Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Cik Sue pilih Ayam Bismi!

$
0
0
Hai mak-mak dan geng-geng dok dapur tu,korang biasa beli ayam mentah kat mana eh kalau nak masak? Cik Sue selalunya beli kat kedai runcit kat rumah ni je,cuma kalau kena masa pergi beli barang kering kat supermarket tu beli la sekalikan,dah alang-alang shopiing barang kering,tapi kalau semata-mata nak pergi beli ayam je gi pasaraya macam tak berbaloi pula sedangkan kedai dekat rumah ada,jimat la sikit minyak kereta hehehe...

Tapi Cik Sue selalu berdepan masalah dok belek ayam tu kekadang dah terkeluar tulang la,ada yang nampak biru lebam,walaupun kat pasaraya,pendek kata kurang segar la.Sebab tu laaaaa Cik Sue kurangggg sangat kekerapan makan ayam huhuu,selalu beli ikan,dan hasil laut macam udang ,sotong je.Bukanlah tak makan langsung cuma sekali dua je dalam seminggu.Tu belum lagi rasa ragu-ragu masa membeli dekat pasaraya atau supermarket,tapi sebab tak tahu nak cari yang terjamin Halal dan suci Cik Sue tawakal je la ayam-ayam di pasaraya  dan kedai runcit tu dah di pantau pihak berkuasa.








Baru-baru ni nampak abam sado ni dok up beli ayam Bismi , katanya halal dan siap boleh hantar kat rumah,haaaa art hantar tu la yang Cik Sue suka tu hehehe,terus pm tanya macam mana nak order,tapi Cik Sue cari maklumat dulu la pasal ayam ni.Ayam Bismi ni memang segar dari ladang kalau tak silap di Alor Star ,Kedah.Segala proses penternakan,penyembelihan dan pembungkusan semuanya patuh syariah dan mendapat sijil HALAL dari JAKIM.Makanan untuk ayamnya pula bebas dari sisa khinzir serta tiada suntikan dan pengambilan hormon,hampir ayam organik la ni.Sesuai la dengan Mr D yang ada gatal-gatal kulit dan kena kontrol makan ayam sebenarnya,jadi Cik Sue nak cuba ayam ni kot-kot sesuai dengan dia.


Apa yang menarik tentang ayam Bismi ini ianya:

-‘closely organik’ dan tiada sisa khinzir
-Bebas Hormon – tidak disuntik hormon untuk pembesaran
-Disembelih dengan cara Islam dan halal, dipotong, dicuci dan dibekukan segera.
-Tanpa bahan kimia dan pengawet tambahan
-Tahan 1 tahun jika dalam keadaan beku
-Ayam hanya diberi ubat disahkan KKM sahaja
-Halal Jakim
-Kurang lemak, tidak hanyir dan mudah dicuci


Satu benda lagi yang Cik Sue suka Ayam Bismi ni,diorang ada jual pek-pek ayam mengikut bahagian ayam tu,jadi senang la kalau nak kepak sahaja atau peha sahaja atau dada sahaja,pilih je.Ye la kekadang tuk masakan tertentu kita nak guna bahagian-bahagian tertentu kan.Jadi jangan risau boleh pilih je,eh ayam sekor pun ada,ada yang dah di buang organ dalaman,ada yang satu ekor lengkap semua.Korang pilih je mana yang berkenan ikut keperluan.

Jadinya kebetulan stok ayam memang dah kosong dalam peti ais,Cik Sue terus kontek agen berdekatan dan order 3 pek,1 pek ayam sekor potong 9,1 pek kepak,1 pek peha.Maing-masing berat dalam 1 kilo lebih kurang la.Hari ni order,esoknya runner dah call nak hantar ayam,terus sampai depan pintu rumah tau,senang kejeku.



Masa mula-mula sampai terfikir juga adoi banyak lak nak kena siang,basuh dan nak simpan dalam freezer,sekali cuba buka satu pek,ehhhh dah bersih,siap siang semua,lemak dan kotoran pun takde.Wahhhhhh Cik Sue sukaaaa.senang keje mak-mak yang sibuk dan mak-mak yang bekejar dengan anak kat rumah ni,jadi Cik Sue dah masak dan guna Ayam Bismi ni,nak tau menu apa tak?



Cik Sue masak peha dulu,buat drumstick panggang madu,nak resepi tak hehehe okeh jom tengok resepi kat bawah ni ye:


Peha Ayam Panggang Madu :

Bahan :
4 ketul peha ayam,kalau nak guna kepak atau bahagian lain pun boleh je.
2 besar sudu serbuk cili
1 kecil sudu serbuk kunyit
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rosemary kering,boleh ganti ngan serbuk jintan
sedikit lada hitam
3 sudu madu
sedikit garam

Cara :
-tumbuk lumat bawang putih dan halia.
-masukkan dalam mangkuk sekali dengan ayam dan bahan lain
-gaul rata dan perapkan sekejap,nak simpan buat stok dalam peti ais pun boleh.
-bila nak masak defrost je,masuk oven.
-bakar jangan sampai kering sangat.







Dah siappppp senang je,selalu Cik Sue makan ratah je bila tak mau nasi,boleh je makan ngan nasi pun.Kalau nak diet pun elok gak buat ni,makan dengan salad dan kentang,cicah sos nandos ehhhhh tak cukup pulak dua ketul hahahhaha...hancus diet.


Apapun menggunakan Ayam Bismi untuk masakan Cik Sue di rumah Mr D puji tak banyak lemak dan ayamnya rasa segar tak hanyir,kalau nak tahu,kalau korang frozenkan boleh tahan setahun tau ayam ni.

Lepas ni Cik Sue memang akan pilih ayam ni la,terjamin,tahu dari mana datangnya dan Cik Sue yakin dengan status halalnya.


Dua tiga hari lepas masak gulai tempoyak ayam,banyak pula Mr D makan,kurang lemak dan tak hanyir sedap katanya...boleh buat lagi ni.

Korang kalau nak maklumat lanjut dan nak cuba ayam ni boleh klik link kat bawah ni ye,sama-sama kita support produk bumiputera dan halal muslim kita #bmf ,sebagai muslim kita wajib mencari yang halal kan


Ke Muzium Negara di Hari Malaysia

$
0
0
Cerita cuti Hari Malaysia yang lalu,rancangan asal Cik Sue ada appointment tapi kansel saat-saat akhir,jadi kebetulan dah keluar sarapan kat luar malas dah nak pusing balik ke rumah,huhhh dasar nak berjalan kan heheheh.Sambil sarapan tu sambil fikir,nak berjalan ke mall memang tak la bagi Cik Sue di hari cuti begini kalau tiada urusan penting,sesak nafas ramai-ramai hehehhe.

Terus Cik Sue terfikir Muzium Negara sempena cuti Hari Malaysia kan,cakap ngan Mr D boleh di buat muka pelik hahahah,biar la Cik Sue nak gi jugak sebab Cik Sue tak pernah masuk situ okeh...ha gelak la gelaaaakkk..ye la zaman sekolah dulu mana ikut sangat pi rombongan bagai,kita dok kampung mana la berkesempatan nak ikut,dah kerja kat Lembah Klang pun tak de kawan yang nak bila ajak datang sini,maklumla lagi syok gi shopping mall kan hahaha.Jadi sekarang kita paksa laki dan anak ikut la hehehhe.Lepas sarapan terus gerak,dan dah agak tak ramai orang pun,i likeeee tenang nak berjalan kikiki dah tua-tua ni mudah serabut weh tempat sesak.



Bayar parking guna Touch N Go sahaja


Sampai terus masuk parking,oh ya parking sini guna Touch N Go ye,Sib baik Mr D memang sentiasa sediakan,Cik Sue tak tau la pulak kalau ada parking lain yang tak payah guna Touch N Go,ni kami masuk parking depan pintu dekat kepala keretapi tu,cari juga butang nak tekan tiket tapi memang tak de ye,eh haru jugak kalau tak de kad Touch N Go time tu kan? patut buat la pilihan.

Okeh,dah masuk dan parking,agak terhad juga,nampak tak ramai orang tapi parking penuh,cuaca agak redup kebetulan tengah jerebu lagi kan,cepat-cepat jalan pergi masuk dalam bangunan,sian Humaira lama-lama kat luar.Tapi sambil jalan nak masuk tu pun banyak dah tarikan dan bahan-bahan sejarah yang boleh di lihat dan belajar.


Humaira kata meriam ni retaka boboiboy hahahah

ayah kata ni keta dia...ibu jawab yang dah kena sita hahaha

bas lejen,ayah selalu naik kecik2,ibu sekali je rasa naik dari bangsar ke zoo negara hahah

bleh tengok peta ye nak cari surau tandas kat mana (kitaorg la tu hhahaha)
suka sangat humaira ngan kapal terbang


bagi can la ibu nak posing sesekali huhuu

Oh ya,kalau yang naik transport awam nak datang sini korang boleh naik MRT,stesennya betul-betyl dalam pagar Muzium Negara ni ha,keluar pintu stesen terus masuk dalam kawasan ni,lebih mudah sebenarnya.

Okeh,jom masuk eh kena beli tiket dulu la,ala murah  je RM2 je dewasa dan kanak-kanak atas umur 12 tahun,kalau anak-anak pakai baju sekolah free ye.So dah beli tiket terus jalan masuk,ada dua tingkat ruang pameran,Tingkat bawah galeri A dan B ,dan atas galeri C dan D.

Bagi yang berkerusi roda,bawa stroller anak dan warga emas yang sakit lutut jangan risau lif di sediakan.Kawasan Muzium Negara ni Cik Sue tengok memang mesra pengguna OKU.Jadi tak risau nak bawa golongan ini jalan-jalan kat sini ye.

bila suruh laki amik gambar herghhhh

Sebenarnya best jugak jalan-jalan ke Muzium Negara ni walaupun korang tak minat sejarah,sebab kat sini bukan korang kena baca buku sejarah pun hahaha,semua interaktif dan bergambar,malah ada artifak sebenar dan replika yang di tayangkan,selama ni belajar kat sekolah tengok gambar je kan,haaaa ni depan-depan mata tengok yang real punya.Jangan bawa balik sudah la heheheh

teringat lak kat Cik Mat Gebu ehhehe
Dia dah penat nak jalan
Galeri A banyak artifak tentang sejarah awal zaman batu Paleolitik,Neolitik dan Mesolitik tu macam yang kita belajar kat sekolah,banyak la artifak-artifak dari seluruh tanahair,Dari Candi Lembah Bujang,pasal Perak Man, dan bahan- bahan ekskavasi sejarah.Kiranya artifak-artifak kehidupan zaman tu la,pakaian,cara hidup,cara cari makan,peralatan,budaya hidup ,cara pengkebumian dan macam-macam la boleh tengok sejarah penempatan awal di Malaysia ni.


baru tahu Jenderam Hilir area rumah Cik Sue ada kawasan sejarah rupanya heheh

Galeri B pula banyak tentang kegemilangan kerajaan-kerjaan Melayu lama,Cik Sue paling suka bahagian ni,fefeling puteri raja zaman Hang Tuah atau Langkasuka gitu hahahaah berangan.Kerajaan Melayu ni bukan kat Malaysia sahaja ye merangkumi selatan Thailand tau,artifak-artifak yang di pamerkan ada benda-benda yang kita pernah dengar nama je tapi tak pernah tengok pun rupa macam mana,Contohnya kain Cindai,baju perang dengan kalimah Alquran,Cembol dan perhiasan puteri dan wanita istana.Keris dan senjata kesultanan melayu,ukiran kayu dari bahagian-bahagian istana,memang menarik,lama jugak Cik Sue lepak sini.Macam balik ke zaman itu pula.

pintu gerbang Istana Setul dari selatan Thailand

antara senjata yang di pamerkan

Humaira kata nak gambar ngan atuk hahah Hang Tuah tu.

ini rupanya Pending,selama ni baca je tak terbayang ini bendanya

yang ni pun menarik ,kalau di keluarkan yang moden cantik juga letak atas meja solek hehehe

ni la rupanya kain cindai,ni sebab dah lama nampak lusuh kalau
baru mesti cantik kan.

baju perang dengan kalimah Alquran
Mr D kata kalau yang pakai tak solat tak jadi apa gak opssss
Galeri C pula memaparkan zaman penjajahan di Tanah Melayu zaman kolonial bermula bila Melaka jatuh ke tangan Portugis,penjajahan British hinggalah penaklukan Jepun.Banyak juga di paparkan senjata yang di gunakan,keadaan semasa penjajahan,dari segi ekonomi dan budaya hidup,kelengkapan perang yang di gunakan untuk menjajah,replika kubu perang,kita boleh rasai la penderitaan tok nenek moyang kita zaman itu,bagaimana hasil bumi kita di kaut oleh penjajah,emas,bijih timah dan macam-macam lagi.




Galeri D pula korang boleh menghayati proses betapa sukarnya nak memperjuangkan kemerdekaan negara kita ni,korang selusuri setiap fakta dan ceritanya korang akan tahu bukanmudah ye,jadi hargailah apa yang ada,dari bangsa yang di injak di pijak di jadikan kuli hingga hari ini kita menikmati hak tanah kita ni,jadi hargailah dan pertahankan,fuhhhh bersemangat pula.Haaaa kat sini la korang boelh tahu kenapa kita cuti setiap 16 September setiap tahun,kalau tak tahu jangan jadi warga Malaysia lah hahahhhaa....malu oiiii...



Haaaa banyak lagi kalau nak di ceritakan,dan bukan ada muzium ni je tau,belah luar ada Muzium Etnologi Melayu dan Muzium Orang Asli,Cik Sue tak sempat masuk sebab Humaira dah ngamuk ngantuk nak tidur hehehhe kitaorang pun dah lapar,oh ya dalam ni ada je kafe,gerai-gerai jual makanan kat luar ruang pameran tu,ada kiosk air,surau tandas semua lengkap.Sementara gilir-gilir solat sempat la snap-snap gambar kat luar,instagrammer pun boleh datang sini banyak gak yang cantik-cantik tuk bergambar heheh.



Sekian lawatan sambil belajar hari ni ye anak-anak hahahhaa,ok wishlist dah boleh tick masuk muzium negara tuk Cik Sue.Hahahahha tak yah nak gelak sangat okeh,kitaorang terus gerak balik dan singgah makan kat luar je,di sebabkan cuaca masih jerebu teruk tak jadi nak ronda-ronda tempat lain,banyak je lagi tempat menarik kat KL yang Cik Sue belum sampai.Kalau korang nak tahu info penuh check kat laman web muzium negara kat bawah ni ye ada info lengkap.


Servis Kereta dengan harga berpatutan di Casumina Tyre Sdn Bhd

$
0
0
Hai semua,kakak-kakak,adik-adik dan makcik-makcik semua,nak tanya ni korang ambil tau tak pasal kereta yang korang dok guna hantar ambil anak sekolah hari-hari tu,masa service korang ambil tau tak pasal kereta? Sebagai perempuan yang boleh memandu dan kerap memandu tak kisahla kereta sendiri ke kereta suami ke,anak dara ke,janda ke,mak-mak ke.Cik Sue rasa korang kena ambil tahu perihal kereta yang korang pandu tu supaya senang kalau apa-apa jadi sekurangnya korang dah ada basic dan pengetahuan asas tentang kereta,sama juga bila kita di dapur,kena la tahu macam mana segala perkakas berfunsi kan haaaa gitu la.

Membebel lak Cik Sue padahal nak cerita minggu lepas Cik Sue serivice kereta Mr D kat Casumina Tyre Sdn Bhd di Seksyen 15 Shah Alam.Kebetulan kami ke Shah Alam ada urusan keluarga,kereta pulak dah sampai limit jarak perjalanan yang perlu di service,sementara ada masa terluang menunggu urusan kami tu,tanya-tanya kawan kat mana yang di rekemen untuk service kereta dengan harga berbaloi,kami di suruh ke sini,katanya berbali harga dan perkhidmatan yang di beri,terus ajak Mr D cari tempat ni.


Casumina Tyre Sdn Bhd

Masuk je kawasan bengkelnya,fuhhh macam gudang dah,luas,dengan susunan tayar pelbagai size,terletak betul-betul di simpang jalan,boleh cari lokasi di google maps dengan menaip casumina tyre shah alam memang sampai tepat-tepat di tempatnya.Rupanya bukan kereta je datang service kat sini,lori besar-besar yang bawa kontena tu,lori-ori biasa,van dan kereta semestinya lah.


Sampai je kami di sambut denganmesra dan Cik Sue terus bagitahu nak service kereta,dan bagi maklumat dah berapa kilometer dan apa yang Cik Sue nak buat,kalau korang tak tahu apa pun,bagitahu je nak service diaorang akan periksa apa yang perlu di buat,kemudian korang akan di bagitahu semua yang di periksa dan pilihlah nak buat ikut bajet atau semua sekali.Mudahkan.

Kali ni Cik Sue buat minor service je,tukar minyak hitam yang di cadangkan dari mereka,cuci air filter dan tukar oil filter,dan Cik Sue cuba minyak di bengkel mereka ni katanya formulasi teknologi dari Itali dan German setanding yang di pakai oeh kereta-kereta lumba.Wahhhh harap-harap ada perubahan la,sebab sebelum service kereta ni macam berat sikit,tekan 120 km/j pun alahaiiii macam kena tarik ke belakang je huhuuu...



Apa yang Cik Sue perhatikan ,staf mereka buat kerja memang cermat dan teliti,cara kerja pun ikut prosedur.Korang boleh tengok dekat-dekat,jangan risau,sambil-sambil service tu pun nak tanya apa,tanya je,ada kemusykilan apa-apa staf kat situ siap ajar cara jaga dan apa kena buat untuk penjagaan kereta,memang tak kedekut ilmu.


Cik Sue ikut cadangan diorang guna minyak hitam mereka,dan yang pasti harganya berpatutan serta minyak original,boleh check sendiri botol dan kandungannya.Kalau nak tahu Cik Sue pernah jumpa bengkel yang guna minyak hitam terpakai tuk di masukkan semula dalam kereta yang datang nak service,terukkan huhuuuu,ni katanya minyak di import memang dah packing dari luar negara kilang asal mereka,sampai pun dalam botol berseal dah,masa nak masukkan dalam tangki kereta,kita boleh buaka dan tengok sendiri kualiti minyak tu.Jadi Cik Sue sangat suka cara mereka,dan setuju guna minyak mereka ni.

air filter yang di cuci,tak perlu tukar masih elok

Selain itu kat sini juga korang boleh nak tukar tayar dengan harga berpatutan tapi berkualiti setanding jenama terkenal,iaitu jenama Constancy.Cik Sue hanya survey dulu la,sebab belum sampai masa nak tukar tayar,setakat yang Cik Sue tengok agak bagus tayarnya dan sesuai untuk poket orang-orang macam kami ni untuk guna tayar baru.Pelbagai saiz ada korang datang je ye,boleh pilih dan check kualiti sendiri.



Safety Bar

Kat sini juga Cik Sue belajar sesuatu yang baru tentang safety bar untuk balancing kereta.Korang pernah perasan dan rasa tak masa naik kereta bila sampai tang konar tu,kereta korang naik akan raa senget,kalau time laju tu rasa macam terangkat sebelah,bahaya kan? tambah-tambah yang suka memecut laju tu,haaa Cik Sue ngeri betul bila teringat,memang gigil la kalau orang bawa kereta cam tu,kalau Mr D memang lebam la kena cubitan ketam Cik Sue.

Jadi inilah bendanya tuk stabilkan kereta bila memecut tang konar tu,dia berfungsi stabilkan kedudukan kereta dan jaga kesimbangan walaupun korang tengah laju,tak de la macam nak terbalik tayar ke atas di buatnya.




Dan rupanya harga tak la mahal mana,untuk Persona kami modal bawah RM500 dah boleh dapat bar di depan belakang tapi staf kat situ kata pasang satu pun dah ok sebenarnya untuk kereta-kereta biasa kita guna harian dan tak lasak ni.Nantilah ada modal nak pasang juga benda ni,tuk keselamatankan ,apa salahnya.

Car Wash Casumina

Sebenarnya dari awal masuk kawasan bengkel Cik Sue dah perasan car wash kat luar tu,tapi ingatkan bukan sekali Casumina punya,dah dekat nak siap service kereta tu Cik Sue try la tanya,rupanya sekali ownernya,jadi terus suruh diorang basuhkan memandangkan kereta Cik Sue tu dah comot macam kuar bendang,kat dalam pulak alahaiiiii biasa la kereta ada budak kan,habuk biskutnya,air tumpahnya,bagitahu stafnya suh cuci,diorang cadangkan buat nano mist sekali iaitu asapkan tuk buang bakteria serta serangga.Hah memang Cik Sue setuju la.


Terus ambil pakej RM39 macam dalam gambar kat atas,memang puas hati sangat-sangat.Dengan wanginya,sengan berkilatnya,rasa sayang pulak nak berjalan-jalan ngan kereta ni dah siap basuhkan hahahahha perangai sangat.





Pengalaman Pemanduan Selepas Service

Memang terasa perbezaannya,sebelum service bila masuk gear dan tekan minyak rasa berat je kereta nak bergerak dan bunyi mengaum-ngaum macam tak mahu pergi-pergi dibuatnya.Tapi Cik Sue cuba memandu selepas service memang terasa lancar dan senyap je pemanduan.Tak de la bunyi pelik-pelik macam lori tanah hehehehe.Dan pengudaraan dalam kereta pun lebih segar sebab dah cuci air filter.
Kos service dan cuci semua sekali tak sampai pun RM300 tuk kali ni minor service,kalau major service mungkin lebih sikit la tapi masih berbaloi bagi Cik Sue sebab perkhidmatan yang di beri memang bagus.Yang paling buat Cik Sue sengih kereta berkilat wehhhh,,,baru la tak segan nak pandu hehehehe...



Mana yang berdekatan atau nak cuba service mereka boleh hubungi mereka atau datang ke sana terus ye,maklumat seperti di bawah : 


Alamat :
Lot 20, Jalan Utas 15/7, Section 15 (28.47 km)
40200 Shah Alam, Malaysia

Tel 016-750 5999

Ambassador Putrajaya sediakan pakej perkahwinan terbaik.

$
0
0

Hai semua,kejap je hujung tahun dah kita ye? cepatnya masa berlalu kan.Hujung tahun gini mesti ramai yang nak buat kenduri kahwin,akikah,cukur jambu,tunang dan lain-lain kan.Orang Malaysia memang suka buat kenduri kendara waktu cuti sekolah,senang kaum kerabat nak datang,masa ni la nak berjumpa bertanya khabar di samping meraikan pengantin,mengeratkan lagi silaturrahim.


Eh masih ada yang tengah survey pakej ,tempat dan persiapan ke tu? saat -saat akhir atau untuk tahun depan? Haaa meh Cik Sue bagi cadangan, Ambassador Putrajaya memang sesuai sangat untuk sebarang majlis seperti perkahwinan,majlis reunion,gathering,bertunang,cukur jambul dan akikah,nak buat kenduri doa selamat pun boleh.Apa benda Ambassador Putrajaya ni? ia adalah dewan untuk sebarang majlis yang di hiar cantik dan selesa malah di sediakan juga pakej-pakej menarik terutama untuk majlis perkahwinan,di tambah pula dengan menu-menu yang di jamin lazat serta memuaskan hati selera dan perut anda serta tetamu nanti.

Pakej dan Promosi.

Sempena bulan kemerdekaan dan musim orang survey pakej kenduri kahwin ni,Ambassador Putrajaya menyediakan pakej-pakej menarik sehingga 31 Oktober 2019 ini,jom grab awal-awal ye,sebab pakej mereka memang berbaloi.





Pakej yang di beri memang lengkap untuk majlis perkahwinan ye,dengan menu yang sedap,persediaan tempat,pelamin,makan beradap malah pakaian juga di sediakan.Termasuk juga hiasan dewan,kek dan macam-macam lagi lah seperti dalam brochure di atas ni ye.Bukan untuk majlis kahwin sahaja ye,majlis-majlis lain pun boleh bincang dengan mereka untuk pakej yang sesuai.

Dewan Cantik Selesa

Baru-baru ni Cik Sue sempat hadir ke majlis hari terbuka mereka di Ambassador Putrajaya ni yang bertempat ni Presint 15,Putrajaya.Dapat la Cik Sue meninjau sendiri apa yang pakej mereka tawarkan,memang terbaik,nasib baik dah kahwin kalau tak memang request ngan tunang nak buat kat sini dah opppsssss hahahhaa.

Ruang dewan yang sesuai untuk majlis,dengan hiasan dewan yang cantik ,pakej yang di tawarkan memang lengkap sangat dah.Dewan pun cukup selesa untuk tetamu,walaupun di tepi jalan raya iaitu corner lot barisan kedai.






Oh ya ,walaupun di kawasan kedai yang pack korang tak perlu risau,kawasan parking memang banyak dan ada kawasan parking lapang di barisan belakang kedai,hanya dekat sangat jarak dengan dewan dan tidak perlu bayar parking ye.






Bagi Cik Sue ada untung juga buat majlis kat sini,senang  nak photoshoot outdoor gambar kahwin,kawasan Putrajaya ni kan banyak je kawasan taman atau tarikan yang cantik dan unik,mudahlah.Dan korang boleh amik terus pakej photographer juga dengan Ambassador,mereka pasti mencadangkan yang terbaik untuk korang nanti.

Menu Lazat Jamu Tetamu

Masa hari terbuka tu juga Cik Sue berpeluang merasai keenakan menu-menu mereka.Jujur Cik Sue akui ,lauk-pauk dan nasi minyak yang di hidangkan memang menepati selera,terasa rempah cukup rasa semuanya.Paling Cik Sue suka daging masak  hitamnya,lembut,rempah terasa,sib baik tak mintak tapau heheheh.Nasi minyak dan nasi putih di hidangkan dengan pelbagai lauk tradisi seperti acar buah,ayam masak merah yang sedapppp,ayam goreng berempah,acar jelatah,dalca sayur,gulai rebung,pajeri nenas fuhhhhh tulis ni pun teringat-ingat lagi haaa.




Selain tu ada juga makanan sampingan dan kuih-muih yang di hidangkan bersama teh tarik panas,ada juga rojak buah,laksa,char kuey tiaw,apam balik,putu piring,ayam gunting dan yang paling di nanti kambing golek mereka yang unik dengan rasa pedas-pedas dan lemon,Cik Sue tak jump alagi kat tempat lain.




Jadi untuk korang yang masih mencari,jom hubungi mereka untuk dapatkan pakej menarik,boleh juga datang tengok sendiri dewan ye.Boleh hubungi mereka dengan maklumat di bawah ni ye : 


Alamat : HANANA GROUP SDN BHD, 
Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 
62000 Putrajaya.
No telefon : +60 16-670 0471

Humaira kali pertama tengok wayang.

$
0
0






Nak tulis juga kat sini walau dah berzaman ceritanya hehehe biasa la simpan buat kenangan mak-mak kan.Cerita kali pertama bawa Humaira tengok wayang,layan cerita Boboiboy je.Setengah ada yang berpendapat tak elok ajar anak benda-benda gini,risau dedahkan anak dengan benda lagha,terpulanglah,pendapat masing-masingkan.Bagi Cik Sue selagi ada kawalan dari ibu ayah,its ok.Sekurangnya besar nanti kalau kawan-kawan dok berlagak ngan dia pergi tengok wayang,haaaa mak aku dah lama bawa weh oppssss,dah sekurangnya dia tak la teruja sangat bila kawan-kawan sibuk ajak dan bercerita sebab kita sendiri mak ayah pun dah bawakan,dia dah tahu suasan tu macam mana,mungkin kalau nak keluar dengan kawan-kawan pun nanti,apa salah kita temankan,beli la tiket asing-asingkan ,haaaaa Humaira kecik lagi mek sue weiiii kang besar tah apa ragam,jangan nak berangan sangat lah hahahha,Insya Allahhh moga dia jadi anak yang lembut hati dan mendengar cakap.

Jauhnya melencong hahaha kisahnya Qaseh dan family datang bermalam di Hotel Everly sebelah Alamanda tu,jadi kami plan la nak bawa Rayyan dan Humaira tengok wayang tapiii Cik Sue rasa kami mak ayah yang excited lebih sebenarnya dah lama tak tengok wayang sesama hahahaah tapi sebab dah ada anak,kita tengok cerita yang anak boleh tengok la kan baru adil heheheh.




Kami ambil tiket malam sebab Mr D dan adik Cik Sue pun nak join juga,siang diorang kerja.Jadi kami jumpa la depan kaunter,sempat la beli aor popcorn bagai risau gak takut Humaira ajak keluar kang atau dia meraung sebab gelap dalam tu,Tawakal je la,tapi dari awal nampak dia excited.




Alhamdulillah,tak rugi duit tiket ibu bawa Humaira untuk kali pertama,dia punya excited tengok Boboiboy siap naik berdiri atas kerusi,sepanjang movie dok terjerit-jerit kalau Boboiboy kena serang.Tergelak-gelak ibu tengok hahahah,masalahnya rugi je bawa ayah,boleh tidur pulak dalam panggung hahahahha penat kerja agaknya.


Ok done untuk kali pertama,nanti boleh ibu bawa buat teman tengok movie la hari-hari orang gi kerja kan heheheh yeayyy ada geng dah tapi ibu bukan rajin sangat nak gi tengok kat wayang punnnn hahahha.

Nasi Basi Kerana Periuk?

$
0
0
Hai semua,
Lama plak menghilangkan hehehe ni baru nak panaskan jari jemari mencoret bebelan di blog ni selepas demam,batuk 3 beranak baru ni lepas balik dari Genting.Berlarutan hampir 2 minggu lebih sampai 3 kali ulang klinik tukar ubat huhuuu.So mood nak menulis pun lari tah ke mana hala,ada masa nak reply wasap pun malas,apakahhhhh hahahhaha.

Ok kali ni kembali dengan cerita nasi basi hahahha apoooo Cik Sue oiiii nasi basi pun nak cerita ngan orang,idok la,cuma nak share je ngan korang kisahnya.Ye la ai kan suri rumah,cerita dalam rumah,dapur je la boleh share pun huhuuu.

Kisahnya periuk nasi yang asal rosak,buka la periuk nasi hadiah kahwin dari kawan-kawan exopismate dulu,ha kauuu dah  4 tahun kawin baru nak pakai,Jenama Philips yang jenis tutup tak boleh cabut tu.Macam gambar di bawah ni ye :


Start la guna buat masak nasi macam biasa,dalam 3 4 kali guna Cik Sue mula perasan masak nasi je mudah basi.Kekadang masa pagi pukul 10 pukul 3 4 petang dah berair dan masambasi,mula-mula pelik juga,ada ambil nasi ngan tangan ke,tak de pulak.

Lama-lama Ck Sue perhatikan rupanya wap air nasi bila tengah di masak masuk semula dalam tu,bila nasi masak Cik Sue off suis dan biar je,air wap masuk semula dan menitik atas nasi,dan nasi mudah basi.Ni pengalaman Cik Sue la,tak tahu la orang lain kan,sebab apa kata gitu,Cik Sue dah cuba macam-macam petua,siap terbalikkan periuk dan panaskan dengan api bagai,siap jemur periuk dan macam-macam lagi lah,semua tak jadi.

Memang membazir la ceritanya,kekadang saja masak lebih sebab nak makan sampai petang atau dinner,memang kerjanya buang nasi ke tong sampah je la.Last-last Cik Sue pesan kat adik yang kerja Aeon suh tengokkan periuk nasi biasa yang murah-murah cukup tuk makan 3 beranak,kebetulan ada sale dapat la periuk kecik RM50 je,Alhamdulillah sangat,tak larat dah nak membuang nasi yang di masak tak sempat makan dah basi.


Haaa periuk ni la adik belikan,syukur sangat guna periuk ni tak basi pula.Cik Sue suka masak nasi tengahari banyak untuk makan sampai malam terus,malas 2 3 kali kerja.Ahamdulillah kekadang sampai esok pun tak basi lagi.

Cik Sue tak tahu jugak sebenarnya nak kata sebab jenis periu ke yang utama atau Cik Sue tak tahu cara pakai periuk yang buat nasi jadi basi tu,tapi bila di tukar periuk ada perubahan ketara sangat.

Korang pernah kena tak macam ni?


Zakat@Family LZS Bantu Lengkapkan Tanggungjawab Ketua Keluarga.

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam Islam bukan sekadar mencukupi nafkah,memberi pendidikan dan ilmu serta kehidupan lahiriah yang lengkap sahaja ye.Kena bertanggungjawab dalam perlaksanaan ibadah surhan Allah dan rukun Islam dan Iman juga.Bukan mudah tau menjadi ketua keluarga,banyak dan berat tanggungjawabnya.




Kali ni Cik Sue nak kongsikan satu kempen oleh Lembaga Zakat Selangor yang baru di lancarkan untuk membantu ketua keluarga melunaskan tanggungjawab mereka iaitu Kempen Zakat@Family.

Apa itu Zakat@Family? 

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor

Kenapa LZS mengadakan Kempen Zakat@Family? 

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.


Objektif Kempen Zakat@Family.

1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan            tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di      bawah tanggungan dan jagaan mereka.

2.  Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

3.  Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan
     kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung
     kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil 
     baligh atau mukallaf).

Bagaimana Kempen Zakat@Family di laksanakan? 

1. Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan        borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :

    -Diri Sendiri

    -Pasangan

    -Tanggungan

    - Individu di bawah jagaan.


2. Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.






KLIK SINI untuk pengiraan zakat anda.


3. Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau           penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan,     tanggungan atau individu di bawah jagaannya






Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


FAQ PELAKSANAAN TAKSIRAN & BAYARAN “Zakat@FAMILY”


SOALAN 1 :   Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :  Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.


SOALAN 2 :   Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :   Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya     : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)

SOALAN 3 :   Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

SOALAN 4 :   Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :

SOALAN 5 :   Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

JAWAPAN :   Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.


Berzakat itu pensucian harta.


Zakat itu memang tuntutan bagi setiap muslim terutama ketua keluarga untuk menguruskannya,yangmenjadi tunjang dalam urusan rumahtangga.Semoga usaha untuk berzakat akan di pandang mulia serta di permudahkan oleh Allah ,malah menjadi asbab bertambah rezki dan keberkatan dalam hidup keluarga setiap muslim.Dengan usaha LZS ni juga sekurangnya dapat membantu urusan ketua keluarga melaksanakan tuntutan berzakat,tidak susah pun jika masih terdapat keraguan atau kesulitan hubungi sahaja Lembaga Zakat Selangor untuk pertanyaan ,Insya Allah mereka akan menjawab dengan sejelasnya :


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor

Laman Web :
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Facebook
Lembaga Zakat Selangor

Instagram
@zakatselangor


Jom berzakat....

Jom kumpul mainan Surprise Happy Meal sempena Anniversary ke 40

$
0
0
Assalamualaikum dan hai semuaaaa….

Siapa suka kumpul toys Happy Meal angkat tangannnn…Haaa yang Acik-acik.kakak-kakak,abang-abang tu pun kalau selalu beli Happy Meal untuk diri sendiri pastu acah-acah beli untuk anak saudara la,adik la,anak la tak yah segan okey.Bukan korang je ramai lagi macam tu,biasa la dari kecil lagi Happy Meal ni dah sebati dengan korang kan,mana taknya Happy Meal dah 40 tahun wujud tau tak? Haaaa dah umur pak cik-pak cik dah tu 40 tahun hehehehe jadi tak hairanlah kalau yang dah beranak bercucu pun dok kumpul mainan Happy Meal kan,mengimbau zaman kanak-kanak katanya.


Surprise Happy Meal sempena Anniversary Happy Meal ke- 40

Sempena  ke-40 kewujudan kotak Happy Meal yang selalu kita beli untuk diri sendiri dan anak-anak di McDonald’s ,mereka kini mengembalikan nostalgia dan kenangan manis waktu kecil-kecil dulu dengan membawa semula  14 mainan terpilih dalam kotak edisi terhad  Surprise Happy Meal.Korang semua boleh dapatkan di cawangan McDonald’s seluruh negara bermula 28 November 2019 hingga habis stok ye.




Surprise Happy Meal kali ni menghimpun beberapa mainan yang popular sejak 4 dekad lalu,jadi korang bolehlah dapatkan untuk diri sendiri atau anak-anak sambil mengimbau nostalgia bersama mainan tersebut. Mungkin ada kenangan bersama orang tersayang,bolehlah bercerita dengan anak-anak,dah boleh jadi satu aktiviti dan masa yang berkualiti dengan anak-anak kan?


Nikmati masa berkualiti dengan anak bersama Happy Meal

Cik Sue pun dah teruja ni nak dapatkan koleksi mainan dalam kotak Surprise Happy Mealni,maklumlah kecil-kecil dulu tak merasa sebab tinggal jauh di pedalaman tempat abah kerja hehehe.Sekarang bolehlah bagi alasan Humaira yang nak,padahal ibu dia yang lebih-lebih haaaa baru la suami tak bebel hahahha.Seronok sebenarnya tengok anak teruja nak buka plastic mainan setiap kali pergi McDonald’s atau singgah  Pandu Lalu,Humaira pun dah cam sangat ,asal lalu je mesti minta dengan ibu,haaa tapi tak de la beri selalu ye,kena pantau juga Kikiki nanti manja terlebih.Bila anak dok tunggu kita buka mainan dan ekspresi wajah dia yang seronok dengan mainan tu buatkan kita sebagai ibu pun seronok sama tau.


Dalam koleksi kali ni McDonald’s Malaysia bawakan mainan dari tahun 1988 tau haaa lama tu,memang mengimbau la tuk peminat yang dah dewasa kan.Terutama yang membesar dengan mainan-mainan tersebut,kalau nak tahu ada je yang buat koleksi dah berates mainan Happy Meal ni,korang search je kat internet.Sebab apa orang suka buat koleksi,bagi Cik Sue mainan Happy Meal ni agak berkualiti,kukuh juga walau Humaira main lempar sana sini,baling-baling je,elok lagi mainannya.Antara mainan yang di bawakan kembali adalah Cowboy McNugget,Tamagotchi,Hello Kitty,Furby,Space Jam Bugs Bunny dan banyak lagi.



McDonald’s bukan sekadar restoran.

Dulu-dulu bagi Cik Sue, McDonald’s ni sekadar tempat makan sama macam restoran-restoran lain,tapi berbeza sekarang selepas tahu macam-macam boleh kita buat di McDonald’s terutama bersama keluarga.Melaui Parties@McD,selain dari sambutan hari lahir anak-anak rupanya  korang juga boleh buat macam-macam event di sana,sesuai je contohnya bengkel atau kelas pembelajaran seperti bengkel penulisan,fotografi atau melalui Meetings@McD korang boleh adakan mesyuarat komuniti ,syarikat atau persatuan.Sesuai je sebenarnya,boleh tempah bilik atau ruangan untuk aktiviti tersebut.Malah nak buat majlis keluarga ,kawan-kawan atau bersama pelanggan pun sesuai contohnya majlis persaraan,naik pangkat,ulangtahun dan macam-macam lagilah.


Kalau majlis keluarga tu nak meraikan ulangtahun perkahwinan,nak buat majlis pertunangan pun sesuai.Selain berkumpul,masa inilah nak rapatkan silaturrahim dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di samping anak-anak boleh bergembira,ye la McDonald’s kan anak-anak mana yang tak suka,nampak lambang M besar tu pun dah seronok bukan main hehehe.


Korang nak tempah untuk buat majlis-majlis atau aktiviti di restoran McDonald’s boleh tempah melalui aplikasi McDonald’s ye,boleh download di Play Store atau Apple Store,sangat mudah tau,Cik Sue suka betul juga apps McDonald’s ni hehehe ataupun boleh juga ke laman web mereka ye, www.mcdonalds.com.my

Jom dapatkan koleksi mainan Surprise Happy Meal!


Jom la korang kita kumpul koleksi mainan Surprise Happy Meal sempena Aniversary ke- 40 Happy Meal ni,kumpul dengan anak-anak dan orang tersayang mesti seronok kan.Kotak Surprise Happy Meal ni akan mula di edarkan di semua cawangan bermula 28 November 2019 ye sampaiiiiii la stok habis,haaa kira sapa cepat dia dapat la ye…jom kita…


Untuk maklumat lanjut promosi ni korang boleh ke laman web McDonald’s ye


Jom serbu McD guyssss....

#HappyMeal40thAnniversary #McDonaldsIconicToys #McDonaldsMalaysia #PartiesAtMcD #FamilyTimeAtMcDonalds


Umrah selesa dengan Emraz Travel

$
0
0
Menunaikan umrah bagi seorang muslim,siapa yang tak mahu kan? Pasti ada keinginan dalam setiap insan beragama Islam walau sekali.Tambahan waktu sekarang nak menunggu giliran haji agak lama,dapat pergi umrah dulu pun dah cukup beerti sebenarnya.Insya Allah suatu hari nanti semoga ada rezeki Cik Sue jejakkan kaki ke sana,Aminnnn.


Tapi ada rasa takut dan ragu jugak sekarang dengan agensi-agensi membawa jemaah umrah ni maklumlah banyak sangat kes-kes penipuan yang kita dapat tengok di media sosial dan televisyen kan? Ye lah,bagi rakyat marhaen macam Cik Sue ni,bukan senang nak kumpul duit beribu-riban begitu.


Tapi Alhamdulillah Cik Sue di perkenalkan dengan pihak Emraz Travel dan berkesempatan menghantar jemaah umrah di bawah kelolaan mereka di KLIA1 pada 29 November lepas,di mana 284 jemaah berlepas menunaikan umrah dengan penerbangan tempah khas pertama kali oleh pihak Emraz Travel menggunakan Saudi Airlines.Kiranya dalam satu penerbangan tu semua jemaah Emraz Travel dan bersama 12 Mutawwif yang mana adalah staf tetap Emraz Travel jadi tiada istilah jemaah di tinggalkan nanti sebab mereka memang berpengalaman dan sangat berdedikasi.


Walau masih baru dalam industri ini Emraz travel telah mendapat kepercayaan hampir 10000 jemaah yang telah dan akan menunaikan umrah dengan pihak mereka.Pasti ada keistimewaan bila mereka menjadi pilihan para jemaah kan? Khabarnya Emraz Travel adalah antara 4 agensi yang mempunyai kontrak dengan Hotel Safwah yang mana hotel rasmi rakyat Malaysia di tanah suci dan istimewanya hanya sejauh 50 meter dari masjidilharam.

Pakej Emraz Travel 

Pakej yang di tawarkan pihak Emraz Travel memang lengkap dari segi penginapan yang 5 bintang,penyediaan makanan dan pengangkutan memang di  jamin jemaah akan selesa,malah penginapan yang berdekatan dengan masjid pastinya memudahkan urusan ibadat jemaah nanti.
Dan jangan risau jemaah boleh menambah perkhidmatan lain seperti airport transfer,mutawif persendirian atau view bilik hotel menghadap masjid dengan caj tambahan.Jom kita tengok apa pakej yang ada :

PAKEJ SAFWAH PLATINUM
(Harga bermula RM 6,690)

PAKEJ SAFWAH GOLD
(Harga bermula RM 6,390)

PAKEJ SAFWAH SILVER
(Harga bermula RM 5,990)

PAKEJ SAFWAH BRONZE
(Harga bermula RM 4,990)



Promosi Terkini 

Sempena dengan penerbangan charter khas mereka pertama kali pada 29 November lepas pihak Emraz Travel mengadakan promosi bagi pakej-pakej mereka iaitu :

PAKEJ SAFWAH GOLD (Harga bermula RM 6,390) - Selepas diskaun hanya RM 5,990
PAKEJ SAFWAH SILVER (Harga bermula RM 5,990) - Selepas diskaun hanya RM 4,990

Tapi dengan syarat :

1. Promosi untuk yang ingin mengerjakan umrah pada MUSIM UMRAH 1442H (September 2020 - April 2021).

2. Jemaah perlu membuat pembayaran penuh dalam bulan Disember 2019 sahaja.

3. Terhad 100 orang pertama sahaja.



Jom rebut peluang keemasan ni,mana yang dah cukup tabungan tu bolehlah daftar segera mana tahu rezeki dapat harga promosi ni kan.

Untuk keterangan lanjut korang boleh ke laman web mereka di https://emraztravel.com/ atau hubungi mereka di talian 03-88613361 dan boleh ke ibu pejabat mereka di :

D-1-5, Blok D, Ayer@8,
Jln P8G, Presint 8, Putrajaya.

p/s : Semoga para jemaah mendapat umrah yang mabrur dan di beri kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat di sana.Korang tolong doakan Cik Sue berpeluang ye walau sekali.

Selamat Datang 2020

$
0
0

Assalamualaikum semua,fuhhhh dah hari ke 13 tahun 2020 baru ada masa nak menyapu habuk di blog ni huhuuu,apa laaaaa yang di sibukkan sangat seketul Cik Sue tu kan,hurmmmm penghujung 2019 yang sibuk dengan urusan keluarga,kesihatan dan mood yang tak menentu pun penyumbang jugak tu.

Akhir 2019 banyak juga benda sedih terjadi,ma jatuh kat kebun belakang rumah sampai terhentak tulang rusuk nasib baiklah takde apa-apa yang serius apatah atau retak.Cik Sue terus ajak adik balik kampung ambil ma abah datag sini bawa pergi urut.Alhamdulillah sekarang dah beransur baik,tu pun dok larang lagi dia buat kerja berat.

Di kejutkan juga dengan pemergian rakan blogger yanga gak rapat iaitu arwah Abang Korie,terkejut sangat sebab baru lepas beberapa hari dok wasap dan berborak dengan dia.Ajal maut tak mengira umur dan waktukan,bila sampai masa Allah jemput tak kan tertangguh lagi.

Harapan 2020

Tak de azam dan pengharapan khusus tahun ni,pastinya inginkan segalanya yang baik-baik dan di mudahkan segala urusan dalam hidup.Tak kisahlah dari segi kewangan,hubungan kekeluargaan,kesempatan dan pengurusan waktu,kesihatan diri dan keluarga serta kualiti ibadah.

Ye,selari pertambahan umur ni kerap terfikir tentang kualiti ibadah diri sendiri,tambahan bila orang-orang terdekat mula  di panggil mengadap yang Maha Esa ,terasa kerdilnya diri,layakkah aku nak mengadapNya ni,cukup dah ke segala amal ku? ternangis sendiri kekadang menyesali dosa-dosa silam,moga Allah ampunkan.

Umur pun sudah menghampiri ke angka 40,jadi orientasi kehidupan pun sudah menghala ke persediaan hari tua,risau juga sebab dunia dan akhirat pun sama-sama masih terkontang-kanting lagi,Allahuuuuu....semoga Allah permudahkan jalan tuk Cik Sue dan rakan-rakan sekalian.

Apa yang penting,apa pun kita lakukan,apa saja lah,kerja,media sosial,percakapan ,tindakan seharian semoga kita fikir dulu apa Allah akan balas atas tindakan kita tu,atas respon kita ,atas tulisan kita,atas apa saja tingkah laku kita.Insya Allah,orang lain takkan mampu ubah selain kita sendiri,ye mendidik hati itu tidak mudah,tapi Insya Allah di permudahkan jika kita mahu.Jom kita,sama-sama didik hati.

Cik Sue mendoakan yang terbaik untuk semua.

Hobi baru : Gila pokok pulaaa...

$
0
0
Sejak masuk tahun 2020 ni ramai pulak kawan-kawan kat fb dan kawan-kawan blogger dok menanam pokok,macam trend pulak kan,ada yang tanam pokok hiasan dalam rumah,pokok bunga,pokok sayur,Cik Sue pun dah terjebak sama la,tapi sebelum-sebelum ni pun memang ada letak pasu yang ada tanah kat sinki tuk letak lebihan akar atau sayur yang boleh di tanam daripada di buang,cuma sepasu tu je la tepi sinki,senang nak ambil hahahha.

Selalu Cik Sue letak bawang yang dah tumbuh tunas atau pun tabur biji kangkung ataupun letak lebihan pokok ketumbar so tak de la membazir kan hehehe (macam dalam gambar bawah ni )


Hari tu ma datang ada gak dia suruh tanam la apa-apa sayur yang nak dalam pasu je letak kat luar,memandangkan sekeliling rumah ni tak de kawasan bertanah,tapiiiiiiii malas nak gaduh,ayam jiran tu dia lepas n selalu cakar-cakar patuk-patuk pasu kat rumah sekeliling,huhuuu...kang buat penat je tanam,dah la rumah kami tak de pagar.Boleh bawa gaduh woooo dok berak depan rumah orang haihhhh.


Tapi balik kampung ambil ma bawa datang sini nak mengurut hari tu,dia bawa sepasu pokok pandan masuk kereta hahahha,ok la letak la kat bawah pili air kat luar tu.Alhamdulillahh segar bugar elok cantik naiknya,terus Cik Sue semangat nak menanam hahahha,tengok pulak ayam-ayam jiran tu dah jarang melintas ke sini,Alhamdulillahhhh.



Masa jenjalan Pasar Pagi Salak pulak Cik Sue pi tambah beli pokok kunyit,ye la selalu nak guna 2 helai je buat masak tapi di bungkus kat kedai 5 6 helai,pastu seebihnya membazir kecut dlm peti ais,jadi marilah kita tanam pokoknya,senang nak masak amik je selai dua daun hehehehe.


Lepas tu sikit-sikit la Cik Sue tambah pokok bila terjumpa jual kat mana-mana,ada pokok limau purut,pokok kesum .Anak pokok cili besar pulak adik yang kat temerloh bagi 2 pokok,tu nampak dah berbunga tak sabar tunggu cilinya keluar nak tengok jenis yang macam mana hehehhe,tapi Cik Sue ni jenis malas nak semai pokok dari biji benih,payah nau nak hidup,kita beli je la anak pokok senang cerita hahahhaha.



Pokok kesum tu pun risau gak panas-panas mati layu la,sebab dia nak tanah lembap dan banyak air,so Cik Sue jadi rajin sikit la sekarang bangun pagi belek pokok dulu,siram bagi air letak baja bagai.Bak kata Mr D ada aktiviti dah pagi-pagi tak de la bangun lambat hahahahha hampeh,bangn lambat sebab malam berjaga layan anak oiiiii hahahhaa.Tu serumpun serai tak sempat lagi nak tanam betul-betul,balik kampung mintak serai ngan ma nak buat masak sekali dia bagi dengan akar-akar sekali,sabo je laaa.


Yang pokok halia tu pulak,Cik Sue semai dari tunas halia yang beli nak buat masak,mana yang keluar hijau-hijau tu potong cucuk je dalam pasu,eh naik elok pulak dia,Alhamdulillahhh senang nak makan halia muda,maklumlah badan banyak anginnnn opsss.

Baru ni pula balik cuti kakak sulung bagi bayam brazil sepasu haaaa jaga siram air je,dah merasa la ambil wat goreng celup tepung hehehhe sedappppp,tanam pun senang je,cucuk je batang yang lebih wat masak tu,Insya Allah hidup cantik.



Harap-harap istiqamah la dengan hobi ni selain dapat jimatkan belanja dapur dan memudahkan kerja memasak kan hahhaha,suka Mr D kalau benda jimat-jimat ni,dasarrrrr sangat kan kihkihkih.
Ni Cik Sue dalam misi nak cari pokok kari pulak,orang kata pokok-pokok besar gini tak sesuai tanam dalam pasu,arggggghhh tak kira nak tanam jugaaaa,elok je pokok limau purut tu hidup dalam pasu yang sedang-sedang je haaaa,nanti banyak lagi nak cuba tanam ni,dah plan nak tanam pokok kacang botol,bendi,pokok bunga telang,bayam,sawi hahahahah adoiiiii ingat tanah 10 ekar ke mek sue weiiii....eh kita buat dia,Insya Allahhhh....Doakan Cik Sue tak cepat boring eh.

p/s penuhlaaaaa skit lagi pasu keliling rumah hahahhaa...

KBBA9 10 Tahun Dah...

$
0
0
Cerita bulan lepas tapi nak tulis juga sebagai kenangan di hari tua,gituuuuu....



Happy Anniversary yang ke 10 tahun Kelab Blogger Ben Ashaari, 19 Januari 2020 sempat kami berkumpul brunch di McDonalds Putrajaya (Tepi Tasik) tak ramai dan tak semua yang dapat hadir tapi agak meriah juga,dapat la Cik Sue jumpa ada yang tak pernah bersua muka,setakat berborak dalam group Wasap sajakan,Insya Allah moga ada rezeki nak jumpa yang lain juga.

Alhamdulillah KBBA9 dah bertahan 10 tahun bermula dari 2009 hingga kini,pastinya ada masam manis pahit kelat perjalanannya,tak pe itulah namanya kehidupankan,segala yang hadir yang berlaku yang pergi memberi pengajaran dan panduan untk teruskan hidup,kita belajar berbagai perkara dalam menempuhi sela waktu tu.Yang pernah bersama,yang telah pergi,yang masih ada,yang masih menyokong TERIMA KASIH banyak.


10 tahun bukan tempuh yang singkat sebenarnya,yang datang yang pergi semuanya ada sumbangan,terima kasih banyak-banyak,walau ada yang sudah meninggalkan KBBA9 tapi besar sumbangannya.Cik Sue ni nak kata dari awal tu tidak la,tapi antaraaaa yang terawal bersama beberapa yang lain,banyak juga la menyaksikan perjalanan komuniti blogger yang satu ni.
Harapan Cik Sue moga KBBA9 terus berkembang dan berjaya nanti menjadi platform mengukuhkan ukhuwah sesama ahli dan menjana pahala bersama,Insya Allah sama -sama kita berusaha berubah menjadi lebih baik,segala yang berlaku kita jadikan ikhtibar,no hate just love.


Okey,lepak santai kami hari tu di taja oleh McDonalds Malaysia,dengan set sarapan Chicken Burger dan lunch Set Prosperity Burger,terima kasih daun keladi ye,ada peluang belanja la lagi,oh ya memang sesuai tau kalau korang nak adakan majlis sekarang ni kat McDonalds,macam-macam pakej dan kemudahan di sediakan,siap boleh request macam-macam lagi,eh ada siap majlis tunang tau kat McDonalds ye hahahah rare apa.simple senang.

Kek dan dessert pula kami tempah dengan Khaisya Delite ,yang di sediakan oleh Kak Aisya isteri arwah Abam Korie (salah seorang ahli Kbba9 juga yang meninggak bulan Dec lepas,Alfatihah) 
Dannnnnn Cik Sue jamin 100% produk hasil tangan diorang memang sedap berbaloi dengan harga yang korang bayar,memang tak mengecewakan ye,di jamin! Selain sediakan tempahan kek dan dessert diorang pun ada buka kelas baking tau,sesapa yang nak bisnes baking-baking atau nak cari ilmu skill tambahan bolehlah join.Apa-apa korang klik je link kat bawah ni ye :








 

Kami berkumpul santai-santai je,sambil tanya-tanya khabar,belah kek,makan-makan berbual opkos posing-posing hahahah dekat Zohor juga la baru masing-masing angkat bontot heheheh dah kenyang kan.Best juga lepak-lepak santai gini,tak formal huha-huha je makan dan gelak-gelak.






Moga dapat bergathering lagi ye,kot nak plan piknik ke kan,potluck ke hehehehe ke guane kawan-kawan? ,Happy Anniversary Kbba9 again,moga terus sukses dan berjaya,terima kasih semua yang pernah ada.I love you my friends,Demi Allah.



p/s :
Terima kasih sudi terima dan berkawan dengan saya,saya tak ramai kawan huhuuu,moga kita terus eratkan silaturrahim,gaduh bercekau tu biasa la tapi tak nak la bawa sampai ke SANA kan? just love no hate,kita mampu didik hati ,jom jadi orang baik-baik,love u ollssss....

Putrajaya ada pantai?

$
0
0
Putrajaya ada pantai tau,laaaaa napa tak caya ke? percayalahhhhhh...kasih mu lamaaa tersulam...eh salah hahahha....Betul ni,Cik Sue tak tipuuuuu heheheh hari tu kebetulan anak saudara Mr D lepak kat rumah,cakap la kat dia jom jenjalan pantai nak,dia dah berkerut dahi,ada pantai ke dekat-dekat sini,bukan paling dekat pun Morib ke? Beria la Cik Sue yakinkan dia ada je pantai kat Putrajaya ,punya la dia excited nak jalan-jalan dan ambil gambar kihkihkih..


Haaaaa,tak tipu kannnn? betul la pantai ,seronok lagi Humaira main pasir,dah la bersih,terjaga tempatnya.Memang sesuai sangat la nak buat photoshoot kahwin atau konvo atau apa-apa je lah.Tapiiiiii tak boleh mandi hehehehe dan tak de ombak pun hahahhaa ni la namanya pantai buatan manusia.Benganggggg je anak saudara tadi opppssss,tapi ok apa boleh berfoto-foto gituuuu.



Tengok la budak kecil sorang ni,sebelum ni kemain geli dengan pasir masa gi Morib,ehhh kali ni tak geli pulak sebabbb dia pakai kasut,pasir tak masuk kat jari,kalau pakai selipar boleh la tengok mengada-ngada dia tu hahahhaha,ni siap main tabur-tabur pasir sampai atas kepala perginya adoiiii,siap tak nak balik tuuuu...



Kat mana sebenarnya lokasi ni? Haaaa korang waze je Kompleks Sukan Air Putrajaya,Presint 6 Insya Allah sampai.Dah sampai dan parking elok-elok korang kena berjalan ke arah Marina Putrajaya tepi tasik tu,konpem jumpa kawasan pantai tu.



Kalau nak berkelah satu family atau buat gathering sambut besday kecil-kecil pun boleh je kat sini,hampar tikar tepi tasik tu tapi jaga la kebersihan ye,tempat dah cantik jangan la kotorkan ,sila bertanggungjawab dengan sampah anada kalau tak anda akan di sampahkan ehhhh 



Sebenarnya zaman kerja company maintenance building dulu Cik Sue pernah jaga bangunan kat sini,tahu la selok belok kat sini,tempat ni memang cantik selalu gak orang buat shooting drama dan filem,dan selalunya jadi tempat event lumba perahu naga,memang meriah.Eh rindu la pulak kawan-kawan sekerja dan kenangan zaman-zaman kerja huhuuuu mana la diorang semua.


Okeylah,tu je nak share pun hahahah,lokasi cantik tuk photoshoot di Putrajaya selain taman-tamannya,dah ketibas berposing kitaorang teruskan jenjalan ke pasar tani lak ,isi perut la hahahah oklah byeeee see u olls ni next entry.

p/s :
Sorry la kalau entry merepek,memang saja nak banyakkan entry personal semula,asyik review  je sendiri pun menyampah nak baca ehhhhh hahahahha...

Buffet Ramadhan 2020 : Naranom Catering ajak berbuka di tengah lebuhraya

$
0
0
Assalamualaikum ,hai semua...
Bahang kemeriahan Ramadhan sudah mula terasa kan,tambahan dah banyak iklan dan promosi buffet Ramadhan di war-warkan,meriah iklan.Kali ni Cik Sue nak kongsi pengalaman pertama kali berbuka di tengah lebuhraya,haaa unikkan.Bagus juga sebenarnya kan,kot ada yang berhenti tengah jalan dah masuk waktu berbuka,boleh la terjah kot ada kekosongan tu.Tapi yang selalu ulang alik menggunakan lebuhraya ini ,boleh dah plan terus hehehhee.


Haaaa ni lah Buffet Ramadhan bersama Naranom Catering & Event di Galeri Mufors yang bertempat ni RNR USJ,Lebuhraya Elite.Kali pertama Cik Sue hadir majlis berbuka di sini dan katanya ini kali pertama Naranom Catering adakan buffet Ramadhan di sini.Selalu kalau balik Sg Buloh memang kami akan singgah solat atau ke tandas di RNR ini.


Dewan buffetnya terletak di tingkat 2,pertama kali melangkah masuk,luas dan cantik susunannya.Perkara paling Cik Sue suka kalau gi buffet ramadhan jika ruang makannya luas,tak suka yang sempit dan ruang terhad,habis tersenggol bila bawa makanan nanti huhuu tambahan kalau bawa anak kecil lagi haru.Tapi kat sini jangan risau,agak lapang dan selesa untuk bawa keluarga.Ruang parking pun banyak,malah dewan pun berhawa dingin.Lif pun di sediakan jadi mudah nak bawa mak-mak,nenek-nenek atau ahli keluarga yang OKU atau berkerusi roda.Oh ya ,Surau dan tandas juga di sediakan di dalam dewan je,tak perlu pergi jauh-jauh.Tapi kalau ramai jangan risau,ada juga tandas dan surau RNR di level G,turun je dengan lif.




Menu menyelerakan untuk di cuba.

Menu yang di hidangkan memang jenis-jenis masakan mak-mak kat kampung la,kualiti masakan memang terbaik la bagi Cik Sue.Menu yang memikat hati Cik Sue dan makan sampai licin pinggan siap bertambah  2 3 kali (tak maluuuu..hahahah) Masak lemak cili api seafoodnya iaitu ketam,udang dan lala,perghh memang padu betulll cukup rasa,pedas masin lemak,sib baik tak mintak tapau hehehe,lepas tu Asam Pedas Daging Tetel dia fuhhhh melekat rasa di tekak,teringat beb,pekat dia rasa dia,tapi tekak Cik Sue la,tekak orang lain Cik Sue  tak tau ye hehee.






















Selain itu ada juga nasi lemak bungkus yang boleh di makan dengan sambal paru yang sedap bagi Cik Sue menepati piawaian sambal paru hahaha,susah Cik Sue nak terima sambal paru kalau tak kena dengan tekak,ada yang keras la.liat ni,yang ni semua kena,paru lembut ,sambal sedap,ok lulus hehehe.Boleh juga makan dengan lauk lain macam udang sambal,daging kicap ayam gulai eh macam-macam lagilah lauk pauknya hampir 99 jenis tu.



Antara menu lain yang di hidangkan :

-Nasi putih & beriani ayam (weekday)
-Nasi beriani gam kambing (weekends)
-Pelbagai jenis lauk pauk
-Ayam goreng rempah /ayam masak kicap /sup ayam /ayam rendang /ayam paprik
-Daging gulai kawah /daging salai masak lemak cili api /daging black paper /daging rendang
-Ikan goreng berlada
-Seafood masak lomak cili api
-Lala goreng oyster /sambal udang /sambal sotong /sotong goreng kunyit
-Sayur -sayuran bergoreng /berkuah
-Kerabu mangga/perut /tauge/selon
-Beraneka jenis ikan masin bergoreng
-Sup tulang
-Asam pedas ikan dan daging tetel
-Pelbagai jenis ulam dan sambal

Oh ya,menu ni akan berubah setiap hari ye,akan di tukar ganti,jadi setiap hari takkan sama menu yang di hidangkan,haaaa barulah syokkan,kena datang banyak kali tu hheehe.



 Menu sampingan memikat selera.

Dah kenyang makan nasi dengan lauk pauk kan? Jom tengok menu sampingan yang di sediakan,kalau yang tak mahu makan nasi pun,boleh makan menu-menu ni yang tak kurang sedapnya.Bahagian ini Cik Sue memilih Kambing grill dan ubi kayu rebus cicah sambal tumis.Perapan Kambing grillnya memang sedap,tak makan dengan sos dan salad pun dah sedap tau.Ubi kayu rebus tu pulak Cik Sue terliur tapi risau nak makan takut kembung perut,ambil la seketul dengan sambal tumis...omak aiiiii sodap nyaaa,rasa nak minta bawa balik hahaa,tapi kena jeling lak ngan laki ku,jangan makan banyak kat kembung hahahha.





Antara menu pilihan lain yang ada :

Kambing grill live
Ikan bakar live
Kuewteaw | mee goreng live
Mee | soto | bihun | laksa | kuewteaw berkuah dan pelbagai
Lempeng live
Air pelbagai jenis
Kacang pool
Mushroom soup
Cendol
Abc
Pelbagai dessert
Aiskrim potong 
Pelbagai pilihan kuih-muih
Makanan ringan bergoreng
Makanan untuk kanak²
Dan pelbagai lagi yang menarik 













Harga berbaloi dengan piihan menu sedap.

Bagi Cik Sue pilihan buffet dengan Naranom Catering ni memang memuaskan hati,harap kualiti makanan dan keselesaan pelanggan kekal sampai habis buffet ye.Kualiti menu memang terbaik la bagi Cik Sue bukan masak cincai-cincai ni.semua menepati citarasa tekak Cik Sue,kemudahan yang di sediakan pun lengkap dan selesa.

Dari segi harga pula memang berbaloi sebab pilihan makanan banyak dengan harga:

Harga : Rm63.00 adult/perpax
Harga Early bird : Rm53.00 sahaja.
Kumpulan 10 orang hanya Rm510.00 sahaja.

Sangat berbaloi kan,jom tempah ramai-ramai ajak kengkawan berbuka bersama,tak pun buat family gathering terus hehehhe.Untuk tempahan korang boleh hubungi no di bawah ni ye :

Untuk pertanyaan :
WANI : 017-6770237
BELLA :017-6722548
FATIN :010-3624711
WAN : 0111-1206562

FB : NORANOM CATERING 

Apa yang isteri perlu tahu tentang pewarisan harta?

$
0
0
Mati itu pasti bagi setiap yang hidup,tapi apa pula persediaan kita untuk orang tersayang yang di tinggalkan? tanggungjawab yang belum di langsaikan? kehidupan suami/isteri  dan anak-anak selepas kita pergi? ke mana harta kita nak di salurkan? ke arah kebaikan atau di habiskan begitu sahaja?

Ramai sebenarnya para isteri atau wanita yang masih cetek kesedaran berkenaan pewarisan harta terutama bila pasangan meninggal dunia.Banyak kes-kes viral yang terjadi bila pasangan meninggal terjadi perebutan harta,pewarisan yang tidak lancar dan macam-macam hal lagi,yang pastinya menambah pedih di hati bila melibatkan institusi dan hubungan kekeluargaan.

Ada juga yang tahu tapi banyak salah faham tentang faraid,hibah,wasiat dan pusaka.Benda sebegini sebenarnya jika suami tidak sempat atau tidak cakna kita sebagai isterilah yang perlu mencari ilmu tentang perkara-perkara itu,bantu dan nasihati mereka supaya bersedia dan menguruskan segala perwarisan supaya tiada masalah kelak.Tapi sebenarnya bukan wanita yang dah berkahwin sahaja tau yang kena uruskan perwarisan harta ni,yang bujang tu pun kena uruskan,korang kerja gaji mahal-mahal,dengan aset kereta rumah lagi,cuma mungkin bila tiada pasangan tak de masalah untuk fikirkan tanggungjawab kepada pasangan dan anak-anak jadi teruslah kepada ibu bapa dan adik beradik.



ILMU PERANCANGAN PEWARISAN HARTA: APA YANG WANITA PERLU TAHU?

Kesedaran wanita dalam membuat perancangan pewarisan harta masih lagi rendah. Meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentingan untuk melindungi waris-waris yang ditinggalkan. Sehinggalah berlaku kematian dalam keluarga, yang menyebabkan mereka hilang tempat bergantung dan pada masa yang sama tidak bekerja tetapi mempunyai tanggungan. Pada ketika itu wanita akan mula sedar mengenai kepentingan perancangan pewarisan yang sepatutnya dilakukan dan mencari jalan penyelesaian berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan.

Biarpun wanita disifatkan seorang yang bijak dan teliti mengatur perancangan masa hadapan dan kewangan berbanding orang lelaki, tetapi tidak ramai yang mengambil berat terhadap perancangan pewarisan. Malahan, terdapat segelintir wanita yang bujang dan berkerjaya langsung tidak pernah terfikir ke mana harta yang dikumpul semasa hayat mereka akan diagihkan apabila meninggal dunia. Sedangkan perancangan pewarisan adalah pelengkap kepada perancangan kewangan yang patut dilakukan semasa hayat. 

PERINGATKAN DIRI DAN SUAMI

Jika seseorang wanita itu telah berkahwin, mereka sewajarnya sentiasa memainkan peranan mengingatkan suami secara kerap supaya melaksanakan perancangan pewarisan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan harta yang ditinggalkan. Jika suami belum membuat perancangan harta secara wasiat atau hibah, sila beritahu suami untuk melakukannya selagi masih diberikan kesihatan yang baik dan kudrat untuk bergerak ke mana-mana.




Tidak kiralah sebagai seorang isteri yang berkerjaya ataupun suri rumah sepenuh masa sahaja, wanita perlu memainkan peranan mengingatkan suami untuk melaksanakan perancangan pewarisan demi kelangsungan hidup bersama anak apabila suami meninggal dunia kelak.

Begitu juga jika wanita tersebut seorang yang hidup bersendirian sama ada ibu tunggal atau belum berkahwin, mereka juga tidak terkecuali membuat perancangan pewarisan supaya harta yang dimiliki dapat dibahagikan dalam bentuk jariah dan selebihnya dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Tanpa persiapan yang betul ke atas perancangan pewarisan tidak ada jaminan harta yang dikumpul semasa hidup bakal diwarisi dengan mudah, terutama jika seseorang mempunyai anak angkat dan anak tiri yang sememangnya kita berhasrat supaya mereka menikmati manfaat daripada harta pusaka yang ditinggalkan.

SIMPAN DAN REKOD DOKUMEN HARTA


Dalam membuat perancangan pewarisan, perkara pokok yang perlu diketahui oleh wanita adalah dengan memastikan anda dan suami menyimpan semua geran atau perjanjian yang ada. Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik. Anda juga perlu menyimpan ‘cover note’ atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih. Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah. Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi. Jika ada nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan. Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada. 

Selain maklumat berkenaan harta, anda jangan lupa untuk mengenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baik. Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan. 





Selepas mengenalpasti semua harta dan hutang, anda perlu menyenaraikan semua waris yang ada. Waris-waris yang perlu disenaraikan adalah anak-anak, isteri, ibu dan bapa. Jika sebelum ini pernah berkahwin lain, mempunyai anak dan bercerai, perlulah dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebut. Waris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicari, walaupun mereka tinggal berjauhan, mereka masih mempunyai hak ke atas harta pusaka yang akan ditinggalkan. Dapatkan dan simpan salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia). Jika ada perkahwinan yang belum didaftarkan, daftarkan segera supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nanti. Begitu juga dengan anak-anak yang tidak didaftarkan, pastikan semuanya berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. Setiap waris adalah berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.


KENALI INSTRUMEN PERANCANGAN PEWARISAN HARTA




Langkah yang paling penting ialah bagaimana anda sebagai wanita menasihati suami atau melakukan untuk diri sendiri melaksana instrumen-instrumen perancangan pewarisan harta. Antara instrumen-intrumen yang boleh digunakan adalah:

Wasi / Penama / Pentadbir – Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti.

Hibah – Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.

Wasiat – Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti.

Amanah – Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda.

Wakaf – Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan.

Faraid – Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada. 

APA YANG PERLU DIBUAT?


Dapatkan khidmat dan nasihat profesional

Selepas membuat draf pewarisan harta dan memilih instrumen-instrumen yang sesuai, draf tadi perlulah didokumenkan supaya menjadi satu dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan yang sah. Untuk menghasilkan dokumen yang sah memerlukan kepada bantuan daripada mereka yang arif dalam bidang pewarisan dan undang-undang. Di sinilah pemilik harta boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka. Hubungi MAIS di talian 03-55143773 atau 3772 atau layari www.mais.gov.my.

Sediakan peruntukan kewangan

Apabila memerlukan khidmat profesional untuk menyediakan dokumen-dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan, sudah semestinya memerlukan kos. Oleh itu, sediakanlah peruntukan kewangan secukupnya. Walaupun kos terpaksa dikeluarkan, ketahuilah bahawa kos yang dikeluarkan ini mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan kos mengurus harta pusaka yang terpaksa waris-waris keluarkan jika tiada perancangan awal dibuat.

Maklumkan perancangan pembahagian kepada waris atau orang yang boleh dipercayai

Langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. Perancangan yang bijak yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat membantu waris-waris seterusnya mereka boleh menikmati harta pusaka dengan penuh kesyukuran dan mengekalkan hubungan erat silaturrahim dalam keluarga.




Makluman lanjut, korang boleh hubungi MAIS sendiri  mengenai perwarisan harta ni :


Talian MAIS :
03-55143773 atau 3772


Website MAIS :
www.mais.gov.my

Facebook :
https://m.facebook.com/wasiatcommy/


Instagram :
https://www.instagram.com/mais_officialhq


Twitter :
MAISgovmy


P/s :Jom lah kita merancang dan menguruskan harta sebaik mungkin,supaya dapat memberi manfaat serta pahala berpanjangan walau kita sudah tiada di dunia ini,paling penting orang yang di tinggalkan kita masih mampu langsaikan tanggungjawab walau sudah tiada di dunia.


Resepi Ayam Penyet Mudah versi Dapurciksue

$
0
0
Resepi ni Cik Sue buat sebelum perintah kawalan pergerakan Covid19 lagi ,saja nak try buat sendiri,nak gi kedai malas,tak de geng hehehe si bongsu keje tak de cuti ,tak de gneg nak kuar makan-makan masa tu la.So Cik Sue simpan sini la resepinya senang nak tengok semula nanti :


Nampak agak renyah tapi tak de la leceh sangat pun,nasi tu Cik Sue masak buh daun pandan je,tanak je macam biasa.Tapi kata orang kalau kukus lagi sedap,ha lebih lembut la kot kan,jenis beras pun main peranan juga.Tapi nak masak kat rumah guna la apa yang ada.


Tempe dan Tauhu Goreng.

Bahan
Tempe potong ikut suka
Tauhu potong ikut suka
Tepung Bistari spicy
secubit serbuk kunyit
secubit garam
air

Cara:
Bancuh tepung bistari dengan air kunyit dan garam,celup tauhu dan tempe,goreng hingga masak dan garing,toskan.


Ayam Penyet


Bahan :
Ayam
Rebus dengan
Halia ketuk
Kunyit hidup ketuk
Daun bay /pandan
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Sup Bunjut
Air
(tak perlu tumis,rebus je semua dalam periuk) 
Dah masak ,toskan ayam simpan air rebusan kalau nak buat sup.

Bahan perap
Sangai (goreng tanpa minyak)
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Lada putih
Blend kering bahan sangai

Cara: 
Gaulkan dengan serbuk kunyit,serbuk kari ayam dan garam.
Perap minimum 2 jam dan gorengkan dgn api perlahan bagi garing.
Hidangkan dengan serbuk rempahnya.
Kalau nak ala-ala kedai korang hempuk je ayam tu dengan alu lesung baru la jadi penyet,cik sue tu dah malas biar je cenggitu heheheh





Bahan:
8 biji Cili api
3 Cili besar merah atau hijau
4 Bawang merah
2 Bawang putih 
1/2 sudu belacan
2 biji tomato
garam dan gula

Cara: 
Goreng semua bahan kecuali garam n gula sampai layu,toskan dan tumbuk ,tak lumat pun tak pe,nak blend pun boleh tapi jgn blend hancur lumat.
Masukkan dalam kuali semula tumis sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.

Sambal kicap tu masukkan je sambal cili dalam kicap manis ABC dan gaul.


Dahhhhh,itu je,senang je,dah siap semua hidang la dengan sayur kobis,tomato dan timun,kalau ada salad pun ok gak,senang je sebenarnya tapi tak dapat la tandingi Nasi Penyet Wong Solo feveret Cik Sue tu hehehehhe setakat nak makan kat rumah lulus dah ni.

Selamat mencuba.








Resepi Puding Milo Oreo

$
0
0
Yeayyyyy,akhirnya Cik Sue dah pandai buat menu pencuci mulut jenis puding atau agar-agar,tau tak sebelum-sebelum ni kalau buat,keras la,terlebih air la adaaaa je tak kena.Alhamdulillah kali ni menjadi pulak,sebab tu orang kata practice make perfect kan hahahaha.Rasa nak lompat bintang je kat dapur ngeeee.Senang je sebenarnya Cik Sue je yang benak sikit kekadang,oppsss kekadang je eh hahahah.

Dan syukur Mr D pun makan habis tau ,katanya ngam-ngam tak manis sangat,siap kata boleh jual hahahah propa je mamat ni.Jom tengok resepi mudah ni,of coz la hasil google tapi Cik Sue ejas ikut tekak sendiri.


Bahan :

1 tin susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
Segenggam agar-agar bertali
Biskut oreo agak-agak ikut saiz bekas korang
2 senduk nasi-milo 


Cara :
Masukkan agar-agar dalam air didihkan sampai agar-agar larut dan hancur semua ye.
Masukkan gula kacau sampai larut dan masukkan susu cair,kacau sebati.
Bahagi dua adunan tadi,satu adunan masukkan milo kacau sampai larut dan tak berketul ye.
Sediakan bekas,masukkan adunan milo 3/4 bekas dan sejukkan (cik sue masukkan kat tempat sejuk beku peti ais dala 10 minit) yang baki dalam periuk tu biar didih dengan api paling kecik ye supaya tak beku lak.
Ok dah beku adunan yg di sejukkan tadi keluarkan cucuk2 skit dengan garfu atau cakar-cakar skit,pastu masukkan adunan putih (susu) tadi,susun biskut oreo dalam adunan putih tu,rendam pun tak pe ikut suka.Sejukkan macam proses tadi juga.
Dah agak beku keluarkan dan cakar-cakar lagi macam td pastu tuang baki adunan milo,sejukkan (ni dah boleh letak ruang sayr dalam peti ais tu ye)
Sedap oiii makan time cuaca panas2 ni....try la alaaa korang mesti lagi terer kan,,,,


Pasni nak buat triffle la pulak ehehhehe mula la tu berangan kikiki,memasak kan seni kreatif,so be kreatif guyssss....





Akhirnya laptopku dah boleh "berjalan"

$
0
0
Alhamdulillahhh,selepas bertahun-tahun laptop ku bergantung hidup dengan extension dan plug ke soket je, akhirnya dah boleh bawa merata tanpa berbelit dengan kabel dah hahhaha.Selepas kena bebel ngan Mr D tak boleh nak bawa laptop nak buat kerja dalam bilik yang jauh dari soket,Cik Sue usha la slow-slow kat shopee kot ada orang jual,tapiiiii masalah juga Cik Sue ni tak suka beli benda-benda gajet gini dalam online,henpon ke,laptop ke sanggup pegi kedai.Sejenis yang takut kena tipu hahahha,yo laaa den ni bukan banyak duit eh haaaaa.Kalau setakat beli barang rumah ok lagi la,dan barang-barang bawah RM50.



Belek punya skroll jumpa la shopee selelr ni ,Cik Sue siap belek shop dia,terus chat tanya rupanya kedai komputer dekat Jinjang Kuala Lumpur,eh sebenarnya dok usha dan chat dari sebelum PKP COVID19 FASA 1 lagi,tapi fasa 2 baru berani order hahahha,siap yang jawab chat tu kata kalau tak sure boleh datang kedai sendiri,errr memang tak la nak gi kl semata nak cari bateri laptop.Kalau zaman Mr D keje KLCC dulu boleh gak mintak tolong,sekarang idok lerrr dah kerja area Putrajaya je.

Setelah di timbang tara dan fikir semasak,serentungnya dengan lafaz bismillah Cik Sue order je la hahahhah.Alhamdulilllahhhh syukur selepas 3 hari,sampai depan pintu,berdebar jugak ni risau tak ngam ,sebab beli ni bukan bateri ori pun,klon gred AA je katanya.


Dannnn hoyeahhhh ngammm,cuma bentuk dia lain sikit dari yang asal original kat laptop,ada bonggol la pulak eh tak kisah la asalkan berfungsi dengan baik kan? Korang tau tak kenapa bateri asal laptop Cik Sue tu rosak? Sebab tak pandai jaga,masa beli jarang guna bateri,gula plug je,pastu masa guna plug bateri tak cabut,bila masa nak guna bateri ,rupanya dah kong huhuuu.

bateri asal laptop

Sebenarnya macam mana nak jaga bateri laptop ye? Cik Sue pun baru sekarang la nak ambil berat semua ni sebab sekarang dah mula rasa susah nak bawa laptop ke sana sini bila tak de soket nak plugkan huhuu nak buat kerja santai-santai depan tv pun susah.

Tips Penjagaan Bateri Laptop : 


1. CHARGE BATERI ATAU LAPTOP BARU TERLEBIH DAHULU

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .

Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.

2. OVERCHARGING

Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)

3. JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI

Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.

4. JANGAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN FABRIK

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

5. JANGAN BIARKAN BATERI ANDA 0% ATAU 100% JIKA DITANGGALKAN

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

6. JANGAN TERLALU KERAP CHARGE BATERI

Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.

Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).

Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).

7. ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS


Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.


Haaaaa pengajaran untuk diri sendiri la ni,lain kali pakai barang kena pandai jaga,dah la dapat laki jenis cermat jaga barang,jenuh oiii kena bebel,padan mukaku hahahha....Semoga bateri kali ni tahan lama hendaknya.Yeayyyy dah boleh bawa laptop atas katil dan dalam bilik yang ada ekon layan movie hahahhaha

Terbaru dari Mcdonalds : Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Pasti Memikat Selera.

$
0
0

Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Are McDonalds New Sensation!

Kini, McDonald’s telahpun menambah hidangan baru yang pasti akan membuatkan anda terliur sebaik saja anda semua melihatnya. Dua menu baru yang muncul di McDonald’s ini diberi nama Blueberry Cream Cheese Pie dan Blueberry Sundae. 

Sebenarnya menu Blueberry Cream Cheese Pie dan Blueberry Sundae ini pernah muncul di dalam senarai menu McDonald’s sebelum ini. Untuk para peminat pencuci mulut dan dessert, ini semestinya merupakan satu berita baik buat anda.

Blueberry Cream Cheese Pie Is Really Awesome!

Gabungan kelazatan buah blueberry bersama Cream Cheese sememangnya sangat padu hingga timbul rasa sedap agak yang sukar untuk digambarkan. Teksturnya yang lembut di dalam tetapi rangup di luar menjadikan pie ini semakin seronok untuk dinikmati.


Rasanya yang masam manis dan berlemak yang sememangnya menyelerakan. Dan ya benar. Blueberry Cream Cheese Pie ini menjanjikan rasa yang masam manis buah blueberry bersama rasa lemak cream cheese yang lengkap dan seimbang dalam sebiji pie ini. 


Warna Blueberry Cream Cheese Pie ini pula sememangnya akan menarik perhatian ramai orang, kerana apabila di gigit luaran pie tersebut, akan meleleh keluar warna putih dan ungu yang sebelah menyebelah. Sudah tentu bukan orang dewasa sahaja yang akan menikmati menu ini, tetapi kanak-kanak juga akan sukakannya.


Cuba anda bayangkan, walaupun blueberry dan cheese cream yang digunakan sebagai bahan utama, namun harga yang ditawarkan hanyalah sebanyak RM4.25 saja. Murah kan? Jangan terkejut kerana harga untuk sebiji Blueberry Cream Cheese Pie ini sememangnya murah dan berpatutan. 

Jadi, tiada sebab untuk anda semua tidak membelinya dengan alasan yang harganya mahal dan sebagainya. Pie baru ini sememangnya memenuhi kehendak ramai peminat pie yang berada di luar sana. Dengan menggunakan blueberry sebagai bahan utama membuatkannya menjadi satu kolaborasi yang sangat mengagumkan.


Jangan Lupa Untuk Mencuba Blueberry Sundae Juga 


Jika ada di antara anda semua yang sedang membaca sekarang kurang berminat dengan menu pie, anda semua boleh cuba sundae yang baru ini sebagai menu pencuci mulut anda. Dengar saja sudah buat kita terliur apatah lagi apabila ianya didatangkan bersama cream yang sangat lembut dan gebu. 


Harganya pun sangatlah berpatutan iaitu hanya RM5.19. Jadi, cepat-cepatlah dapatkannya di cawangan McDonald’s yang berdekatan dengan anda. Sama juga seperti pie tadi, ia juga dihasilkan dengan menggunakan blueberry yang segar sebagai salah satu bahan utama. 





Tak kira apa saja jenis makanan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal ini, ianya pasti akan membuatkan para pelanggannya teruja. McDonald’s ternyata memang bijak dalam mencipta menu-menu baru yang menarik demi untuk memuaskan hati para pelanggan yang sentiasa setia dengan mereka. 


Ini baru contoh untuk dua hidangan baru yang telah ditambah ke dalam menu McDonald’s. Belum lagi bercerita tentang menu tetap yang sedap sedapa belaka tu. 

Stay At Home Dan Gunakan Contactless Delivery Untuk Pesanan



Dalam tempoh berkurung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, anda semua tidak perlulah nak keluar rumah tanpa urusan yang penting. Bukan disebabkan arahan kerajaan semata-mata tetapi juga untuk keselamatan diri bersama. 


Jika hati rasa nak nikmati menu hidangan McDonald’s yang ada, boleh saja pesan dengan cara atas talian. Salah satu pihak yang boleh membantu menghantar pesanan McDonald’s adalah Foodpanda Malaysia. 


Foodpanda sedia memberikan perkhidmatan penghantaran pada masa yang telah ditetapkan dan yang perlu anda buat hanyalah membuat tempahan di lamanweb Foodpanda. Bermacam pilihan menu ada di sana dan salah satu daripadanya sudah tentulah McDonald’s ini sendiri. 



Servis Foodpanda begini memang sangat bagus kerana kita semua tak perlu lagi nak risikokan diri sendiri untuk keluar dari keluar rumah, dengan nak berdepan sekatan jalan dan sebagainya lagi. Buat apa nak susah payah ke sana sini sedangkan menu McDonald’s boleh datang sendiri sehingga ke depan pintu dengan lebih mudah dan cepat berbanding dengan perlu membelinya secara terus sendiri. 

Pasukan Fast food delivery Malaysia by Foodpanda sedia untuk berkhidmat dalam menguruskan perkhidmatan menu makanan pilihan anda. Nak makan ayam goreng McD? Nak makan GCB? Nak makan Big Mac? Hmmm sedap sedap belaka dan jangan lupa untuk mencuba Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae juga. 

Sedapnya! Dah mula terbayang menu-menu McDonald’s. Dah mula juga terasa lapar dengan bayangan bau menu mereka. Sesekali berubah selera makan apa salahnya. Hari-hari asyik hadap nasi berlauk jer boring juga. 

Jom! Kita order Mc’Donalds dengan bantuan Foodpanda. 

Resepi Pajeri Terung Yang Mudah

$
0
0



Menu pajeri terung pajeri nenas kami laki bini memang suka sangat,kena plak layan dengan ikan goreng rangup atau ikan kering dan sambal belacan ,fuhhh boleh menambah nasi.Kalau dulu tengok ma buat selalu fikir susahnya nak buat pajeri ni,kena sampai pecah minyak pastu tunggu lama bagi pekat.Tapi bila dah pandai masak sendiri senang je rupanya,tak de la susah mana.Jadi Cik Sue simpan sini la resepi cara mudahnya ye ,kot nak buat bulan-bulan puasa ni kan : 

Bahan :
Terung
Kerisik
Santan
Garam Gula
Serbuk kari daging/ayam

Bahan blend :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Udang kering

Cara :
Tumis bahan blend sampai wangi
Masukkan serbuk kari kacau rata (tak perlu bancuh) masukkan santan sikit supaya tak hangit.
Masak sampai pecah minyak,api kecil ye.
Masukkan baki santan,garam gula dan kerisik,gaul rata.
Biar didih kejap,kalau nak berkuah cair masukkan air lebih sikit tapi cik sue suka pekat.
Masukkan terung,biar mendidih sampai terung masak atau empuk.
Tutup api dan hidangkan.

Mudah je kan,boleh la  nak masak bulan puasa ,tak berlama-lama di dapur.Eh korang buat persiapan apa tuk puasa ni? Sayu kan rasa tahun ni dengan PKP bagai ni,terawih kat rumah je la masing-masing ,biar ayah-ayah jadi imam bawa terawih pulak,tak pandai tak pe sama2 belajar ye.




Viewing all 217 articles
Browse latest View live