Quantcast
Channel: Catatan Sue Izza
Viewing all 217 articles
Browse latest View live

Berbuka puasa di temani Sang Aladdin dan lampu berkelipan di Best Western I-City,Shah Alam.

$
0
0

Geng2 kaki makan ehhhh mulut yang makan la

Fuhhh kejap je masa berlalukan,dah nak bertemu Ramadhan kembali.Maka meriahlah dengan buffet-buffet Ramadhan di segala hotel dan restoran atau tempat-tempat makan.Maka banyaklah kambing-kambing yang di golekkan di serata ceruk hahahhaah dah jadi sinonimkan sekarang buffet Ramadhan dengan kambing golek,kayooo tokey kambing ngeeee...

Merepek je la Cik Sue ni,ha meh sini nak bagitau korang satu tempat nak berbuka puasa dengan kawan-kawan ,keluarga,geng-geng study,geng-geng opis atau skandal korang ehhhhh...opsssss.Suasana berbuka dengan pelbagai juadah tradisi serta ruangan terbuka yang mana korang boleh feeling-feeling makan di bawah cahaya rembulan di langit dan cahaya neon yang cantik di paras bumi gituuuu.Best Western I-City membawa konsep Aladdin and The Malaysian Treasures untuk Ramadhan Buffet tahun ni.

Ruang Makan Selesa dan Open View.

Terletak di aras 5 bangunan hotel ni,korang di sediakan ruang makan tertutup dan terbuka,di mana kawasan terbukanya umpama taman dan boleh menikmati pemandangan indah waktu malam sambil menjamu selera.Ruangan di bahagian dalam kafe juga selesa untuk seisi keluarga.

ruangan yang selesa dan lapang



Susunan meja dan kerusi sangat memudahkan pergerakan dan selesa untuk bergerak,maklumlah nanti mesti ada yang datang bawa keluarga dan anak-anak kan.Cuma kena kawal jangan berlari-lari je,eh boleh nak lari-lari suruh je anak-anak main kat luar bahagian yang terbuka tu,memang sesuai,sebab ada rumput,ha main la golek-golek situ.Humaira dah 2 kali termasuk ni CikSue bawa datang sini,memang dia suka giler ruangan terbuka ni,tambah-tambah ada geng siap berlari-lari.

haaaaa rumput karpet,sila la golek wahai anak-anak


Best Western
cantik kan pemandangan malam di sini

Cik Sue juga suka kemudahan kat sini,surau dan tandas semua kat aras kafe tempat berbuka ni juga,keluar ke  kawasan terbuka tu sebelah kiri terus je,dekat dan selesa.Tak payah nak turun ataunaik ke aras lain nak cari surau tandas bagai,memang menudahkan,maklumlah bila dah makan bersembang ralit sangat kang jenuh nak berkejar cari surau.

Oh ya parking pula,memang mudah,masuk je besment hotel memang di sediakan untuk pengunjung hotel ini,boleh juga parking sekeliling bangunan kawasan i-city ni tapi jauh la sikit jalannya.

suka humaira Alladdin ni nak bergambar ,dia panggil sendiri tau hehhee


Tahun ini Best Western membawakan konsep Aladdin dalam suasana Malaysia,kata ketua chefnya ala-ala Aladdin zaman P.Ramlee gitu,zaman-zaan marjina la tu heheheh,dan menu pun tradisional Malaysia serta gabungan makanan antarabangsa lain juga.Nanti boleh la bergambar ngan Aladdin yang berlegar-legar ni,di lobi hotel pulak ada replika rumah melayu lengkap dengan pelita buluh dan lemang untuk menaikkan mood raya korang,haaa boleh la selfie-selfie atau gambar berkumpulan.

Lebih 160 Menu Lazat dan Memikat Selera.

Himpunan lebih 160 menu yang lazat menanti korang yang nak berbuka kat sini ye,Cik Sue yang cuba dulu ni pun mabuk nak pilih,macam-macam ada ha.sebut je nak makan apa.Insya Allah ada.
Menu berasaskan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak,Seafood Tomyam,Sup Loba Putih Udang Kering,Crabmeat and Corn Soup,Sup Mushroom,Lotus Roots and Herb,Soto Madura dan banyak lagilah.

ulam dan salad

dressing salad dan sambal


rendang dan kerabu

sambal

pilihan buah-buahan

8 pilihan kurma

keropok-feveret humaira

Hidangan lauk utama pula seperti Kari Kepala Ikan,Daging Masak Hitam,Mutton Varuval,Ayam Masak Berempah,Udang Sambal Tumis Petai,Baked Honey Pumpkin,Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce,Teriyaki Honey Beef,Irish Lamb Stew,Bamboo Clam with Chili,Steamed Fish Teochew Style dan banyak lagilah yang akan menggoda selera korang,kalau Cik Sue berbuka memang tak ambil nasi,ratah lauk je,kang ambil nasi memang kenyangla tak makan dah yang lain,rugi wooooo...

dari kiri atas -masak lemak cili api daging salai,masalodeh,labu masak lemak,sotong goreng rempah

atas dari kiri-potato grill,mongolian lamb,rendang minang kering,ikan steamed

ketam masak lemak dengan nenas

Dan semestinya nak berbuka puasa Cik Sue nak juga pemanis mulut terutama kuih-kuih melayu.Jangan risau kat sini memang ada seleksi pilihan pencuci mulut yang sedap-sedap dari tradisional sampai ke barat.Pilihan Cik Sue puding roti kuah kastardnya,sedappppp sebab kurang manis,ngam-ngam je manisnya.Ada puding-puding dan pastri juga dan coklat fountain,agak menggoda yang manis-manis ni tapi makan kena beringat ye jangan over.


pelbagai kuih-muih




Di ruangan luar pula ada stesen atau kiosk makanan yang korang boleh pilih,lebih kurang macam gerai la,antaranya Pasta station,Rojak,Abc,Otak-otak,Yong Tau Fu,Murtabak,Char Kuey Teow,Kebab dan macam -macam lagi.Bahagian bakar-bakar pula ada kambing golek,ayam ,daging panggang dan seafood bbq.Untuk anak-anak pula ada 2 tong aiskrim yang boleh di nikmati,memang suka la anak-anak kan.











Selain itu yang menjadi tarikan mesti la kiosk segar dari ladang ni,ni kat bahagian ruangan terbuka tu ye,korang boleh nikmati buah-buahan yang di hidangkan terutamanya raja buah la durian,yang ni kena makan kat luar je,jangan bawa masuk dalam,salah di sisi polisi hotel hahahahha,bau oiiiii hehehhee,ha makan la puas-puas ye kat luar tu.




Dari rasa tekak Cik Sue ni antara menu yang CikSue dah rasa dan pilih,nak cadangkan korang cuba Mongolian Lamb dia,pastu korang pi amik roti kebab kat ruangan luar tu atau roti perancis yang wat cicah mushroom soup tu wat cicah ngan Mongolian Lamb tersebut,walawehhhhhh marveles wei,memang sedappppp.Satay pun boleh tahan kuah kacangnya sedap dan satay lembut.

Tempahan Awal Lebih Murah

Haaaa dah plan ke tu nak berbuka dengan kawan-kawan dan family nanti,ok CikSue sarankan korang tempah awal-awal sebab boleh dapat harga murah dan kalau dengan pembelian 9 orang dapat sorang percuma,korang tontong la 10 orang tu,jimat bukan.

Harga :
Dewasa RM119 nett
Kanak-kanak/warga emas RM69 nett

Pembelian awal dari 13 March hingga 30 April 2019 dapat harga RM99 dewasa.

Sila lah buat tempahan segera ye.





Untuk tempahan boleh hubungi 03-55219000 atau enquiry@bestwestern-icity.my untuk groups booking atau sales@bestwestern-icity.my untuk tempahan.


Adventurers' Web Tarikan Terbaru Di AEON MALL Nilai.

$
0
0
Sapa dah sampai AEON MALL Nilai yang baru buka ni? Haaaa dah officially buka akhir tahun lepas la,Cik Sue antara pengunjung-pengunjung awal yang gi terjah heheheh maklumlah dekat je dengan rumah tak sampai setengah jam,awal-awal dulu memang banyak lot kedai yang masih kosong tapi sekarang haaaa banyak dah kedai-kedai dan outlet yang dah buka.Dan semestinya Cik Sue takkan ke mall pada hujung minggu hehehe sesak,lemas ngan manusia yang datang entah dari mana heheheh.Memang kalau cari barang lebih selesa pergi hari orang bekerja,lapang dan tenang.Best juga shopping sini sebenarnya,Cik Sue nampak meriah tempat makan hehee.

Tapi sekarang ada satu lagi tarikan baru ni AEON MALL Nilai ni,memang sesuai untuk seisi keluarga ye,dekat-dekat cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak ke sini,memang menarik.Memang berbaloi,satu family boleh masuk main sekali dengan anak-anak kecil.Cik Sue jamin anak-anak mesti gembira kat sini,eh tuk mak ayah pun ada bahagiannya,semua boleh seronok.

The Adventurers' Web : Pusat Pembelajaran sambil bermain.


Terletak ni Entertainment Hall di tingkat 2 AEON MALL Nilai,Adventurers' Web adalah pilihan yang bagus untuk keluarga yang sukakan cabaran dan mahu anak-anak meneroka ilmu sains serta bermain menguji fizikal dan mental.Masuk dalam ni umpama kita masuk dalam "unknown zone" yang kita tak tahu apa-apa,dan pastinya akan teruja dengan aktiviti dalam ni.Terdapat 3 bahagian atau seksyen dalam Adventurers' Web ni : 

Mini Science Discovery Centre

Bahagian ini memang sesuai sangat untuk anak-anak dari prasekolah hinggalah sekolah menengah eh dewasa pun boleh join.Tempat ni ada banyak permainan dan alatan interaktif untuk kita meneroka ilmu sains,teruja pula tengok sebab ada banyak rupanya benda yang kita tak tahu dalam hidup ni di sekeliling kita je.Ilmu-ilmu sains zaman sekolah yang kita dah lupa sebenarnya.Ada permainan juga,dan ruangan aktiviti untuk meneroka dan mengasah bakat anak-anak dan anda sendiri.Ada reverse bungee yang boleh lompat-lompat melawan graviti,ada ruangan robot programming,dan macam-macam lagi aktiviti.


Untuk pengetahuan korang aktviti dalam ni di reka khas oleh pihak Tech Dome Penang yang di iktiraf oleh Negeri Pulau Pinang sebagai aktiviti pembelajaran interaktif terbaik dan berteknologi tinggi.Ha bertuahkan? tak payah nak pergi sampai ke Penang sana,kat sini pun dah ada,dan nanti banyak lagi aktiviti akan di tambah tau.

jom lompat-lompat lawan graviti,adik ni siap flip tau hehehhe.

budak kecik ni ralit kejar ikan,balik ngingau gelak sensorang hahahha
laser face
floor game



penuh fakta dan formula sains kat dinding

pasir ni kejap jadi gunung berapi nak meletus,kejap jadi lautan dalam penuh ikan lak haaaa unikkan.



interaktif ball wall
jom tengok robot joget2
nak tahu apa huruf-huruf rahsia di duit kertas anda haaa mai tengok sini ngan mikroskop



Macam-macam lagi aktiviti menarik dalam ni,mak ayah pun boleh masuk sekali ye,beli je tiket dan teman anak-anak anda meneroka sains di sini.Mesti diorang teruja,Humaira yang tak tahu apa ni pun tak mau keluar heheheh.

The Dinosaur Rangers

Sampai bahagian ni Humaira dah teruja,pelik gak berani betul anak aku ni heheheh padahal mak ayah dua-dua penakut weh.Dia siap jerit-jerit tarik ibu nak pegang dinosaur,fuhhhh,tapiiiiii sekali dinosaur gerak terus terkejut hahahahha apoooo....Memang seronok bawa anak-anak masuk sini,teruja tengok diorang nak bermain dan mencuba.Ada macam-macam aktiviti dalam ni yang membawa kita ke zaman prasejarah ,zaman dinosaur hidup lagi la. Dalam ni pun ada banyak zon-zon juga,macam Education Hub di mana korang akan tengok persembahan macam kat zoo tu ,dinosaur yang hidup akan keluar,siap ada baby dino minum susu,bapak dino yang besar nak makan la haaaa seronok sangat anak-anak terjerit-jerit bila dinosaur keluar.




Ada juga zone permainan seperti kart ride kat taman dinosaur dalam ni,ada wall climbing juga dan macam-macam lagi aktiviti.



 Ada juga bahagian pameran fosil dinosaur zaman dulu,anak-anak boleh kenal la bentuk telur dinosaur dan rangkanya yang tinggal.





Haaaa tengoklah Humaira tu,dia bukan takut tau,tapi dia nak panjat badan Cik Sue sebab nak sentuh kepala dinosaur tu,sabar je la anak aku ni haiiiiii...sampai tercekik ibu,memang tak reti takut bagus juga sebenarnya sebab ayahnya tak bagi ajar dia jadi penakut,takut Allah je katanya #deep hahahahahah.


bentuk-bentuk telur dinosaur
Punya seronok Humaira sampai ke rumah dok bercerita asal dinosaur,pening ibu dalam kereta.Ayah balik kerja ,ayah pulak kena dengar dia cerita hahahahhaa.

Monster House

Dengar monster house je mesti korang ingat rumah hantu kan tapiiiii kat sini bukan rumah hantu,apa yang Cik Sue tengok konsep dia macam penerokaan bilik terkunci,kita kena jelajah dari satu bilik ke satu bilik sampai la jumpa jalan keluar.Ha masa bergerak dari satu bilik ke bilik tu la akan jumpa macam-macam yang buat jantung berdegup kencang tapiiiii jangan risau,tak de ye jenis yang sergah-sergah,muncul-muncul bergerak bagai tu ye,rileks,Suasana je ala-ala seram hehehehe.


Bahagian ni lebih baik bagi yang dewasa je la masuk,kang anak-anak jadi penakut pula,bagi ayah-ayah sado masuk untuk menguji tahap keberanian masing-masing ye hahahah.Tengok ada yang pengsan atau merangkak keluar nanti hahahha.

Nasihat Cik Sue kalau anak kecil tu jangan bawa la masuk,risau mengigau pulak nanti.Tapi masa pergi semalam Cik Sue try je bawa Humaira masuk,tengok dia macam ok je,Dan seperti Cik Sue jangka,dia tak heran pun,cuma part yang darah-darah je dia dok yekkkkk yekkkk geli kononnya,pastu sampai kat mayat la,mayat tergantung,serigala jadian dalam sangkar,boleh lak dia cakap." bu..bu... shiannnn dia" (kesiannnn dia) hahahah orang tengah takut-takut terus Cik Sue tergelak,adoiiiii anak sapaaaa la ni,bagus gak dia ni,pasni kita pi theme park naik roller coaster lak hahahha.Memang syok tau sebab kita macam masuk muzium hantu pun ye.Kalau korang jenis suka cite seram ,meh cuba kita tengok tahap mana keberanian tu secara live hehehhe.



Semua sekali ada 13 bilik dengan tema dan kengerian berbeza,korang kena rasainya sendiri,setiap bilik ada pintu quit door ,kalau rasa-rasa tak sanggup dah boleh menyerah kalahlah ye,keluar pintu tu dan keluar terus la hehehee.Cik Sue agak berani mula-mula tapi bila dah sampai tahap kepala tergantung-gantung,darah menitik-nitik tu ,tak boleh dah la,bukan takut seram tapi geli rasa nak muntah,mula dok bayang darah huhuuu.

tengok la tu bukan takut pun budak kecik tu,anak patung tepi-tepi tu dia gi tarik lempar ke lantai ,sabo je la.
ni laluan dari salah satu bilik,ni tangan -tangan zombie nak tarik korang hahahah...












Haaaaa sampai part kepala tergantung ni Cik Sue tak leh teruskan dah....loya hahhaha

Sekali lagi monster house ni tak de hantu kejar korang,jangan risau.Jalan rileks-rileks je dalam tu eh.Haaaaa jom la kita uji tahap keberanian masing-masing boleh hadap ke takkan.Alaaa Humaira pun berani hahaha.Bagi Cik Sue ada bilik yang ok,ada bilik yang terasa gak aura seramnya tu,tapi masa semalam masuk ramai-ramai ok la,peraturan dia kena masuk 4 orang je sekali jalan paling ramai pun,haaa kena try lagi ni.



Amacam teruja tak nak cuba? Jom la cuti sekolah ni bawa keluarga dan kawan-kawan,berkumpul dan beriadah kat sini.Tempat makan pun banyak,dah penat-penat main boleh lunch atau dinner terus.Kemudahan toilet,surau pun ada dan terbaik.Ada ruang rehat juga.

Pembukaan dan tiket 

Adventurers' Web akan di buka secara rasmi pada 23 Mac 2019 Sabtu sempena cuti sekolah.Dan pelanggan AEON MALL Nilai boleh nikmati diskaun dan menangi pelbagai hadiah menarik.Sambil-sambil datang shopping boleh la bergembira kat sini.Hampir 200 tiket di beri sempena pembukaan dan akan memenangi cabutan bertuah nanti.Diskaun 20% sempena pembukaan untuk pembelian tiket kombo bagi tiga2 bahagian dalam ni,dari harga asal RM49 boleh dapat RM25 dan masuklah tiga2 bahagian tu. .Ahli kad kredit AEON juga boleh dapat diskaun 30% ye.



Jom ramai-ramai kita beriadah ,bermain dan menguji minda serta keberanian di :

The Adventurers' Web
Tingkat 2-Entertainment Hall AEON MALL Nilai
No 2,Persiaran Pusat Bandar,Putra Point,Putra Nilai,
Nilai Negeri Sembilan.

Website :
www.aeonretail.com.my
Facebook:
www.facebook.com/aeonmallnilai
Instagram :
www.instagram.com/aeonmall_nilai 

Ulangtahun ke 5 Boat Noodle : Restoran "street food Thai" pilihan rakyat Malaysia

$
0
0
Siapa yang tak kenal Boat Noodle kat Malaysia ni? Tambahan peminat0peminat Thai street food atau makanan jalanan Thai.Restoran pilihan untuk pelbagai lapisan umur,termasuk la Cik Sue si penggemar segala mee tomyam,sup dan teh ais Thai tu hehehehhe.Dengan harga yang murah dan konsep mangkuk kecil-kecil tu ,dengan kesedapan makanannya ,memang pilihan utama la kan.

Happy 5th Anniversary Boat Noodle.

Korang tahu tak Boat Noodle dah genap  5 tahun di Malaysia pada tarikh 17 March 2019 yang lalu  haaaa lama jugak tu,patutla menjadi pilihan ramai dan perjalanannya bukan mudah ye ecehhh.Bermula 2014 dan kini sudah mempunyai 48 cawangan dan terbaru di The Garden Mall,Kuala Lumpur.Cik Sue sempat menghadiri parti harijadi Boat Noodle rabu lepas di The Gardens Mall,memang meriah sangatttt,happening dengan macam-macam aktiviti,fuhhhh balik dengan kekenyangan dan seronok.



Dengan kehadiran para pengamal media online dan wartawan ,Boat Noodle sangat menghargai sumbangan kuasa media sosial dalam menaikkan restoran mereka.Jadi di parti ni kami memang bergembira dengan pelbagai acara yang buatkan kami kekenyangan dan gelak tak berhenti hahahaa,kecoh tau,kali pertama Cik Sue datang majlis yang meriah gini.Oh ya,kat majlis ni merasa la buat sendiri hidangan mee diorang tu,ada staf yang tunjukkan cara dan kita boleh sediakan sendiri,masing-masing ambil peluang nak rasa buat sendiri.








Ada pertandingan makan paling cepat,susunan mangkuk tertinggi,cabutan nombor bertuah yang Cik Sue tak bertuah pun ehhh  ,photobooth untuk ambil gambar,suka sangat Humaira,ada hadiah mangkuk Boat Noodle dengan nama sendiri cantikkk   ,soalan-soalan kuiz yang menawarkan voucher makan dan macam-macam lagilah.Memang meriah yang asal-asalnya nak balik awal tapi tak jadi,siap tunggu sampai habis majlis hahahhah.






Kekenyangan dengan menu sedap,rasa sama walau bertahun.

Bukan saja meriah dengan aktiviti tapi meriah dengan makanan dan segala menu di hidangkan sampai kami terbungkang kekenyangan sampai ke rumah hhahaha,yang Cik Sue puji,rasa setiap menu tetap sama walau bertahun dah bertapak,tak berubah.Dan setiap cawangan pun sama je rasa dan menu yang di hidangkan.Boleh di katakan semua dalam menu kegemaran CikSue tapi paling suka segala mee-mee mangkuk kecil dan sangkayanya tu,di sini la pilihan Cik Sue kalau nak makan yang sedap.

















Haaaaa hambekkkk,semua nak rasa,nak makan,sampai mengah di buatnya.Puas hati sebab memang sedap,memang berbaloi dengan harga,tak rugi bawa keluarga dan kawan-kawan.Haruslah Boat Noodle jadi piihan nak berkumpul dengan kawan-kawan kan.Ya Allah menelan air liur balik rasa dok tengok gambar makanan ni.Ada repeat lagi ni kan,,,haaaa sebab tu diorang pakai slogan "Makan,Stack and Repeat" stail makan susun-susun mangkuk hehehehe.

Ayutthaya 2.0 dan Noodle Master Card

Sempena ulangtahun ke 5 mereka.Boat Noodle membawa kembali menu Ayutthaya 2.0 yang mana pilihan mee di hidangkan dengan cendawan Enoki dan pilihan ayam atau daging.Di tabur bawang putih goreng,daun ketumbar dan serbuk chili.Cik Sue memang suka sebab kuahnya rasa lebih beherba dan lemak-lemak campuran santan sikit,ala-ala tomyam lemak,kuahnya pekat,melekat,pedas tu seimbang dengan rasa rempah,semangkuk memang tak cukup ye.Korang kena cuba tau.




Selain kembalinya menu Ayutthaya 2.0 tu ,Boat Noodle juga perkenalkan Noodle Master Card,di mana korang boleh makan banyak-banyak dan reedem lagi tambahan mangkuk bila sampai jumpah tertentu ye.Wahhhhh bolehlah ajak kawan-kawanmakan sama-sama dan susun mangkuk tinggi-tinggi dan reedem hehehehhe.Caranya mudah je :


Korang kena order dan makan 20 mangkuk untuk dapatkan 1 stamp atau cop dan bila sampai bilangan cop yang di perlukan ,bolehlah redeem :

20 bowl of noodles : 1 stamp
3 stamps : redeem 5 bowls of noodles
6 stamps : redeem 10 bowls of noodles
9 stamps : redeem 20 bowls of noodles

Haaa pergi cepat ajak kawan-kawan dan keluarga,sampai 30 April je tau.




Terima kasih banyak Boat Noodle meraikan kami,memang seronok ,kenyang dan puas hati,balik dengan gembiranya.Semoga Boat Noodle terus sukses sebagai restoran pilihan utama  di Malaysia kelak.Untuk maklumat lanjut korang boleh ke :

Website : MyBoatNoodle
Instagram : @myboatnoodle
Facebook : MyBoatNoodle


Happy 5th Anniversary Boat Noodle dari Cik Sue,Humaira dan Kbba9


Bawa Anak-anak ke Mighty Mighty Squad cuti sekolah ini.

$
0
0
Cuti sekolah datang lagi,mak-mak ,ayah-ayah sekalian mesti dah rancang macam-macam aktiviti kan untuk anak-anak penuhi masa cuti ni. Ada yang dah mohon cuti dari bekerja juga nak bawa anak balik kampung atau bercuti dalam dan luar negara. Mungkin anak-anak yang ada peperiksaan besar tahun ni tak ke mana-mana dok layan tuisyen dan kelas tambahan kan. Mungkin yang mak ayah tak bercuti tu hujung minggu je la ye keluar jalan-jalan atau pun pusing-pusing bandar je. Apapun yang penting dapat luangkan masa bersama-sama satu keluarga ,walau kat mana sekalipun,masa berkualiti tu yang pentingkan.


Hujung minggu lepas Cik Sue sempat balik rumah mertua,kebetulan bermula cuti sekolah, sepupu-sepupu Humaira kebanyakan balik rumah neneknya,dapatlah berjumpa dan bermain lepaskan rindu sekejap.Tapi memandangkan Mr D tak cuti, Ahad tu terpaksa la balik ke rumah kami. Sebelum tu sempat la singgah jalan-jalan cuci mata, window shopping di IPC Shopping Centre, sebelah IKEA Damansara tu.

Sejujurnya Cik Sue tak pernah masuk shopping centre ni walau selalu datang ke IKEA Damansara. Sebab dalam fikiran ingatkan ada kedai-kedai makan je kat situ, rupanya salah. Banyak je kedai-kedai dan outlet untuk shopping dan cari barang keperluan, malah sangat children friendly, mudah nak bawa anak kecil dan keluarga ke sini, kemudahan lengkap. Dari parking ada lif, dan senang jumpa surau, tandas, bilik susukan anak kecil semuanya lengkap.

Aktiviti di Mighty Mighty Squad



Sambil jalan-jalan tu terperasan poster Mighty Mighty Squad di Concourse Level G, IPC Shopping Centre ni, terus teruja nak tahu apa bendanya, kita orang terus pergi tengok, laaa rupanya tempat anak-anak bermain , ingatkan playground biasa-biasa je,tapi bukan. Ia lebih kepada permainan berhalangan untuk anak-anak menguji ketangkasan fizikal dan mental. Terus Cik Sue tanya staf kat situ macam mana anak sertai dan masuk bermain, Humaira pun dah tak sabar. Ada 2 cara untuk dapatkan pas sehari masuk sini:


1. Penyertaan percuma untuk ahli IPC Sma Club–Korang boleh daftar di i-Counter dekat PADINI, Level G, IPC Shopping Centre.

2. Korang shopping atau berbelanja minimum RM50 dalam IPC Shopping Centre tu dan dapatkan pass percuma di pintu masuk Mighty Mighty Squad ye.


Memandangkan Cik Sue tak sempat nak shopping lagi, dan Humaira dah tak sabar-sabar nak masuk main, teruslah daftar ahli kelab Sma Club tu, dapat la masuk. Rupanya Mighty Mighty Squad ni hanya ada sepanjang cuti sekolah ni sahaja ye iaitu sampai 31 March 2019 sahaja. Bukan main lagi seronok budak kecik tu, semua dia nak main, dapat pula mainan panjat-panjat memang kesukaan dia la, lasak ya amat. Ada bermacam permainan cabaran dan halangan untuk anak-anak cuba dan cabar diri dan setiap permainan ada fungsi untuk menaikkan dan merangsangkan lagi kemahiran anak-anak seperti memanjat, merangkak, melompat dan macam-macam lagi.Antara aktivitinya boleh tengok dalam gambar ni ye: 









Aktiviti yang merangsang kemahiran dan keyakinan diri anak-anak.


Aktiviti begini sebenarnya memang penting untuk perkembangan system saraf dan motor mereka, di samping mengasah kemahiran bersosial dengan kawan-kawan baru. Memang bagus la cuti sekolah sertai aktiviti macam ni daripada mengadap gajet dan telefon je kan. Aktiviti kecergasan dan menguji minda gini memang bagus untuk kesihatan anak-anak, malah menjadi ereka lebih aktif serta sihat. Badan yang cergaskan menjadikan otak lebih cerdas.


Seronok tengok Humaira bermain dan bergaul dengan budak-budak lain kat situ,maklumlah dia kan dok rumah je dengan Cik Sue,aktiviti begini boleh dedahkan dia dengan kemahiran bersosial dengan kawan-kawan baru,bertolak ansur bermain bersama dan lebih berani bersaing.Oh ya,bila dah siap semua cabaran tu ,staf akan tick semua permainan yang berjaya,jadi boleh la bagi anak bawa balik ye.


Sambil-sambil mak-mak shopping, ayah boleh bawa anak main kat sini, tak de la diorang bosan dok melalak menangis menunggu mak-mak shopping. Mak-mak pun boleh shopping dengan tenangkan, boleh jadi “me time” gitu. Tambahan IPC Shopping Centre ni memang mesra keluarga dan kanak-kanak, memang sesuai dikunjungi seisi keluarga.



Jom la sempena cuti sekolah ni bawa anak-anak ke IPC Shopping Centre, bantu mereka mendaftar menjadi ahli IPC Sma Club dan bermain di Mighty Mighty Squad, hanya ada sehingga 31 March 2019 sahaja ye. Mesti seronok anak-anak habiskan masa di sini. Oh ya,bila dah selesai semua halangan dan cabaran, jangan lupa ambil sijil tau.


untuk maklumat lanjut korag boleh klik link kat bawah ni ye : 

http://bdj.bz/IPCwithSue

Menu lazat berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA

$
0
0
Ramadhan tinggal tak berapa minggu je lagi,kali pertama Cik Sue di jemput ke review buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel KLIA.Tak berapa jauh pun dari rumah,kalau tak jem, dalam 20 minit dah sampai.Tapi sesat juga la cari parking sampai parking di terminal pula,kebetulan terlewat sikit parking hotel dah penuh.Tapi ok je,ada tram bawa dari parking terminal ke hotel,dan ada laluan berbumbung,jalan je dalam aircond tu.



Memang berbaloi sesat segala,puas hati sangat datang,konsep dan tema yang unik,ruang makan yang selesa,tenang dan cantic.Yang paling penting makanan yang sangat lazat,rasanya kali pertama Cik Sue pergi buffet Ramadhan kurang ambil gambar sebab nak makan,dan siap bertambah-tambah makannya.Tak kisah dah malu ke tak,ikutkan hati tak berhenti dok mengunyah je keje



Gerbang Pesona Malaysia 


Bertemakan gerbang pesona Malaysia,tetamu akan di sambut ddengan dekorasi berkonsepkan zaman melayu tradisional dan beberapa hiasan senibin aikonik negara di ruang legar dan sekitar hotel.Ada juga hiasanlatar belakang atau prop gambar-gambar suasana Malaysia yang menggamit memori kita dan sesuai sangat untuk penggemar Instagram merakamkan kenangan.Sangat mengembalikan nostalgia dulu-dulu zaman kecil-kecil dengan hiasan dan suasana yang di wujudkan,dari segi makanan yang di hidangkan,konsep gerai-gerai jalanan dan siap ada kedai runcit main tikam-tikam macam dulu-dulu.


Untuk tetamu yang ingin berbuka dalam suasana tenang dengan kocakan air terjun,ruang terbuka di sediakan di kawasan luar yang berhampiran.Umpama sebuah oasis di tengah bangunan,tetamu boleh berbuka bersama keluarga bersila di atas pangkin sambil menikmati juadah.

Hidangan Lazat Memikat Selera.

Sebelum-sebelum ni pernah dengar dari mulut kawan-kawan je yang buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel ni memang sedap ,terbaik dan puas hati berbuka di sini.Cik Sue ni kalau pasal buffet ramadhan dah setkan minda mesti signature dish diorang je yang sedap dan menjadi tumpuan,tapi ternyata salah bila datang ke sini.Dari mula sampai Cik Sue memang tak henti mengunyah,memang segalanya kena dengan tekak,ngam je.Dari menu utama makanan berat ke pencuci mulut hinggalah pilihan air minuman.Memang menepati selera dan tunas rasa tetamu yang hadir.Cukup rasa resepi original dan puas hati sangat.


Antara menu yang akan menanti korang adalah Gulai Lemak Siput Sedut,Nasi Ayam Hainan,Nasi Ambeng,Omelet Oyster,Daging Masak Kaldareta,Kari Itik Panggang dan banyak lagi hidangan dari pelbagai negara.Terdapat juga konsep Live Stall di mana para krew akan memasak secara live di hadapan anda seperti hidangan ikan bakar dan kambing golek.Malah anda boleh berinteraksi terus dengan para chef dan krew yang menyediakan hidangan anda.

Yang pasti dari info jurucakap hotel menu di sini tidak menggunakan msg atau perisa tambahan,dan Mr D la orang paling gembira makan dengan bersungguhnya sebab dia akan ada kesan kalau makan makanan ada MSG.



Antara yang Cik Sue sempat cuba adalah nasi beriyani dengan lauk kari kambing stail Indian,lengkap dengan Terung Masala,Aloo Gobi dan Vegetable Plow.Memang sedap sangat first time Cik Sue makan lauk macam ni,terasa autenthic Indian food tu tau,Siap bertambah makan.Kena pulak Cik Sue ni penggemar kambing dan terung,memang berulang la makannya.Cukup rasa cukup perisa dan rempahnya.



Dan satu lagi Udang Masak Butter kat sini,rasanya ada beza sikit dengan yang biasa kita makan kat tempat lain macam ada rempah-rempah sikit,Kalau nak tau hampir sepinggan Cik Sue ratah sorang tau,yang sebenarnya di hidang untuk ambil gambar oleh chef,dah selesai terus ambil makan,fuhhh ratah saja memang sedappppp sangat.Hidangan lain pun secara puratanya memang sedap boleh bagi 5/5 bintang tau,puas hati kalau bayar pun makanan macam ni.





Pilihan pencuci mulut,kuih-muih dan makanan lain pun tak kurang hebat,semuanya memikat selera.Kuih-muih tradisional memang sedap,Cik Sue yang jarang-jarang makan kuih pun ambil lebih dari sebiji,semua cukup rasa.Ada juga pencuci mulut versi barat punnnnn puas hati makan.Ais Kacang,Apam Balik,Cendol,Soto Kangkung,Sate,Soto,Rojak,dan macam-macam lagi.Korang kena cuba tau,memang memikat selera.









Pilihan minuman pun istimewa kat sini,siap ada coconut shake fresh blend dan banana milk shake tau,kalau nak pi kat kiosk air dan mintak,krew akan buatkan.Sedapppp Humaira habis segelas besar banana milk shake kekenyangan terus.Dan untuk elakkan muak makan banyak-banyak di sediakan air detox ye hehehhe,legaaaaaa.






Dan pastinya kebanyakan buffet Ramadhan kini ada hidangkan Raja Buah iaitu Duriannnn,selain kambing golek yang menjadi tumpuan kan.Kat sini Cik Sue 3 kali ulang ambil serawa durian makan dengan pulut,Allahuuuu nimatnya tak tau nak cakap,sedappppp.Buah Durian pula boleh ambil di bahagian luar yang di belah sendiri oleh chef bertugas,fresh dari kulit.Durian pula kualiti terbaik diorang bagi.



Apapun kalau berkesempatan datanglah berbuka di sini,memang  berbaloi,kot la nak ke mana-mana naik kapal terbang,boleh la menginap dan berbuka di sini,Insya Allah puas hati.Hotel menarik ,makanan sedap,berdekatan terminal.

Sambutan hari ibu

Sempena Hari Ibu yang jatuh pada 12 Mei dalam bulan Ramadhan ni,Para ibu yang berbuka puasa di sini ada tarikh itu akan meneriama kuntuman bunga tulip yang di terbangkan  khas dari Belanda dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad dan KLM Royal Dutch AirlineS.Mana-mana yang nak belanja ibu masing-masing dan berbuka bersama bolehlah tempah awal-awal ye.


Buffet ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA akan bermula pada jam 6 petang sehingga jam 10malam.

Early Bird; RM105, Harga Biasa Rm145.

Pihak hotel juga menyediakan tempahan banquet atau kumpulan bagi 50orang dan ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan bagi memastikan pengunjung dapat berbuka puasa dengan selesa dan lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan rakan perniagaan.

Maklumat lanjut : 
Email : sales@samasanahotels com
+6038787 333

Mudahnya bersedekah dengan Aplikasi Oh Free Food

$
0
0
Zaman sekarang segalanya di hujung jari,hampir 80% urusan kehidupan sekarang memerlukan teknologi.Seiring dengan itu kini korang boleh bersedekah melalui aplikasi sahaja,boleh berkongsi rezeki dan mengelakkan pembaziran,unikkan? Tambahan pua nak masuk bulan Ramadhan ni yang selalu orang membazir adalah makanan kan? Cik Sue la tu,masak banyak-banyak tak reti nak bajet lepas tu dok simpan je la dalam peti ais,dah jemu ,buang Allahuuuu kufur nikmat betul rasa.Jadi adanya aplikasi ni kita boleh sedekahkan kalau dah rasa terlebih masak atau beli tapi pastikan yang beum di sentuh la ye ,bukan bagi saki baki tau.

Yang terbaru melalui aplikasi Oh Free Food,yang mana korang kena download dulu di Play Store atau Google Play.Aplikasi ni bukan sahaja untuk si pemberi malah penerima pun boleh download,mana la tahu anda antara yang memerlukan.Mulanya terfikir juga macam mana fakir miskin,gelandangan dan orang-orang yang tak mampu ada handphone nak guna aplikasi ni,foundernya terangkan ada sukarelawan yang akan ambil makanan yang di sedekahkan dan hantar kepada gelandangan.Oooooo bagus juga tu,tak payah susah-susah sukarelawan nak cari pemberi dan penderma,buka je aplikasi ni dan ambil makanan di sekitar mereka dan hantar ke mereka yang memerlukan.


Siapa yang perlu muat turun aplikasi ini ?

Sebaiknya semua orang kena download dah aplikasi ni,bila-bila masa boleh guna.Mana tahu kan,ada lebihan makanan yang belum di usik dari membazir tak de sapa makan,basi dan buang baiklah beri kepada yang memerlukan,ajak kawan-kawan ,jiran-jiran sekitar tempat tinggal untuk download senang sikit nak hantar.Ye lah kita bukan tahu ada jiran-jiran yang kelaparan,tengah sesak duit nak beli makanan untuk keluarga,berkongsi lebh indah kan.

Tapi Cik Sue nak sarankan juga untuk golongan di bawah ini untuk download aplikasi ni,siapa?

1. Peniaga pasar malam-bila tak habis hasil jualan tambahan yang dah di bungkus dan tak boleh simpan lama,apa kata upload je kat aplikasi dan sedekahkan kepada yang perlu.
2. Pengusaha katering dan restoran-sama juga jika ada lebihan makanan boleh upload untuk sedekah.
3. Pelajar kolej dan universiti -Selalu kurang duit maklumlah tinggal jauh dari keluarga,dan banyak duit guna untuk urusan pembelajaran,korang boleh download dan request makanan yang di iklankan,dapatlah berjimat dari pada pemberi2 buang sahaja makanan tu.
4. Sukarelawan atau orang perseorangan yang melakukan kerja-kerja amal.
5. Pihak hotel atau resort/pekerja hotel bahagian makanan-boleh upload makanan-makanan yang tak habis,untuk di sedekahkan.
6. Peniaga makanan kering atau online-Boleh beri sample atau pek sebenar sebagai promosi,mana tahu ada si pemberi lain yang tengok dan nak rasa produk makanan anda,dah free marketing kat situ,untung kan? 

Tapi sebenarnya semua kena download tau,memang berguna kalau bukan sebagai penerima sebagai pemberi apa salahnyakan gandakan pahala dengan cara mudah seiring teknologi.


Bagaimana menggunakan aplikasi Oh Free Food ini ?

Mudah je caranya pertama sekali kena la download dulu aplikasi ni ye kat handphone masing-masing.

1. Buka aplikasi Oh Free Food,korang akan nampak butang "share a food" ,tekan butang tu,dan masukkan gambar serta detail makanan yang ingin di sedekahkan tu,contohnya berapa pek,untuk berapa orang dan sampai pukul berapa,juga cara ambil samada korang hantar atau ambil sendiri di tempat anda.






2. Dah masukkan semua tekan je share,nanti korang check la ada atau tak yang request makanan tu ye,dah share tu post korang akan keluar kat paparan home ye.



3. Bila ada yang request korang boleh tekan accept jadi orang lain dah tak boleh ambil dah makanan tu,pastu chat  la dengan orang yang request tu ,dealkan macam mana dan pukul berapa nak ambil.



Mudah je kan? Nak suruh datang ambil kat rumah pun boleh,jadi mak-mak atau surirumah tu boleh bersedekah tak perlu  keluar pun.Cik Sue pun dah cuba sedekahkan sambal hitam,memang mudah sangat.


Korang cubalah download dan guna,mesti seronok bersedekah dengan cara mudah,jimat dan senang bersedekah kepada orang yang memerlukan.Jom download ramai-ramai ajak kawan-kawan,jiran-jiran ,rakan-rakan opis  jommmm....

FB : ohfreefoodofficial
IG : @ohfreefoodofficial
Website : www.ohfreefood.com


Kempen Sasucare sempena Ulangtahun ke 3 Sasuke Outlet

$
0
0
Korang pernah dengar nama Sasuke Premium Outlet tak? Haaaa Cik Sue first time dengar ni,ingatkan kedai makan ,maklumlah nama Jepun kan,rupanya butik pakaian preloved menjual pakaian terpakai dari Jepun yang berkualiti tinggi.Lama dah diorang kat Malaysia,dari 2016 lagi rupanya,dan dah banyak cawangan pun.Pakaian yang di jual bukan ala-ala bundle longgok tau tapi yang berkualiti dan berjenama,ni Cik Sue dah pergi shopping sendiri pun.Harga pula sangat la sesuai untuk rakyat marhaen macam Cik Sue ni hehehhe.Bukan pakaian dewasa sahaja untuk kanak-kanak pun ada.


Sempena ulangtahun ke 3 mereka Sasuke Outlet melancarkan kepen SASUCARE,iaitu singkatan Sasuke dan Care sebagai tanggungjawab sosial mereka dengan kerjasam KINDNESS MALAYSIA,perlancaran diadakan pada 18 April lepas di De Palma Hotel Ampang juga sempena bulan kesedaran Autisme sedunia.


Kempen ini berlangsung selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2019 untuk membantu rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk menampung keperluan asas dan pendidikan.Korang boleh menyumbang dengan membeli sambil menderma di outlet-outlet Sasuke berdekatan kawasan anda.Pembelian lebih RM30 akan di ambil RM1 untuk sumbangan kempen ini.Hasil dari jualan akan di salurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.Mudahkan,sambil shopping pakaian cantik-cantik,dapat juga pahala menderma kepada anak-anak yang tak bernasib baik.



Pada majlis pelancaran yang lalu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Petaling (PPDK Petaling) di pilih sebagai penerima dan ahlinya di raikan dalam majlis ini.Seronok mereka menrima sumbangan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.Majlis di rasmikan oleh Ketua Wanita Wilayah Puan Idawatie Pariman dengan memotong kek perasmian.Serta penyerahan cek sumbangan kepada pengurusan PPDK Petaling.





Selain itu sesi cabutan bertuah untuk pelanggan Sasuke Outlet juga di jalankan oleh artis jemputan Tauke Jambu dan hadiahnya agak lumayan iaitu Ipad dan Baucer tunai.Kempen SASUCARE ini memberi peluang kepada pihak Sasuke mendekati masyarakat dan memberi sumbangan serta khidmat mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa,keturunan dan agama.


Shopping di Sasuke Premium Outlet, Bangi .

Sabtu lepas Cik Sue sempat ke outlet Sasuke di Bangi,memang rancang nak cari baju basahan raya Humaira macam tshirt dan jeans.Mula-mula masuk wahhhh cam macam butik mahal-mahal,sekali tengok baju kanak-kanak semua bawah RM30 je,wahhhhh berbaloi ni ,kualiti pula memang elok lagi ,kain sedap pakai,malah ada yang cantik macam baru lagi.


Bukan baju kanak-kanak je,ada jaket lelaki wanita,seluar jeans,tshirt pelbagai gred dan jenis,handbag wanita pun ada,blouse,skirt dan macam-macam la pakaian.Bagi Cik Sue memang berbaloi sangat la sebab masih cantik dan kualiti elok lagi.Baju Humaira dapat la 3 pasang ,dengan harga sehelai RM15 je.Cik Sue pun dapat la tshirt rm15 juga,puas hati dengan harga,kualiti dan layanan yang mesra.


ni salah satu baju Humaira beli kat sasuke outlet,macam baru,tak de kesan pakai pun.
Outlet lain Sasuke Premium Outlet ni selain Bangi,ada di Kajang,Danau Kota,Kg Pandan dan Bandar Seri Permaisuri.Jom terjah.

Untuk maklumat lanjut boleh klik :

Web www.sasukeoutlet.com
FB www.facebook.com/sasukepreloved
IG www.instagram.com/sasukepremiumoutlet_official

Hidangan berbuka lazat di Hanana Group ,Lugar De La Boda,Puchong

$
0
0
Hai semua,Cik Sue nak kongsikan satu lagi tempat dan pakej iftar untuk bulan Ramadhan akan datang ni.Pakej iftar yang diadakan di Lugar De La Boda ,Puchong anjuran Hanana Group memang menarik pada pandangan Cik Sue.

Asalnya tempat ini di bina untuk majlis perkahwinan dan keraian lain,tapi pada bulan Ramadhan ini,Hanana Group Sdn Bhd mengadakan buffet Ramadhan di sini,selain di Ambassador,Presint 15,Putrajaya.Tahun lepas rajin juga lalu di kawasan presint 15 tu dan nampak meriah je buffet di situ,Alhamdulillah tahun ni Cik Sue merasa hidangan lazat mereka di sini,tempat yang baru di buka tahun ini iaitu Lugar De La Boda di Puchong.

Selesa Dan Cantik.

Mula-mula sampai teruja Cik Sue tengok,walau dah banyak kereta dah masuk tapi kawasan parking masih banyak ruang dan luas.Dengan lampu teranag benderang,memang cantik untuk majlis perkahwinan,berbuka dan apa sahaja majlis diadakan waktu malam.



Nampak meriah sangat,sampai-sampai je Cik Sue dan Mr D terus cari surau sebab kami belum solat Maghrib,wahhhh cantik surau dan tandasnya.Masa sampai tu pun ada yang solat di ruangan terbuka khas di sebelah pentas.Mungkin untuk terawih bulan puasa nanti.







Ruangan makan pula luas dan susunan pun teratur senang nak bergerak,tidaklah tersenggol tetamu lain bawa pinggan mangkuk dan makanan nanti,dan jangan risau kalau nak makan dengan tangan ,sinki tempat basuh tangan banyak di sediakan. Sangat selesa tempat ni untuk bawa keluarga dan rakan-rakan gathering.








Menu Lazat dan Menepati Selera 

Menu  yang di sediakan agak meriah dengan konsep gerai terbuka dan di sediakan panas-panas untuk tetamu memang menepati selera Cik Sue sekeluarga.Jom tengok menu apa yang ada dan menarik di sini.



Menu pertama yang Cik Sue berbaris semestinya Kambing Grill,kat sini tak de kambing golek macam biasa tapi hirisan kambing yang di grill dan di makan dengan sos lemon dan black pepper,Ya Allahhhhh korang wajib cuba ,sedap yang amat,Cik Sue siap ulang 2 3 kali ambiltau,masuk kali ke 3 dah habissss haaa memang laku keras.





Selain kambing grill ada juga gerai Teppanyaki secara ala carte di sediakan panas-panas untuk korang.Jarang Cik Sue jumpa buffet ramadhan sediakan teppanyaki gini,dan Cik Sue dah cuba memang puas hati sebiji macam restoran.






Menu-menu lain pun tak kurang menepati selera kami sekeluarga,Mr D yang cerewet tu pun puji sedap-sedap makanan yang di sediakan,lauk pauk ala kampung,lauk daging dan kambing semua lembut dan sedap.Ada juga set-set nasi yang boleh di pilih seperti Nasi beriyani,Nasi Minyak,Nasi Tomato dan regunya lauk pauk kampung yang sangat kena dengan selera.

pilihan kerabu

hidangan nasi minyak 

piihan lauk pauk kampung

pilihan pencuci mulut
kek coklat tu sedappppp humaira habis dekat 8 ketul dia sorang,balik kenyang dengan kek je hahhaa



Dah kenyang makan nasi,sambil borak-borak nak balik tu boleh la cuba roti john,abc dan aiskrim yang di sediakan,satu lagi yang memang sedap kat sini korang kena cuba adalah Char Kuey Tiaw,sedap wehhhhh,yang ini pun Cik Sue menambah,siap suruh Mr D ambil 2 3 kali juga heheheh dasar kuat makan ngeeeee...



Siapa yang gemarkan laksa dan menu mee,mihun pun ada di sediakan,laksa asam dan mee/mihun sup.Supnya agak sedap di tekak Cik Sue la,tak seperti di setengah tempat yang kurang rempah,di sini terasa air rebusan dagingnya.





pilihan kuih muih melayu 

pilihan kudapan dimsum,cucur,keropok lekor dan wajib ada kurma untuk berbuka puasa.

pilihan minuman yang di sediakan,air panas pun ada lupa pulak nak snap gambar,ralit makan hehehe.


Harga berpatutan

ucapan dari owner Hanana Group Sdn Bhd

Harga yang di tawarkan bagi CikSue amat berpattan dengan apa yang di sediakan setaraf hotel ni,dengan kemudahan lengkap memang berbaloi dah harga tu:

Promosi Harga EARLY BIRD
Dewasa : RM59/ | Warga Emas : RM30/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM30/.
Promosi "EARLY BIRD" hanya sehingga 9 Mei 2019.

Harga Asal
Dewasa : RM68/ | Warga Emas : RM38/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM38/.

Harga Special Promosi!
1 Meja - 10 orang dewasa = RM580/.

Geng kuat makan semeja

budak kenyang makan kek je 




Jom ajak rakan-rakan dan keluarga berbuka bersama dan mengeratkan silaturrahim sesama kita di buffet Ramadhan anjuran Hanana Group ni,konpem korang puas hati,oh ya kalau jauh nak ke Puchong ,di Putrajaya Presint 15 pun ada juga kalau korang nak,harga pun sama je,makanan pun hampir sama.

Untuk tempahan maklumat seperti di bawah ,boleh call tuk booking tempat anda ye :

No.Tel :
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)

Facebook : Lugar De La Boda
Instagram : @lugardelaboda
Website : Hanana Group
Alamat HQ:

Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya


Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor


Berbuka di Ladang : Goat2Go,Maeps,Serdang.

$
0
0
Korang pernah rasa berbuka sebelah ladang kambing? haaaa rare kan? Cik Sue berpeluang baru-baru ni berbuka sebelah ladang dan zoo,sebenarnya first time juga tahu lokasi ni,memang menarik.Terletak dalam kawasan Maeps,Serdang berbuka di Goat2Go Teknocafe memang menarik.

kemain budak kecik tu tau....

Berbuka di tepi ladang

Apa yang menarik kat sini? Konpem la lokasi yang bersebalahan dengan mini zoo binatangnya menarik perhatian Cik Sue.Mula-mula sampai dah teruja sebab parking yang luas dan lapang di depan zoo,tertanya juga mana tempat makannya,oooo ada cafe kat situ juga,berkonsepkan open cafe.Tempat yang cantik dengan dekorasinya,ruang makan yang luas dan terbuka,rasaaaa je angin bertiup.




Kemudahan yang di sediakan pun lengkap,ada surau yang selesa,bilik air dan tandas yang bersih.Surau pun dekat sangat dengan tempat makan,tak perlu nak jalan jauh-jauh.Stesen-stesen makanan pun dalam jarak yang selesa tuk kita ronda ambil makanan,ala-ala food court gitu.


Ada juga live band yang membuat persembahan dan lepas berbuka sementara mak ayah berterawih anak-anak boleh masuk ke G2G Animal Garden dengan harga promosi RM5 sahaja bila berbuka puasa di sini,menarik bukan? Ada la aktivti lain seisi keluarga selain dari berbuka puasa.

Menu Enak Masakan Kampung

Apa menu yang menarik? Fuhhhhh semua menu menarik dan sedap,terutama menu kambing,tak pasti pula di ambil dari peliharaan sendiri atau tidak tapi memang fresh dan sedap masakannya.Kambing golek pun sedap lembu dan juicy isi dagingnya.Yang sup dan kari pun walawehhhhh,rasa nak tapau bawa balik,padu betul.Berbaloi berbuka di sini untuk harga dan menu begini.

kambing golek yang sedapppppp...
sup kambing yg nampak biasa-biasa tapi padu beb rasanya dia,cukup semua rasa di tekakku.



kari kambing yang rasa nak tapau bawa balik cicah roti nan kat rumah sambil layan movie kat tv ehhhh...
Menu lain pun ada macam-macam lagi,ada pilihan nasi putih.nasi hujan panas,nasi minyak yang boleh di makan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk yang tak kurang enaknya,ala-ala masakan kampung nenek-nenek kita.Ada Masak lemak ayam,Ikan keli berlada,5 Jenis ikan masin,Sayur Campur,Ikan Dori SweetSour,Daging Salai Masak Lemak.

Ada juga pelbagai pilihan sambal seperti belacan,sambal goreng,budu,cencalok dan sambal gesek,semua sedap-sedap dan dihidangkan dengan ulam-ulaman segar.Digandingkan pula dengan acar dan papadom memang lengkap terus hidangan di sini.Oh ya.Nasi Mandy Kambing pun ada,lengkap dengan sambal dan acarnya,seperti hidangan di kedai-kedai arab tu,menarikkan?











Selain makanan ala kampung,untuk peminat appetizer ala western pula ada juga di sediakan,Aglio Olio Spageti,Angle Pesto,Mac and Cheese,Tomato Bruchetta.Coleslaw dan Mushroom Soup.Haaaa feveret si Humaira la Mushroom Soup tu.


Untuk pilihan pencuci mulut pula ada pebagai piihan bubur seperti bubur jagung,bubur chacha,bubur pisang,bubur kacang hijau dan macam-macam agi.Pilihan kuih-muih tradisional pun ada seperti kuih kastur,kuih karipap,samosa dan kuih getuk.Dan seperti biasa buah-buahan dan kurma di sediakan dan ada jeruk juga tau,menarik tu,boleh hilangkan muak makan nasi tu ehhehe.Ada juga Cream Puff dan kek-kek pelbagai perisa.






Oh ya.ada live kiosk juga yang memasak makanan panas-panas dari dapur atau di sediakan terus bila korang nak makan seperti Kuey Tiaw Kerang dan Mee Goreng serta Gerai ABC dan Cendol.

Pilihan air kat sini pun best tau,banyak pilihan minuman panas dan sejuk.Minuman sejuk pun ada macam-macam dan sedap-sedap seperti Soda Herb (hilang muak makan kambing banyak hehehehe) Sunquick,Sirap Selasih,Air Jagung,Jus  buah naga/buah tembikai,Jus buah nenas,koktel,Air keladi dan Bandung Soda,haaaaa menarik giler pilihan air dia,jus buah semua fresh.Jarang buffet Ramadhan nak sediakan variasi minuman macam ni.



Dannnnn ada minuman panas yang menarik tau,korang dah makan banyak-banyak dan bercampur macam-macam tu,kot badan masuk angin atau rasa sebu korang boleh cuba Teh Halia yang di sediakan khas,teh di rebus dengan buah pelaga dan halia,kemudian di bancuh dengan susu segar dan susu pekat manis.Fuhhhh Cik Sue memang suka betul,maklumlah badan banyak angi,legaaa je rasa bila minum panas-panas ehhhh jangan dok melepaskan angin sembarangan pulak tau hehehe sebab tu kena minum last-last sebelum balik hahahhaha.



Jom Berbuka di Goat2Go.

Jom bawa keluarga atau ajak kawan-kawan datang bebuka di sini,lepas bawa diorang pusing-pusing mini zoo sebelum balik ye,mesti anak-anak suka.Harga pun masih berbaloi,untuk sebarang majlis ada dewan di sediakan di sebelah kafe ini iaitu G2G Garden Hall yang boleh memuatkan sehingga 300 pax.Jadi kalau syarikat korang nak buat majlis berbuka,bolehlah rekemenkan,malah boleh guna beberapa jam sebelum waktu berbuka untuk acara seperti family day ,majlis-majlis anugerah atau mesyuarat tahunan.



budak kecik tu seronok tak pernah tengo pelita.

Harga :

Dewasa RM59.90
Kanak-kanak (6-12 tahun) RM39.90 (bawah 5 tahun FOC)

Sila Hubungi :
Whatsapp : 
011-65593877 (Afrina)
017-2739051 (Yun)



Bangi Golf Resort Kekalkan Tradisi Berbuka Bersama

$
0
0
Tiap tahun Bangi Golf Resort tak pernah mengecewakan bagi Cik Sue untuk pakej buffet ramadhannya.Memang happening dan memuaskan hati,walau agak ramai saat berbuka tapi itu la bukti menjadi pilihan ramai saban tahun.Untuk tahun ni Cik Sue nak puji sebab diorang dah besarkan surau malah serba baru dan selesa sangat dan,cantik pula tu surau dan tandasnya.


Tarikan terbaru pula ada tempat mainan untuk anak-anak kecil tapi sila patau sendiri ye,mak ayah boleh la makan dengan tenang bergilir-gilir tak de la anak tu bosan je menunggu mak ayah makan kan,boleh pulak berkawan ramai-ramai,haaa tak de la anak meraung bosan lama-lama menunggu.




200 Pilihan Menu Berbuka

Pilihan menu kat sini tak perlu di pertikaikan lagi setiap tahun,memang puas hati dengan harga buffet yang di tawarkan.Cik Sue setiap tahun memang menu kambing la cari dulu,kambing golek ,sup kambing kat sini memanggggg padu tauuu...rugi tak cuba.Tambahan dengan menu2 lain yang sedap-sedap dan menambat selera seperti western food spageti,lauk pauk,nasi ayam dan banyak lagi lah.










Hidangan tradisi melayu seperti nasi kerabu ,kuih muih tradisional dan sate pun ada,memang terbaik.Ditambah denagn kambing golek dan sup kambing ala mamak yang emmang menjadi pujaan hatiku hehehe itu yang di terjah dulu setiap kali pun.













Amacam? tergoda tak dengan gambar-gambar menu di atas,banyak lagi sebenarnya tak larat Cik Sue nak senaraikan maklumlah 200 jenis pilihan menunya,sebut je nak makan apa Insya Allah ada.Dan seperti biasa raja buah memang menjadi king la pada buffet ramadhan,di hidangkan dengan isi buah kekuningan dan lemak padu kata orang,fuhhhhh memang terigau-igau la balik rumah hehehehe.Kualiti terbaik yang di hidangkan untuk korang tau.



Buka Sesama ,Eratkan Silaturrahim

Jom la kta ajak keluarga,adik beradik,kawan-kawan opis,kawan-kawan sekolah buat reunion ke gathering ke berbuka sesama di Bangi Golf Resort ni,memang meriah dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita,kena pulak yang dah lama tak jumpa tu kan.






Untuk tempahan korang boleh hubungi maklumat yang di beri ni ye :

Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: Bangi Golf Resort
Instagram: @bangigolfresortofficial

Tips elakkan gastrik dan pedih perut di bulan puasa.

$
0
0
Salam 5 Ramadhan semua,macam mana puasa korang? Dah ada yang terbabas ke hehehhe,Alhamdulillah puasa tahun ni sekali lagi Cik Sue memilih susu Lazz Susu Kambing sebagai minuman wajib bersahur.Lepas bersalinkan Humaira Cik Sue dah mula ambil susu ni sebab sebagai booster susu badan,terus la amalkan sepanjang puasa,dan Alhamdulillah serasi sangat.Kalau nak tahu Cik Sue ni ada masalah gastrik dan pernah sampai masuk hospital,selalu kalau puasa pukul 11 12 tengahari dah pedih memulas-mulas perut,tahap guling-guling tak boleh buat apa dah tu.


Kenapa Gastrik dan Pedih Perut di Bulan Puasa? 

Kenapa selalu kita dengar ramai yang gastrik dan pedih perut terutamanya di bulan puasa ni? Bagi Cik Sue senang je sebenarnya,cara pemakanan tu yang memainkan peranan dan kena tengok apa yang kita makan tu sebenarnya.Banyak tips dan senarai yang kita boleh ikut kalau tak mahu gastrik atau pedih perut di buan puasa ni.Meh Cik Sue kongsikan :

Elakkan :

-Makanan bergoreng
-Makanan dalam tin-asid yang tinggi.
-Minuman bergas.
-Makanan yang mempunyai asid tinggi seperti limau dan oren.
-Merokok.
-Minuman tinggi kafein seperti teh dan kopi (Cik Sue penggemar kopi dulu selalu pedih perut sebab suka minum kopi waktu sahur,sekarang ganti dengan Lazz Susu Kambing Choco,besttttt)
-Tidur sebaik sahaja lepas sahur dan berbuka (sebab tu kena solat dan terawih hehehehe)
-Berbuka dengan kuantiti makanan yang banyak.

Amalkan :

-Berbuka dengan sederhana, dan jarakkan pengambilan makanan contihnya bebruka dengan kurma dan air dulu,solat maghrib dan baru makan makanan berat,lepas terawih pulak boleh ambil buah-buahan.
-Segerakan berbuka dan lewatkan bersahur
-Makan makanan yang di panggang dan rebus lebih elok.
-Minum air kosong sekurangnya 2.5 liter sepanjang malam.
-Minum susu dan air buah yang tidak berasid semasa sahur  seperti pisang.
-Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks seperti  beras perang,kekacang badam dan oat.

Haaaaa banyak tips dan petua yang boleh di ikutkan,Cik Sue ni penggemar kopi,dulu-dulu sebelum ada anak suka bersahur minum kopi,pastu minum pula 3 in1 tu haaa pedih perut guling-guling di buatnya,tambahan dulu kerja,memang masalah la kat pejabat.Alhamdulillah sekarang sahur memang tak cari kopi dah sebab ada Lazz Choco hheheeh,nak juga yang berperisa sebab Cik Sue tak tertelan susu original hehehe.

Lazz Delivery 

Satu benda yang Cik Sue suka dan tarikan nak amalkan Lazz Susu Kambing ni sebab cara dapatkannya senang,tak payah nak gi kedai atau keluar rumah,start kereta bagai.Order je di www.lazzdelivery.com .Siap hantar sampai pintu rumah di waktu yang kita ada di rumah,boleh deal siap-siap dengan agen tu nak hantar pukul berapa.Bayar masa dapat susu tu,senangkan? Buat apa susah-susah kalau ada cara mudah? hehehehe.


Sebelum start bulan puasa baru ni Cik Sue restock susu ni,Cik Sue pilih Lazz Choco dan Lazz Kurma.Yang kurma tu Cik Sue ambil yang sachet senang nak bekalkan kat Mr D bila dia kena kerja danbersahur kat site,maklumlah bulan puasa pun kena jaga projek tak kira masa,senang bagi je bekal dan sachet susu ni,nak bancuh pun senang kat pejabat.


Alhamdulillah,sekarang sahur memang wajib Cik Sue dan Mr D ambil susu Lazz ni,bukan sahaja elakkan gastrik dan pedih perut malah rasa lebih lama kenyang dan cergas buat kerja seharian,tak rasa perut kosong atau masuk angin.Cik Sue siap boleh vakum dan kemas satu rumah lagi hehhee...

budak nyebok excited dengan gambar omar hana tu hahhaha..

Semalam kebetulan adik bongsu datang berbuka dan bersahur kat rumah Cik Sue dia pun mengadu sakit perut pedih bila tengahari dan dia lagi teruk gastrik dari Cik Sue,jadi waktu sahur tu Cik Sue bancuh sejag kecil terus susu Lazz Choco untuk kami bertiga,Alhamdulilllahhhh siap boleh gi shopping dah tengaharinya hahahhaha.Terus bagi dia beberapa sachet bekal tuk dia balik asrama,dan dia pun nak order dengan delivery tu nanti.


Kalau korang nak cuba boleh klik link lazz delivery kat bawah ,isi borang dan agen akan hubungi korang ye,mudah sangat,tunggu je kat rumah.Sekotak RM45 sahaja dan ada banyak pilihan pakej yang jimat tau : 

Delivery : www,lazzdelivery.com

Senarai Nama Ejen : Agen & Pengedar

Website : LAZZ Susu Kambing

Facebook : LAZZ Susu Kambing

Instagram : @lazzsusukambinghq

Cari Panduan Untuk Berjaya? Sertai Program Keusahawanan "Nak Ubah Hidup 2019"

$
0
0

nakubahhidup 2019

Setiap tahun kita pasti berazam untuk berjaya dalam hidupkan? tapi selalu terbabas tak tau hala tuju dan matlamat.Kita inginkan hidup yang bebas dari masalah kewangan,tekanan kehidupan ,perniagaan dan peribadi,tapi tak tahu macam mana menguruskan semuanya,tak tahu macam mana nak keluar dari semua masalah yang melanda.Masih mencari kekuatan diri untuk meningkatkan potensi perniagaan,ingin mencapai impian dalam hidup yang sebenarnya mudah kalau tahu cara dan langkah yang betul.

Jika korang dalam situasi di atas memang sesuai menyertai program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.


Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.01 AM (1)

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

WhatsApp Image 2019-05-05 at 9.46.20 AM


Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks 

Seorang yang tak asing lagi dalam memberi kursus perniagaan dan telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.


Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.32 AM

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.02 AM

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.10 AM (1)


“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.



Jadi tunggu apa lagi? korang yang nak ubah hidup ke arah yang lebih berjaya dan gemilang tu patut sangat sertai program ni,korang akan di bimbing dari kosong ye,Insya Allah akan lebih berkeyakinan dan tahu hala tuju untuk lebih berjaya dalam perniagaan dan hidup.korang boleh klik www.nakubahhidup.comuntuk daftar,cepat tau kang penuh pula,melopong laaaaa..... pendaftaran di buka sekarang ye...sila cepat.


Untuk maklumat lanjut, layari:

Raikan Anak Yatim Di Bulan Mulia : Terima Kasih McDonald’s dan PPZ-MAIWP

$
0
0
Di bulan yang mulia ini, umat Islam memang di tuntut untuk meraikan fakir miskin dan anak yatim, menghulurkan bantuan dan memudahkan kehidupan mereka,tapi bukanlah semata-mata di bulan Ramadhan sahaja,di masa yang lain pun perlu juga.Cuma di bulan mulia ini meraka lebih diraikan tambah-tambah untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria.Supaya kita si pemberi dapat sama meraikan kegembiraan mereka menyambut hari raya,semoga dengan bantuan dan sumbangan yang di hulur oleh pelbagai pihak mampu mengukirkan senyuman di wajah mereka.


Bagi Cik Sue sendiri,kalau berkaitan anak yatim ni memang agak mudah tersentuh hati,nampak mereka ceria seronok dengan kawan-kawan tapi sebenarnya jauh di sudut hati kita tak tahu apa yang mereka simpan dan rasa bila melihat keluarga orang lain yang lengkap.Cik Sue sendiri ada anak-anak saudara,dan sepupu-sepupu anak yatim,pastinya tidaklah di lupakan setiap kali Ramadhan dan Aidilfitri.Selain bantuan kewangan ,selalu juga cari masa menggembirakan hati mereka supaya tidak terasa kekosongan. Teringat pula zaman buat kerja amal mengajar tusiyen di rumah anak yatim dulu-dulu zaman bujang,rindunya kat adik-adik tu,mereka lebih menghargai kita sebenarnya bila dekat dengan mereka,sangat dahagakan kasih sayang.


Iftar Anak Yatim bersama McDonald’s-PPZ MAIWP 

Alhamdulillah ,Ramadhan kali ini Cik Sue sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan anak-anak yatim yang di raikan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada khamis lepas di Masjid Usamah Bin Zaid,Wangsa Maju,Kuala Lumpur.


Majlis berjalan lancar dan meriah,malah bertuah bila dapat mendengar tazkirah dari Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Mufti Wilayah Persekutuan yang hadir sebagai tetamu terhormat.Antara tetamu lain yang hadir adalah  Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff,Ketua Pegwai Eksekutif PPZ-MAIWP dan En.Azhar Darbi Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman,McDonald’s Malaysia.



Sumbangan yang bermanfaat 

Pada majlis ini McDonald’s berbesar hati meraikan lebih 500 anak-anak dari 10 rumah kebajikan dengan harapan dapat memberi senyuman kepada mereka sempena sambutan Ramadhan dan Aidilfitri nanti.Setiap anak yantim menerima sumbangan duit raya dan setiap rumah kebajikan meneriam sumbangan RM5,000 dari RMHC.Antara penerima adalah :

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Rumah Perlindungan Nur Qaseh
Rumah Anak Yatim Nur Iman,Danau Kota,Setapak.
Titian Kasih,
Pusat Jagaan Kasih Murni.
Darul Fikir.
Baitul Hasanah.
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha
Rumah Penyayang Darul Ilmi
Baitul Ehsan.


Cik Sue memang memuji usaha McDonald’s Malaysia yang banyak menjalankan aktiviti kebajikan terutama kepada kanak-kanak,contohnya melalui Pertubuhan Kebajikan  Ronald McDonald Malaysia .Malah dalam bulan Ramadhan ini juga mereka banyak menaja moreh-moreh di banyak lokasi surau masjid ,IPT seluruh negara.Semoga usaha begini dapat di teruskan.


Yang terbaru juga McDonald’s meraikan Anugerah Guru Inspirasi untuk tahun ketiga bagi memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang memberi  impak positif kepada pelajar,manakala Bulan Komuniti pula satu inisiatif sebulan Oktober setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Malaysia di penuhi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Tersentuh juga rasa hati melihat wajah-anak-anak yang hadir pada majlis itu,sempat juga Cik Sue berbual sebelum  pulang,ramai yang seronok sebab boleh mengumpul duit raya untuk keperluan belajar dan seharian nanti.Ada juga yang ingin menabung untuk bekalan masa depan,Alhamdulillah,terima kasih kepada McDonald’s Malaysia.


Semoga dengan aktiviti begini dapat menyemarakkan lagi usaha yang sama dari syarikat-syarikat lain di Malaysia serta dapat mendidik kita umat Islam lebih prihatin dengan keperluan anak-anak yatim dan fakir miskin.


Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita di terima.

#McIndahnyaRamadan #McDonaldsMalaysia

Beli Barang Basah Segar dan Murah di Segifresh

$
0
0
Korang selalu beli barang basah kat mana? Cik Sue sebelum ni merata-rata ikut dan je,yang paling mudah dan kalau terdesak kedai orang Aceh kat area rumah ni la ,tapi harga agak mahal sikit la huhuu tapi tu time terdesak bila terputus bekalan je.Cik Sue jenis suka shopping barang dapur dan akan simpan stok kat rumah sekurangnya untuk 2 minggu paling lama.


Nak share dengan korang ni ,sekarang pilihan Cik Sue kalau beli barang dapur dan lauk pauk mesti nak pergi Segifresh,mesti korang tertanya-tanya kenapa kan,meh Cik Sue share.



Jadi Cik Sue suka pegi Segifresh ni bermula sebab cari ikan bilis masa on the way nak balik rumah mertua kat Sungai Buloh,singgah beberapa tempat semua ikan bilis hapak dan tak elok kualitinya,sekali nampak Segifresh tepi jalan,terus suruh Mr D singgah sebab tak pernah masuk,penilaian pertama ,mesti barangan dalam ni segar-segar tapi mahal ternyata salah.Murah-murah je harga,malah ada sayur-sayur dan buah lagi murah dari pasar borong.Berbalik tujuan asal nak cari ikan bilis,memang puas hati la,berkualiti harga berbaloi,banyak jenis untuk di pilih.

Jadi sekarang memang Cik Sue cari Segifresh la untuk stok barang basah dan lauk pauk sekeluarga,tambahan pula ada juga jual borong barang-barang kering seperti susu Humaira iaitu susu kotak ,Cik Sue memang beli 1 karton terus senang.


Pertengahan puasa baru-baru ni Cik Sue sempat ke Segifresh Balakong yang paling dekat dengan rumah,tak sampai setengah jam pun.Dan yang bestnya Cik Sue shopping lebih kurang rm150++ je tuk stok 2 minggu lebih,tu pun siap tambah susu Humaira segala la,memang jimat.


Apa yang Cik Sue shopping? Ha lauk pauk tu banyak juga la sebab prepare tuk buat potluck sekali ,nak bawa balik makan-makan berbuka rumah mak sekali,lebih la sikit belinya.Ada tulang lembu,ikan tongkol,bahagian2 ayam,udang,isi kerang dan daging kambing yang dah siap potong.Semua segar-segar dan harga berpatutan.

















Untuk sayur dan buah pula,banyak juga Cik Sue memborong,sambil pilih sambil plan nak masak apa.Cik Sue ambil bayam merah yang segar tu,cendawan putih yang siap packing,petai sebab nak buat sambal udang petai,daun kunyit,cili merah,kobis,tomato,lobak merah,nenas,baby corn,dan ambil buah mangga sikit tuk Humaira,Ya Allahhh manis betul mangga tu sebiji kupas Humaira sorang makan hehehe.


Memang puas hati sangat beli barang-barang kat sini.Barang-barang kering pun banyak pilihan,ruang dalam kedai yang luas dan selesa mudah nak.bawa stroller anak sekali masa shopping.Ye la,mak2 datang beli barang angkut sekali ngan anak2.



Satu lagi yang Cik Sue perhatikan bangunan Segifresh mesti berasingan dari bangunan lain,dan parking memang mudah,bagus sangat,memudahkan kan,tak payah nak berebut parking.






Satu lagi yang best,Segifresh ni ada sayur-sayur kampung,macam pucuk ubi,ulam pegaga,jantung pisang haaa kat bandar susah nak jumpa tapi ada si Segifresh.


Alhamdulillah lepas shopping barang basah sempat masak sup tulang,bayam merah tumis tuk bawa balik berbuka kat rumah mertua,syukur ,rezeki di kongsi bersama.




Jom korang shopping di Segifresh ,banyak je cawangan kat Lembah Klang ni,search je yang berdekatan dengan korang ye. Tambah-tambah nak buat persiapan raya ni kan,nak cari lauk pauk eloklah cari di sini,semua segar dan murah.









Korang boleh rujuk kat sini ye kalau nak tahu cawangan dan promosi terkini :

https://www.facebook.com/Segifresh/
https://www.segifresh2u.com
https://www.instagram.com/segifreshmarket/

Kebaikan Bijirin dan Makanan Sunnah Dalam S Great Grain dari Surya Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum semua,ada yang suka makan bijirin tak? terutama mesti la yang rajin menjaga kesihatan kan,eh sekarang bukan tuk yang rajin je dah jadi wajib tau jaga kesihatan tu.Zaman sekarang ni kesihatan dan pemakanan perkara penting nak kena jaga tau,dengan lambakan produk pelik-pelik yang mengandungi entah apa-apa bahan,wajiblah kita menjaga tubuh badan yang pinjaman ini ecehhh.

Tapiiiiiii,masalah Cik Sue ni tak suka dan ngengada tak boleh nak telan bijirin dalam versi asal,contoh oat yang di masak atau apa-apa bijirin pastu campur susu atau buah bagai tu,huhuuu tak tertelan wehhhh haaaa perangai kan.Sekarang Cik Sue tak perlu risau dah,tak susah dah nak jaga kesihatan macam korang semua tu,lagi senang tak payah nak potong buah bagai,nak masak-masak oat atau nak sediakan dengan renyah tu,semua dalam satu sachet je,tuang dalam cawan dan bancuh je dengan air panas,minum je,semudah abc je ehhh heheheheh apa benda yang Cik Sue nak bagitau ni,haaaa inilah S Great Grain dari Surya Malaysia.Dah la sedap,berkhasiat,sangat mudah di sediakan.



Mengandungi Bijirin Berkhasiat

S Great Grain ni memang cukup lengkap segala khasiat tau,mengandungi kombinasi 18 jenis bijirin dan 5 bahan semulajadi makanan sunnah istimewa menjadikan ia super food yang bagus untuk badan kita.Antara 18 bijirin itu ialah :

-Beras Merah
-Kacang Merah
-Kacang Hijau
-Kacang
-Benih Coix
-Biji Bunga Teratai
-Biji Rami
-Bijan Hitam
-Kacang Walnut
-Aprikot
-Kacang Hitam
-Chia Seed
-Beras Pulut
-Beras Perang
-Jagung
-Kacang Soya
-Gandum
-Sekoi

Haaaaa semuanya bijirin yang berkhasiat dan mengenyangkan,malah baik untuk organbadan manusia seperti jantung ,hati,paru-paru ,buah pinggang dan perut kita tau.Sebab itu ia sangat sesuai di ambil untuk sarapan,cukup lengkap nutrisinya.Malah bijirin yang ada ni membantu pengurusan berat badan yang sihat,membantu mengawal keseimbangan glukosa darah,menggalakkan kesihatan sistem pencernaan dan sumber serabut atau fiber untuk diet sihat.



5 Makanan Sunnah Terbaik

Selain kombinasi bijirin dalam sachet minuman ni,ada juga campuran makanan sunnah yang terbaik di masukkan bersama.Zaman kini kita makin menyedari dan mula mengamalkan makanan sunnah yang rata-rata tahu besarnya khasiat dan kebaikan setiap satunya.Jadi tak perlu susah payah mencari dan nak campurkan lagi,dah siap-siap ada dalam 1 sachet ni,maknanya tadi dah 18 bijirin sekarang tambah lagi 5 jenis super food makanan sunnah,wahhhh hanya dalam 1 sachet korang akan dapat khasiat terbaik tau.Antara makanan sunnah yang di masukkan adalah :

-Jintan Hitam
-Buah Zaitun
-Buah Delima
-Madu
-Buah Ara

Kebaikan bahan istimewa ini dapat membantu meningkatkan imuniti badan,sebagai sumber antioksidan,membantu melindungi kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan kulit,wahhhh boleh cantik juga rupanya.


 Cara Pengambilan :

Cik Sue guna cara yang paling mudah la,bancuh je 1 sachet dengan secawan air suam dan terus minum.Sekali sehari biasanya waktu sarapan,tapi kalau terlebih rajin bancuh 1 sachet dengan tepung gandum dan buat lempeng atau penkek pun ngam woooo cicah sambal tumis,ehhh terliur plak hehehehe...

Boleh juga kalau nak masukkan dalam bancuhan biskut ataupun nak buat overnight oat pun ok tambah buah segar dan simpan dalam peti ais.Kita buat dia kannnn hehehe,ikut suka la nak makan minum macam mana asalkan masuk dalam perut,ikut selera masing-masing.




Dan jangan risau S Great Grain ini di sahkan halal JAKIM ye,boleh di ambil tanpa ragu-ragu.Jom dapatkan khasiat terbaik dari sumber makanan hebat ni.

Korang boleh dapatkan  Surya S Great Grain di :
Watson, Himalaya, farmasi terpilih atau shopee
Shopee : SGGShopee
Facebook : Surya.Malaysia
Instagram : @surya.malaysia

Impian belum tertunai : Jejakkan kaki ke Western Australia.

$
0
0

Semua orang punya impiankan? Dan pastinya ada berbagai impian yang kita angankan untuk menjadi kenyataan.Bagi Cik Sue tak salah kita impikan sesuatu dan kita usahakan,mungkin inilah rewards atau ganjaran untuk kita dan keluarga selepas bekerja mencari keselesaan hidup.

Dah umur-umur begini selain punya rumah sendiri ,Cik Sue teringin juga nak berjalan di atas muka bumi Allah ni,menikmati keindahan yang di ciptakan.Yelah,muda-muda nak travel melancong bagai,asyik kerja je,asyik cari duit nak settle kan komitmen hidup huhuuu,dah lega-lega nanti bolehlah plan nak berjalan ke berehat ke kan.

Salah satu tempat yang ada dalam senarai Cik Sue nak pergi selain Cordoba (nak jugakkkk sebut hahahha) adalah Western Australia.Haaaa kenapa Cik Sue pilih kat situ,sebabbb terpengaruh dengan drama TV ahahahhah gelak la gelaaakkkk ,nak buat cam ne,tetiba time tengok tu terus tertawan dan cakap ngan Mr D ,dia pun kata cun gak.Drama TV apa? Alaaaa yang Zahirah McWilson ngan Shahrul Ridhwan berlakon tu.



Haaaa ni la drama tu,suka sangat tengok tempat-tempat yang diorang pergi tu,pastu dok berangan jenjalan ngan anak dan laki,haaaa berangan itu percuma ye hehehhe,tapi kalau kita usaha Insya Allah boleh jadi kenyataan.

Hasil dari kajian Cik Sue cewahhhh,Western Australia ni sangat kaya dengan flora dan fauna yang cantic serta memukau pandangan ye,haruslah Cik Sue teruja,sejenis yang suka bersatu dengan alam kan heehhe.Fakta yang harus korang ketahui Western Australia adalah habitat atau rumah kepada lebih 540 spesis burung ye.Haaaa jenuh la tengok burung di tepi pantai yang memukau pandangan tu.Selain tu pelbagai spesis tumbuhan dan hidupan boleh korang temui di sini tau,yang pelik-pelik tak de kat tempat lain pun ada.

Lagipun bagi Cik Sue,Australia ni tak de la ambil masa perjalanan jauh sangat macam pergi Eropah atau Timur Tengah sana,tak jauh pun dari Malaysia kan,tapi masih ala-ala Europe gitu hehehe.Dengan bentuk muka bumi yang unik,ada gumuk pasir,ada padang savanna nya,pesisiran pantai yang menawan serta gunung-ganang serta kehijauan yang memukau,selain tarikan tempat-tempat bersejarah serta kebudayaan yang memang Cik Sue suka nak teroka,lebih menambahkan keterujaan untuk ke sana.Tambahan lagi sekarang banyakflight to Australia yang di sediakan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa dengan harga berpatutan.

Tempat Menarik


Dok usha-usha pasal Australia ni Cik Sue dah siap berangan tau mana tempat-tempat best nak bawa family kecil Cik Sue jalan-jalan,siap dah plan mana yang seronok nak jelajah.Jom tengok antara tempat yang menarik boleh kita jelajah kat Western Australia ni.
The Pinnacles
Sekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, korang akan sampai ke kawasan padang pasir The Pinnacles yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto ,memang jadi pilihan kaki Instagram la ni heheh. Kalau bernasib baik, mungkin  dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka.
Dari info yang Cik Sue dapat kalau datang pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar.
Nasihat  sebelum ke sini, jangan lupa  untuk membawa air minuman yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di sini, nanti kehausan di padang pasir siapa nak tolong?



Penguin Island

Datang jauh-jauh mestilah nak tengok apa yang tak de di Malaysia kan? Penguin Island hanyalah 45 minit perjalanan dari Perth. Semasa perjalanan feri untuk ke Penguin Island, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan, dari feri lagi anda sekeluarga terhibur dengan fauna hidupan yang terdapat di sini, bagaimana pula di pulau penguin?
Sampai sahaja di Penguin Island korang boleh  mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia! Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.


 Scitech Discovery Centre

Untuk Humaira pula mestilah ibu nak bawa ke tempat yang menarik dan boleh memberi pelajaran untuk dia,berseronok sambal belajar kan.Pusat sains di Australia yang diberi nama Scitech Discovery Centre ini tidaklah besar mana, tapi mudahlah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang  cukup interaktif dan menyeronokkan.
Cukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.



Old Mill


Cik Sue kan suka sejarah dan kebudayaan,haaa tempat macam ni haruslah di kunjungi,selain pemandangan yang cantik dan unik ,kat sini kita boleh tengok kehidupan masyarakat setempat.
Mula dibina pada tahun 1835, Old Mill merupakantempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi.
Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!

Elizabeth Quay
Dengan  Encik Suami nak la juga romantik malam-malam menikmati kecantikan Western Australia ni kan,haaaa bolehlah ajak dia jalan-jalan sambal ambil angin kat sini.
Elizabeth Quay ini sebenarnya masih baru lagi dibuka iaitu pada 29 Januari 2016, tapi punyalah banyak tarikan yang ada di sini seperti taman permainan, BHP Billiton Water Park, gerai-gerai makan dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan ataupun sekiranya  tak nak keluarkan duit langsung, anda boleh sahaja berjalan-jalan di sekitar sungai dan menaiki jambatan yang terdapat di sini untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan latar belakang yang sangat cantik.




Avon Valley


Ni satu lagi tempat yang Cik Sue teringin nak jejak,bolehlah berposing ala-ala filem hindi tu kan,acah-acah wat video klip guling-guling ngan en suami heheheehe.Setibanya  di Avon Valley ini kita akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa. Lagi best kalau  ke sini pada musim bunga, kita dapat melihat pelbagai tumbuhan dan bunga kembang mekar, bolehlah dijadikan latar belakang untuk bergambar.Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza seperti menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving. Kalau dah puas memacu adrenalin, juga boleh membawa keluarga melawat galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, muzium dan tarikan bersejarah yang banyak terdapat di sini.




Fremantle Markets
Kalau dah sampai ke luar negara tu, mesti nak bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang bila balik nanti kan? Jadi, jangan terlepas singgah ke Fremantle Markets.Dekat sini korang boleh jumpa pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ni.Macam bazar la kalau tempat kita ni.
Bukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti. Bagi Cik Sue kalau nak tau budaya dan cara hidup masyarakat setempat korang try la pergi pasar diorang mesti boleh lihat apa makanan tradisi,barang-barang tradisi diorang,kat situ boleh tengok cara hidup diorang,tak caya cuba la.


Eh banyak lagi sebenarnya tempat-tempt menarik yang korang boleh terjah tau ,tu belum lagi pusat bandar terkemuk Perth tu .Macam-macam korang boleh teroka,tak larat aihhh nak senaraikan panjang-panjang kat sini,korang pi la selidik sendiri na hehehe.

Selain survey tempat menarik dan spot-spot best yang nak terjah kena la jugak usha-usaha hotel serta flight tiket dan macam mana nak sampai ke sana.Takkan nak dayung sampan merentas laut pulakkkkk kannnn heheheh…

Promosi Terkini


Godek punya godek Cik Sue dah jumpa web best tuk bercuti tau,dan merangkumi hotel serta tiket flight sekali,yeayyy memang memudahkan kerja ni.Siap ada pakej-pakej menarik yang ada diskaun terus siap flight ,hotel dan tempat menarik tau,mana lagi nak cari ,dah ada benda yang mudah napa nak susah-susahkan  haaa gituuuu.




Berita baik la sebab Traveloka Promo tengah adakan promosi ke Western Australia ni,haaa korang mana-mana yang nak pergi dulu tu cepat-cepat grab peluang ni tau.Cik Sue pun tengah hantar “proposal” kat big bos aka En Suami ni,doa-doakan proposal tu lepas ye hahahhaa…

Antara promosi yang di tawarkan adalah :

Flight: RM 100 OFF
Hotel: 15% OFF, up to RM 80
Flight + Hotel Package: 15% OFF, up to RM 100
Xperience: 15% OFF, up to RM 50

Haaaa banyak tu penjimatan,siap ada pakej-pakej sekali,malah dah diuruskan siap-siap tau.Macam mana nak dapatkan promosi Traveloka ni,senang je ,tengok gambar kat bawah ni ye :






Dahhhhh tak payah dok menung lagi ,klik  https://www.traveloka.com/en-my/promotion/western-australia. Dan dapatkan apa yang korang nak ye,Cik Sue nak pergi godek lagi,cari info,buat proposal dan bentangkan,moga-moga di luluskan oleh bg bos niat nak beromantika di Western Australia ni.

Surya S Great Grain Minuman berkhasiat dan Mengenyangkan.

$
0
0
Assalamualaikum dan hai semua,

Kenapa nak susah-susah kalau ada cara senangkan? Yeee nak kongsi la ni,Cik Sue dah jumpa cara mudah dan senang untuk mengenyangkan perut terutama untuk ibu-ibu yang sibuk dan terkejar-kejar sepanjang hari,tak kisah la suri rumah ke,ibu bekerjaya ke,korang memang perlukan benda ni,benda apa? Cer baca kat SINI dulu hehehe....



Mudah dan Cepat.

Haaaa inilah Suya S Great Grain yang menemani Cik Sue sepanjang Ramadhan yang lepas dan sampai sekarang.Sangat-sangat membantu bila pagi-pagi dah kelam kabut dengan anak merengek,laki nak gi kerja,perut dah berbunyi-bunyi ,sejenis yang bangun tido je lapar hahahha,buka sachet bancuh je dengan air panas,Cik Sue suka minuman panas-panas di waktu pagi,habis secawan,yaaaa Alhamdulillahhhh kenyang,kekadang sampai zohor kekadang sampai pukul 11 atau 12 je tengok keadaan.



Tak perlu nak masak atau penyediaan yang rumit,bancuh je,ikut suka nak panas atau sejuk,terpulang selera masing-masing.Oh ya,sebenarnya boleh juga masukkan dalam bancuhan penkek atau lempeng tau,lebih mengenyangkan,kita buat dia,reka je kot mana pun asal boleh telan. Sebab khasiatnya memang banyak dengan gabungan pelbagai bijirin.


Kaya khasiat dari bijirin terbaik

S Great Grain ini adalah gabungan 18 jenis bijirin dan 5 bahan semulajadi yang mana adalah makanan sunnah juga.Ia adalah minuman lengkap dengan pelbagai khasiat.memang baik untuk tubuh badan.Mempunyai kandungan serat dan serabut yang tinggi sesuai untuk diet dan kuruskan badan,ramai juga kawan-kawan yang amalkan kata mebantu turunkan berat badan,tapi Cik Sue sendiri tak timbang lak heheheh,sebab tak fokus untuk diet pun,hanya ambil untuk kenyangkan perut ye la kan daripada tak ambil langsung sarapan lepas tu gastrik,baikla bancuh je secawan pagi-pagi tu.


Antara khasiat yang terkandung dalam minuman bijirin ni adalah :

- membantu mengawal glukosa darah
-menggalakkan sistem pencernaan.
-sumber antioksidan
-meningkatkan imuniti tubuh.
-membantu kesihatan jantung.
-membantu mengekalkan kesihatan kulit.


Membantu masalah gastrik

Cik Sue ni sejenis yang tak boleh berlapar dan tak boleh skip atau lambat makan,nanti perut masuk angin pastu tergolek-golek la kena gastrik.Alhamdulillah S Great Grain ni sangat membantu bila pagi-pagi kalut dengan anak atau nak cepat ke mana-mana tak sempat nak buat sarapan yang sempurna elok-elok,Cik Sue bancuh je minuman bijirin ni,memang mengenyangkan dan terjaga la sikit perut ni.

Masa bulan puasa hari tu pun Cik Sue amalkan pada waktu sahur,en suami pun join sekali,memang memberi tenaga dan kenyang untuk tempoh yang lebih lama,jadi bertenaga la sikit nak buat kerja seharian kat pejabat dan rumah.

Untuk korang ibu-ibu bekerjaya tu Cik Sue rasa sesuai sangat bawa ke pejabat .bancuh dan minum sambil buat kerja,kalau tak sempat sarapan.Memang bagus,juga untuk mereka yang nak berdiet dan jaga pemakanan,di tambah pula dengan bersenam,Insya Allah boleh turun berat badan korang.Pstttt dah habis raya ni,marilah kita insafi diri dan hapuskan lemak-lemak degil di badan tu ,lemak-lemak hasil ketupat rendang abgai tu ye hehehhe


Ramai juga yang tanya rasanya sedap ke? bagi Cik Sue sama je macam korang ambil rolled oat tau overnight  oat tu,tapi ni instant punya dan dah di tambah pelbagai bijirin,boleh juga kalau nak tambah buah-buahan segar sendiri ke kot la kata rasanya tawar kan...ehhheh ikut sukalah.


Jom la amalkan pemakanan sihat ye kawan-kawan,kat mana nak dapatkan S Great Grain ni? boleh cari di outlet Himalaya,Watson dan kedai farmasi berhampiran atau online di Shopee.Harga pun tak mahal,1 pek 15 sachet RM39.90.

Untuk maklumat  lebih lanjut, boleh layari;
Shopee : SGGShopee
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/

Ibu tak faham la nak oiiii...

$
0
0
Lama tak update cerita diri sendiri,cerita personal,banyak je benda nak share tapi tertangguh huhuu...Betul la kata pepatah kerja bertangguh tak menjadi,nak tunggu rajin,nak tunggu betul-betul free memang payah dah sekarang,maklumlah busy sebagai "house manager" hehehhe....


Alhamdulillah hidup beransur tenang kini,walau ada juga "bad day" tu tapi hadapilah sebagai rencah kehidupan.Sekarang tumpuan Cik Sue sepenuhnya tuk keluarga,anak dan suami.Keutamaan yang paling utama,setel yang ini baru boleh fikir benda lain.

Cik Sue kini benar- benar menikmati saat-saat anak membesar depan mata,Humaira pun dan nak masuk 3 tahun,makin bijak,makin banyak akal ,makin banyak peel.Fasa-fasa menyerap segala apa yang di lihat,di dengar lepas tu tiru dan ajuk,fuhhhh sangat mencabar,ibu dan ayah dah kena jaga perlakuan,percakapan juga,jangan sembarangan depan dia.Memang macam span dia serap huhuu....contohnya dah pandai cakap "sibuklah abu (ibu) ni" bila tegur apa dia buat....facepalm!!! adoiiii bahaya la,yang ini dia tiru kat tv huhuuu...jenuh nak ajar dan explain balik kat dia,tak boleh jawab gitu.

Barulah tahu kan,macam mana susahnya nak didik dan bentuk seorang manusia huhuu...



Orang kata umur-umur macam ni juga la masa nak ajar nilai-nilai murni supaya lekat jadi tabiat sampai tua.Alhamdulillah,Humaira bolej terima arahan tapi bila time tak de mood tu payah juga la.Setakat ni dah pandai buang sampah dalam tong sampah,dan pandai basuh tangan,ucap terima kasih dan sorry,guna ayat "boleh tak....." dan "tolong....." .
Cumaaaaa............


Ada juga pelat dia yang ibu tak faham  huwaaaaa haru betul di buatnya,sesak nafas nak meneka apa yang di minta apa di terangkan.Dah la bila kita tak faham dan tanya ulang kali dia geram terus nangis,lagi la tak faham perkataan dia sebut tu,huwaaaa nak nangis ibu haaa..

nak engok enmen= nak tengok ultraman
abu nak kes = ibu nak melukis
nak toti= nak roti
nak air yo = nak air milo
nak ayi= nak lagi
nak laler= nak kaler

Itu antaranya,banyak lagi sebenarnya,ibu pun dah lupa hahahha....betul-betul jadi penyeri ni,sekali nak tergelak,sekali nak marah,kekadang geram hahahha...setiap hari bagai bermain teka suku kata yang sangat mencabar.

Tapi inilah sebenarnya kenangan manis yang akan di kenang nanti,semoga Humaira terus membesar sihat ,cergas dan cerdas.Doakan ye semua...


p/s : Akhir-akhir ni asyik tak sihat je dia dari bulan puasa hari tu,demam on off seminggu pastu baik pastu kena lagi,dah ke klinik pun kata demam biasa je.Alhamdulillah sehingga kini demam dah kebah,tapi batuk berkahak pulak ,kesian dia,masih ikhtiar tuk kurangkan batuknya tu.

k lah,panjang pulak membebel,sekadar coretan buat kenangan sendiri.

Sakit Sendi,Kurang kalsiumkah?

$
0
0
Bukan tak nak cerita,tapi segan,orang baca atau dengar pun mesti nak gelak,tak pun kuar ayat,ishhhh takkan la gitu je haaaa tu malas cite tu.Amenda la Cik Sue merepek ni,tak de la,ni ha sakit lutut ni,dah berlanjutan dari raya haji ari tu lagi.

Cite senangnya terseliuh sendi lutut,ramai dah yang tahu tapi ramai juga yang tak tahu,pastu bila tahu,terus kata tak de cite pun,tak de up status pun,errrrr segan wehhhh ..huhuuu .....kang orang kata ngada-ngada lak huhuu....

Begini ceritanya.memang dari lepas bersalinkan Humaira ,Cik Sue selalu sakit-sakit lutut la,tulang belakang la,ngilu sendi la,haaa yang berkaitan dengan tulang dan sendi la.Pernah ambil supplement tambahan kalsium,sebab fikir bila susukan anak,kalsium tu anak sedut,ntah betul ke tidak tak tau la kan hahahha.tapiiiiii tak konsisten ambilnya,kejap ambil kejap tak.Tambahan pula CikSue ni jarang minum susu,susu soya je selalu,tu pun sekarang seminggu sekali je,sebab ada yang kata tak elok nanti kena cyst,haaaaa sejenis yang mudah percaya.Jangan contohi Cik Sue ye.

Sakit lutut dan tumit pula makin teruk sebab berat badan dah bertambah,sejenis makan tak ingat dunia dan tak sedar diri badan dah macam guni beras huuuu Ya Allahhhh bila la nak ada keinsafan jaga makan ni huhuuu.Masa nak balik kampung raya haji baru ni,Cik Sue kelam kabut nak angkat Humaira nak letak kat seat belakang kereta,ntah macam mana terpusing badan,dan lutut berbunyi "tappp" dan semestinya Cik Sue terjerit suara jantan keluar tau hahahhaa,masa tu memang terasa sakit sangat sendi lutut tapi sekejap je dalam 10 minit,sebab tengah nak bertolak terus masuk dan duduk kat depan ,terus jalan nak balik kampung.Masa dalam perjalanan tu ada la rasa sakit-sakit sikit tapi tak de la bengkak atau sampai nak meraung.


Sekali bila dah sampai rumah abah kat Pahang,malam tu haaaaa hambek kauuu,bengkak macam kena injek jadinya ,tambah dengan berdenyut,nak lipat kaki tak boleh,meleleh juga la air mata hahaha.Kebetulan petang raya tu keluar beli barang terus ke farmasi cari ubat tahan sakit dan plaster tiger balm tu,masa tu tak terfikir pulak terseliuh sebab rasa kedudukan sendi lutut tu ok je dannnnnn masih boleh jalan.Siap shopping groceries lagi kat pasaraya huhuuu.Malam tu mengerang jugak la tengah tidur menahan sakit,besoknya balik Dengkil,terus pergi klinik Mediviron kat Cyberjaya sebab panel Mr D hehehe.Masa tu memang bengkak ya amat la ,dan sangattttt la ngilu bila bergerak.



Sekali masuk bilik doktor,terus kena bebel ngan doktor,kenapa biarkan 2 3 hari? kenapa sekarang baru datang? Dah bengkak sangat ni...haaaa diam je la seketul Cik Sue tu,salah sendiri huhuu,doktor check lepas tu kena xray sebab doktor risau ada retak atau apa-apa masalah lain,huuuu seram pulak masa ni.Dah siap xray semua,bila tengok memang sendi dan tempurung lutut tu senget skit,uishhh cerita pun rasa ngilu lagi huhuu....terus doktor cadangkan refer ke hospital tegur apa pakar kata.Aiyarkkkkk benda ni la yang Cik Sue takut hahahha,tak nak masuk waddddd... :P 

Terus minta ngan doktor boleh tak bagi tempoh seminggu,bagi ubat tahan sakit dulu,saya ikhtiar urut dulu ,mana tahu menjadi,haaa doktor pun buat muka je hahha tapi dia bagi juga la dengan pesanan lepas seminggu kalau masih sama sila datang dan ambil surat refer hospital terus,Ok2 baik doktor,asalkan tak masuk wad masa tu hahahahha ngek sungguhkan Cik Sue.


Maka teruslah buat appointment mengurut dengan mak sedara kat Banting,ulang dalam 2 kali Alhamdulillah sedap sikit rasa,lalu teruskan je pengambilan ubat dan tak repeat dah ke klinik heheheh.


Dah dalam proses penyembuhan tu,boleh pulaaa balik cuti merdeka baru ni jatuh terduduk dalam bilik air kat rumah mertua,sambil dukung Humaira siap mandi,nak selamatkan anak tak nak bagi dia terhempas,ibu la yang menahan sakit,huwaaaaaa terus sakit semula ,malah bertambah sakitnya terhempas bontot huhuuuu apa laaaaaaa nasib.Jadi sekarang jangan banyak tanya kalau nampak Cik Sue jalan senget-senget ye hahahha,dan jangan tanya kenapa jarang nak keluar drive jauh-jauh,keretaku manual tau takkkkk,dekat gi kedai runcit aceh kat rumah pun balik dok mengaduh ,cam no? huhuuu...


Begitulah kisahnya lututku ini,bila orang tanya macam mana boleh seliuh lutut,nak cerita pun segan sebab dukung anak masuk dalam kereta,apooooo? hahaha tapiiiii doktor kata setengah orang bila kekurangan kalsium ,tersalah step masa berjalan pun boleh cedera tau,haaaa jangan main-main,jangan naj gelak sangat eh.Jadi sila dapatkan kalsium yang cukup,sila minum susu jangan ikut perangai Cik Sue yang payah nau minum susu huhuuu.

Oh ya sekarang Cik Sue ambil supplement Joint Wellness Himalaya selain dari ubat-ubat doktor bagi tu,memang sesuai sangat la,tambahan kandungannya herba 100% jadi Cik Sue tak ragu-ragu la.
Banyak kelebihan Joint Wellness Himalaya ni,antaranya : 

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
- Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Nanti Cik Sue share ye macam mana kesan amalkan Himalaya Joint Wellness ni.

Joint Wellness dan Bowel Wellness dari Himalaya Wellness untuk masalah sendi Cik Sue.

$
0
0



Korang dah baca cerita Cik Sue di SINI ,Siapa yang dah baca mesti tahu kesakitan sendi yang Cik Sue alami.Nak ikutkan sakit sendi ni bukan pasal terseliuh baru ni je,dari lepas bersalin Humaira lagi dah mula rasa sakit pinggang yang melampau,sakit lutut,sakit tulang punggung dan sendi bahu.

Mulanya ingat simptom biasa dan akan reda beberapa lama lepas tu,tapi salah perkiraan rupanya.Rasa sakit dan ngilu pada sendi dan tulang makin teruk,tambah-tambah bila cuaca sejuk,bila Cik Sue buat kerja berat lebih sikit atau jalan jauh dan banyak bergerak.Kekadang malam-malam mengiring susukan anak lepas setengah jam mesti sakit,ngilu semua.

Ada juga tanyakan doktor dan misi setiap kali pergi pemeriksaan Humaira bulan-bulan tu,mereka pun kata kemungkina kekurangan kalsium sebab susukan anak ,anak dah sedut zat kalsium tu,dan si ibu ambil kalsium tak cukup,tu yang sakit semua sendi dan tulang.Selain daripada itu ada lagi punca-punca lain :



Punca-punca Sakit Sendi

Terdapat pelbagai jenis sakit sendi dan banyak juga faktor yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah ini antaranya :

Umur : Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tidak berfungsi,bak kata orang tua,minyak gris sendi dah habis hehehe,tu yang sakit,teringat arwah nenek kata makan banyak kacang bendi tu elakkan sendi sakit,wallahualam la betul ke tak petua tu heheh.

Genetik: Kalau ahli keluarga ada yang mempunyai penyakit yang melibatkan sendi seperti rheumatoid arthritis, SLE dan ankylosing spondylosis selalunya berkait rapat dengan genetik,mungkin akan meningkatkan risiko kita juga kena.



Berlebihan berat badan: Haaaaa,ini adalah salah satu faktor Cik Sue sakit segala sendi dan tulang,siap kena bebel ngan doktor masa pergi ambil ubat dan rawtaan,berat badan Cik Sue memang naik mendadak lepas bersalinkan Humaira,sekarang lagilah,lebih dari berat masa mengandung huhuuu mungkin selera makan naik sebab susukan anak kan? Lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih kepada sendi dan ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tersebut

Kecederaan pada sendi: Ni pun sama,penyebab sakit sendi Cik Sue makin teruk,kejap jatuh bilik air,jap kang jatuh tangga,pastu terhantuk sana sini,macam-macam hal,konon sakit sikit-sikit pergi urut dan amik ubat tahan sakit  nanti baik la,tapi hurmmmm memang berlanjutan,masa tak rasa sakit tu sedap la melasak,dah sakit,nangis je la mampu.Kecederaan yang lepas pada sendi seperti ligament yang koyak akan menyebabkan sendi tersebut tidak stabil dan kecederaan yang seterusnya akan lebih mudah berlaku.

Jangkitan: Bila dah ada kecederaan kadangkala ada jangkitan yang kita tak tahu.Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang menyebabkan keradangan

Berlebihan kerja: Yes,Cik Sue pun selalu acah-acah gagah buat semua benda sendiri,tambah-tambah bila Mr D tak de kat rumah,konon-konon mlas nak tunggu dia balik,jadi buat je la ,masa buat tu memang la larat,,lepas tu mula la mengerang sakit badan.Jika seseorang itu membuat kerja yang berlebihan seperti mengangkat barang yang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi yang boleh menyebabkan sakit sendi berlaku.

x ray kaki kiri Cik Sue

Mencari penawar sakit.

Selain daripada tambahkan kekerapan minum susu dan sumber kalsium Cik Sue ada juga ambil supplement tambahan untuk masalah sakit sendi ni,dan demi mengikut saranan doktor supaya turunkan berat badan kenalah lancarkan proses penghadaman dan lawaskan perkumuhan,atau detoxkan badan.

Kenapa kena detox badan? Sebab kalau tak detox atau keluarkan toksin dalam badan macammana zat-zat atau kalsium dan supplement yang kita ambil nak di serap oleh badan.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Jadi lebih kurang sebulan lepas Cik Sue pilih produk dari Himalaya Wellness yang berasaskan 100% herba.Masa menyusukan Humaira dulu pun Cik Sue ambil produk dari Himalaya ni memang membantu menambah susu badan boleh baca di SINI ye.Kali ni Cik Sue pilih Joint Wellness dan Bowel Wellness untuk masalah Cik Sue.

Joint Wellness


Produk Joint Wellness atau Shallaki dari Himalaya ni menggunakan bahan dari pokok Boswellia Serrata (Shallaki) yang memang popular di India untuk sakit sendi atau melegakan sakit yang berkaitan penyakit tulang.

herba shallaki

Kebaikan Joint Wellness

Sebelum menggunakan produk ni Cik Sue dah dapatkan maklumat dari staf Himalaya sendiri,memang banyak kebaikannya produk berasaskan herba ni,tiada bahan tambahan yang lain jadi lebih yakin nak cuba,antara kebaikannya adalah :

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
- Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Cara pengambilan pun mudah je,datang dalam bentuk kapsul jadi tak de alasan ,telan je tak rasa apa pun hehehe.Cara makannya ambil sebiji kapsul sahaja 2 kali sehari,Cik Sue ambil sebiji lepas sarapan dan sebiji lepas makan malam,mudahkan?

Testimoni Cik Sue
Alhamdulillah,selepas hampir sebulan amalkan kebetulan pula lutut Cik Sue terseliuh tu,memang Cik Sue rasakan kesannya,kesakitan cepat reda dan bengkak pun cepat surut,oh ya Cik Sue amalkan dari sebelum lutut terseliuh tau.Dan di teruskan sampai sekarang,dan bila bengkak dah surut Cik Sue memang tak ambil langsung ubat doktor bagi,hanya ambil Joint Wellness Shallaki sahaja.Syukur sangat bengkak seliuh cepat surut dan sakit pinggang pun banyakkkkk sangat leganya dari sebelum ni,Insya Allah Cik Sue akan terus amalkan la selain dari makan makanan berkhasiat untuk tambah kalsium.

Bowell Wellness


Selain dari cari penawar untuk sakit sendi,Cik Sue di nasihatkan doktor supaya turunkan berat badan juga,jadi sebagai langkah pertama Cik Sue kena la bersihan badan dan usus dari segala toksin dulu,detox orang kata huhuu.Cik Sue ni sejenis orang yang memang  malas nak buat air detox la blend-blend segala tu,jadi Cik Sue pilih Bowell Wellness (Triphala) dari Himalaya untuk membantu usaha Cik Sue ni heheh,cara senang dan terjamin tanpa bahan kimia,buat apa nak susah-susah kan? ihik...

Mengandungi bahan utama Triphala iaitu gabungan buah-buah kering pokok herba yang terdapat di India di samping bahan herba lain sangat membantu terutama mereka yang selalu sembelit,eh jangan main-main tau sembelit boleh menjadi punca macam-macam penyakit ye.Antara punca-punca sembelit ialah :

Herba Triphala


Pemakanan: Pengambilan makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabkan najis berketul dan keras.

Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

Gaya hidup sihat: Aktiviti sukan akan meningkatkan aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.


Kebaikan Bowell Wellness.
Masalah Cik Sue pula tidaklah sampai sembelit cuma sesi pembuangan yang tak teratur,haaa ikut suka dia je hahahha,jadi untuk menjadikan teratur dan lawas setiap hari Cik Sue ambil la Bowell Wellness ni.Banyak juga kebaikannya :

- Melegakan perasaan sembelit
- Membantu aliran usus normal
- Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus

Testimoni Cik Sue
Alhamdulillah,walaupun ambil lambat sikit dari Joint Wellness,lewat dalam seminggu dua je,tapi ada kesan selepas ambil dalam 2 minggu.Memang lancar dan lawas sistem perkumuhan,setiap hari tu wajib,dan Cik Sue rasa badan lebih ringan.Mudah nak bergerak,jadi sekarang Cik Sue teruskan di samping mula menjadi cara makan.

Produk Himalaya 100% Herba.

Kenapa Cik Sue menyakini produk Himalaya? sebab ia dari 100%  herba dan kebanyakannya dari India yang Cik Sue tahu memang banyak ilmu-ilmu perubatan tradisional yang mujarab merawat pelbagai penyakit.Malah di yakini halal di Malaysia,mudah di dapati di kedai-kedai berhampiran.


Tapi nasihat Cik Sue sebelum ambil sebarang produk korang kena tahu dulu kondisi tubuh badan sendiri,alergik dengan apa,sakit bahagian mana dan dapatkan nasihat doktor dulu ye,jangan suka-suka ambil.Harga pun berpatutan dengan kualiti produk mereka.

Kalau korang nak cuba boleh dapatkan info di link bawah ni ye :

Website: http://www.himalayainasia.com/
Facebook: https://m.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://instagram.com/himalayamalaysia/

Viewing all 217 articles
Browse latest View live