,nampak dari sisi jalan,papan tanda pun besar dan memudahkan pelanggan.Mula-mula masuk kedai pun nampak welcoming sangat dan di sambut staf yang mesra dan sangat membantu pelanggan,tahniah Skinvalet Bangi.



Pakej menarik dan berpatutan.

Banyak jenis rawatan kulit wajah kat sini sebenarnya bergantung jenis wajah masing-masing.Harga pun berpatutan dan selalu ada sale tau,jadi baik korang follow instagram dan facebook diorang untuk update terkini dan diskaun yang di tawarkan.Berikut adalah antara rawatan dan pakej yang ada,untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi mereka terus atau datang je ke spa skinvalet ye.








Untuk keberkesanan rawatan kenalah mengikut saranan oakar kulit atau doktor yang memberi penerangan tu,berdasarkan masalah masing-masing,ada yang sekali pun dah ok tapi ada juga yang kena buat rawatan 2 atau 3 kali baru ok ,bergantung ye.




Bagi Cik Sue harganya sangat berbaloi dah dengan perkhidmatan yang di beri,ye lah bukan kita gi buat hari-hari kan terutama untuk yang ada masalah atau penyakit kulit yang memang perlu di rawat tu.

Apapun untuk penerangan lanjut boleh datang ke spa atau hubungi mereka ye.






Alamat :

Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Resepi Ayam Masak Kapitan

$
0
0

Dah lama tak tepek resepi kat blog ni huhuuu...selalunya lepas masak dan makan,kalau menu menarik sempat je taip sambil-sambil baring tengok tv,tapi sekarang memang payah nak pegang phone,Humaira dah makin addicted dengan phone jadi terpaksa kurangkan,jadi ibu ayah pun tak bolh pegang phone selalu depan dia.Tambahan sekarang dia dah pandai search sendiri kat youtube apa nak tengok,ajak makan mandi pun payah haihhhhh....sekarang kena tunggu dia tidur atau curi-curi je tengok phone,kalau tak ,dapat kat dia memang susah nak mintak balik dah la suka lempar-lempar bila ngamuk huhuuuu.Jadi kalau wasap lambat berjawab tu sila call ye,sebab bila call dia akan cepat-cepat bagi phone kat ibu hahhahahah.

Okeylah kali ni nak uh resepi Ayam Masak Kapitan.Kisahnya hari apa tah ,tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari,ada stok ayam je dalam peti ais.Cik Sue kurang makan sikit kalau ayam ni,kalau lauk ikan atau daging haaa laju la,muak mungkin.Tak tahu nak masak apa,dok belek-belek la koleksi buku resepi yang bersepah dalam bilik tu,buku beli zaman-zaman anak dara ye la time tu tak glamer lagi search resepi kat fb internet bagai ni hahahhaaa.Tiap bulan mesti beli buku resepi atau majalah masak-masak hahahha.Jumpa la resepi yang agak senang ni,haaa cari yang senang-senang je.Ni Ck Sue salin dari buku tu ye,jadi [andai-pandai la olah dan agak ikut kesesuaian bahan yang korang ada.Jom Cik Sue kongsikan ye :

Resepi Ayam Masak Kapitan.

Bahan :
1/2 ekor ayam - di potong kecil
500ml santan
2 batang serai-ketuk
10 helai daun limau purut
3 sudu kerisik
500 ml air
minyak masak
garam gula

Bahan Kisar:
100gm bawang merah
100gm bawnag putih
100gm serai hiris
100gm cili kering
200gm kunyit hidup
30 gm buah keras
10 gm belacan

Cara memasak :
-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
-Bila naik bau dan agak garing masukkan serai ketuk,daun limau purut,kerisik dan air.gaul rata dan biar masak sekejap.
-Masukkan ayam dan santan,perasakan dengan garam,biarkan mendidih hingga kuah pekat.
-Angkat dan sedia di hidangkan.

Cik Sue masak lauk ni lebihkan,kuahnya sedap wat cicah lempeng atau roti,sekarang Mr D malam-malam dah kurang makan nasi,jadi makan la lauk ni wat cicah.Dan selaluya kalau lebih lagi Cik Sue akan frozenkan untuk waktu darurat hahahhaha iaitu waktu anak tantrum tak sempat nak masak dan perut kebulur hehehhe.

Selamat mencuba.
Viewing all 217 articles
Browse latest View live