Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Mee Kuah Kelantan : Jujur aku rindu

$
0
0
Sejak-sejak kahwin dan ada anak ,ini paling lama tempoh Cik Sue tak balik jumpa ma abah,last balik kenduri sepupu kahwin bulan 8 tahun 2019,nak masuk 10 bulan dah pun,agak lama bagi Cik Sue tau,selalunya selang 3 bulan atau 4 bulan sekali akan balik jenguk abah ma,walau tak de apa-apa keraian atau kenduri.Haihhh tak tahu nak describe rasa dalam hati macam mana,kalau telefon ma abah ajwapan tu memang la sihat saja tapi tau la kan orang tua ni tak nak anak-anak risau,selang sehari Cik Sue memang telefon tapi tu la tak nampak depan mata,hati tak tenang,cuma mampu titipkan doa dan harapan pada Yang Esa untuk jagakan mereka.Okey,lap air mata huhuuu,segan kang Mr D tengok nangis-nangis bagai,hahaha....mana boleh tunjuk kat dia hati tisu heheeh padahal dia pun sama dok sedih tak leh balik puasa ngan mak,anak bongsu weh manja lain macam hahahah semoga dia tak baca.

Antara yang kita rindukan bulan puasa ni tentulah air tangan mak sendiri kan,rindu menu-menu istimewa bulan puasa je mak selalu buat,sama la Cik Sue pun tetiba 2 hari lepas teringat zaman-zaman kecil kat berek KTM,bulan puasa tuk berbuka makan mee kuah style Kelantan,ma buatkan,mewah dah bagi kami waktu tu sebab kami tinggal jauh ke  hulu pahang yang susah nak dapat lauk pauk macam ayam bandar,sotong udang ikan laut semua,paling mewah pun abah sembelih ayam peliharaan sendiri,daging pulak bila ada orang sembelih lembu dan jual ,merasa la.Tapi sayur-sayur memang jarang membeli,selalunya petik je keliling rumah atau arwah mek (nenek) selalu hantar sebab dia tanam sayur banyak.

Ma selalu buat mee kuah letak daging sotong dan udang kalau ada stok,berbuka makan mengadap adik beradik kena pulak dengan sirap selasih fuhhhh memang nostalgia betul bagi kami.Makan berebut,kecohnya tu menjadi kenangan sampai hari ni,Allahhh rindunya,moga ma abah adik beradik di beri kesihatan yang baik dan di lindungi selalu.

Jom tengok resepinya tapi ni style ma Cik Sue la,boleh di olah ikut citarasa masing-masing ye :


Mee Kuah Kelantan

Bahan tumbuk : (tak perlu lumat) 
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan 
Mee kuning
Daging hiris nipis
Fishball
Sawi
Cili merah hiris
Tomato belah 4 
Rempah tumis (kulit kayu manis,pelaga,cengkih) 
Serbuk lada putih (1/2 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
garam

Cara

-Tumis bahan blend dengan rempah tumis,agak wangi masukkan daging,masukkan air.
-Biar didih dan daging empuk.
-Masukkan serbuk lada hitam dan putih,garam,kacau sebati.
-Masukkan sawi,cili hiris,fishball,imbangkan rasa.
-Letakkan mee kuning(bilas dan toskan)  dalam mangkuk,siram dengan kuah tadi,tabur bawang   goreng,perah limau nipis,buh kicap dan sos cili skit,kalau suka bleh tabur cili api potong.



Alhamdulillahhh menjadi dan Mr D kata sedap,lain kali boleh buat lagi ni.Bulan puasa ni boleh la buat lagi tuk buka puasa lak.Selamat berpuasa korang,semoga kita istiqamah menumpukan kepada ibadah di bulan puasa dalam tempoh PKP ni,maklumlah nak sibukkan persiapan raya pun dah tak de mood kan,nak kecoh-kecoh baik berbuka dengan keluarga kat kampung pun tak  boleh juga,inilah himahnya kita sama-sama merebut peluang beribadat sebanyak mungkin.Selamat Menyambut Ramadhan 1441H semua.






Ramadhan bersama Lazz : Kekal bertenaga

$
0
0
Ramadhan menjelma lagi,dan Cik Sue setiap kali puasa wajib atau sunat atau ganti,memang akan mudah kena pedih perut,nak kata gastrik tak jugak tapi gitulah,masuk tengahari je pedih perut pedih ulu hati gitu,macam angin satu badan.Alhamdulillah dua tiga  tahun kebelakangan ni kawan kenalkan dengan susu Lazz memang membantu sangat waktu hari biasa dan terutama waktu berpuasa,sangatlah membantu.Tak de la dok melepek menahan angin dan pedih segala dalam badan.


Ramadhan tahun ni pun Cik Sue awal-awal dah order stok untuk kegunaan buan puasa,dan Humaira memang dah kenal sangat dengan susu Lazz,dia pula yang teruja lebih bila nampak susu Lazz,dan dia memang suka sangat terutama yang LazzChoco tu,kena sorokkan kalau tak sejam sekali suruh bancuh hehehehe.

Selalu waktu sahur memang wajib bancuh tuk kami laki bini,pastu kalau malam lepas-lepas terawih akan bancuh juga sambil tengok tv,kami jarang nak makan berat untuk moreh,setakat buat air panas macam LazzChoco atau LazzCafe cicah biskut tau kerepek-kerepek je,dan terus tidur.Ha masa moreh ni memang kena bancuhkan sekali untuk Humaira la,kalau tak habis air ibu dan ayah dia ambil heheheh.


Waktu sahur biasa kalau tak selera nak makan makanan lain,ambil segelas susu Lazz pun dah cukup,masih kekal bertenaga,paling-paling pun Cik Sue tambahkan sedikit nestum atau oat untuk kenyangkan perut.Itu pun sudah cukup sebab Cik Sue berpuasa seharian kat rumah je,kalau Mr D memang makan nasi dan tambah susu Lazz ,memang bertenaga la.Cik Sue setakat nak vakum rumah mop lantai haaaa tak de masalah walauun berpuasa heheheh.

Sempena Ramadhan ni apa kata korang cuba,susu Lazz ni sesuai untuk semua lapisan umur dari kanak-kanak 2 tahun sampai la orang tua,memang elok banyak khasiat dan kebaikan.Cara nak dapatkan pun mudah je,jangan risau walaupun dalam tempoh PKP sekarang ni,agen-agen mereka boleh hantar bagitahu je korang tinggal kat mana.




Macam mana nak order dan beli? Senang je korang bolehikut arahan kat bawah ni ye :




Hantar pesanan Whatsapp ' Nama dan Lokasi' korang ke Talian Rasmi Lazz Careline..


Careline 1 : 018-2777 290
Careline 2 : 016 2449 722


Jangan lupa Follow : Lazz Susu Kambing HQ

Ramadhan PKP 2020 : Macam mana nak bayar zakat?

$
0
0
Alhamdulillah ,dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19 pada tahun ini kita masih lagi mampu berpuasa dengan selesa dan tetap meriah walau hanya duduk di rumah sahaja,sebenarnya besar hikmah musibah Covid19 yang hadir ni jika kita memandang dari sudut positif.Kita punya banyak masa bersama keluarga di rumah,banyak aktiviti Ramadhan yang boleh di lakukan bersama-sama seperti terawih,tadarus,memasak bersama-sama,tadabbr Al Quran dan macam-macam lagi.

Bagi Ketua Keluarga jangan lupa pula ye membayar zakat fitrah untuk Ramadhan kali ini,eh macam mana nak bayar,pejabat tak buka,ada amil zakat ke? boleh ke jumpa salam akad bayar kan musim Covi19 ni? Haaaaa jangan risau,dunia dah canggih dan urusan di permudahkan,jangan risau ye.


zakat lzs



Syarat Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meningggal dunia selepas matahari akhir Ramadhan


Marilah tunaikan zakat kerana ia suatu tuntutan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan ibadah bagi kita,selamat menunaikan zakat semua,ehhh lupa lak nak bagitahu macam mana caranya menunaikan zakat secara online ...ishhh Cik Sue punnn hehehe


Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita bayar zakat online ni ,antaranya adalah :



1. Menggunakan EZAKATPAY ,caranya :

1. Layari laman web https://fpx.zakatselangor.com.my
2. Isi butiran penuh, semak semula butiran dan tekan ‘Bayar Sekarang‘
3. Pilih Kaedah pembayaran: FPX atau JomPay
4. Pilih bank serta mendaftar masuk. Buat pembayaran penuh
5. Simpan resit pembayaran
Zakat Fitrah Online


2. Aplikasi Ewallet Boost dan Gopayz






Dua aplikasi ni korang boleh download di Playstore dan bayar melalui aplikasi itu ,lebih mudah dan selamatkan,duduk rumah pun setel.


3. Elektronik Zakat Online (EZO)
Zakat Fitrah Online


Pembayar zakat boleh menyemak salinan bayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) . Selain itu, pembayar zakat juga boleh menyemak pembayaran zakat sepanjang tahun. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan menyemak status bantuan di sini.

Haaaa mudah je kan,tak perlu nak start kerta keluar danmencari amil zakat lagi,jaga diri masing-masing,putuskan rangkaian covid19 ini,ada cara mudah buat apa nak susah-susah kan? Kita masih tetap boleh menjalankan ibdah fardhu dan tanggungjawab kita di bulan Ramadhan ini.



Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan korang  bolehlah merujuk halaman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan juga media sosial berikut:


Website : Lembaga Zakat Selangor
Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Instagram : zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor
YouTube : Zakat Selangor TV



Gulai Darat Ayam : Menu wajib bila balik kampung

$
0
0
Antara lauk/menu wajib kalau Cik Sue balik kampung,tak kisah la bila-bila pun,ma dah tahu dari zaman bujang lagi kalau telefon bagitau nak balik abah akan cari ayam kamoung dan ma akan masak masakan ni,kena pulak ada petai jeruk,sambal belacan kelate,kerabu sayur atau acar timun,Ya Allahhhh ,bertambah-tambah la Cik Sue makan nasi huhuuuu...sebelum ni nak masak sendiri tak reti,pernah cuba tapi tak jadi rasa yang sama lepas tu malas dah,tapi bila ada anak dan suami ni Cik Sue nak share dengan diorang rasa masakan ma ni,musim PKP ni gigih telefon dan salin resepi siap dengan tips segala hehehehhe. So ni Cik Sue share kan ye resepinya : 




Ayam Gulai Darat
(Resepi My Mom) 
Bahan
500gm ayam potong ikut suka
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor
2 sudu cili kering blend
1 kotak santan 200ml
2 cawan air
2 sudu ketumbar (blend kering sampai halus) 
garam dan gula

Bahan blend
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah sederhana 
5 ulas bawang putih 
Cara: 
Gaul ayam dengan bahan blend,ketumbar dan cili kering blend,gaul sebati dalam periuk dan jerang atas dapur dengan api kecik (jgn buh minyak) biar rempah masak dan air ayam agak kering.
Masukkan santan dan air,kalau nak pekat kurangkan air.
Masukkan asam keping dan kerisik,biar gelegak.
Masukkan garam gula seimbang kan rasa,dah didih tutup api,makan ngan roti jala pun sedap.



Alhamdulillah sekarang Mr D pun kalau balik dah tahu mesti ada gulai ayam ma ni tuk bini dia,dan dia pun tumpang sekaki la heheheh dia ok je kalau ayam yang dia berperang dengan ikan hahahahhahah.....

Cermin Mata Raya untuk Si Dia

$
0
0
Cerita sehari sebelum raya,memandangkan tahun 2020 ni raya dalam PKP COVID19,turn balik raya Pahang di tunda,raya la kat Selangor je.Memandangkan juga tiada aktiviti ziarah raya dan kunjung-mengunjung,jadi aktiviti memasak juadah raya sehari sebelum hari raya tak havoc macam selalu,malam raya pun sempat setakat nak rebus nasi impit dan buat rendang.Maka Cik Sue dan Mr D ambil keputusan keluar buat cermin mata untuk Mr D yang sebenarnya dah lama perlukan untuk di guna waktu kerja.Dan pilihan Cik Sue mestilah EYEPROVISION yang terletak di Sungei Wang Plaza,Bukit Bintan,Kuala Lumpur sebab pernah buat spek sendiri kat sini dan puas hati sangat,korang boleh baca pengalaman Cik Sue kat SINI.



Alhamdulillah,walau dalam PKPB kedai masih buka seperti biasa,tapi dengan kawalan dan SOP yang ketat la,Insya Allah kalau kita patuh dan jaga SOP nya ok je kan? kami sampai kedai pun dah tengahari,pelanggan agak ramai,mungkin shopping raya kan.Kami berbaris check suhu dan masuk ke kedai,terus bagi tau staf apa yang kami nak.Dan langkah pertama kena check dulu  la keadaan mata Mr D ,dia tak pernah buat cermin mata,tak pernah pakai pun,jadi nak kena tahu la ada rabun ke silau tinggi ke.


Memula check kat luar dulu,lepas tu check lebih detail kat dalam ,bilik tertutup.Dannnn Mr D dah ada rabun huhuuu kemain dia kata mata dia ok just silau,haaa dah check baru la tahu masalah sebenar kan? Jadi cermin kantanya nanti kena ada power sikit la untuk atasi rabunnya tu.Lepas tu kami di beri penerangan untuk pilih cermin yang sesuai,memandangkan Mr D mengadu silau terutama masa buat kerja tengah panas dan memandu malam kami pilih cermin jenis Alpha Blue 420 kebetulan ada promosi.

 
Antara kelebihan cermin Alpha Blue 420 ni : 
-Khas untuk yang silau malam ketika memandu,silau dari lampu kereta.
-Sesuai untuk pelajar atau orang yang selalu menghadap skrin komputer,laptop dan handphone.
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu (uv420)
-Tahan lasak dan tak mudah calar.
-Mudah di bersihkan,guna permanent marker boleh sapu je dengan tisu terus bersih.


Okey,dah setel pilih cermin ,kitaorang cari bingkai yang sesuai pulak.Memang banyak pilihan dalam kedai ni,macam-macam jenis dan harga ada.Mr D ni kena beli yang tahan lasak sebab dia kerja bukan duduk kat pejabat sepanjang hari,ada masa kena keluar keje kat site,jadi kena cari yang lasak la.
Kitaorang pilih frame yang fleksibel dan tak mudah patah kalau terduduk.



Sempat la Mr D dok cuba beberapa jenis bingkai yang ada,banyak sangat pilihan sebenarnya tapi pilih beberapa yang berkenan pastu baru pilih lagi yang mana nak.






Dah pilih bingkai cermin kanta semua,terus order kami tunggu dalam satu jam je,sambil pusing-pusing shopping cuci mata kat plaza tu,eh sempat gak la Cik Sue shopping blouse hahahha,welll pompuan kan ehhehe.tak cukup satu jam dapat call dah suruh datang ambil,dah siap memang pantas,dan Mr D akhirnya ada spek sendiri heheheh moga tak silau dah nak memandu malam dan buat kerja nanti.



Yeeeeee akhirnya itu lah pilihan dia,Alhamdulillahhhh selesai pun cermin mata untuk si dia gituuuuu hehehhehe kualiti cun harga berbaloi ,kitaorang habis bawah rm350 je.Sangat berbaloi dah tu.

Oh ya,ni Cik Sue bagi alamat kedai dan no phone William,kalau nak call dulu pun boleh bagitau je baca dari blog Sue Izza ye : 

Alamat kedai :

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111
SUNGEI WANG PLAZA ,JALAN BUKIT BINTANG,
55100 KUALA LUMPUR

atau boleh call William di talian : 016-3771304


Membeli-belah dan dapatkan ganjaran di PG Mall Malaysia.

$
0
0

Hai korangggg,apa khabar? 

Melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari penularan pendemik Covid19 baru-baru ini memang memberi kesan besar dalam kehidupan kita bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.Bagi Cik Sue sendiri bila dah lama tak keluar dan membuat aktiviti luar,ke pasar ,ke pasaraya besar,boleh di kira berapa kali je keluar membeli-belah tu pun sorang-sorang tak bawa anak.

 Cik Sue sekarang beralih ke dunia online lah,lebih selamat dan senang.Segalanya di hujung jari.Waima beli ikan sayur pun dah online tau hahaha bukan pemalas tapi kita kurangkan kontek luar.Jadi laman-laman web jualan atau shopping online akan jadi pilihan sekarang,peniaga-peniaga juga mula bangkit dari kejatuhan jualan musim perintah kawalan pergerakan tu dengan memberi pilihan kepada pengguna untuk membeli secara online.

Tapiiiiiii kena pilih juga tau nak membeli kat laman atau kedai dalam talian yang boleh di percayai.Haaaa Cik Sue dah jatuh cinta dengan web shopping online ni , https://pgmall.my/  memang menarik  shopping kat sini,meh nak cerita kat korang :



Apa itu PG MALL? 

Laman ini adalah satu cabang perniagaan atas talian yang dah lama sebenarnya kukuh serta stabil dari 2017 lagi, jadi tak perlu ragu-ragu ye untuk membeli-belah. PG Mall  juga adalah top 3 laman web marketplace yang paling banyak di kunjugi di Malaysia tau boleh tengok laporan dari iprince insight .

PG Mall pun bukan tertumpu satu jenis barang sahaja,korang boleh search je nak barang apa, Insya Allah semua yang korang cari ada dari barangan penjagaan diri hinggalah barangan dapur, elektrik , deko rumah dan macam-macam lagilah. Cuba la kunjungi dan tengok apa yang menarik, Cik Sue dah sarat ni bakul hehehhehe. Nak mudah selain dari buka laman webnya korang install je la Apps PG Mall ni dari Apps Store, senanggggg,sambil baring pun boleh beli baring melalui telefon pintar masing-masing.

Dah la setiap hari ada Hot Day Sales tau setiap pukul 10 pagi, 4 petang dan 9 malam, haaa harga memang best price la boleh dapat , malah ada juga diskaun 80% setiap hari, bestkan?



LOVE YOU 3000 Rewards

Selain tu setiap bulan ada Kempen Love You 3000 untuk pelanggan mereka tau,macam mana nak sertai? Senang je korang beli minimum rm30 dah layak untuk korang sertai kempen ni, setiap 15 dan 30 haribulan setiap bulan pemenang akan di umumkan, haaa bestkan bukan sekadar membeli boleh dapat hadiah lagi. Hadiah-hadiah mencecah jumlah rm3000 untuk di menangi, konsepnya lagi banyak kita berbelanja lagi banyak peluang untuk menang tau.




Pulangan lumayan bila membeli di PG MALL

Satu lagi benda yang best kat PG Mall ni, lagi banyak korang membeli lagi banyak pulangan korang dapat, hampir 3.5 % cashback bila membeli-belah di PG Mall. Lepas tu ada pulak Payweek Bonanza tau untuk minggu gaji dari 25 haribulan hingga 5 haribulan bulan seterusnya,ye la minggu gaji korang mesti shopping lebih sikit kan, haaaa ada pulangan juga dengan pembelian minimum RM50 dari kedai yang sama korang boleh dapat free shipping untuk pebelian korang, lumayan kan?

Dah la macam-macam ada,Cik Sue dok scroll pun rambang mata haaaa….macam-macam nak beli dan masuk bakul,kebetulan pulak Mr D dok sibuk mencari beg yang pakai kat pinggang tu untuk ganti beg dia dah rosak haaa memang elok laaaa Cik Sue dok mengadap PG Mall ni cari yang di berkenan.


Eh Jom la korang terjebak sama,kot ada yang berkenan kan? Tambah-tambah musim orang dok deko-deko rumah ni, macam-macam barang boleh cari dalam ni tau, semua cantik dan menarik, jom-jom :

 

About PGMall:
Website:  https://www.pgmall.my 

Instagram : https://www.instagram.com/pgmall.my/

Facebook : www.facebook.com/PGMALLMalaysia



Berbaloi makan-makan di Campur-Campur Kitchen

$
0
0
Hai semua,lama rasanya Cik Sue tak review atau share tempat makan best kan? Sabtu lepas Cik Sue dan kawan-kawan media ada perjumpaan jadi kami memilih berkumpul di Dpulze Cyberjaya,satu mall yang agak meriah dengan tempat makan dan kedai-kedai best,boleh shopping juga ihik.

Kami memiih Campur-Campur Kitchen sebab menghidangkan gabungan menu dari Indonesia ,Chinese dan Thailand.Menarikkan dalam satu kedai ada pelbagai menu ,kami pun ramai selera masing-masing macam-macam jadi kita masuk la sini.

Restoran ni mesra keluarga ,ruang agak selesa dan luas,kerusi bayi ada,ada meja panjang untuk satu keluarga atau kumpulan yang besar macam kami.Susun atur meja kerusi pun selesa,memandangkan kita masih dalam PKP Pemulihan,penjarakkan masih di kekalkan dan suhu masih di periksa.


Sambil jalan nak duduk Cik Sue dah nampak benda best,ihik...apa dia? tuuuu Salad dengan Pop Corn free hehehhe,seronok kalau bawa anak ni,boleh bagi je pop corn ,amik je tuk makan,salad tu pun self service dan free,ambil je la nak makan banyak mana.Tapi jangan membazir ye.



Dah dapat tempat duduk,haaa masing-masing dok belek menu ,nak order makan apa la ye? Ya ampunnnn banyaknyaaaa pilihan menu kat sini.Nasi,goreng-goreng mee,pencuci mulut dan banyak lagilah,fuhhhh boleh pening ni nak order apa hahahha.





Haaaaa tu dia lebih kurang menu-menunya,meriah sangat pilihannya,dannn dalam gambar ingat portionnya kecik pakat order la satu sorang,pastu tu tambah la kudap-kudap la,pencuci mulut la,air pun satu sorang,Sekaliiiiiiii bila sampai semua nganga portion semua boleh makan kongsi wehhhhh,serius banyakkkk...korang kena datang try sendiri tau,rasa kalau Cik Sue bawa family memang kongsi la makan.Air pun besarrrrr,dia pakai cawan plastik yang ada penutup macam pasar malam tu tapi saiz besar punya,jenuh terkencing nak habiskan air satu bekas tu hahahahha.Dah la air harga semua bawah RM10,pendek kata harga portion biasa di kedai lain tapi portion sini semua besar-besar hahahha.

seeee penuh meja,ni bukan pinggan dah macam dulang tapi harga masih berbaloi.
antara air yang di order ,tau ta saiz air ni sebesar muka korang hahha Cik Sue punya air mentol warna hijau tu "icy green mint" dah la sedap ,ingat kecik je mentolnya ,rupanya besar jugaaaa...



Pencuci mulut kami order dan  makan kongsi-kongsi je iaitu French Toast with Honey (Rm 6.90) dan Banana Toast with Chocolate (Rm 7.90) Haaaa tengok masih bawah RM10 je ,aduiiii memang berbaloi la makan kat sini.Main menu yang masing-masing order pula macam dalam gambar bawah ni,meriah wehhhh...pastu kitaorng makan kongsi-kongsi,seronok,semua boleh rasa.





Ikhlas dari tunas rasa Cik Sue la kan makanan kat sini memang tip top kualitinya,tak menyesal kalau bawa family makan-makan kat sini tau,harga sangatttt berbaloi dan mampu poket.Kualiti dan rasa makanan memang sedap,portion hidangan pula ala-ala nak suruh lena terus lepas makan,stail buatkan perut membuncit punya portion heheheh.


Cik Sue order Black Pepper Beef Rice set yang di hidangkan dengan kentang kari,sambal tumis dan kepak ayam goreng.Ha mana la tak besar portion nama je beef blackpepper tapi penuh pinggan tu.Dan kami kan makan kongsi-kongsi sebab nak rasa,semua yang rasa beef blackpepper ni kata sedap,dan memang sedap,dengan juicy lembutnya tak payah nak gigit beria,dengan kuah blacpepper dia wallahhhh sedapppp.

memang meriah kami menjamu selera,masing-masing kekenyangan.

Seronok makan-makan,borak-borak bertukar-tukar cerita terbaru,makanan sedap tempat selesa ,Cik Sue rekemen sangat korang datang sini bawa family,santai je.Oh ya! sekarag pulak diorang buat promosi 20% less untuk semua menu setiap Isnin -Jumaat dari 3ptg ke 6 petang.Haaa yang berdekatan tu apa lagi,singgah la.



Alamat :
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

Facebook : 

Instagram : 


p/s : 
Masa mula-mula bukak dulu mall ni CikSue selalu gak datang sini,dan pernah makan kat restoran ni ,masa tu makanan gabungan dalam talam yang di gabung2..masa tu pun dah sedap,sekarang di improve lagiiiiii sedap dan berbaloi.Nanti nak ajak Mr D lepak sini la sambil cari barang aka shopping hahahhah




Reunion Anak Dara 5C

$
0
0
Nak simpan sini buat kenangan,bukan senang dah sekarang nak berkumpul ex housemate zaman anak dara ni.Nama je dok dekat semua srea Putrajaya,tapi payahnyaaaaa nak berjumpa lepak-lepak sembang-sembang,kalau ada pun terserempak kat pasar la kedai la,tu pun sekejeap je la bertegur sapa.Kebetulan Cik Dhia aka ketua rumah ngajak datang rumah lama,Cik Ros ngan Cik Zura lak nak ambil barang yang dah berkurun tinggal bila pindah dah kahwin hahahhaha.

Kena pulak Cik Dhia offer masak sedap-sedap ,haaaa apa lagi Cik Sue yang sedang kemalasan di hari minggu,dengan anak sedara ku angkut heheheh,tapi memang sedap weh rendang ayam dia,menambah-nambah Cik Sue makan,dengan koktailnya ,kekenyangan kami.



sempat anak sdara buatkan chocolate bouquet tuk tuan rumah ,tak bawa apa pun kami,bawa perut je hahahha


dok cari barang masing-masing,Cik Sue je keluar rumah terus clear semua



tinggal Cik Dhia je lagi yg belum berumahtangga tapi Insya Allah bulan 11 ni majlisnya,moga berjalan lancar

Dok borak-borak ,dok kemas barang terkeluar la frame gambar zaman anak dara,berdekah masing-masing gelak,zaman pernah kurus kan hahahahha sekarang jadi mak oraang masing-masing kembang setaman di buatnya,Cik Dhia je terbalik,dulu bambam sekarang kemain lawa maklumlah nak jadi pengantin kan heheheh....

zaman anak dara belaka hahahhaa

bukti ai pernah kurus hokeyyyyy pastu Mr D jawab duluuuuuuuuuuuuuuuuu nenek aku pun cantik hahahah ngekkkk
Semoga ikatan persahabatan kita terus kekal sampai bila-bila ye,sampai ke anak cucu ,sampai jadi nenek tau hahahahha....rindu giler zaman dok umah bujang,zaman pagi2 weekend dan malam2 weekdays gigih dok zumba hahahhaha



Makanan yang anda kena cuba bila berada di Ampang

$
0
0
Negara Malaysia sinonim dengan Syurga Makanan kerana Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya, adat dan kaum. Jadi, bila sahaja menyebut nama Malaysia perkara yang dibayangkan adalah makanan bukan tempat peranginan.

Hari ini, kita ingin berkongsi serba sikit tempat makanan Cina yang sedap dah mudah untuk di cari serta halal bagi mereka yang muslim. Bagi mereka yang mengemari makanan Cina ini, anda hanya perlu teruskan pembacaan anda untuk mendapatkan pilihan tempat makanan yang enak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

1) Muhibbah Seafood Restaurant




Bagi mereka yang mengemari makanan laut dan makanan yang berasaskan menu Cina, maka Muhibbah Seafood Restaurant merupakan salah satu Restaurant yang wajib anda kunjungi.

Antara menu yang popular di sini adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef. Tetapi menu yang paling di gemari ramai adalah Butter Coconut Prawns, nama pun sudah mengeliurkan pasti rasanya juga mampu membuatkan sesiapa yang memakannya sukar untuk melupakan rasa butter dan coconutnya yang blend bersama-sama. Rasanya sememangnya sukar untuk di gambarkan.

Selain daripada keenakkan rasa makanan, lauk (bahan utama) perlulah segar-segar agar kemanisan makanan itu terasa secara asli dari bahannya yang segar. 

2) Dolly Dim Sum



Dim Sum merupakan salah satu makanan yang popular di Malaysia dalam kalangan pelbagai kaum sehingga ada Restaurant yang hanya menghidangkan makanan Dim Sum sebagai makanan utama yang special dalam Restaurant mereka.

Bagi mereka yang tinggal di area Kuala Lumpur, anda pasti sudah bertandang ke Dolly Dim Sum. Restaurant yang menawarkan aneka menu Dim Sum sehingga mampu membuatkan pelanggan mereka tidak berhenti untuk makanan Dim Sum yang ada. Antara Dim Sum yang terbaik adalah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn

Selain Dim Sum, Restaurant ini juga ada menyajikan menu lain seperti Dumplings. Untuk pengetahuan umum, Dumpling yang disediakan juga sedap sepertimana Dim Sumnya.

Bagi pengemar Dim Sum, datanglah ke Dolly Dim Sum. Pastinya anda tidak akan berasa kecewa dengan kesedapan Dim Sum ini. Selain daripada keenakkan rasanya, Restaurant ini juga menawarkan harga Dim Sum yang berbaloi mengikut jenis Dim Sum yang di pilih.


3) Tung Yuen Chinese Restaurant



Tung Yuen Chinese Restaurant merupakan salah satu Restaurant yang menawarkan menu makanan cina yang sedap dan mengeliurkan. 

Ingin mencuba makanan Cina yang halal dan dijamin enak bersama keluarga atau rakan sekerja dalam suasana penuh santai dan mewah jadi Tung Yuen Chinese Restoran boleh menjadi salah satu restaurant yang wajib pergi.

Seperti restaurant makanan cina yang lain, antara makanan yang terkenal adalah Dim Sum. Selain daripada Dim Sum, Tung Yuen Chinese Restaurant menyajikan makanan laut menyediakan pelbagai cara masakan mengikut citarasa pengunjung. Restaurant ini ada menyediakan menu untuk mereka yang vegetarian.

Restaurant yang mempunyai kepelbagaian pilihan makanan dan juga mempunyai kepelbagaian cara masakkan.

4) Restoran Mohammad Chow




Restoran Mohammad Chow ini juga merupakan antara restoran Cina Muslim yang terkenal di sekitar Petaling Jaya. Restaurant ini menyajikan makanan Cina yang asli, manakan tidaknya tauke Restaurant ini merupakan orang cina muslim maka pasti makanan yang disediakan adalah Halal. Malahan harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Antara menu yang ada adalah Yong Chow Fried Rice, Szechuan Soup dan yang paling popular dalam kalangan pengunjung adalah Nestum Salted Egg Chicken. Bagi food hunter, anda pasti tidak akan menyesal untuk mencuba makanan di Restaurant ini.

5) Jibby Chow



Restoran Jibby Chow ini merupakan salah satu cawangan kafe tersebut yang menghidangkan makanan Cina yang halal. Antara menu yang wajib untuk di cuba adalah Jibby Chow Cantonese Style Crab Meat, Jibby Chow Boston Lobster Noodles dan Stir Fried Wanton Noodles.

Restaurant mana yang menjadi pilihan anda. Setiap Restaurant mempunyai kelebihan dan daya tarikan tersendiri, jadi sebagai pelanggan yang bijak pilihlah Restaurant yang mengikut citarasa tersendiri.

Untuk lebih memudahkan urusan, boleh gunakan khidmat penghantaran makanan dari pihak Foodpanda.



Bermacam jenis chinese food ada untuk dipesan. Sebagai pengguna kita hanya perlu memilih dan membuat pesanan. Nak cuba menu-menu masakan baru juga ada. Makanan barat, makanan melayu, makanan cina, makanan segera, semuanya ada di website utama Foodpanda.

p/s 
Lama pulak rasa tak makan masakan Chinese,fuhhhhh nak kena cari ni,nak masak sendiri malasnyaaaa ya ampunnnn...

Ensany Global Bantu Golongan Cacat Penglihatan Membaca Alquran.

$
0
0
Tak semua orang bernasib baik dalam dunia ni,cukup lengkap anggota badan untuk menjalani kehidupan normal,tapi setiap kekurangan pasti ada jalan untuk menjalani hidup sama seperti orang biasakan? Contohnya Quran Braille untuk golongan buta yang akan memudahkan mereka membaca Alquran.


Kerana itulah Ensany Globaltelah mengambil inisiatif  melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020 bagi menyokong usaha pihak Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia.Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.

Ensany Global dimaklumkan ketika berkunjung ke Pusat Penerbitan PERTIS bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai. Kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia. 






Oleh itu,  Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah tampil membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul RM668,195.

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS adalah pada 10.00 pagi 10/07/2020 bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield. Turut hadir semasa majlis penyerahan sumbangan Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mewakili YB Senator Datuk Dr Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menyempurnakan majlis.


Kehadiran Dato' Wan Mohamad adalah tanda sokongan kepada pihak Ensany Global,  Yayasan Maghfirah dan PERTIS dalam memperjuangkan hak pendidikan orang-orang Kurang Penglihatan di Malaysia. 

Dalam pada masa yang sama, majlis ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia. Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia. 


Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia adalah projek usahama antara Ensany Global, yayasan Maghfirah dan PERTIS.

Tahniah Cik Sue ucapkan atas usaha yang sangat bagus ni,sama-sama memberi peluang kepada gologan buta,untuk kemudahan mereka.Semoga usaha ini berterusan dan mendapat kerjasama seluruh pihak serta di permudahkan segala urusan nanti.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Ensany Global ni boleh ke laman web mereka ye https://ensany.com/ 

Pulang bersama kerinduan dan kebaikan untuk kesihatan Ibu Ayah.

$
0
0
Semenjak habis PKP Covid19,dan bermula PKPB serta PKPP ,ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung menjenguk orang tua dan ibu ayah.Sama juga seperti Cik Sue,tambahan sebelum bermula PKP pun dah 3 bulan tak balik setelah di umumkan boleh rentas negeri hampir 10 bulan juga la tak tengok muka ma abah sendiri tau.Faham-faham je la kerinduan tu macam mana,selalunya kalau tak de PKP Cik Sue akan luangkan masa balik kampung 2 atau 3 bulan sekali.


Kita ni kan sementara orang tua ada lagi ni la kita kena selalu jenguk,selalu ambil kisah dan jalankan tanggungjawab  tuk  ambil tahu keadaan mereka,Mak ayah ni sebenarnya bukanlah mahukan harta wang ringgit,kita balik jenguk hujung minggu walau bermalam satu malam pun dah cukup gembirakan hati mereka kan.Lagi gembira hati mereka kalau kita pulang agak  lama dan menolong apa yang patut ,ambil peduli kesihatan mereka,tanya keperluan mereka.

Selepas boleh rentas negeri hari tu ,Cik Sue sempat balik sekejap jenguk dan hantar keperluan untuk ma abah,dan Cik Sue perasan la kesihatan diorang pun makin merosot. Sedih juga rasa hati,sebab Cik Sue jauh di Selangor dan diorang di Pahang,ada kakak sulung tinggal berdekatan tapi ye lah,kan kerja,terhad juga nak balik selalu.Abah dengan kencing manisnya,darah tinggi juga.Dalam bulan puasa tempoh hari siap pengsan sebab kekurangan gula dia berpuasa sedangkan doctor dah nasihat jangan puasa.Syukur masa tu kakak ada kat rumah,siap MA klinik datang kat rumah lagi.Berita macam ni la yang Cik Sue takut betul bila ma atau abah telefon bagitau,risaunya kat hati sebab kami jauh di perantauan.Ma  Cik Sue pulak,ada masalah gout,migraine dan sakit sendi,selalu juga sesak nafas malam-malam waktu tidur.



Bila memikirkan keadaan uzur orang tua ni,nak menjaga sepenuh masa kekangan kerja dan berkeluarga pula,apa yang Cik Sue boleh sumbangkan adalah bawa balik makanan kesihatan atau makanan tambahan yang dapat meningkatkan atau mengawal taraf kesihatan mereka.Untuk balik kampung Aidiladha kali ni Cik Sue dah dapatkan produk APOTEC tuk ma dan abah,semoga dapat membantu kesihatan mereka.Kisahnya Cik Sue dok cari-cari produk yang ok tuk abah ma kat internet sekali terbuka laman web Constant ni.Antara produk yang Cik Sue pilih adalah : 


Curmax Turmeric

Sebut turmeric mesti ramai dah tahu bahan utamanya adalah kunyitkan.Bagi orang Melayu dan India,kunyit memang sinonim dalam kehidupan mereka terutama dalam masakan dan perubatan,antara kebaikan lain produk Curmax Turmeric ini adalah :

-Antioksidan yang kuat dan menegekalkan kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif.

-bahan anti radang.

-meningktkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular.

-menguatkan sendi

Nampaknya produk ni memang sesuai la dengan ma yag selalu sakit sendi dan lenguh-lenguh.


Selain orang tua, golongan yang sesuai mengambil Apotec Curmax Turmeric adalah:

 

1.         Yang ingin menjaga kesihatan dan meningkatkan system imunisasi.

2.         Yang mengalami kesakitan sendi (osteoarthritis and rheumatoid arthritis).

3.         Yang ingin menghindari dari mengalami sakit jantung.

 

Cara pemgambilan Apotec Curmax Turmeric ialah makan dua biji sehari selepas makan atau satu biji selepas makan, dua kali sehari.

 

Omega 3 Fish Oil

Produk fish oil ni pula Cik Sue nak bagi abah sebab doctor dah suruh berjaga-jaga dengan jantungnya,penyakit 3 serangkai jantung,darah tinggi dan kencing manis.Sekarang abah belum ada masalah jantung lagi jadi Cik Sue nak suruh dia ambil fish oil ni sebagai langkah menjaga kesihatan jantungnya.



Antara kebaikan Omega 3 Fish Oil ini adalah ;

1. Mengawal kadar tekanan darah. Minyak ikan ketara boleh menurunkan paras trigliserida anda. DHA juga boleh meningkatkan HDL atau “baik” kolesterol.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Minyak ikan boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi.

4. Mampu membantu mengelakkan komplikasi mata yang berkaitan dengan diabetes.

 

Kenapa Cik Sue memilih Fish Oil dari Apotec ini :

1. Kandungan Omega 3 yang tinggi, tiga kali ganda khasiatya berbanding kapsul minyak ikan yang biasa

2. Kapsul yang lembut.

3. Highest purity – molecular distillation 

 

Tapi bukan orang tua atau warga emas je boleh mengambil supplement fish oil ni tau :

-ingin menjaga kesihatan dan meningkatkan system imunisasi.

-mengalami kesakitan sendi (osteoarthritis and rheumatoid arthritis).

-nak menghindari dari mengalami sakit jantung.

 

Cara pemgambilan Apotec Omega-3 Fish Oil ialah makan 1-2 biji sehari selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh doctor. Sila rujuk doctor jika terdapat sebarang alahan.

 

Cider Vinegar with Honey

Cuka Epal ni pulak Cik Sue dah bertahun guna,memang sesuai tuk Cik Sue yang ad masalah penghadaman dan tak lawas,dan selalunya Cik Sue guna untuk menggantikan cuka putih dalam masakan memandangkan Mr D tak boleh makan cuka putih.




Kebaikan Dan Kelebihan Apotec Apple Cider With Honey

1. Cuka sari epal yang diperkaya dengan madu. Madu memberikan rasa yang sedikit manis dan berkhasiat. Madu juga sangat berkhasiat. Ianya mengandungi mineral, vitamin dan bersifat antioksidan yang menghancurkan radikal bebas dan melambatkan penuaan.

2. 100% asli dan selamat - Tanpa bahan tambahan; tanpa gula tambahan, tanpa pengawet, tanpa pewarna atau perasa tiruan, tanpa bahan kimia.

3. Berkesan - Membekalkan nutrien yang komprehensif dan membawa manfaat kesihatan kepada pengguna.

4. Rasa yang sedap, menyegarkan dan menyihatkan badan.

5. Dapat mengurangkan berat badan.

6. Tinggi dengan serat dan cepat rasa kenyang.

7. Meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Membantu mengeluarkan zat besi dari makanan yang dimakan sehingga dapat digunakan ke seluruh badan.

9. Melegakan sembelit.

 

Bahan Utama Apotec Apple Cider With Honey

● Air

● Madu

● Jus Epal Pekat

● Cuka

Arahan Penggunaan :

Campurkan 2 sudu atau 30ml cuka epal dengan 180ml air suam dan kacau rata, minum selepas makan.

 

Harapnya dengan pemberian ini,dapat meningkatkan tahap kesihatan ma dan abah nanti,Insya Allah kalau serasi Cik Sue akan belikan lagi.Oh ya,korang nak try juga ke? Nak tahu macam mana nak beli dan apa promo yang ada,meh nak share dengan korang.

 Cara pembelian

 


Berita baik untuk semua,sekarang ni ada promosi Buy 2 Free 1 di mana-mana Farmasi Constant,beli mana-mana 2 produk dapatkan satu produk percuma.berbaloikan? bolehlah amik untuk kegunaan sendiri satu.Dapatkan segera tau,sementara ada stok ni.


Untuk pembelian sila klik gambar ye

Selain itu korang boleh ke laman web Constant sebab ada tawaran hebat dengan hanya RM200 korang boleh dapatkan ketiga-tiga produk yang Cik Sue beli kat atas ni.Cepat-cepat grab sementara masih ada.


Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah ye :

WhatsApp Constant Customer Care : www.wasap.my/60122484018/apotecbundlepromo

Website : www.apotec.com.my

Facebook : www.facebook.com/ApotecMY

Instagram www.instagram.com/apotecnushine


 

 

Memang dah jadi tabiat bagi Cik Sue dari zaman bujang lagi kalau balik kampung jenguk ma abah,pasti ada apa-apa yang Cik Sue bawa balik  paling kurang pun belikan keperluan dapur atau apa-apa yang ma abah perlukan.Mak ayah ni pasti berbunga hati walau pemberian anak menantu tu murah atau kecil sahaja.Hargailah mereka sebelum kita merindui  mereka yang telah pergi,ambil peduli  dan berikan perhatian sepenuhnya selagi boleh.antuni mereka 

 

Kafe Kleptokrat : nak makan ke nak posing?

$
0
0
Cik Sue ni kalau pergi makan dok tumpu kat makanan je,asal tempat makan atau restoran tu selesa tuk makan dah ok,wellll kat situ pun nampak betapa Cik Sue pentingkan tekak dan perut sahaja ye hahahhaha keje nak melantak je la kan.

Tapi kali ni berbeza sikit,terbuka la sikit minda ,bila kawan-kawan ajak lepak kafe ala-ala hipster baru la nampak bukan perut je nak di puaskan ,mata pun nak selesa juga,ada aktiviti lain boleh di buat selain makan hahahaha.

Kalau korang jenis yang kaki instagrammer,nak posing bergambar tempat cantik dan rare,gambar pula ala-ala model dan di ambil professional haaa meh la lepak makan berfoto-foto di KAFE KLEPTOKRAT di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ni.Terletak di Jalan Tun HS Lee ,korang boelh waze atau search sahaja di google maps ,Insya Allah sampai.Kawasan parking berbayar pun banyak je di kawasan sekitar,korang boleh parking dan jalan kaki sikit ke kafe tersebut.





Teruja bergambar

Mula-mula sampai Cik Sue dah teruja depan pintu masuk kafe tu,kat bahagian luar tu pun dah banyak spot tuk korang snap gambar dan berposing tau,belum masuk dalam lagi.Masa kami sampai kebetulan ruang bawah agak penuh mejanya,jadi kami di bawa ke pintu belakang untuk ke ruang makan tingat atas,ada je tangga dari dalam tu tapi macam mengganggu pula orang tengah makan kami ramai-ramai nak lalu situ,lagipun laluan tepi bangunan tu jugak banyak spot-spot tuk bergambar ,haaaa penuh storage handphone masing-masing heheheh.






Memang takkan sekejap punyalah kalau korang datang lepak makan kat sini,kurang-kurang 2-3 jam nak makan lagi nak bergambar lagi kan,haaaa belum yang tak puas hati ngan posing nak bagi nampak kurus lagi (ngata diri sendiri ni hahahhaha) Memang semua spot cantik-cantik dan mesti punya korang nak snap kat situ tau.Humaira pun sama naik oiiii patang nampak ibu posing dia pun siap suruh snap gambar dia tau.






Korang tak perlu risau kafe ni menjaga SOP tau semenjak kes COVID19 tu,check suhu dulu sebelum masuk dsn sanitizer di sediakan,masuk je pintu belakang tu ada tangga untuk naik ke ruangan makan di tingkat 2,Cik Sue terkagum kejap sebab dekorasi dalam memang sempoi dan cun sangat tuk photoshot.Semua sudut rasa nak bergambar hehehe.





Konsep dekorasi dan hiasan lebih kurang macam vintage la,korang nampak macam rumah tak siap tapi bukanlah kotor,bersih tau,tandas ,sinki semua bersih cuma memang paten dekonya begitu baru la cun dan rare nak bergambar haaaa trend kan sekarang.Okey dah naik tangga ke tingkat dua ada ruang makan terbuka dah agak luas,kalau yang bawa anak-anak melasak ha kat sini sesuai jugak lebih lapang.




Paatu korang mesti tercari-cari mana laaa pintu nak masuk ke ruangan makan kat dalam,rupanyaaaaaaa kena masuk dalam almari hahaahah korang tengok gambar Cik Sue kat bawah ni,perasan tak pintu masuk tu macam pintu almari,bila keluar dok bergambar kat bahagian luar tu nak masuk balik dah terpusing-pusing tak perasan pintu hahahha,unik tau.


Masuk je ruangan makan tu,korang akan jumpa kaunter dulu,dan jangan risau tak gelap pun, pencahayaan memang cantik dan sesuai untuk makan,dannnn posing la.Terus feel jadi lain tau masuk ruangan kafe ni,dengan hiasan dekorasi ala-ala klasik dan vintage tu,menggamit memori betul.Eh rupanya ada tangga lagi ke tingkat 3 ada ruangan meja pool pulak untuk santai-santai tapi kami tak lepak la atas,kami lepak makan kat tingkat 2 je,Cik Sue dan kengkawan pilih ruangan tepi tingkap menghadap jalan,ada ruangan 3-4 meja makan cukup la 3 family.










Kebetulan Cik Sue bawa anak saudara jenjalan sempena habis intern,seronok dia bawa lepak sini.Dah dapat tempat duduk kami mula pening kepala nak order makan,bukan apa,penerangan kat menu tu semua sedap-sedap je,dah la ada salmon yang menjadi feveret Cik Sue,eh nama pulak kemain la canggih buat orang kampung cam Cik Sue ni kan hahahhaha (orang kampung pun suka salmon tau hahahhaha)




Menu sedap-sedap.

Pendapat ikhlas dari Cik Sue memang berbaloi makan kat sini,hidangan salmonnya segar weiiii,serius Cik Sue makan sorang je yang dalam set bruch tu,oh ya lupa dah nama menu-menu kami order ni tapi Cik Sue bagi nama sendiri la eh hahahaha lebih kurang la nama dia pun kikiki.


ini chicken pizza yang fiza order tapi kami kongsi jugak makan
sedap,lembut dan terasa fresh isi ayam tu.
Ini Cik Sue order smoke salmon pizza
yang ni la Cik Sue kata sedapppp di tekakku.
eh kita siap tapau tau bawa balik
dan portion dia bukan kecik tau makan 4 orang pun boleh.


yang ni Cik Sue lupa nama dia tapi roti tengahnya di kapitkan dengan isi ayam dan cheese meleleh
sedap jugak di kawankan dengan salad 1 mangkuk.

ni set brunch istimewa kleptokrat
ada ayam rendang,roti yang di baking sendiri,ada butter dan cheese,salad,
telur separuh masak memnag lengkap dan kenyang eh lupa ada hirisan salmon jugak


Tengah makan sampai pulak 2 hiris kek,kafe belanja katanya sempena pembukaan,kalau tak silap Cik Sue satu tu Pistachio Cake ,first time rasa dan sedap rupanya,satu lagi tu kek coklat n cheese dengan buah delima,pun sedap.Eh memang sedaplah menu-menu dia,korang kena rasa tau bukan datang lepak saja.



 Part air pulak canggih gak namanya ,Cik Sue ingat la namanya ,kopi hazelnutnya sedap,menepati citarasa kopi di lidahku ini hehehe...

rise of kleptokrat

dancing on the floor

hazelnut coffee


Lepas dah kenyang perut kami sambung lagi berfoto-foto sampai muak hahahha yang anak-anak pun tak kalahhhhhh tengok mak bapak berposing kan,memang boleh wat koleksik cantikkan feed media sosial ala orang kata ngehhhhngehhh...









 Amacam menarikkan? makan sedap tempat cantik ,boleh lepak bawa family,lokasi pun mudah nak sampai,parking pun ada,memang boleh jadi tempat pilihan la kalau nak meeting santai ke,nak reunion dengan kengkawan ke,nak bincang bisnes ke,meh la datang sini.

Dannnn ada diskaun tau untuk korang 20% sehingga 15 Ogos ,tambah pulak kalau korang snap gambar dan post kat media sosial tag nama kafe dan tunjuk kat kaunter boleh dapat 10% lagi diskaun.
Mudahkan? Oh ya ,mereka juga buat delivery makanan dari kafe ni ke kawasan sekitar seperti Cik Sue nyatakan kat bawah ni ye,kot tak semoat nak datang tapi nak buat candle light dinner ke ngan pasangan,nak buat surprise besday ke tuk suami berdua ke boleh lah order ,eh nak makan saja pun boleh jugak,sila- sila order je,Insya Allah sedap.

Apa-apa korang boleh dapatkan maklumat dan hubungi mereka dengan detail kat bawah ni ye :

Alamat:
Kleptokrat Kafe
18, Jalan Tun H S Lee, City Centre,
50100 Kuala Lumpur.

For delivery:
WhatsApp to +6019-222 0262

FREE DELIVERY


KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku.

Facebook: Kafe Kleptokrat
Instagram: cafe_kleptokrat

Buymall l Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

$
0
0
Hai semua...
Korang kaki shopping? Nak barang-barang deko dan produk yang cantik serta unik dari Taobao? meh Cik Sue ajar korang shopping dengan lebih mudah meh.....

Anda pernah shopping di Taobao? 


Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana hargaya murah lagi ada banyak faktor pilihan. Saya selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang saya beli! Lebih-lebih lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, saya dapati satu platform yg best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat juga menghantar barangan yang besar dan berat! 

Apa tu Buymall?? 


Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli-belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Saya guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin! 


Kenapa beli taobao dengan Buymall? 


Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan saya, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller? 

Tapi dengan Buymall, saya tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti-aktiviti pembelian, seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain-lain lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg ! 

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me) 

Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan start membeli-belah. 



Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao. 

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran. 




Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me) 

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Easy kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee). 

Buymall juga provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian: 

Cara Penghantaran 

Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif. 


Pickup Servis 

Anda boleh choose pickup sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat utk pick up korang barang bila-bila masa lapang. Ia juga lebih murah berbanding dengan door to door service. 

Safe 

Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau korang barang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi! 

Bukan ini sahaja, anda juga boleh mendapat extra income dari Buymall ! Refer friendmu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan-rakan anda utk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama! 


Klik link kat bawah ni ye tuk pengalaman shopping dengan Buymall,cepatttt....


Diy Laki Bini : Bangku Rak Kasut

$
0
0
Orang lain berjalan bercuti kemain kan weekend panjang katanya,Cik Sue? laki den kojo wehh huhuuuu melangut la kat rumah,tak pe la bagi peluang yang anak sekolah tu bercuti ,kita anak tak sekolah lagi time budak sekolah pun boleh bercuti ,tak gitu hahahahha.

Mr D cuti sehari khamis baru ni sempena 1 Muharam ,memula tanya gak nak ke mana-mana ke,jenjalan mall ke cuci mata,dia kata tak de,Cik Sue pulak malas nak ke tempat ramai orang,mood maas nak kontrol anak musim-musim covid ni huhuuu,jadinya kebetulan gergaji yang order kat Shopee dah sampai marilah teruskan projek terbengkalai.


Link Shopee Klik SINI 


Oh ya ,gergaji ni kena attach dengan cordless untuk guna,datang dengan mata gergaji tuk kayu,kalau tuk besi atau plastik maybe kena beli mata lain la kot,tak pasti pulak.Jadi tiba masa tuk rasmikan,attachkan dengan cordless Mr D tapi kurang power la pulak macam segan-segan je nak potong kayu,sekali Mr D keluarkan drill dinidngnya attachkan,nasib baik jugak boleh ngam dan Alhamdulillahhh setakat kayu 2 inci x 4 inci tu senyum je,Cik Sue yang perempuan ni pun senang nak guna,cuma kena pandai pegang la kang bergegar bergoyang lak,rasanya lagi ok kalau ada apit G yang boleh kepitkan kayu yang nak di potong tu,tak de la bergegar.



Kami ada 3 set kayu palet yang Mr D kutip kat opis dia,yang dah di buang ye,belek punya belek satu je yang kayu masih cantik,yang lain dah agak reput dan buruk,kebetulan paginya Cik Sue ke hardware cari tukul,beli juga sikit kayu 1 inci x 2 inci kot nak guna,dan rupanya memang berguna heheehhe.

First thing,kena leraikan dulu palet yang berpaku ni,guna tukul so kena ceraikan sekeping-sekeping.
Mana yang pecah tu buang la atau potong amik yang mana boleh je.Sementara Mr D buat semua tu,Cik Sue buat lakaran dulu nak yang macam mana nanti siap dengan ukuran semua.Lepas tu bagitahu Mr D panjang mana nak kena potong dan berapa batang semua,dia setelkan heheheh Cik Sue tolong la jugak yang ringan-ringan.


Kami start lepas solat Asar dan Alhamdulillah azan Maghrib dah setel,agak kukuh jugak la binaannya sebab tebal juga kayu palet yang Cik Sue guna buat tiang tu,so kalau di pijak dan duduk tak goyang la.





Alhamdulillahhh walaupun simple je tapi sebab usahasama laki bini ,benda ni jadi bermakna tau dan ada kenangan ,gitttuuuu hahahhaha,dannnn puas hati sebab kukuh,kalau banjir lagi dan terendam air tak de la hancur macam rak habuk kayu sebelum ni huhuuu.Cik Sue memang designkan supaya boleh duduk kat atasnya sebab senang Humaira nak pakai kasut dan Mr D nak rest balik kerja kalau lambat buka pintu hahahha dannnn senang delivery barang nak letak barang kalau kami tak de kat rumah hehehhe.



Ikut plan tempat duduk tu nak lapik span n balut dengan kain atau plastik,Mr D tak bagi kang kena kencing dek kucing huhuuu,so ingat nak balut n stapler gun dengan tikar getah je supaya kalau orang datang duduk tak rosak baju kena selumbar kayu tu dannnn Cik Sue plan nak cat putih,agak-agak ok tak?

Terima kasih Mr D tolong buat yang berat-berat,potong kayu,bukakkan paku palet bagai,dan buatkan rangka,yang tempat duduk dan lapik bawah tu Cik Sue buatkan sendiri tau ....
Cik Sue suka benda-benda gini ,bukan memasak je tau ai suka hahhaha...
Amacam ok tak? tak mahal tapi kukuh dan puas hati .
Nanti nak plan buat rak tv plak hahahhah ......

p/s:
Kekadang benda kecil pun dah boleh happykan diri ,bahagiakan diri kan,
Cari bahagia masing-masing selagi tak bercanggah hukum Allah.

Apa Kata Al-Quran Tentang Usia Kita

$
0
0

Kata para cendiakawan,jika mencecah umur 40an tapi belum merubah sikap dan perangai buruk ,kelak memang agak susah dah nak di didik tabiat baik dan insaf dengan segala perangai buruk,wallahualam la betul ke takkan,tapi ada je yang dah 50an insaf dan bertaubat,kan hidayah Allah tak mengenal usia,malah bila usia hampir ke hujung nyawa pun bila kita bertaubat nasuha Allah tetap juga menerima ,kan Dia Maha Pengasih dan Penyayang.Jangan putus asa ye mencari keredhaan dariNya.

Dah kenapa Cik Sue membebel pasal ni pulak,entah la...akhir-akhir ni macam-macam hal berlaku di depan mata,insaf rasa diri.Kekadang mengalir air mata mengenangkan insan-insan tersayang yang di uji dalam hidup,melihat penderitaan ,kekusutan di depan mata,Allahuakbarrrr besarnya rahmat Allah yang menguasai seluruh alam,yang mengatur segala jalan hidup kita ni.

Di uji di usia tua bukan sekadar ujian fizikal yang lemah semata,bukan sekadar tulang reput,rambut beruban atau gigi yang makin kurang sahaja,tapi ujian jiwa bila mana jauh dengan kasih sayang Allah malah tidak memikirkan untuk berubah membuat persediaan menuju alam abadi kelak.

Ada yang Allah tunjukkan pembalasan atas segala perlakuan tidak baik yang di buat di usia muda atau di kala masih sihat,di dunia pun dah di tunjuk segala balasan dan murka Allah tu ,dan segala yang berlaku adalah akibat tidak menjaga hubungan sesama manusia.

Yang memperlakukan ibu bapa,mertua dengan sikap biadap,dia buka aib oleh Allah akibat derhaka kepada suami,akibat memperlakukan isteri dengan tidak sepatutnya,Allahhhuakbar,jatuh air mata ni.
Itulah membuatkan Cik Sue terfikir andai kita tidak perbaiki segalanya amal ibadat hubungan dengan manusia hubungan dengan Allah,apa je yang kita nak bawa ke sana nanti,Yang paling takut andai Allah membalas ,menghukum dan membuka segala aib di atas dunia lagi....mintak di jauhkan.

Bila melihat segala yang terjadi di depan mata,rasa nak minta maaf dan ampun dengan seluruh dunia atas segala salah silap,tapi tu la yang hidup masih bernayawa boleh la mintak maaf,yang dah meninggalkan dunia fana ni?

Wahai kawan sekelian andai ada dosa Cik Sue dengan korang,ampunkan diri ini ye,sesungguhnya diri ini hanya hamba yang lemah yang tak lepas dari khilaf.

Sekian luahan hati....tak boleh simpan huhuuu.

p/s :
Semoga kita semua di kurniakan ketenangan jiwa di usia tua nanti,hidup dengan aman menambah ibadah sebagai bekalan.Aminnnn....



Jom Shopping Jam di Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia.

$
0
0

Haiiiii semuaaa,

Mana peminat-peminat jam,pengumpul-pengumpul dan yang mencari jam tuk hadiah atau pakai sendiri,mariiiii Cik Sue nak kongsi jualan murah ni haaa expo jam virtual pertama di Malaysia.Biasakan expo atau jualan murah ala-ala jualan gudang ni korang kena pegi satu tempat,bersesak berbaris nak masuk membeli,tapiiii yang ni tak payah ye,tak perlu.Jom shopping koleksi jam berjenama super murah ini di Beecomb 3D Virtual Watch Expo bermula 29 hingga 31 Ogos 2020 jam 10 pagi -12 malam di Aplikasi Beecomb yang korang boleh muat turun secara percuma di Google Store,App Store dan Huawei App Gallery serta yang seumpama dengannya.





Musim-musim Covid19 ni kita kan mengamalkan norma baru kalau nak keluar dengan SOP semua,kalau orang  macam  Cik Sue ni memang malas laaa nak pergi tempat ramai orang ,menunggu,bersesak tu tapiii tetap nak shopping juga kan? Jadi caranya senang je,ambil telefon pintar korang tu sambil-sambil baring tu install je Apps Beecomb dan daftar sebagai pengguna,korang masuk,pastu klik watch expo tu ye dan pastu shopping la puas-puas ye.




Apa yang menarik di Watch Expo Beecomb?


Himpunan Jam Berjenama

Buat korang peminat dan  pengumpul jam, di expo ni menghimpunkan jenama-jenama jam terkenal ,mesti korang terujakan? Ye la barangan berjenama tapi ada sale dan jualan murah ,masa ni la nak dapatkan betul tak? Apa jenama yang ada haaa nah ni dia senarainya :

High Branded seperti Seiko,Citizen,Mazzucato,CIGA,Raymond,Weil dan banyak lagilah yang Cik Sue tak biasa dengar pun ada heheheh maklumlah tau jenama-jenama popular je hehhe.

Jam-jam designer seperti Rotary,Micheal Kors,Fossil dan Emporio Armani
Kategori Mid Range seperti Titan,Evox,Zoid,NSquare,Achtung,ALBA,Rotary,Casio,G-Shock,
Baby-G

Dan Jam mampu milik jenama EVO yang agak mantap bagi Cik Sue bila tengok dalam apps tu,dah la salenya pun gempak kali ni.

Semua jam pun ada diskaun dan sale tau,jangan risau,korang masuk dan “menyelam” je dalam apps tu mesti ada yang tersangkut nanti heheheh.


Promosi Super Gempak Jam Evo

Fuhhhh jualan promosi Super Gempak ni menggoda jiwa betul la,dah la jam Cik Sue dah rosak haihhhh kena pujuk Mr D ni heheh,apa yang best sangat? Giler tak best korang tengok la poster bawah ni,tuk jam jenama EVO korang boleh dapat harga dua jam RM199 + RM1 ,maknanya RM200 tuk 2 jam EVO tau,haaaa menarik tu.Jimat sangat dah tu,beli pula tuk pakai berpasangan,ewahhh hehehe.





Jam jenama EVO ni pun boleh tahan design dia,cantic-cantik dan nampak sporty juga dengan pilihan warna-warna menarik sesuai untuk lelaki atau perempuan.Memang rugi tau tak dapatkan sementara jualan murah expo ,harga mantap,barang berkualiti dan berjenama gini.





Tengok tu ada juga yang promosi harga bawah RM100 ,memang berbaloi sangat kan,ada juga Jam EVO berharga RM52.90 dan RM83.10 tapiiiii kena cepat ye,selagi stok masih ada,kang dah habis jangan nangis bucu katil lak haaaa. Sangat mudah  boleh shopping melalui telefon je ,merayau je dalam expo tu tanpa batasan heheh.Dapatkan jam-jam idaman korang tu,belek la puas-puas ye.Memang gempak la harga Jualan Super Gempak Evo ni.

Jom korang install Aplikasi Beecomb dan shopping di 3D Virtual Watch Expo anjuran Beecomb Sdn Bhd ni.Muat turun dengan percuma dan boleh pergi expo secara virtual,memang terbaikkk.

Lets go guys,Cik Sue nak cari jam tuk hadiah hari lahir seseorang hehehe.

Klik Sini untuk muat turun Aplikasi Beecomb





Kena beli kasut baru gara-gara ke Puchong Sport Centre

$
0
0
Hai semua,habis dah cuti hujung minggu panjang,ye la 3 hari tu panjang la kan ,selalu 2 hari je dok? hehehhe ke mana je korang? ramai juga yang ambil peluang balik kampung,bercuti bersama keluarga tak pun ziarah saudara mara kan.Cik Sue tak ke mana-mana pun memandangkan Cuti Hari Merdeka ,Mr D kerja,jadi dok berlegar sekitar rumah je la,setelkan apa yang patut.

Pagi Sabtu tu kebetulan memang lapang, kekawan KBBA ajak main badminton pula kat Puchong,dah sambil-sambil nak keluar sarapan tu ,ha beriadah la sekali.Fuhhh lama juga tak main badminton ,berhenti sejak pregnant Humaira sekarang dia pun dah 5 tahun phewwww lama betul tapi bukan la tak bersenam langsung,selalu je jogging,zumba bagai hahahah.

Nak gi bersukan kenalah buat persediaan,pakaian yang sesuai dan alatan yang perlu.Sebelum pergi selongkar la bilik belakang aka stor cari raket,sampai sudah tak jumpa,so bawa je la Mr D punya ada satu je,ralat juga rasa sebab ingat-ingat macam ada orang pinjam tapi tak ingat sapa pastu tak tahu dah pulang ke belum ,pastu dah tak ingat letak  mana adoiiiii sabo je la mek sue ni hahhaha,dapat la sebakul bebelan dari Mr D (hobi dia tu) rasa ralat juga tu sebab dekat rm200++ gak harga raket tu,tepuk dahi sendiri huhuu.Pastu cari kasut pula,sib baik boleh pakai lagi,terus masukkan dalam kereta,dan gerak sarapn dulu baru ke sana.

Lokasi yang tak susah pun,waze je Puchong Sport Centre,konpom sampai hehehe,ikut je la waze tu kikiki.Sampai-sampai ehhh dia je seketul bangunan situ ingatkan kawasan perumahan,parking pun senang,lapang je jalan masuk.Tak susah nak cari dari jauh dah nampak.








Dan macam biasa SOP tetap di amalkan ye,check suhu dan tulis nama dan nombor telefon,senang dan trace nanti.Buka je pintu masuk,mak aihhhh banyaknya court ,memang satu bangunan tu semua court badminton ye,besarrrrr khabarnya ada lebh kurang 32 court untuk di sewa.Haaaa sesuaiiii sangat buat tournament atau pertandingan,cukup fasilitisnya.




Kawasan dalamnya selesa,ada kerusi dan meja tempat menunggu,sangat sesuai nak beriadah bawa anak dan keluarga,tandas pun bersih siap boleh mandi lagi tau,ye la kot lepas bersukan nak terus gi dating ke kan hehhehehe.Tak kan nak pergi dengan berpeluh-peluh bagai.Memang selesa sangat kemudahan kat sini.Oh ya,ada kedai peralatan sukan juga,kalau korang nak ketatkan tali raket,nak pasang tali atau nak beli kasut,raket dan shuttlecock semua di sediakan bawa duit je ye.


Kat sini juga ada kemudahan kelas dan akademi untuk mereka yang nak serius bermain badminton terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah atau orang dewasa pun boleh.Boleh tanya kat penjaga kaunter atau hubungi je no telefon diorang.Jurulatih pun berpengalaman luas dalam bidang ni.





Dah puas explore keliling court haaa pakai la kasut,panaskan badan ,main la ngan Kak Nina,Kak Tati dua tiga round tapi tak main betul-betul pun acah-acah panaskan badan je hehehe.Pancit juga la bertahun tak pegang raket ahhahaha,hilang nafas jap huhuu.Badan dah makin kurang stamina,nak kena jaga balik ni,umur pun dah meningkat ,pastu asyik melantak je kan,dah kena jaga mana yang boleh dah,kang ada bercuti kat wad je nanti,minta simpangggg.





Syok woooo,lencun baju,ajak Mr D main,dia bawa je kasut tapi tak mau tukar,malas nak paksa sebab lutut dia cedera lagi,Cik Sue pun baru je sembuh Alhamdulillah,sebab tu tak melasak sangat,tapi main pukul-pukul macam tu pun dah syok sangat,basah baju,feel bila berpeluh tu best tau,segar je rasa.Dah dekat nak balik,sementara tunggu habis jam sewaan tu,main la slow-slow ngan Mr D,terjadi la perkara yang kelakar,sedih dan menggeramkan Cik Sue tau,kalau wife Ben Ashaari sampai ke klinik, Cik Sue pulak kena bebel ngan Mr D dan dia yang kena ke kereta semula hahahha cuba teka apa yang terjadi? 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Hahahha heyyy  jangan gelak tau,ai je boleh gelak,kemain konfidenkan sebelum datang kata kasut cun lagi boleh guna sekali kauuuuuu hilang tapak hahahha.Nasib baik la ada kasut jogging lagi satu dalam kereta tau,tu yang Mr D kena gi ambil tu,kata sayang biniiiii...kah kahhhhh.So dah boleh gi shopping kan Mr D beli kasut baru ,ehemmmmm sale tengah banyak ni.

Terus la stop main ,bagi Humaira je la main ,dah nak balik pun hahahah.Dia pun kemain seronok ramai geng kakak-kakak,abang-abang di ajak main,pasni nak cari raket tuk dia la,boleh ajak teman ibu main lagi nanti ye.





Meriah bila beriadah bawa anak dan family ni,sekurang-kurangnya boleh luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan kawan-kawankan.Cik Sue pun macam nak repeat lagi je ni,best la pulak heheheh dapat seminggu sekali pun ok dah,ada la keluar peluh jugakkan walaupun mengemop rumah hari-hari pun berpeluh juga hahahahha wellll kat rumah pun bersenam ye.




Sewanya pun takde la mahal sangat ,boleh la tontong ramai-ramai kan,buat seminggu sekali ke cun dah,tuk maklumat lanjut korang call terus nombor kat bawah ni ,nak booking pun boleh ye : 


Harga Promosi : RM28 untuk 2 jam bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam. 
Selepas jam 8 malam : RM24 sejam. 

Lokasi  : Jalan Puchong Utama 2
Puchong, Malaysia

Waze : Puchong Sport Centre
Tel : 010 829 6639

p/s Nak ajak geng lain la datang nanti,eh korang nak main tak cukup geng ajak la Cik Sue juga tau.


Jom Shopping di PG Mall : Sale 99 yang berbaloi

$
0
0
Fuhhhh akhir-akhir tahun ni kemain semua rancak sale la,jualan murah la kiri kanan atas bawah,ishhhh dah la menggoda betul harga runtuhnya tu.Cik Sue sekarang dah makin malas nak keluar cari barang,semua nak di hujung jari je sambil-sambil tergolek depan tv hahahaha pastu sekarang dah berjangkit dengan Mr D dah,kalau dulu dia la paling suka membelek barang kat pasaraya,kalau nak beli selipar pun sanggup pusing dua tiga buah pasaraya tau,boleh patah kaki hahahhaha tapi sekarang kerja dia,dok share link barang yang dia nak dalam online pastu suruh Cik Sue order hahahha tahu-tahu  duit dalam akaun  bank makin susut,tahu-tahu barang sampai opppsss.

Sekarang ni macam-macam web shopping online muncul kan? Naik rambang mata nak pilih,tapi kena la pandai survey dan bandingkan harga serta baca review tentang kualiti barang tu,baru la berbaloi.Dan kena pandai tengok juga mana yang mendatangkan penjimatan serta pulangan yang lebih lumayan.Jom Cik Sue nak ajak korang shopping sale gempak di PG MALL pula kali ni.

PG Mall ,laman e-commerce No 1 di Malaysia.
Rupanya dah lama wujud PG Mall ni dari 2017 lagi,Cik Sue je baru tahu huhuuuu,ketinggalan sangat rasa diri ini.PG Mall ni adalah satu-satunya laman e-commerce tempatan di Malaysia ni dan antara Top 3 seperti yang di laporkan dalam IPrice,korang boleh baca kat sini ye :


Yang bestnya PG Mall menerima semua cara bayaran termasuk trend terkini menggunakan e-wallet ,boost segala tu ye.Jadi tak perlu risau ,banyak pilihan ada untuk cara pembayaran,selesa untuk membeli-belah ye kawan-kawan.
Selepas install apps di handphone hari tu Cik Sue dok scroll la,banyak juga barangan yang ada dan banyak betul sale serta promosi-promosi yang di jalankan,jualan murah,kempen-kempen dengan harga yang sangat laaaaaa menggoda hati nurani ni huhuuu.

Jangan ketinggalan : Sale 99 PG Mall
Haaa ini la benda yang nak di ceritakan sebenarnya,korang kena catat ni tau ambil perhatian PG Mall akan mengadakan jualan super gempak pada 9 September ni,Cik Sue pun dok tunggu  kali ni macam nak cari barang elektrik la pulak opppsss hehehheh.


Apa yang best Sale 99 PG Mall ni? Ia berlangsung pada 9 September 2020 ,dan tawaran bestnya diskaun 9% dengan perbelanjaan minimum RM50, terhad pada RM99. Fuhhhh banyak dah jimat tuuu,boleh beli macam-macam dengan penjimatan macam ni,saya sukaaaa saya sukaaaaa (nada meimei upin ipin ) hahahha,berbaloi-baloi lah orang katakana bila membeli biar kita yang menang ,gituuuu.Eh bukan itu saja tau  ,korang boleh dapatkan  PENGHANTARAN PERCUMA atau FREE SHIPPING  dengan perbelanjaan minimum RM31, terhad pada RM4. Haaaa tak untung lagiiii? Hishhhh untung banyak dah tu,tak sabar pula nak tunggu 9 September nak memborong,Mr D pun dah bagi green light ni ehemmm.
Lepas tu korang nak tahu tak,PG Mall buat flash sale 24 jam tau pada tarikh tu dank orang boleh dapatkan barangan dengan harga serendah RM0.99 tahu takkkkk? Aduiiiii lagi bertambah tak sabar nak berebut dapatkan masa flash sale tu nanti,mesti barang best-bestkan? Korang klik link ni tuk tahu lebih lanjut ye 

Digital Fashion Week
Nahhhhh,ni berita baik tuk brader-brader dan hakak-hakak yang suka berfesyen dan bergaya tu,tak pun yang mana dok cari baju atau pakaian baru sebab dah lama tak beli pakaian baru.PG Mall adakan Digital Fashion Week dari 1-13 September 2020 dan korang boleh nikmati 70% diskaun ye,eh tetiba lak nak cari skirt lah,nak matching-matching dengan baju yang ada ,hehehee sajaaa kan.

Dan bila korang berbelanja minimum RM35 korang boleh nikmati Free Shipping juga,masihhhh lagi jimat,bagusla PG Mall ni,tak berkira kata orang hehehe.Ni yang nak stay membeli –belah dengan PG Mall ni,ewahhh.Sempena Fashion Week tu juga korang boleh tuntut voucher diskaun di campaign page mereka ye,apa lagi ambil je sebelum habis  hehehe.

Wow Store : Free Shipping


Ehhh jap-jap,ada lagi haaa...dengan pembelian minimum RM30 setiap hari korang boleh dapatkan free shipping ye ,pastu siap dapat cashback sehingga 3.5% lagi tau haaaa memang syok la nak shopping kan.

Oh ya,ada jenama terpilih korang boleh dapatkan diskaun hingga 80% tau nak tahu jenama apa yg terlibat boleh tengok senarai kat bawah ni ye : 



Antara Top Merchant yang mengambil bahagian : 

- Beaute.Cosmo https://pgmall.my/Beaute.Cosmo| coupon code : BEAUTEFREE

- Softlove Malaysia https://pgmall.my/Softlove-Malaysia-1 | coupon code : SOFTFREE

- HI STYLE MALAYSIA  https://pgmall.my/HI-STYLE-OFFICIAL-STORE-1| coupon code : STYLEFREE

- Teng Mobile https://pgmall.my/TENG-MOBILE-1 | coupon code : TENGFREE

- WangZheng Care https://pgmall.my/WangZheng-CARE-1| coupon code : WZHENGFREE

- BigSpoon Kitchenware https://pgmall.my/BigSpoon-Kitchenware| coupon code : SPOONFREE

- Mamami Health Food https://pgmall.my/Mamami-Health-Food-1| coupon code : MAMAFREE

- Perma Glass https://pgmall.my/Perma-Glass | coupon code : PERMAFREE

- Altron Mall https://pgmall.my/ALTRON-MALL-1| coupon code : ATRNFREE

- Butik Bos Official Store https://pgmall.my/Butik-Bos-Official-Store | coupon code : BUTIKFREE

- VV Mall https://pgmall.my/VV-MALL-1| coupon code : VVMALLFREE

- WJS  https://pgmall.my/WJS | coupon code : WJSFREE

- Jazz & Co https://pgmall.my/Jazz-amp;-Co-1 | coupon code : JAZZCOFREE


Jom Shopping!!!

Hah!! Tunggu apa lagi,jom la kita pergi survey dulu barang apa berkenan,masukkan je kat wishlist tu,nanti sampai masa 9 Setember baru kita check out,bijok dok? Hahahha jom korang time sale ni la nak dapatkan apa yang korang impikan dengan harga terbaik.Cik Sue memang kalau nak kan apa-apa kumpul duit dan tunggu time sale,memanggggg berbaloi.Jom cepat!!! Lambat tinggallllll…..

PGMall:
Website: www.pgmall.my   

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #99sale #PGMallSALEbration #digitalfashionweek #Fashionweek

Psttttt korang boleh juga download aplikasi PG MALL ni kat handphone ye,boleh shopping sambil golek-golek depan tv atau atas katil hahahha.



Kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D'Aura.

$
0
0

 Hai semua,

Korang sempat tak merasa sapu minyak kelapa yang di proses secara tradisional oleh nenek-nenek,mak-mak kecil-kecil dulu kat kepala sebab nak rambut cantik? Cik Sue sempat tauuuu….nostalgia betul tengok nenek dok mengerjakan kelapa kat dapur kayu tanak dan buat minyak kelapa sendiri,tuk buat mengurut,tuk sapu kat rambut ,ada yang nenek campurkan dengan bunga-bungaan tuk bagi wangi.Ada juga yang di guna untuk memasak,yeee lagi sedap masakan tau.

Masa silih berganti ,zaman semakin moden,proses nak buat minyak dari kelapa pun dah di permodenkan dan khasiatnya boleh di nikmati semua dengan harg lebih murah kan,banyak dah sebenarnya keluaran minyak kelapa dara di pasaran tapi kali ni Cik Sue nak kongsi dengan korang kelebihan dan kebaikan Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) keluaran D Aura,yang memang memasarkan produk minyak kelapa dara dalam pelbagai bentuk.

 

Apa itu AVCO ?

AVCO ni adalah minyak kelapa dara yang dah di formulasikan dengan aroma tanpa menjejaskan keaslian dan khasiat itu sendiri,jadi tak de la bau yang kurang menyenangkan untuk di sapu ke badan nanti.Malah AVCO ni kaya dengan antioksidan dan Vitamin E yang sangat baik untuk penjagaan kulit dan rambut.AVCO ni di datangkan dalam 2 wangian iaitu Floral Fresh dan Morning Dew tapi jangan risau wangian extrak dari tumbuhan ni hanya 1% je 99% lagi adalah minyak kelapa dara tulen ye.

 


Kebaikan AVCO

Seperti kita tahu minyak kelapa dara memang tak di nafikan khasiatnya dalam kehidupan seharian kita,malah pelbagai guna untuk kita,antaranya :

-Melembap,meyubur dan melembutkan kulit serta rambut

-Kaya dengan antioksidan dan Vitamin E

-Agen anti penuaan dan memperaiki struktur kulit

-mengurangkan pori tersumbat dan kedutan

-100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia

-Menggunakan minyak kelapa dara berkualiti tinggi

-selamat di gunakan tanpa kesan sampingan

 

Bagaimana Cik Sue menggunakan AVCO?

AVCO ni bukan untuk minum ye,yang ini untuk sapuan luar sahaja,kalau untuk di makan boleh ambil produk lain keluaran D Aura,boleh lihat di laman web mereka ye.Avco ni boleh di gunakan dengan cara sapuan dan penyerapannya dalam 5 ke 10 minit,tapi jangan risau tak berminyak sangat pun bila dah meresap.Cik Sue guna kat mana dan untuk apa AVCO ni ,haa meh nak cite :

1.        Sapu ni rambut dan kulit kepala Cik Sue dan Humaira (anak) – rambut Humaira ni memang jenis kalau tak pakai pelembap atau minyak mesti jadi kering ,jadi lepas mandi je Cik Sue sapukan AVCO ni ,selepas seminggu pakai pun dah nampak kesan ,rambut jadi lebih lembut dan senang di  urus,malah Cik Sue pun sapu kat rambut sendiri dan juga di kulit kepala ,hilang gatal-gatal semua.

2.        Sapukan ke kawasan kulit kering untuk seisi keluarga-selalu sapu kat siku,buku lali dan lutut kami sekeluarga terutama Mr D la sebab dia kerja pakai safety but ,bila buka,ada kesan kematu kat tumit,buku lali dan kaki,lepas-lepas mandi tu sapu dan kulit akan kekal lembap dan kulit lebih lembut.

3.        Sebagai makeup remover Cik Sue-memang best guna AVCO bila nak remove mekaup sebab mudah membersihkan minyak dan kotoran dari bahan kosmetik,tak perlu nak sental beria sangat,malah lembut dan berkhasiat untuk kulit serta tiada bahan kimia.

4.        Sebagai losyen untuk hilangkan parut-dah cuba sapu dekat parut Humaira kena gigit  nyamuk dan jatuh luka,cepat sangat hilang dalam 3 4 hari dah nampak kesan pudar.

5.        Cik Sue juga guna sebagai pelembap bibir terutama sebelum mengenakan lipstick,memang best,lembutttt je rasa.

Banyak lagi kegunaan korang boleh cuba dengan AVCO ni sebenarnya terutama untuk kecantikan,malah bagi ibu-ibu mengandung kalau nak hilangkan stretch mark atau kesan regangan di perut sapu la AVCO ni dari awal kandungan lagi ye.Insya Allah kulit lebih cantik nanti.

Bagi Cik Sue berbaloi sangat guna AVCO ni banyak kegunaan dalam satu botol kecil,seisi keluarga boleh guna dan mudah di bawa kemana saja,botol pun tak mudah tumpah,masuk je dalam beg ,senang.Harga pun mampu milik dalam RM22.90 sahaja sebotol.

Korang kena dapatkan tau,memang pelbagai guna,tambahkan sekarang ada promosi dan pakej-pakej menarik ,jadi pergi terjah cepat ye :

Web Shop : www.daura.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq

Cara Memilih Minyak Zaitun Berkualiti seperti Minyak Zaitun Al Ard

$
0
0
Hai korang,

Korang yang suka memasak tu selalu tak gunakan minyak zaitun atau olive oil di dapur? Cik Sue sejak-sejak amalkan makanan Sunnah macam kurma,habbatus sauda dan macam-macam lagi,minyak zaitun menjadi salah satu yang wajib ada la kat dapur,terutama bila buat salad dan masak pasta.Setiap kali beli barang dapur Cik Sue akan pastikan ada stock minyak zaitun kat dapur,banyak kegunaannya ,dan minyak zaitun ni ada jenis-jenisnya tau,tak semua boleh buat masak dan tak semua boleh buat salad dan pencicah,kena ikut jenis dan kegunaannya. 


Jom kita tengok apa jenis minyak zaitun yang ada dan kegunaannya:

JENIS DAN KEGUNAAN MINYAK ZAITUN


EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Kenapa namanya Extra Virgin Olive Oil? Sebab ia dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama. Ia tidak mengalami proses pemanasan dan tidak ada campuran sebarang bahan kimia.
-kadar asid 0.5%-0.8%
-tinggi oksida dan banyak nutrien/khasiat vitamin dan mineral
-warna kehijaun/rasa agak pahit/bau agak kuat
Tidak di galakkan untuk guna dalam memasak.
Extra Virgin Olive Oil – ‘smoke point’ : 160 darjah celcius. Sebab khasiatnya akan terjejas jika ada pemanasan melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan(redikal bebas/lebihan lemak dalam darah/kolestrol/hipertrigliseidemia
-sesuai dicampur dalam sos dressing salad/pasta/pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya
-atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak.


VIRGIN OLIVE OIL


-minyak zaitun yang dihasilkan daripada proses perahan kedua
-masih asli cuma kadar asid 1- 4%
-warna kuning kehijauan
tidak digalakkan untuk memasak
– Virgin Olive Oil – ‘smoke point’: 199 darjah celcius. Sebab khasiatnya akan terjejas jika melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan redikal bebas/lebihan lemak dalam darah/kolestrol/hipertrigliseidemia
-sesuai dicampur dalam sos dressing salad/pasta/pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya


PURE OLIVE dan EXTRA LIGHT/LIGHT OLIVE OIL

Dua jenis di atas melalui proses yang sama cuma komposisinya campuran je berbeza.
-campuran refined olive oil dan virgin olive oil
-terlibat dengan beberapa proses penyulingan/penapisan
Refined olive oil adalah minyak zaitun yang sudah diproses dengan menambah bahan kimia untuk menambahbaik kualiti dan nutrien. Bahan kimia akan menutralkan rasanya yang kuat dan menurunkan kadar asid yang tinggi.Kemudian ditambah sedikit virgin olive oil untuk kembalikan rasa olive oil yang hilang akibat penambahan bahan kimia tadi.
-kadar asid melebihi 4%, warna kekuningan/kuning pucat
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENUMIS/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal
Extra/Light Olive Oil – ‘smoke point’ 237-242 darjah celcius. Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/merosakkan kualiti/nutrien.

OLIVE POMACE OIL

-gred minyak zaitun paling rendah
-sisa proses pengekstrakan Pure Olive Oil
-telah melalui beberapa proses penapisan
-dicampur dengan pelbagai variasi virgin olive oil untuk memberi rasa minyak zaitun
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal
Olive Pomace Oil – ‘smoke point’ 238 darjah celcius jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/merosakkan kualiti/vitamin. Sama kategori dengan minyak jagung/canola/minyak sayuran/dan seeds oil lain yang diproses .


CARA MEMILIH MINYAK ZAITUN YANG BERKUALITI


Nak beli minyak zaitun ni bukan boleh beli sembarangan tau sebab dah banyak tiruan kat pasaran,korang kena tengok yang betul-betul original tau,nak tahu yang berkualiti dan tulen? Jom tengok panduannya ye :

1. Botol kaca dan berwarna gelap

Kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun. Cahaya matahari atau UV akan menembusi botol berwarna cerah sekaligus mengurangkan khasiat minyak zaitun disebabkan proses oksidasi.

2. Proses pembotolan yang betul.

Pastikan anda memilih minyak zaitun yang melalui proses pembotolan moden kerana proses yang betul akan membantu mengekalkan khasiat minyak zaitun sehingga 2 tahun.

3. Pensijilan dan perakuan.


Sijil organik, sijil Iso, produk dari pengeluar asal, minyak zaitun dara (extra virgin), standard premium atau ultra premium, penerima anugerah antarabangsa dan tentu sekali jenama antarabangsa.

4. Faktor teknik perahan

Faktor utama dalam memilih minyak zaitun, anda juga harus memikirkan tentang teknik perahan yang di gunakan.
Antara teknik perahan minyak zaitun yang popular ialah 'cold pressed', musim seperti 'early harvest'.

5. Pilih minyak keluaran PALESTIN kerana lebih berkualiti.

Pokok zaitun tertua di dunia di katakan berada di Palestin. Ia berusia beribu ribu tahun.
Ia antara sebab penting mengapa sesetengah minyak zaitun dari Palestin berbeza harga atas usia pokok zaitun tersebut.



Jadiiiii sekarang ni Cik Sue dah pasti cara nak pilih minyak zaitun berkualiti dan Cik Sue pilih minyak zaitun Al Ard dari Palestin yang di edarkan oleh https://www.alamiliving.my/ .Korang boleh ke laman web tu untuk tengok banyak lagi produk mereka dari timur tengah ,bukan sahaja ada minyak zaitun tau.

Apa kelebihan minyak zaitun Al Ard dari Palestin ini ?


1. Minyak Zaitun Terbaik Awal Musim atau "EARLY HARVEST" (Stock Terhad).

2. Minyak Zaitun Extra Virgin dari Perahan Pertama & Cold Pressed.

3. Dari pilihan Buah Zaitun Terbaik & diproses pada hari yang sama.

4. Kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%

5. Minyak dari Pokok Zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.

6. Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade.

7. Hasil dari Ladang Zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.

8. Buah Zaitun dari pokok Tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine menghasilkan Minyak dengan Kandungan Khasiat Antioksidan yang lebih tinggi.

9. Minyak Zaitun diproses dan dibotolkan mengikut Standard & Piawaian International Olive Oil Council.


Cik Sue syorkan korang beli minyak zaitun jenama ni,memang terbaik,rasa pun sedap ,Cik Sue dah guna dalam masakan dan semalam sempat masak Pasta Aglio Olio guna minyak zaitun ni,licin gak sekuali makan berdua ngan Mr D hehehehe,lebih sedap dan tak muak dannnn kalau korang nak tahu minyak zaitun ni jugak boleh cantikkan tekanan darah dalam badan dan banyak lagi khasiat lain untuk tubuh kita. Nak resepi tak? Eh nak buh juga tak kira hehhehe…. 



Resepi Pasta Aglio Olio Al Ard

Bahan:

400gm pasta spageti rebus hingga agak lembut atau al dante (8 minit)

2 sudu Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)

2 sudu chili flakes (nak pedas boleh tambah)

Setengah cawan minyak zaitun Al Ard

5 ulas bawang putih cincang halus

Setengah biji bawang Holland potong dadu

Sayur pilihan (Cik Sue ada brokoli,dan tomato sahaja jadi masukkan tu je la)

Lauk pauk pilihan (Cik Sue masukkan udang dan sotong baki yang tinggal dalam peti,kalau nak tukar dengan ayam atau sosej pun boleh)

Garam

Cara :

-Panaskan minyak zaitun dalam kuali leper dengan api kecil,masukkan bawang putih bawang Holland ,masukkan garam dan sayur serta lauk.

-masukkan pasta,tak perlu tos,masukkan terus dari periuk rebusan ke kuali dengan penyepit.

-gaul sebati dan rasa,dan ngam boleh hidang,yummyyyy.




Untuk maklumat lanjut korang nak tengok produk Al Ard ni boleh klik link mereka ye :


FB https://web.facebook.com/alardmalaysiaHQ

WEB https://www.alamiliving.my/

INSTA https://www.instagram.com/alardmalaysia 
Viewing all 217 articles
Browse latest View live